Kalau Italy ada budak nakal dalam pasukannya. Selangor pun ada budak nakal. Italy ada Mario Balotelli. Selangor ada Amri Yahyah. Aku rasa insiden atau kes Amri Yahyah tumbok kat celah kelangkang Mohd Ghaddar ni dah memang panas dalam 1-2 hari ini. Sejak insiden Selangor vs Kelantan yang akhirnya dimenangi oleh Kelantan (0-1), aku rasa nama Amri Yahyah ni dah sebaris dengan carian Mario Balotelli di Google. Tak caya, gi cari. Haha..

Mesti ramai gadis-gadis comel tergila-gilakan Balotelli ni. Betul tak Cik Farah? Cik Tom? Cik Adilah?
Ya. Walaupun aku penyokong kuat pasukan Selangor. Tapi aku sendiri tak suka apa yang pasukan Selangor buat semalam. Ada beberapa pemain Selangor yang tersangat nakal semalam. Aku rasa aku tak payah sebut nama pemain lain selain Amri. Korang pun dah tahu kan? Memang kasihan habislah kat Ghaddar. Kena tackle, kena terajang, kena tumbuk celah kelangkang. Tapi dia boleh rilek aje. Dia nak cakap pun, orang kita tak faham. Orang kita kata apa kat dia pun, dia bukannya faham sangat bahasa kita. Jadi, bila cakap dengan pengadil..

Bab pengadil ni, memang aku panas. Memang ketara semalam mutu pengadilan boleh dipersoalkan. Jangan guna pengadil ni masa Malaysia b22 lawan Myanmar. Kang kalah, kena hentam lagi. Dah kesian pula kat pengadil tu. Bagi aku, pengadil semalam patut bagi amaran kaw-kaw kat pemain Selangor yang bertindak ganas terhadap Ghaddar. Ini bila pengadil buat dek aje. Just bagi amaran lisan. Pemain Selangor yang nakal ni, mulalah naik tocang. Kalau korang memang tengok dari mula sampai habis 90 minit tu..korang akan tahu betapa menderitanya Ghaddar. Sudahlah masa awal-awal dulu si Ghaddar ni kena ejek sebab tak perform. Asyik dapat gol masa penalti aje. Tapi kini, bila taring dan belang Ghaddar dah terserlah dan ditakuti oleh pemain lawan, jadi plak macam ini. Tak bagus kan? Aku harap, pemain Selangor yang buat hal ni cepat-cepatlah minta maaf kat Ghaddar. Dibuatnya dia tak maafkan, sakit korang nak cari dia kat Padang Mahsyar tu. Ingat Padang Mahsyar tu luasnya macam padang kat Stadium Shah Alam ker?? Kalau jumpa pun, berapa ribu tahun agaknya korang ambil masa nak jumpa Ghaddar? Kena pula Ghaddar main nyorok-nyorok dengan korang? Haa..dah satu hal.
Dah, aku malas nak ulas. Aku yakin Irfan Bakti tak suruh pemainnya buat macam tu kat Ghaddar. Dan aku tak tahu kenapa malam tu serba-serbi Ghaddar jadi mangsa. Balotelli pun takdelah nakal sangat. Setakat buka baju dan henshin jadi Majin-Buu pon, dah kena kad kuning. Dan aku harap pihak FAM dapat buat sesuatu dalam kes ini. Even dia pemain Selangor, kalau dia wajar untuk dikenakan tindakan atau denda, laksanakan sahaja. Jangan diam aje. Ramai orang mahu tahu penjelasan dan penjelasan tentang isu.

Torress? Tak. Torres bukan budak nakal. Dia budak baik. Kalau ditakdirkan Italy kalah malam ni, semuanya disebabkan oleh Torres. Aku harap dengan EURO 2012 ni, akan naikkan balik nama Torres. Kesian sangat aku tengok mamat Torres ni. Asyik kena hentam sepanjang tahun 2011-2012 sebab jarang sumbat gol.
** Pagi nanti, ada final EURO 2012 antara Italy dan Spain. Oleh kerana Germany dah kalah dengan Italy. Secara mandatorinya aku kena sokong Italy. Jadi, Spain dan pakcik Torres. Sila kalah. Boleh? Nanti aku belanja cendol.
Ps: Wokehh. Nak sambung buat kerja..


