Dalam banyak-banyak benda. Kita kena usaha. Tak kisahlah korang seorang penarik beca ataupun seorang penjual cendol, kalau tak berusaha..pasti takkan ada hasilnya. Begitu juga aku. Aku pernah jatuh. Pernah naik. Pernah popular. Pernah juga makan nasi dan kicap sahaja. Pernah minum air teh pahit selama beberapa bulan sebelum aku boleh makan cendol setiap hari. Ya, waktu itu susah. Yang nak menolong pun, berapa kerat aje. Bila minta tolong pinjamkan duit, semua tarik muka. Semuanya lari sejuta langkah. Aku akur. Manusia memang sukar untuk percayakan manusia lain dengan mudah. Malah, aku pernah dibelanja oleh seorang rakan India hanya semata-mata bosan tengok aku layan teh o kosong yang pahit beserta biskut kosong. Dapatlah juga aku merasa nasi goreng kampung hari itu. Itulah kali pertama aku rasa nasi goreng kampung kat kedai mamak tu..begitu sedap sekali..
Ya. Aku tahu, ada ramai yang mungkin tak percaya dengan cerita aku. Mungkin juga ada yang percaya. Mungkin juga ada yang rasa aku semacam reka cerita. Tapi percaya atau tidak. Itu korang kena tanya pada diri korang. Untuk mempercayai aku, atau mahu buat sardin aje.

Buktinya, artikel aku dah masuk page yang ke berapa belas pun aku tak tahu. Tapi sekurangnya, ada jugaklah kat search engine. Tidaklah pakcik Google begitu kejam dengan aku. Dia tahu, aku nak juga merasa makan cendol setiap hari bersama Ain Maisarah. Jadi, dia pejam sebelah mata ajelah dengan artikel-artikel aku tu. Korang? Aku tahu tak tahu. Samada korang kena rasuah pakcik google dengan semangkuk cendol ataupun sepinggan biskut merry. Aku tak tahu. Pepandailah korang hadap pakcik Google yang sepanjang masa cemburu tanpa belas kasihan.

Insya-Allah. Semua tu akan datang kepada korang dengan perlahan-lahan. Asalkan korang mahu berusaha, mahu ke arah yang lebih baik. Mahu sesuatu yang lebih bermakna, mahu sesuatu yang lebih JELAS. Mahu sesuatu yang lebih matang. Mahukan sesuatu yang lebih bernilai. Masa tu, baik gadis-gadis comel mahupun kekayaan..akan datang walaupun korang tepis dengan jurus Pendekat Laut ataupun Penjejak Neraka..

