• Contact
  • Contest & Kuiz
  • Link
  • Misi 2008
  • Pengiklanan dan Sponsor
  • SiteMap
  • Subsribe
  • Survey
  • VCC
Earncent.com Lelaki kacak, Cendol Banting dan Ain Maisarah.

Selamat hari raya 2012.

July 20, 2012 7:44 pm / 43 Comments / admin

Haha..

Sekali awal gua ucap Selamat Hari Raya untuk tahun 2012. Bukan apa, gua takut Ramadan kali ini adalah Ramadan gua yang terakhir. Jadi, biarlah gua wish lu orang semua “Selamat Hari Raya!” awal-awal. Kot-kot jadi apa-apa nanti, takdeah lu orang terkilan sangat kan? Tapi gua tetap buat rumah terbuka dan joint venture dengan mak abah gua untuk raya tahun 2012 ni nanti. Itupun, kalau takde aral melintang. Kalau lu orang tak tahu malu dan mahu merasa kesedapan cendol Banting, meh la datang beraya ke rumah mak abah gua. Gua takde rumah lagi. Nak buat macam mana, gua dah memang manja dengan mak abah gua. Tak sampai hati pula rasanya nak pindah-pindah ni. Haha..

Ok. Laptop Fujitsu gua sudah ok sikit. Gua sendiri terpaksa lakukan wiring sendiri sebab laptop charger gua ada masalah. Usus-usus dalam charger tu ada yang putus. Gua kena cari balik wayar-wayar tu..trim balik, gulung-gulung sikit..cantumkan wayar-wayar dengan menggunakan kemahiran ikatan simpul manuk dan akhir sekali, gua salotape balik dengan soletep hitam yang khas untuk balut-balut wayar komputer ni. Dengan lafaz Bismillah..Ya! Gua sudah nampak lampu hijau kuning itu menyala-nyala kegembiraan. Gua tahu, laptop gua gembira. GUa tahu, laptop gua takkan mahu meninggalkan gua. Gua tahu, laptop gua perasan yang gua sudah jeling-jeling laptop baru kat kedai Exzee Banting tu. Tapi lu laptop, lu kena faham juga dengan perasaan gua. Gua sudah jaga lu dekat 5 tahun. Walaupun kekadang gua selalu terjatuhkan lu, gua selalu campak lu sana-sini bila gua bengang, tapi lu kena tahu laptop. Gua tetap sayangkan lu. Lu lah laptop kecintaan gua yang pertama gua beli. Harga lu, RM1900. Gua upgrade lu ke 2GB. Cincai, lu punya nilai masa itu adalah RM2100. Tapi lu tahu nilai lu dalam hidup gua, laptop? Lu terlalu bernilai untuk gua. Gua tak tahu sama ada gua boleh terima hakikat atau tidak bila lu sudah rosak dan tidak ada dalam sisa-sisa kehidupan gua di muka bumi ini nanti..

laptoprosak

Dan gua rasa, lu orang pasti tertunggu-tunggu kisah atau novel Mencintai Ain Maisarah yang sudah lama gua tinggalkan kerana kesibukan dalam 1-2 bulan ini. Insya-Allah, gua akan sambung dalam bulan Ramadhan ini jika tak ada aral. Maklumlah, bulan-bulan puasa ni memang aku rasa macam nak berehat. Tapi selalunya, bulan Ramadan inilah yang buat gua segar mata dan rajin bekerja lebih dari biasa. Entahlah..memang dah macam itu je cita dia..

Gua ada banyak nak cerita sebab gua dah hilang dekat 5 hari kat sini. Gua tahu lu orang sudah silap faham dan teka bukan-bukan bila gua tiada. Gua bukan sengaja buat lu orang susah hati. Gua bukan mahu lu orang tiba-tiba rindu dengan ayat-ayat kacak gua. Gua bukannya nak lu orang tertunggu-tunggu apakah alasan yang gua akan bagi. Tapi percayalah, gua memang sibuk untuk tahun 2012 ini. Lu orang percaya atau tidak. Gua tak kisah. Sebab ini gua punya blog. Gua punya peraturan. Jadi, gua punya pasallah kan? Haha..

