Haha..ok. Hari ini aku ubah tajuk artikel. Anggap aje ini Eyriqazz vs Denaihati – Part 4
Sekali lagi, aku beritahu. Tujuan aku sertai cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati adalah untuk support cabaran yang dianjurkan oleh Eyriqazz. Jujur. Aku takde niat nak menang. Aku takde sedikit pun rasa nak kalahkan anak-anak murid tak rasmi aku. Cik Tom dah ada, bukan? Cukuplah kan? Anggap aje aku dah hantar wakil atau waris aku. Korang nak tanya lebih-lebih, korang kena tanya Cik Tom. Itu belum campur lagi sorang lagi anak murid kesayangan aku. Siapa? Tak lain dan tak bukan adalah Farahaznil. Ni lagi anak murid yang super dahsyat. Ini kali pertama dia sertai cabaran seperti ini dengan jayanya. Sebelum ni, tak pernah. Ada satu hari tu kan..dia TERUS henjut dan dapat 52 sales yang melalui satu cabaran program affiliate PenolongAkauntan.com dalam 6-7 hari sahaja. Dapat RM1220 lagi tu! Sah. Nak tak nak, itu budak perempuan kena belanja aku cendol. Aku tak kira. Penat dah aku ajar budak tu. Haha..aku sendiri pun cuma dapat 7 sales aje. Mentang-mentang aku tak full blast promosi benda ni..terus dia lawan tauke. Tapi aku nafikan, dia memang nak berjaya dalam cabaran tersebut. Aku tak nafikan usaha beliau. Sampai habis bandwidth blog beliau dibuatnya.
Dahh, aku takleh sebut nama budak-budak perempuan lagi. Nanti kena serang dengan Ain Maisarah, kesian plak kat Cik Tom dan Farah. Aku tak nak diorang gaduh main tarik-tarik rambut disebabkan kekacakan aku..

Dan bagi korang yang mahu lihat aku menang dan beat pencabar yang lain dalam Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati. Aku minta maaf. Sebab aku dan blog ini susah nak menang Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati tu. Senang cakap, blog aku ni susah nak menang SELAGI aku masih guna theme blog ini. Untuk menang Cabaran seperti ini, banyak elemen kemenangan yang diperlukan. Dan elemen tersebut kebanyakkannya tak ada dalam blog Earncent ni. Kalau aku guna blog, itu cerita lain. Blog ni, banyak cacat celanya. Ada orang kata slow. Lambat bila nak buka satu artikel ke artikel yang lain. Maafkan aku. Aku buka laju aje. Tapi mungkin ada para pembaca yang line internetnya super slow, jadi blog ni jadi sangat berat bagi mereka. Tapi berat-berat pun, blog ni dah capai ranking ke 386 di Malaysia dan 62,193 di Dunia melalui kira-kira Alexa.com. Korang tak pelik ke? Biasanya blog-blog ringan aje yang selalu dapat ranking macam ni, bukan? Bagaimana aku buat..dan bagaimana aku branding blog ni sampai beratus orang kenal dan sanggup korang lupakan isteri dan anak hanya kerana nak baca artikel yang aku tulis setiap hari… aku tak ada jawapan yang tepat untuk korang. Aku tak tahu ayat-ayat kacak macam mana untuk aku khabarkan. Tanya pada hati korang, mengapa korang suka baca blog merapu aku ni? Mengapa korang sukakan lelaki kacak yang suka makan cendol ini? Mengapa?
Hari ini aku ada baca satu blog. Barulah aku tahu, nama Titan ni adalah sebenarnya salah satu nama tuhan-tuhan orang Greek. Betul ke? Aku tak tahu. Hari ini baru aku tahu. Bahaya betul maknanya kan? Kepada tuan punya blog, jangan pandang aku tinggi sangat. Aku tak handal. Aku tak terer. Hidung aku tak mancung, hidung aku cuma kacak sikit aje. Pipi aku pun tak mancung dan tak tersorong-sorong. Tapi pipi inilah yang menjadi igauan ramai gadis-gadis comel ketika aku di UMS dulu. Ramai yang ingin membelai dan mencium pipi aku. Tapi aku tak bagi. Haram. Ain Maisarah pun aku tak bagi pegang-pegang tau. Fatin Yayana pun aku tak bagi walaupun dah banyak kali dia cuba membuat percubaan melempang pipi kacak aku tu. Yelah, marah-marah pun, aku tahu, sisa-sisa kasih dan sayang Yaya masih ada. Tapi Yaya, milik Toyol. Aku tak harus masuk campur. Haha..hape aku merepek ni..