Ps: Satu lagi entri merepek setelah aku tension godek-godek software Sony Vegas untuk buat video sempena Program Anak Yatim hujung minggu ini. Nak tak nak, aku kena mahir dengan software ni..
Punca rahsia SEO sudah bocor adalah Contest Lelaki Kacak. Sakit kepala memikir strategi ampuh.
tgh berusaha ttg sesuatu gak ni.harap2 berjaya..
tanpa usaha..segalanya hanya omongan kosong shj
bab kearah berbini 4 tu sedang di usahakan bro.
cam tau2 je hehehe
Arghhh. Dasar nak cukupkan quota !
(lap peluh) give up jer lah..hahahaha…..
untung la ada juga walaupun keberapa belas..hahaha…cikgu tengah pening ni..entri pi mana pun tak tau..google letak dalam recycle bin ka apa?..hahahaha
mantop motivasi bro, fadilah kamsah dah boleh bersara
aku masih belum bab-bab seo,,artikel sekejap ada sekejap hilang..
semuanya perlukan usaha..menaip komen ni pun perlukan usaha sebab line tgh lombab..hehe
fuh..dah part 7 dahh..
Betul bro, bukan senang nak senang.. Tapi kalau takut susah, susah nak senang.
Mak aihhh..banyak dah part tan buat nih..chaiyok! chaiyok
Sejujurnya aku hampir menitis air mata membaca entri ni…bagaikan seribu satu bingkisan semangat utk aku…terima kasih atas entri ni yang hampir-hampir menitiskan air mata aku….En titan, kau memang hebat la….
tatkala membaca ari ini, terbit berbagai asa.
1. asa kesian – sebab kena belajo benda baru.
2. asa gembira – dh buleh makan cendul tiap2 ari.
3. asa terharu – pengalaman mengerti ajar kedewasaan
4. asa informatif – tips seo percuma lagik.
5. asa pahit – kompom ain maisarah x tackle owg lain dah huhuhu.
6. asa manis – kemanisan gula melaka dalam cendul. Perghhhhhh
Betul sangat apa yang hang cakap tu bro.. kalau nak berjaya kenalah usahakan.. mana ada orang nak bagi hadiah begitu mudah.. hehehe.. aku pun masih banyak kena belajar selok belok ilmu SEO ni.. hehehe
Mcm mana kawe kena cuba lah buat satu artikel.. Sure masuk page No. 1 dari belakang. Cuma apa nak tulis ehhh.. Awek2 kat hujung artikel tu kawe lupa diri kojap
nak tak nak jer..kalau nak tentu kena usaha lebih hehehe
lama tak makan cendol weiii…..hehehe
dalm 4 aku peraya 1 jer pic tu hee tapi mmg smua pic tu wujud eleh..hiii
Gua tengah lap hingus, baru abis baca ….
usaha skyliff kejayaan, hehe
Mungkinkah kita perlu mempunyai skandal untuk berjaya?
@ Tehr – uih yeke..nk gak la..
Betul tu bro.. semua orang pernah susah.. yang penting.. jangan mengalah sebelum cuba berlawan
betul tu…usahakan apa yang kita mahukan…jangan cari alasan…
hehe..skandal baru plak.ainan tasneem un ade.
betul sgt bukan senang nk senang n usaha tu tangga kejayaan kita
keep it up!
aku sendiri pon dah kecundahng jauh nih, adehhhhh
bila berazam, usaha dan tawakkal kepada Allah…
siapa yang bertawakkal (lepas dah usaha) pada Allah, pasti Allah akan berikan padanya jalan keluar (kejayaan)…
motifnya : duduk diam menantikan rezeki turun dari langit tanpa sebarang usaha, tak ke sia2 namanya tu..nak beli teh o pahit pun tak dapek..
wah… otai seo dah bersuara!!!….
Whoaaa… best betul la luahan rasa pasal SONY VEGAS jee tapi dah macam entry motivasi…. dasat laaa
Ini entri mmg terbaik!
Entri penaik motivasi…
p/s-titan, ni mane satu yg muda ni?hehehe
kiut gamabar baby merangkak usaha tangga kejayaan
Suka ngn gambar no 1. Seekor siap bertenggek kat pili, minum tmpat bocor, seekor lagi kat bawah tunggu air menitis…fuh!
Kalau dah tahu cara senang sikit daripada usaha tanpa ilmu.
betul tu bro. . mesti ada usaha. .
korang ingat senang ke Tiz Zaqyah tackle aku time aku kuliah kt Jordan dulu ?? klu aku x beri muka kt dia fruss menonggeng dia kt aku. .. HAHAHAHA. ..
klu ko ada Ain Maisarah, aku ada Tiz Zaqyah. .. (Dalam Mimpi) ..
eh..ada tutorial senang faham tak pasal sony vegas ni…masih tak paham..hahaha
tak nak komen pasal cendol..tapi pernah dapat tugas buat video, padahal tak tahu apa pun..nak tak nak kena buat..nasib baik bos puji dan budak terpegun..keh keh keh
jangan lupa dalam video tu taruk cendol banting
memang ini entry blues.. sapa tak pernah rasa susah, diaorang takkan faham.
usaha tangga kejayaan kan,. hehe,.
cik tom xpercaya..lalala
aik ciktom x caya pulak.. hmmm ceciter ceciter.. hik3. yg penting usaha ciktom. itu antara poin post nih pown
Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati (Klik Di Sini)akan tamat pada hari ini..
Tak sabar nak tunggu blog manakah yang berjaya memenangi Contest ini.. Good Luck saya ucapkan..