Ya. Aku agak sibuk 2,3 hari ini. Ada banyak benda yang kena selesaikan. Ada laporan yang perlu disudahkan. Ada kerja yang kena aku siapkan dalam masa yang singkatkan dan esok ada dekat 2,3 kerja yang aku kena laksanakan. Itu belum lagi terlibat dengan kejohanan Badminton dan Tenis yang bakal berlangsung dalam 2,3 bulan lagi. Penat juga bila terlibat dengan macam-macam aktiviti macam ini. Tapi disebabkan aku memang kacak dan sukakan aktiviti-aktiviti berbentuk sukan dan menyusahkan tulang 4 kerat aku ni, aku sanggup menggalas tugas-tugas yang tak berapa berat ini demi rakan-rakan semua. Demi membantu melicinkan perjalanan majlis dan acara yang bakal kami laksanakan nanti. Doakan aku dan rakan-rakan aku berjaya sudahkan apa yang patut kami sudahkan dengan baik.

Ok. Ini bayaran terbaru yang aku dapat. Baru aje dapat tadi. Maklumlah, baru aje bukak email. Jadi, ada gak bayaran yang masuk. Walaupun tidaklah banyak mana. Tapi aku cuma nak mention kat sini, salah satu program mudah untuk bantu korang dapatkan duit sampingan adalah melalui program affiliate. Korang jumpa mana-mana program yang sesuai untuk korang promosikan dan jika korang rasa korang MASIH boleh tulis karangan seperti mana korang tulis ketika UPSR, PMR, SPM dan STPM dulu, jangan lepaskan peluang untuk buat duit dengan cara ini. Kalau tidak, korang akan menyesal dan GERAM bila aku dan rakan-rakan lain dok asyik tunjuk bukti bayaran kat blog masing-masing. DUlu, memang sukar kita nak tengok blogger kita boleh buat duit melalui program affiliate. Hanya yang betul-betul terer macam aku aje boleh buat. Tapi sekarang, tak perlu nak jadi terer macam aku pun, korang dah boleh dapat buat jualan yang banyak-banyak setiap bulan.
Kepada yang dah berjaya buat duit melalui program affiliate, ucapkan tahniah dan syabas kepada diri masing-masing. Ketahuilah bahawa masih banyak lagi potensi dalam diri korang yang masih belum korang jumpa dan korang asah dengan sepenuhnya. Aku tahu, masih ramai yang simpan taring masing-masing. Nak buat apa simpan lama-lama. Masa inilah nak tunjuk. Jangan dok asyik geram dan cemburu dengan aku yang genius dan kacak ini sahaja. Takkan korang tak nak jadi kacak jugak?

Ada yang kata, mereka tak sesuai dan tak pandai nak buat seperti mana yang aku buat. Nak tulis artikel yang mampu membuatkan orang beli apa yang kita promosikan pun adalah satu perkara yang menyusahkan. Beb, aku pun susah gak masa awal-awal dulu. Tapi selagi TAK kopek kulit durian tu, memang mustahillah kita nak rasa kemanisan dan kesedapan seulas durian itu kan? Jadi, usahalah sebab usaha itu adalah lif kejayaan yang akan membuatkan korang capai satu level yang tidak pernah korang capai sebelum ini.
Macam Maikel. Teringin nak makan nasi tomato dan ayam masak merah. Dia berusaha panjat meja aku. Jarak meja aku dari sarang beliau tu adalah dekat 5 meter. Tapi berkat usaha Maikel, Mercidiz dan rakan-rakannya, mereka sekeluarga dapat merasai kesedapan baki nasi tomato dan ayam masak merah yang aku tak habiskan tadi. Lahap sungguh diorang makan. Kalau si Maikel tu boleh. Takkan korang yang dah besar panjang ini pun tak boleh?
** Manusia ni, suka bagi alasan. Aku lempang laju-laju baru tahu. Huhu..
Ps: Okeh. Aku nak sibukkan diri kejap. Jangan kacau aku dalam 2-3 jam ini. Boleh?




Belum habis puasa dah dapat duit raya!
haha..tahniah..mantop affiliates nmpk !!
Wah..malam pertama yang indah dapat duit.
tahniah bro…masih belum mencuba lagi setakat ini…insyallah nanti…
nak cubo jugak la join2 program affiliates, mano tau ado rezeki kan…:)
Bila hendak saya ajak makan cendul di Banting?
cuba jgn tak cuba benda ni, tp hasil xde hoho
Sapa la yang kemaruk cari panduan malam pertama dlm bln puasa ni..
raye nnti nak dtg rumah, jgn lupa sedia duit raya banyak2
wow.malam pertama bagi komisen tu…ehem…hihihi
boleh la lepas ni belanja rojak ngan cendol..haha
tahniah! ciktom ada dpt jgk komisyen yg ni tp under jomniaga…
terbaik bro..haha..jeles tengok ko dok update pasal komisen2 ni..haish..
Macam mana nak join ni erk? mohon penjelasan.. ini email gua.. asyraf.asnawi@yahoo.com
ye lah nak kopek kulit durian la nih
Betuah btul ko ni bro…sudalah kacak..duit msyuk ari2,bagi share skil skit tu bro…!
baguslah…pandai cari duit..huhu
malas nk kopek..trus mkn leh ker?..hehe
memang pandai cari duit dengan affliate encik titan nie
haha..malam pertama.syukur dpt komisen~
masyuk juga. blog ni sesuai la. kalau blog kureng trafik, mcm mana nak laku,hahaa
alhamdulillah.. uncle titan kumpul sampul raya banyak2 yer… jangan lupa isi yer… kalu tiap2 hari transfer wit camnih.. bukan takat maikel… sepupu, adik tiri, anak penakan belah ayah tiri no. 4 pun leh makan moreh nasi tomato beramai2…
1. Tahniah bro! Mmg kacak ngn entri2 camni.
2. Lama ambe tak dgr term lempang laju2…hahaha
3. Mulakan langkah sekarang!