Gua juga ada banyak kerja yang belum siap. Kepada advertiser dan mereka yang upah gua tulis review untuk produk, ebook dan website/blog korang. Gua minta sedikit masa lagi untuk gua siapkan lu orang punya kerja. Tapi kalau lu orang tak puas hati dan mahu duit lu orang balik. Gua dengan gembira hati akan berbuat demikian. Maklumlah, gua tak deliver kerja on time. Tapi kalau lu orang mahu juga hasil tangan dan gaya penulisan gua yang kacak tu, gua takde hal. Cuma, bagi gua masa sikit. Boleh?

ainan-tasneem

Gua tak berapa faham. Ada juga orang yang marah gua letak gambar Ainan Tasneem dalam artikel gua. Bro, lu jeles sangat ke? Setahu gua, Ainan Tasneem bukan awek lu. Bukan juga bini lu. Dann..yang paling penting, gua rasa lu dah kahwin. Apasal marah semacam ini haa. Cuba cerita sikit. Gua nak juga tahu. Boleh?

** GUa penat. Handle dekat 160 lebih orang masa perkhemahan kat Ulu Yam..

Ps: Dah 5 hari gua tak sentuh cendol. Ada sesiapa mahu belanjakan?

Related Posts

  • Eyriqazz vs Denaihati – Satu penutup.Eyriqazz vs Denaihati – Satu penutup.
  • Eyriqazz vs Denaihati – Part 7Eyriqazz vs Denaihati – Part 7
  • Lelaki kacak, Toyol dan Mark ZuckerbergLelaki kacak, Toyol dan Mark Zuckerberg
  • 5 Cerita dalam bulan Ramadan5 Cerita dalam bulan Ramadan
  • Lelaki kacak dan Awek Cendol. Lelaki kacak dan Awek Cendol.
  • Akibat terlalu banyak makan cendol.Akibat terlalu banyak makan cendol.
Posted in: tips mengorat, titan / Tagged: ainan tasneem, apa itu cendol, belanja gua cendol, bulan puasa, bulan ramadan, cara membaiki charger laptop rosak, cara membaiki laptop rosak, cendal, cendol, exzee, gambar ainan tasneem, itu je cite dia, kesedapan cendol, lapar cendol, makan cendol, segar mata, selamat hari raya 2012, titan hilang

43 Thoughts on “Selamat hari raya 2012.”

  1. shaharil on July 20, 2012 at 8:28 pm said:

    Selamat Hari Raya jugak walaupun hari ni hari pertama puasa. :D

    Reply↓
  2. tehr on July 20, 2012 at 8:30 pm said:

    selamat hari raya
    eh, selamat berpuasa

    teruk benar nampak laptop tu, bro

    Reply↓
  3. Kulanzsalleh on July 20, 2012 at 8:38 pm said:

    Okey.. selamat hari raya juga.. :)
    laptop bro dah okey.. jadi bolehlah sambung kisah Ain Maisarah lepas ni..
    pasal ada orang marah sebab letak gambar Ainan Tasneem tu.. akupun nak tahu juga sebabnya <– saja menyibuk :D

    Reply↓
  4. anif on July 20, 2012 at 9:43 pm said:

    :D Selamat berpuasa & selamat hari raya in advance!

    Reply↓
  5. Norizwan on July 20, 2012 at 10:07 pm said:

    Selamat menjalani ibadah puasa bro….gambar laptop bukan main teruk lagi…alhamdulillah dah ok…

    tapi gambar ainan tasneem bergegor laptop aku ni….anak ustaz tu bro…gua jumpa ayahnya ceramah kat JPA Putrajaya…

    Reply↓
  6. gamep01nt on July 20, 2012 at 11:42 pm said:

    la lu pengakap? duk berkemping kat ulu yam hahah

    Reply↓
  7. suri on July 20, 2012 at 11:54 pm said:

    ingat majuk tak dpt mkn cendol heee.. alah tak kisah wjah siapa asal mnis ori mmg girl ok ar tu…

    Reply↓
  8. suri on July 21, 2012 at 12:11 am said:

    semoga titan d panjangkan umurnya, amin.