Dahh..toksahlah kata aku otai, otai SEO, hotai itu ini ke apa. Pakcik Denaihati lagi otai. Aku adalah orang biasa. Blogger biasa. Tak ada istimewanya pun. Aku cuma tulis apa yang aku suka. Mungkin atas sebab itu korang sukakan aku. Sukakan gaya penulisan aku. Sukakan cacian dan karut-marut yang aku tulis. Sebab memang mustahil korang nak tulis seperti mana yang aku tulis. Setiap orang ada gaya dan keunggulan yang tersendiri. Jadi diri sendiri. Kemudian, korang akan tahu apa yang korang kurang dan jadikan kekurangan itu satu kelebihan yang orang lain terpaksa mengakui bahawa kekurangan korang itu sebenarnya satu anugerah dari Allah untuk bantu korang menjadi seorang insan yang lebih berguna bukan sahaja kepada Agamanya, juga kepada bangsa dan negara.
Ya. Aku ada tulis satu artikel. Dan Aku TERmenang pula satu contest atau pertandingan yang dianjurkan oleh Abang Ensem. Tak sangka gua dapat rampas hadiah utama bersama dengan itu pakcik Eyriqazz. Jadi, jangan marah aku. Bukankah korang selalu tengok aku menang dalam macam-macam pertandingan sebelum ini, bukan? Jadi, tolong. Tolong jangan terkejut. Haha..

** Bagi aku, cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ini akan jadi pembuka jalan kepada anak-anak murid aku yang tak rasmi untuk lebih berjaya dalam dunia blogging yang penuh dengan pancaroba dan dugaan. Tak kiralah sama ada yang berbayar, ataupun anak murid yang tak berapa rasmi. Aku harap mereka akan terus berjaya sampai bila-bila. Dan ini juga peluang bagi mereka-mereka yang mahu berjaya buat duit dengan blog mereka. Even blog berat macam blog aku ni pun, kita masih boleh buat duit dengan kacaknya. Apa yang perlu, mahirkan skills, mahirkan teknik, belajar tentang psikologi manusia, belajar bagaimana untuk cintakan gadis-gadis comel dan banyak lagi. Belajar tentang SEO merupakan salah satu short-cut untuk lebih berjaya dengan blog-blog korang. Ingat, setiap blog. Ada potensinya. TAPI ianya tetap bergantung kepada korang untuk mencorakkannya dengan lebih berjaya. Macam aku kata, jika writing really can kill someone..then, i should said, that writing also can really force people to like you and in same time make money for you. Haha, tu dia. Speaking london. Kalau Ain Maisarah tau..mesti dia gelak guling-guling. .
Jujur. Aku tak berniat nak menang Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati. Kalau aku menang, itu cuma bermakna aku akan ada peluang untuk makan lebih banyak cendol bersama Ain Maisarah. Wohaa!!
Ps: Ok. Baca. Kemudian, komen sebaik mungin. Aku boleh tulis lagi panjang. Tapi aku nak pergi makan roti canai dengan sambal ikan bilis. Aku lapar dan dahaga. Ain Maisarah merajuk. Tak nak masak untuk aku. Grr..
Perghh sampai part 4 tu..ni confirm kat page no1 google chrome .. haha.. good luck bro..
