• Contact
  • Contest & Kuiz
  • Link
  • Misi 2008
  • Pengiklanan dan Sponsor
  • SiteMap
  • Subsribe
  • Survey
  • VCC
Earncent.com Lelaki kacak, Cendol Banting dan Ain Maisarah.

Piala AFC bukan milik Ainan Tasneem..

July 3, 2012 2:27 pm / 37 Comments / admin

Aku tertidur lagi lepas maghrib hari ini. Aku tak tahu kenapa dalam 2-3 hari ini aku asyik mengantuk. Mungkin sebab kurang tertidur dilewat malam. Tapi tidur bukan satu pilihan terbaik untuk keadaan aku sekarang. Aku masih ada banyak misi yang perlu dicapai dan banyak langkah yang perlu diatur. Jadi, jika aku perlu tidur. Badan aku secara automatiknya akan memaksa aku untuk tidur tanpa perlu aku suruh.

Tapi kalau aku tak nak tidur juga?

Terpaksalah kita lihat samada keinginan aku atau kemahuan badan aku yang lebih kuat ketika itu. Kalau aku tidur, maksudnya aku memang perlukan tidur. Jika aku tak tertidur waktu itu, itu tandanya aku masih belum boleh tidur.

irfan-fazail

Ya, aku kecewa. Pasukan Malaysia bawah 22 tahun tewas. Ya, kita terpaksa akur. Walaupun kita tewas 1-2 ke atas Myanmar, aku rasa pemain kita dah tunjuk apa yang mampu. Aku tahu mereka masih ada banyak hidden card yang mereka tak sempat tunjuk. Kena pula hujan. Kena lagi main kat tempat lawan. Lagi teruk, kena ejek dengan penyokong pasukan lawan. Tapi yang pasti, dari awal serangan kita banyak tak menjadi dan digagalkan oleh pemain Myanmar. Lebih geram lagi, dengan keeper handalan Myanmar. Dah macam Khairul Fahmi aku tengok. Semua bola datang, dia terbang, dia tangkap dan dia peluk. Satu pun tak bagi kat kita. Akhirnya, kita cuma dapat satu gol melalui tindakan gigih Rozaimi yang tak putus asa. Tahniah buat Rozaimi. Ko memang layak jadi penyerang handalan muda Malaysia buat ketika ini.

Tentang Rozaimi Abdul Rahman, aku cuma harapkan pemain tengah kita iaitu Irfan dan Nazmi dapat menggalas tugas itu dengan sebaik mungkin. Kita cuma ada 2 orang pemain berbakat ini sahaja yang aku nampak boleh gerakkan kawasan tengah dan boleh bagi bola cantik kepada penyerang-penyerang kita. Tapi, Irfan dan Nazmi tak berapa menjadi. Dan kesilapan Irfan menyebabkan kita terpaksa menghadiahkan gol kedua kepada Myanmar. Kalau tak, aku rasa kita ada peluang untuk counter strike balik Myanmar dan layak ke pusingan akhir Piala AFC 2012. Tapi, apakan daya. Ini rezeki kita. Piala AFC bukan milik kita. Bukan milik pemain Malaysia. Bukan juga milik Rozaimi ataupun Nazmi Faiz Mansur. Juga bukan milik Ainan Tasneem..

ainantasneem

** Antara Tasha Manshahar dan Ainan Tasneem. Yang mana korang rasa lebih kiut? Lebih comel? Dua watak baru akan aku masukkan untuk cerita Mencintai Ain Maisarah. Bukan senang nak mencintai Ain Maisarah. Banyak halangan yang perlu watak utama tempohh..

Ps: Nak tengok Negeri Sembilan lawan Kelantan dan Selangor lawan Kedah plak..

Related Posts

  • Eyriqazz vs Denaihati – Part 7Eyriqazz vs Denaihati – Part 7
  • Eyriqazz vs Denaihati – Satu penutup.Eyriqazz vs Denaihati – Satu penutup.
  • fakrisaarniMyanmar pun kena ganyang juga.
  • Cinta Perpustakaan yang mengecewakan..Cinta Perpustakaan yang mengecewakan..
  • Malam ini, Bahrain lagi kacak. Malam ini, Bahrain lagi kacak.
  • Malaysia kalahkan Pakistan malam tadi..Malaysia kalahkan Pakistan malam tadi..
Posted in: Sukan Malaysia / Tagged: ainan tasneem, irfan fazail, kenapa malaysia kalah - myanmar vs malaysia b22, keputusan penuh myanmar vs malaysia b22, keputusan rasmi myanmar vs malaysia b22, keputusan terkini myanmar vs malaysia b22, lagu ainan tasneem, malaysia kalah, malaysia tak layak ke pusingan akhir piala afc 2012, malaysia tewas ke myanmar, myanmar vs malaysia, myanmar vs malaysia b22, ong kim swee, piala afc 2012, rozaimi, senarai pemain myanmar vs malaysia b22, siapa sebenarnya, siapa sebenarnya ainan tasneem, siapa sebenarnya irfan fazail, video jaringan gol myanmar vs malaysia b22, who is ainan tasneem