    uik asal teruk bebenau laptopnay tu baru pas perang dunia ke 3 ker huhu…

    Reply↓
  9. topo on July 21, 2012 at 12:24 am said:

    aku ingat ko dah kahwin dengan Ain Maisarah sebab tu ghaib tiba-tiba, sibuk berbulan madu agaknya. Aku ingat tu laptop ko.. tapi bila diamati balik Mekbuk -.- Seingat aku laptop ko Fujitsu hahaha aku ingat lagi ko ada buat post memuji-muji keayuan laptop ko masa kita muda-muda dulu haha

    Reply↓
  10. Hafizul on July 21, 2012 at 1:33 am said:

    Yeaaahhh..en titan dah kembali dengan tema selamat menyambut hari raya..haha..terasa jugak nk blanja tapi jauh..tambah2 bulan puasa..mana larat nak pergi banting..haha

    Reply↓
  11. akhiyy on July 21, 2012 at 3:30 am said:

    selamat hari raya jugak..hahaha…

    Reply↓
  12. puanbee on July 21, 2012 at 3:42 am said:

    cepatnya nak raya , selamat hari raya titan :)

    Reply↓
  13. budak felda on July 21, 2012 at 4:12 am said:

    awal tu bro, takpe aku pun nk ucap slmt hari raya takut x sempat…

    cun la skandal tu errmmm kongsi bro

    Reply↓
  14. Denaihati on July 21, 2012 at 5:36 am said:

    Selamat berpuasa dululah, mudahan berpuasa yg terbaikl disisi Allah

    Reply↓
  15. chii on July 21, 2012 at 5:37 am said:

    selamat berbuka ptg nanti n selamat hr raya gak

    Er,tu pic laptop sape je.

    Kc alamat. Raya nanti nk dtg ar. Leh dpt duit raya kan kan kan kan kan

    Reply↓
  16. akubiomed on July 21, 2012 at 5:46 am said:

    Awal sudah hendak menyambut Hari Raya. Pastikan puasa cukup dahulu. :-)

    Reply↓
  17. hatiputera on July 21, 2012 at 5:57 am said:

    wahh,,dah sambut raya ke,,,pakai laptop sony vaio lak la,,,hehehe..Ada buat rumah terbuka untuk makan cendol ke raya nie..hoho

    Reply↓
  18. Fadzmie on July 21, 2012 at 6:46 am said:

    Kahkahkah. Selamat Hari Raya jugalah kalau macam tu, Titan. Rasa macam nak kenal juga brader mana yang jeles kalau lu letak gambar Ainan Tasneem ni. hehe.

    Reply↓
  19. ProfHariz on July 21, 2012 at 8:16 am said:

    Alamakkkkkkk. Rindunya penulisan lu bro ! Wakakaka

    Salam Ramadhan, Puasa penuh baru raya.

    Reply↓
  20. perempuanmanis on July 21, 2012 at 9:08 am said:

    jom jom cari makanan untuk berbuka

    Reply↓
  21. sukacuka on July 21, 2012 at 11:54 am said:

    comel la dia.

    Reply↓
  22. Mummy Akmar on July 21, 2012 at 1:07 pm said:

    Gua takpaham cerita lu.. tapi gua pelik apsal lu punye laptop berlubang kene tembak ke?

    Apa2 pon Mummy nak ucap selamat hari raya jugaklah dekat titan..

    by the way cute nye awek lu ni..so schweet!

    Reply↓
  23. Ikhtiar Shah on July 21, 2012 at 2:59 pm said:

    kena tembak ke bro?haha

    Reply↓
  24. eiela on July 21, 2012 at 3:54 pm said:

    gilalah sampai cmtu laptopnya. apa2 pun selamat berpuasa dan slmt hari raya in advance..

    Reply↓
  25. Jebeng Otai™ on July 21, 2012 at 8:42 pm said:

    jgn hiraukan org jeles2 ni bro..mkin cendol lgik best

    Reply↓
  26. sensasi2020 on July 21, 2012 at 11:42 pm said:

    Selamat Berpuasa dan Salam Aidilfitri,
    Pasti jika jodoh pertemuan direstui,
    Pasti ketemu jua di mana2 destinasi,
    Kalau tidak pun di alam barzah nanti.