Bila masuk blog hang aku pasti baca sambil tongkat dagu dan bayangkan. Eh
ehh,haaahla..kita menang sama2… hik4….
bolehla buat beli cendol camni…
Titan adalah salah seorang guru tak rasmi aku dalam blogging. Telah banyak ilmu dan skill yang aku korek melalui penulisan Titan @ Titanium Hijau. Semenjak aku mengenali dunia blogging (2006), Earncent.com antara lubuk aku gali, cuma aku hilang fokus.. kalau tak dah banyak aku boleh maintain income melalui blogging. Thanks my sifu
aik.. aku komen tadi masuk spam ke??
azydy. Haha..tak tahulah lepas ke tak. Tapi aku yakin ada sekurangnya bawah dari page 10 kat search engine sikit masa lagi. haha..
ProfHariz. Hapesal ko wat macam tu haa? Apa yang ko bayangkan haaa?? haha..
eyriqazz. Haha..apa kata ko tambah hadiah utama tu..ko belanja diorang cendol? Baru lagi besttt hadiahnya. haha..
ehhh ade contest baru ke ni?
Eyriqazz vs Denaihati vs Titan hehehe
semua tu guru aku yg ghaib kat alam maya ni
samdaddycool. Agaknya kot. Aku malas nak login balik. Nak gi makan nih. haha..
auc dot com. Mana ada. Suka-suki aje ko nih. Hoho..tuk guru ghaib rupanya..
Tok guru ghaib? Pengiktirafan hebat daripada anak murid yang juga ghaib!
haha..
rilek je.. janji masyuk. org nak kata berat ke apa kan/. s
sampai habis bandwidth dibuatnya.. memang dasat ler anak buah kau tuh.. har3..
wah terer la farah..kalah sifu..mmg hebat smpi dpt 56 sales…tahniah!
tahniah gak titan menang contest ebgensem!
haha, kalau menang jugak aku sunat kau ye titan :p
masyuk lagi tu.sapa nak bagikan..kita kena usaha dgn gigih..
tok gurunya merendahkan diri la plak..ek eleh..heheee
lain macam jer strategi titan ni hehe
Aku pun ikut branding titan ni dari awal kemunculan aku dlm IM ni..tapi hari ni baru aku tau setelah berpeluang nak menjenamakan diri..titan antara sifu SEO rupanya…akan aku ekori ko titan…hehehe
Yang tulis ayat dekat blog tu anak murid ko juga ke bro?
Lamo jugak den tak join contest2 ni.. Kalau senang2 bule join kot. hehe
Err.. Uhh… Duhh.. Ermm.. Ehhh.. Perghh.. Dah terlupa plak nak tulis ape?… Semua dh jelas, terang lagi nyata kot. Well.. Selamat kembali.. Boss!
La nih semua dah taw sebab pe site lembab. macam artikel tuh tulis… duit masyuk kiri, kanan, depan dan ermmmm… belakang!! Itu namanya terbaikkkk.
tahnaih bro sbb menang contest abg ensem…btw pada yg layan seo contest aku ucapkan selamat berjaya, buat msa skg hati aku lom terbukak nk join sok2 tak tau laa..heheh
aku nak jadi anak murid kau jugak please. hahahaha!!! habislah, titan masuk. kompem die menang *campak kerusi* bahahahaha
sape yang menulis artikel london tu? great one!
titanium titan gitewww.w..
good luck bro…mmg lain cara master seo ni berkerja…hehehehe
Saya tau bro tidak akan pukul perempuan. Jadi biarlah diorang menang.
nk jadi ank murid yg berjaya, belanja cendol saje kah?? ok hari ni juga nk blanje cendol tp kena turun parit buntar.. ada bran?
hehe..jgn msuk bro..nnt xder chance aku nk menang..
taucu2 aku dulu suka pow aku milo ais
bestnyaaaa kaya la korang semua kan. cepat! dah kaya kena la open table belanja kitorang cendol! haha
P
hadoi dah 4 entri dia , kata nak tumpang je ..fuh fuh ..tipuu ..
psst : cam mana nak jadi anak murid rasmi ni ?
wah, menang abng ensem ye? tahniah.. kongsi dgn bro denaihati lagi..
apa lgi, belanja cendollah pas ni..
eh, silap, eyriqazz lah. hehe
apasal la aku ni lambat sangat nak pandai
sekarang ni ada kat page 11
ntah2 minggu depan page 21
bulan depan page 51
huhu