Sedar tak sedar, dah 19 kali rupanya aku dapat duit dari Innity. Walaupun jumlah keseluruhan yang aku dapat dari Innity ni takdelah sehebat mereka yang memang kaki cari trafik setiap hari kat blog mereka tu..tapi sekurangnya aku bersyukur yang aku dapat buat duit dengan Innity. BUkan sebarangan blogger boleh lakukannya. Ya. Maksud aku, bukan senang nak ada akaun Innity dan bukan senang nak ada blog yang diiktiraf oleh Innity. Dan bukan senang juga nak cecah RM50 atau RM100 setiap bulan bersama Innity. Bukan semua blogger Innity berjaya capai RM50 setiap bulan. Sebab tu aku kata, bukan sebarangan blogger boleh lakukan dan ini juga bermakna, aku juga bukan sebarangan orang. Aku terer. Nak harap korang puji aku. Entah bilalah agaknya. Jadi, baik aku puji diri sendiri. Lagi bagus. Haha..

Ya. Tak banyak yang aku dapat. Tapi bolehlah belanja mak abah aku berbuka puasa kat Morib petang karang sempena ulang tahun hari jadi aku yang ke 19. Ya, hari ini adalah tarikh hari jadi aku. Cuma tahun aje berbeza. Aku rasa ramai yang dah tahu tarikh hari jadi aku. Jadi, sila pos hadiah masing-masing ke alamat rumah aku. Boleh?
Yap. Aku di Banting. Lepak kejap sambil meluangkan masa bersama mak abah aku yang tercinta. Nak harap aku ada kat rumah hari-hari. Aku bukan lagi macam budak kecik dulu yang asyik dok berkepit bawah ketiak-ketiak mak abah aku. Aku dah besar. Dah boleh buntingkan anak dara orang. Dah ada lesen kereta. Jadi, tak wajar aku tak bekerja untuk mencari rezeki untuk bakal-bakal bini dan anak-anak aku nanti. Sebab itu, aku jarang berada kat rumah mak abah aku. Cuma bila ada kesempatan, memang aku tak lepaskan peluang untuk pulang. Dapat sehari dua pun, dah cukup kacak apa. Mak Abah mana yang tak gembira bila tengok anak-anak mereka balik ke rumah?
“Bro..lu balik kampung tak ajak gua pun.” tanya Maikel. Kawan Semut aku yang periang.
“Bukan gua tak nak Maikel. Gua takut lu tak nak balik sini semula nanti..”
“Ehh, apasal plak?”
“Kat banting. Banyak awek-awek comel. Gua takut lu tak boleh kawal diri.”
“Ciss..” geram Maikel sambil membuat percubaan untuk menggigit tangan gua..
** Agak-agak, ada ke tidak kambing golek untuk juadah berbuka aku petang ni??
Ps: Baru aku tahu. Tak boleh nak masukkan duit kat akaun ASB pada hari Sabtu..


malas dah nok komen2 ni…
tulis je he3x
bole juga la untuk belanja fmly.hehe
tahniah dan happy birthday bro, semoga panjang umur dan dilimpahkan rezeki olehNya.
Selamat hari lahir. Kalau duduk dengan orant tua bukan dikira berkepit dibawah ketiak orang tua juga ker?
Banyak betul update pasal komisen ni, mesti dah beriban untuk bulan ni saja..huahua..
Untung boleh pakai innity..harap-2 suatu hari nanti aku mampu pakai jugak ler
Aku nak ucap, selamat hari jadi, semoga panjang umur, murah rezeki dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Alhamdulillah.. Rezeki ramadan lagi.
iyerlah tuh 19 tahun.. ke + angka 3 lagi yang depan tuh.. har3..
kau memang dasatttt…
wow rezeki bro…tahniah
maikel mmg snang lupa diri..hehe
lame dah tak dngr org ckp pasal innity..
Aku tau ko memang boleh dikategorikan blogger yg bukan calang2. Hehehe
Jadilah,mana nak dapat banyak tu kan..
“The minimum cash out is RM 100. You will be paid within 60 days after the end of each month of accrued payments.”
bukan dulu 45 hari ke bro?
Salam ramadhan. Alhamdulillah. Rezeki. Syukur pd Allah. Selamat hari jadi.
adehhh.. nih akibatnya dah lama x balik umah mak abahhh.. dengan semut pun nak gaduh… adehhh
lupa plak.. hapi besday terlambat 1 hari… jangan pulak cabut bulu ketiak owg sebelah sudahhh… adeh..
tudia….blnja la buka posa org sini sama..ahaha
tak banyak pun, tapi masih lagi rezeki yang halal kan..hehe…syukur..nikmat Allah bulan Ramadhan..
Selamat Hari Jadi la juga. innity aku pun tak sekacak ko..
murah rezeki di bulan puasa ni…tahniah…
ok la jgk dpt kan dr xde lgsg iklan innity cam blog ciktom..
Waaa.. duit raya lagi…
sempoi laa…. ko memang setiap hari / minggu akan dapat duit komisen sana sini kan…..
walaupun terlambat..tp tetap gak nak wish..selamat hari ulangtahun yg ke 19 <– bukan usia sebenar. semoga dipanjangkan umo..dimurahkan rezeki lagi dan eppy disamping skandal2 tersayang
kambing golek, best jugak tu.. bagus titan, jadi anak yg baik ye..
asb hari isnin sampai jumaat jer.. sabtu ahad tak leh..
selamat hari lahir, ye ke 19? hukhuk
Tapi hari Ahad bole masuk ASB.. kat pejabat pos kuala terengganu
wah..happy belated birthday..esok birthday aku pulak. 4 ogos!!hikhikhikhik
tolong jgn perasan ko 19 bleh tak? siyes geli aku dgr.hahaha