• Contact
  • Contest & Kuiz
  • Link
  • Misi 2008
  • Pengiklanan dan Sponsor
  • SiteMap
  • Subsribe
  • Survey
  • VCC
Earncent.com Lelaki kacak, Cendol Banting dan Ain Maisarah.

Malam ini aku sepi menyendiri.

July 26, 2012 2:27 pm / 24 Comments / admin

Okey. Aku tahu ada yang rasa nak gelak guling-guling bila baca tajuk artikel kali ini. Entahlah. Aku rasa macam tajuk tu macam gedik aje. Tapi aku biarkan aje agar korang boleh gembira dan suka hati untuk hari ini. Mana tahu, hari ini merupakan hari paling malang dalam hidup korang. Sekurangnya, bila baca ayat-ayat kacak dalam blog aku ni, mungkin boleh menghiburkan hati korang yang tengah lara.

Bagi mereka yang baru lepas putus cinta atau tengah kecewa sebab awek korang menolak ajakan korang untuk keluar berbuka bersama..ketahuilah. Korang tidak bersendiri. Masih ada beratus ribu insan diluar sana yang mengalami peristiwa itu. Itu bukan satu pengakhiran. Itu bermakna, ada insan yang lebih istimewa untuk menghargai diri korang yang tak berapa best tu. Sekurangnya, belajar bersyukur. Sekurangnya juga, korang pernah dikecewakan. Ada orang, lagi kesian. Bercinta tak pernah. Bercakap dengan perempuan pun jauh sekali. Nasib baik boleh bercakap lagi. Ada orang, lagi super kesian. Tak boleh bercakap walaupun teringin mendengar suara-suara manja orang lain. Yang mereka mampu, mendengar suara hati mereka sahaja. Aku harap, ayat-ayat kacak yang sudah banyak aku tulis dalam blog ini mampu menyenangi dan memberi sesuatu yang istimewa untuk insan-insan istimewa ini yang sukar untuk mereka luahkan pada orang lain.

semut-hitam-maikel

Untuk orang yang kurang upaya, cacat, tak boleh bercakap, tak boleh nampak, tak boleh berjalan dan tak boleh membaca, tak boleh memandu, tak boleh tengok perempuan, tak boleh minum kopi dan tak boleh tonton video kat youtube. Ketahuilah korang memang dalam kerugian. Tapi, dengan kehilangan kerugian tersebut, aku tahu Allah akan bagi 1001 segala macam anugerah pada diri korang. Aku juga ada kekurangan. Aku juga cacat. Sebab itu aku faham hati-hati dan perasaan insan-insan yang kurang upaya ini. Walaupun aku bukan nak membangga dengan kecacatan yang aku ada, tapi aku nak mereka tahu bahawa walaupun kita cacat, kita kurang upaya, kita kurang sempurna, kita kurang sesuatu..tapi kita ada sesuatu yang orang lain mungkin tak ada. Apakah benda itu? Korang sahaja tahu. Aku tahu kehebatan aku. Aku tahu keunikan aku. Aku tahu apa yang aku boleh buat. Begitu juga mereka. Yang beza, mungkin mereka belum jumpa. Mungkin aku dah jumpa. Mungkin juga ada keistimewaan lain yang aku belum jumpa. Apa yang perlu kita lakukan, jangan mudah putus asa. Dan sentiasa mencari. Bukan sahaja mencari keredaanNya. Tapi mencari apa yang patut kita lakukan didunia ini. Bukan sahaja untuk bekalan di SANA. Tapi juga untuk diri kita sendiri. Kat dunia ni, tak boleh hidup sorang-sorang. Ada masa, kita kena cakap dengan encik semut sekali-sekala. Baru orang respek kita. Kita boleh cakap dengan semut. Korang ada? Haa, ini baru ada style, kan?

Jap.

“Bro..lu punya otak-otak baki berbuka ada lagi tak? Gua lapar ni. Bak sikitt..” tanya Maikel. Si semut hitam yang menyewa ruang di satu sudut kecil di bilik gua.

“Lu panjat sendiri la atas meja tu. Ada lagi sikit kot.” balas gua sambil terus menaip artikel ini.

“Wokeh. Semoga Allah murahhkan rezeki lu. Lu banyak tolong kaum gua. Gua suka lu!” balas Maikel.

“Gua ok. Lagipun, gua tak boleh makan kenyang-kenyang. Nanti tertidur masa terawih..”

“Wokehh..gua panjat dulu aa..” bunyi Maikel lagi bersungguh memanjat meja dengan lajunya.

“Wehh..lu jangan lupa ajak Joni dengan Mercidiz makan sekali..”

—————

Ok. Aku kata mana tadi?

ainan-tasneem

Pendek kata, malam ni aku memang rasa macam nak feeling sikit. Rasa macam nak duduk sorang-sorang dalam bilik, pasang earphone kat laptop. Lekat dalam telinga. Pasang lagu Najwa Latif dan Ainan Tasneem. ON volume kuat-kuat biar sampai bakteria dan virus dalam darah aku mati terkena kejutan elektrik. Tutup lampu. Layan blues merah jambu keseorangan. Kadang-kadang, terasa macam aku seorang sahaja yang tinggal di Bumi ini. Orang lain dah pupus. Ain Maisarah pun tak ada. Zack Ciciwangsa pun takde. Fatin Yayana pun tak ada. Ainan Tasneem dan Tasha Manshahar pun takde. Aku seorang aje. Bersama dengan kawan-kawan semut aku. Cuma tunggu kawan rapat aku. Izrail, Rokib dan Atid yang sentiasa bersama tapi tak nampak. Datang dan menjemput aku. Aku tak tahu bila.