    Reply↓
  27. farahaznil on July 22, 2012 at 4:49 am said:

    ehem2..duit raya takde ke?ahahaha

    Reply↓
  28. auc dot com on July 22, 2012 at 6:14 am said:

    selamat hari raya jg kot2 x sempat ucap nanti :)

    Reply↓
  29. Hairul Hissam on July 22, 2012 at 6:14 am said:

    lepas nie.. letak lagi byk2 gambar awek yg ayu.. he.he.he… baru best…

    Reply↓
  30. Sya Isya on July 22, 2012 at 6:40 am said:

    duit banyak tu beli je laptop baru. hehe.. laptop aku pun bengong gak. tapi selagi boleh digunakan, gunakan je :D

    Reply↓
  31. Din on July 22, 2012 at 10:26 am said:

    pandai jgak ko wiring laptop ni..aku kalau rosak humban kat muka tokey baiki je..

    eh..muka ainan tasneem..
    aku suka dia..hhehe

    Reply↓
  32. Myra Jay on July 23, 2012 at 2:11 am said:

    Salam Ramadhan dan Salam Aifilfitri in advance ;)

    Nanti klau lappy MJ rosak boleh pas la untuk repair :)

    Reply↓
  33. onlajer on July 23, 2012 at 3:18 am said:

    Laptop lu kena tembak dengan jocker ke apa, apa pun lu pergilah bazzar ramadhan pastu sana ada jual cendol

    Reply↓
  34. daddydee on July 23, 2012 at 4:53 am said:

    tu sapa yang tembak laptop tu?? lu ke??

    makan cendol time tengahari memang cara…

    Reply↓
  35. bukit gambang on July 23, 2012 at 5:45 am said:

    selamat berpuasa en.titan..:-)

    Reply↓
  36. Yas on July 23, 2012 at 5:51 am said:

    Waahh….sampai kena tembak skrin pc lu tu….hehehehe

    Reply↓
  37. irsah on July 23, 2012 at 10:20 pm said:

    pehh buat laptop sampai x sedar dah hari raya. angpow raya 1st ke laptop ler jadinya…

    Reply↓
  38. akmaomar on July 24, 2012 at 8:25 pm said:

    Bila titan sebut cendol banting, yg kt tepi jalan tu ke dekat dgn kdai roti cina di banting? klu betul! Mmg sah sedap giler cendol kt situ :)

    Reply↓
  39. fiezaradzi on July 25, 2012 at 6:14 am said:

    la, apasal dtg ulu yam tak bagitau kitorang.. dekat je dgn rumah.. dah tu tak bawak cendol.. huhu..

    Reply↓
  40. Ummi Hanie on July 25, 2012 at 9:20 am said:

    awat cakap merapu “ramadhan terakhir” bagai nih… rilek le bro… byk lg cendol nk dimakan.. haha

    tompang gumbira laptop dah bernyawa balik.. charger tu takleh cari kat kedai ke?

    Reply↓
  41. syahrilhafiz on July 25, 2012 at 10:40 pm said:

    kahkah! adoi, selamat hari raya
    laptop begitu gamaknya tong sampah la..

    Reply↓
  42. cik tom on July 30, 2012 at 2:36 am said:

    awal book wish hari raya..hiii

    Reply↓
  43. Oh! budu on August 10, 2012 at 12:53 am said:

    titan minat ainan ke? banyak gambar a.tasnem dalam entry dia.huhu

    Reply↓

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badgeShow more posts

Post Navigation

← Previous Post
Next Post →

Recent Posts

  • Esok.
  • Ulu Lubai.
  • Tanya gua 3 soalan.
  • 8 sebab korang kena pergi Seminar Buat duit dengan blog
  • 78 Komen.

Recent Comments

  • titan on Esok.
  • titan on Tanya gua 3 soalan.
  • Ummi Hanie on Tanya gua 3 soalan.
  • KiD on Esok.
  • titan on Esok.
© Copyright 2013 - Lelaki Kacak & Ahmad Faizal | Jobdirumah Review
Infinity Theme by DesignCoral / WordPress