37 Thoughts on “Piala AFC bukan milik Ainan Tasneem..”

  1. farahaznil on July 3, 2012 at 2:40 pm said:

    ko jangan buat mcm cerita indon sudah……hahaha

    Reply↓
  2. zool on July 3, 2012 at 3:04 pm said:

    sekali ainan tasnem dah…
    memang kecewa tgk game ari ni……
    bila rozaimi dapat bola 2 pemain myanmar datang.. kawan tak nak support… teruk la camtu

    Reply↓
  3. auc dot com on July 3, 2012 at 3:05 pm said:

    boh jgn teruskan amalan tidur pas maghrib tu… :)

    Reply↓
  4. anif on July 3, 2012 at 3:30 pm said:

    Nampaknya belum ada rezeki la buat Harimau Muda..

    Reply↓
  5. shaharil on July 3, 2012 at 4:09 pm said:

    Ainan Tasneem lebih comel dan kiut bagi aku la. Tak tau la pulak bagi orang lain kan. Masing-masing ada pilihan dorang sendiri… hehe

    Reply↓
  6. Tehr on July 3, 2012 at 4:12 pm said:

    Ainan tasneem ni sapa pulak, bro?
    Dia minat bola gak ke?
    E

    Reply↓
  7. Denaihati on July 3, 2012 at 4:45 pm said:

    siapa pulak Tasha Manshahar dan Ainan Tasneem ni. susah nak sebut nih…he he

    Reply↓
  8. Faizul on July 3, 2012 at 5:02 pm said:

    untuk pergi lebih tinggi, mereka perlu rasa bagaimana sakitnya jatuh. Lepas jatuh jangan lupa bangun, kalau nak berjaya la. :)

    Reply↓
  9. irsah on July 3, 2012 at 7:11 pm said:

    Jawapan: Ainan Tasneem kiut maut.

    Jalan crita: Jangan mcm sinetron sudah. lepas nih mak tiri belah ayah angkat masuk campur.

    Nama watak: Memang ada kelas dari duluuuu lagi.

    Bola: No komen. Dah tahu dah. Penat.

    Reply↓
  10. Hafizul on July 4, 2012 at 12:07 am said:

    Emm memang orang yang berjaya org yang pandai susun strategi dan orng yg kurang waktu tidur nya..hehe..Ainan Tasneem kot..sebab nama kiut..hehe

    Reply↓
  11. esempoi on July 4, 2012 at 12:33 am said:

    malaysia masih dapat pergi playoff da.

    ada peluang lagi

    Reply↓
  12. yas on July 4, 2012 at 12:36 am said:

    dengar2 citer player Myamar ada ramai yg lebih had usia….hmmmm kita tgu saja laa…

    Reply↓
  13. esempoi on July 4, 2012 at 12:39 am said:

    eh silap, tempat ke 3 terbaik dari 7 group.

    tapi ada satu group tak abis lagi.

    Reply↓
  14. hatiputera on July 4, 2012 at 1:21 am said:

    yang paling aku suka kat artikel ini ialah gambar kiut yang kat bawah tu. Bila la kita nak melepasi taraf asia tenggara dalam bolasepak yer,,,

    Reply↓
  15. penyubiru on July 4, 2012 at 1:59 am said:

    dengar citer penjaring gol myammar dua bijik tu dah lebih had usia..25 tahun kut..

    Reply↓
  16. Fadzmie on July 4, 2012 at 2:52 am said:

    Masih ada peluang untuk pusingan seterusnya. Kena suruh Ainan Tasneem ni bagi harapan sikit kat player-player Malaysia. Haha.

    Reply↓
  17. ProfHariz on July 4, 2012 at 4:11 am said:

    Haruslah Ainan Tasneem :) Comel weh..

    Reply↓
  18. Ronaldmohoni on July 4, 2012 at 5:09 am said:

    Harap-harap AFC menyiasat laporan pengurusan Malaysia tentang pemain Myanmar yang melebihi had usia.
    P/S – Rozaimi, lu tetap terbaik.