sumpah aku geram dgn pengadil aritu..dan mase abes game (xdisiarkan dlm tv), penyokong2 astaka tiba2 mengamuk..so pengadil xblh nk masuk dalam..di mntak tlong staff kelantan fa iringi diorg masuk kot laluan berbumbung (laluan pemain) tp ade sempat terlepas satu balingan drpd penyokong ke pengadil..tp sygnye xkena pngadil tp kena staff kelantan fa..hahaha..pastu polis dtg..huahua
eh no 1 ke komen~ huahua..ade hadiah xpengomen no 1 bang? cendol free 4 mangkuk ke
hahaha…si awang hitam lagi kacak…kesian dia…slalu kena bahan..macam2 gambar keluar dkt fb..hahaha ” MONSTER”
Haru. ko suruh budak farah ni belanja. dia dapat banyak bonus bulan lepas. haha..
farahznil. haha..kesian gak aku tengok dia nih. kena bahan aje 2,3 hari nih gara-gara bukak baju..
Bola sepak Malaysia memang perlu ada budak nakal. Baru meriah! Haha..
Dahsyat penangan bola ni..
betul bro, aku pun tgk mcm x professional ler selangor
dalam banyak2 kekasaran kat padang bola sepak yang pernah aku tengok
kes amri tumbuk kelangkang ghaddar tu paling teruk
tak logik dan tak sepatutnya amri buat macam tu sebab bukan masa berebut bola
Sebenarnya amri yahyah ni bukan macam balotelli, dia macam entah siapa2 hahaha. selamat aku x tgk bola malaysia. tp italy kalah semalam mmg aku terus jd down. pebende aku tulis ntah
dua2 pakar gentel BOLA tu
menyirap je tgk muka amri tu…
apa pun Viva La Roja…spain memang terhebat sekarang
eh sori sikit..spain menang okay …haha
Memang silap besar la aksi tak profesional tu telah dirakam dengan jelasss…. even AZLAN JOHAR yang jadi pengulas pun geleng kepala ngan budak AMRI nie… BEKAS player msia tue…
Macam-macam senario bola sepak tempatan.
1. Harap FAM tak berat sebelah dalam isu ni. Kita tunggu apa tindakan susulan.
2. Amri kadang2 mmg cepat hilang fokus. Pelik pulak aku dgn dia ni. isk3….
3. Mario Balotelli mmg takleh wat pe dah pagi tadi…huuuh
4. Spain menang lagi, tapi aku ttp tak syok tgk final camtuh walaupun ada 4 gol
Yeahhh.. SPAIN menang.. bila kau nak banjer cendol?
balotelli nakal2 pun pandai juga menangis apabila kalah, taktau nak komen pasal amri hee
Spain sudah juara ! hahaha
Baloteelli mmg tak menjadi semalam dan skrg banyak tersebar meme balotelli. hahaha
apakah italy pun tak makan cendol kali ini? hehe… apa pun, tahniah spain..
sngor, klntan mmg main tah, kasar, malas nak tgk..
nur
rasanya atas maya jer ni heee
@tehr, lau tgh rebut bola pun tak patut buat macam tu.. sungguh tak pro..
haha, memang dah naik pon nama torres.. chit! boring tul spain menang lagi… zzz
erk..habis dah..haha….tak smpt aku tgk
jeles lak kawe tgk body balotelli tu.. angkat besi perut kawe jer yg naik
haha balotelli menuruk ke apa tu.. torres tu orang singkirkan dia sebab dia main ngan england.. tapi ternyata dia pemain kegemaran ku turun 15 minit pun dapat menjaringkan satu gol dan menyumbangkan satu gol kepada rakannya.. rilek je goll cool habis.. cayalah toreess
aku tak tengok perlawanan.. tapi kalau sampai tumbuk kangkang.. memang tak patut..
mksdnya diorg lebih truk dri blotelli ker?huhu
rasanya Balotelli tu lagi baik dari Amri Yahyah….mmg dah takde sivik budak ni skang.
minat sangaaaaat….wekkk. aku tak minat langsung bola weh. maaflah
Torres tetap terbaik
patut la hebat semacam jer baloteli ni, rupanya jelmaan semula majin buu..