Tapi bila masanya, aku yakin aku tahu yang masanya dah time.

Ps: Sila komen kalau korang rasa nak menyendiri dan rasa blues merah jambu macam aku. Haha..

Related Posts

  • Nasi Ayam Madu Empat..Nasi Ayam Madu Empat..
  • Last Call Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 Last Call Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012
  • Mencintai Ain Maisarah – Part 6Mencintai Ain Maisarah – Part 6
  • Pemenang Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012Pemenang Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012
  • Download 3GP Gadis bertudungDownload 3GP Gadis bertudung
  • Mencintai Ain Maisarah – Part 5Mencintai Ain Maisarah – Part 5
Posted in: titan / Tagged: ain maisarah, blues merah jamu, fatin yayana, feeling lembut, layan blues, maikel, maikel semut hitam, menyendiri, mercidiz, nak feeling, semut api, sepi menyendiri, zack ciciwangsa

24 Thoughts on “Malam ini aku sepi menyendiri.”

  1. auc dot com on July 26, 2012 at 3:04 pm said:

    tak pe aku temankan
    jom pekena cendol pak ali :)

    Reply↓
  2. Shahrul on July 26, 2012 at 3:04 pm said:

    peh…layan perasaan nampaknya

    Reply↓
  3. anif on July 26, 2012 at 4:05 pm said:

    Layan blues merah jambu? Hehe..

    Reply↓
  4. daddydee on July 26, 2012 at 4:31 pm said:

    jom la pekena cendol pulut tapai….hahahah

    Reply↓
  5. Denaihati on July 26, 2012 at 4:32 pm said:

    menyendiri tu dgn maksud sembahyang tahjud tu, memang bagus sangat

    Reply↓
  6. Tehr on July 26, 2012 at 4:33 pm said:

    Adakan semut juga mempunyai pasangan?
    Tak pernah nampak pulak semut jalan berdua je

    Reply↓
  7. Fadzmie on July 26, 2012 at 7:22 pm said:

    Memang dalam perancangan untuk ber-’blues merah jambu’ macam bro malam ni, tapi apakan daya, masalah lebih memerlukan pemikiran, membantutkan perancangan.

    Reply↓
  8. samdaddycool on July 26, 2012 at 8:24 pm said:

    apa benda tu blues merah jambu???

    Reply↓
  9. zool on July 26, 2012 at 9:51 pm said:

    cantik plak gambar semut itam tu..

    Reply↓
  10. zool on July 26, 2012 at 9:52 pm said:

    oo ye.. aku memang sentiasa menyendiri… sunyi sepi tu selalu je terasa

    Reply↓
  11. farahaznil on July 26, 2012 at 11:56 pm said:

    hahaha..dia ajak awek berbuka..tapi awek tak nak la tu..tu pasal duk menyendiri kat bilik..haha

    Reply↓
  12. Jebeng Otai™ on July 27, 2012 at 1:01 am said:

    blues merah jambu?..mcm air kordial jambu batu pula..hehe

    Reply↓
  13. Kodet on July 27, 2012 at 6:45 am said:

    Tasya Manshahar dan Ainan Tasnim CUN, Najwa latif suara comel.

    Reply↓
  14. Azman Ismail on July 27, 2012 at 6:48 am said:

    cepat cari teman hehehe..

    Reply↓
  15. irsah on July 27, 2012 at 8:40 am said:

    Jangan lupa pasang lampu lip lap raya tengah dengar lagu Ainam dan Najwa. Memang sure feeling terbaik.

    Reply↓
  16. akubiomed on July 27, 2012 at 4:01 pm said:

    Nampaknya ada sahabat yang melayan blues.

    Reply↓
  17. Hairul Hissam on July 27, 2012 at 6:14 pm said:

    nasib baik ada online nie.. terubat juga kesepian….

    Reply↓
  18. rahman on July 27, 2012 at 6:19 pm said:

    semut tu macam aku … suka otak otak :)

    Reply↓
  19. yas on July 28, 2012 at 7:08 am said:

    Aku x suka sendiri2…kecuali layan blog memalam jerr…hehehe

    Reply↓
  20. Norizwan on July 28, 2012 at 8:29 am said:

    tak sangka bro layan blues juga huhu…ayat baru tak prnah org sebut….blues merah jambu hehehe…

    Reply↓
  21. Hazmin Hamudin on July 29, 2012 at 8:23 am said:

    Bila sepi makan cendol pun best…

    Reply↓
  22. cik tom on July 29, 2012 at 4:39 pm said:

    kdg2 ada masa kita perlu menyendiri utk tenangkan diri.. =)

    Reply↓
  23. Hafizul on August 1, 2012 at 8:25 am said:

    Wahh bestnya duduk dalam suasana jambu tu…hahahahaha..nk try buat eh sekali…

    Reply↓
  24. fiezaradzi on August 2, 2012 at 5:41 am said:

    tak menyediri la tu, dok teringat kat skandal2 sekalian… haha

    Reply↓

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badgeShow more posts

Post Navigation

← Previous Post
Next Post →

Recent Posts

  • Awek Petronas Baju terbalik.
  • Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • Gua di #SBDdB13
  • Esok.
  • Ulu Lubai.

Recent Comments

  • Melastik Bintang on Awek Petronas Baju terbalik.
  • Myra Jay on Awek Petronas Baju terbalik.
  • fazrol on Awek Petronas Baju terbalik.
  • ajumohit on Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • munir ardi on Lelaki kacak kena cukup tidur.
© Copyright 2013 - Lelaki Kacak & Ahmad Faizal | Jobdirumah Review
Infinity Theme by DesignCoral / WordPress