    Reply↓
  19. Bro Framestone on July 4, 2012 at 7:51 am said:

    2-2 bukan pilihan hatiku…

    Reply↓
  20. LilyNrman on July 4, 2012 at 9:50 am said:

    macam2 laa titan ni. ainan tasneem pulak…haha

    Lily tak ikut sbb performance bola Malaysia boring. Jangan marah. haha

    Kecuali Piala AFF Suzuki..indon lawan malaysia..yang tu tgk sebb pemain2 Malaysia semua power2. Malaysia menang. yeah! haha

    Reply↓
  21. hafizmd on July 4, 2012 at 12:06 pm said:

    1. Kalau ngntuk, mmg payah nak buat keje, jadi ko tido tu, mmg terbaik..hehe
    2. Malaysia mmg cam tak berapa nk menjadi, tp keeper myanmar tu mmg terer…kalau tau, dah menang dah…hehe
    3. Dua2 aku tak nak pilih…huuuh

    Reply↓
  22. Dulu Lain Sekarang Lain on July 4, 2012 at 12:09 pm said:

    Sayang ehhh… kawe rasa sejak Muslim, Apek dan sapa lagi sorang tu (bek kiri) kena upgrade ke senior… defence Harimau Muda struggle betul. Ia beri kesan pada player lain sbb diaorg mcm takut2 jer nak pass bola atau naik membantu ke atas.

    Reply↓
  23. Jebeng Otai™ on July 4, 2012 at 12:57 pm said:

    byk sgt skandal..bhya nnt.. :)

    Reply↓
  24. azydy on July 4, 2012 at 2:07 pm said:

    skandal sesaje si titan ni..poning kepala pokcik

    Reply↓
  25. akubiomed on July 4, 2012 at 3:58 pm said:

    Walaupun kita kalah, kita berjaya mengenal pasti bakat baru seperti Rozaimi penyerang yang bakal menyinar pada masa akan datang.

    Reply↓
  26. irsah on July 4, 2012 at 5:12 pm said:

    @ Yas.. baru hantr petisyen. x taw lar buleh lepas AFC x. kalu lepas, titan buat pesta buih cendul – ilang rasa hampa dia tengok game tuh.

    Reply↓
  27. sensasi2020 on July 4, 2012 at 5:56 pm said:

    Bila ketinggalan gol Malaysia vs Myanmar terus tukar channel RTM TV1 tengok Kel vs Neg 9. Kelantan perlu 3 mata lagi utk bergelar juara liga.

    Reply↓
  28. samdaddycool on July 4, 2012 at 7:34 pm said:

    My vote goes to Ainan Tasneem

    Reply↓
  29. samdaddycool on July 4, 2012 at 7:36 pm said:

    geram siot aku tengok cik alexa kat blog ni

    Reply↓
  30. fiezaradzi on July 5, 2012 at 4:34 am said:

    ape nak kata kan.. nak buat macam mana.. tapi de yg kate player myanmar de lebih 22 tahun.. mana aci..

    Reply↓
  31. spudin on July 5, 2012 at 8:55 am said:

    alaa..da lebih had umur..myanmar kena singkir ..malaysia lepas laa..mana aci myanmar guna taktik kotor

    Reply↓
  32. chii on July 5, 2012 at 4:13 pm said:

    apa pun..tdo itu nikmat kan..ahahah..
    pasal bola..chii serender..
    tp kalo nak sandal baru..better pilih ainan..dia sgt cute dan comel :D

    Reply↓
  33. mommyNana on July 6, 2012 at 3:56 am said:

    kaitan? ainan tasneem dgn bola…? konpus akak! hahaha….

    Reply↓
  34. cik tom on July 6, 2012 at 4:18 am said:

    ciktom lg suka ainan tasneem..hehe

    Reply↓
  35. Ummi Hanie on July 8, 2012 at 8:04 am said:

    ainan tasneem pulok doh…

    Reply↓
  36. bukit gambang on July 14, 2012 at 3:46 am said:

    aku pun sedih jugak, kenapa la tak leh menang..huhu

    Reply↓
  37. annur on September 9, 2012 at 7:30 am said:

    cantik jugak an dia tu comel(:

    Reply↓

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badgeShow more posts

Post Navigation

← Previous Post
Next Post →

Recent Posts

  • Esok.
  • Ulu Lubai.
  • Tanya gua 3 soalan.
  • 8 sebab korang kena pergi Seminar Buat duit dengan blog
  • 78 Komen.

Recent Comments

  • effort lab on Ulu Lubai.
  • Hairul Azni on Esok.
  • eiela on Esok.
  • eiela on Ulu Lubai.
  • Hafizul on Esok.
© Copyright 2013 - Lelaki Kacak & Ahmad Faizal | Jobdirumah Review
Infinity Theme by DesignCoral / WordPress