• Contact
  • Contest & Kuiz
  • Link
  • Misi 2008
  • Pengiklanan dan Sponsor
  • SiteMap
  • Subsribe
  • Survey
  • VCC
Earncent.com Lelaki kacak, Cendol Banting dan Ain Maisarah.

Greece mara ke suku akhir EURO 2012.

June 16, 2012 11:12 pm / 27 Comments / admin

SEE?

Nampak? Apa yang aku rancang tempoh hari, walaupun agak lari sikit TAPI Greece berjaya layak ke suku akhir EURO 2012. Haa, siapa yang memperkecilkan Greece, baik mengaku cepat. Kalau tak, aku jentik bulu ketiak korang sampai tak tinggal sehelai bulu pun. Berani korang memperkecilkan dan memandang rendah dengan keupayaan Greece ye..

Greece ni yang aku perhatikan. Ada bau-bau bacang sikit style permainan dia dengan Germany. Tapi masalah diorang ni, lambat panas. Dah ketinggalan macam ni, baru nak kejar. Cuba tengok macam dalam perlawanan dengan Poland. Dah kena tinggal, barulah nak score. Macam masa lawan Republic Czech, dah kena tinggal. Barulah terkedek-kedek nak buat gol. Tapi pagi tadi ketika bertemu Russia, Karagounis membuktikan bahawa Greece masih lagi hebat untuk melangkah ke suku akhir. Tahniah buat Greece dan Karagounis!

greecelayakkesukuakhir

Ya. Dengan jelas, aku menyokong Germany yang lebih berpotensi untuk jadi Juara EURO 2012. Bukan aku tak sokong Greece. Aku sokong. Kan aku dah cakap aritu, rakyat Greece berhutang dengan aku semangkuk cendol jika mereka layak ke suku akhir. Dan akhirnya, mereka berjaya membuktikan kata-kata aku walaupun aku dengan mereka tak ada bau-bau bacang pun dengan salasilah keluarga aku.

Seandainya Germany bertemu dengan Greece nanti. Aku rasa Germany akan menang. Tapi kalau Greece menang, itu juga tak mustahil. Bola itu bulat. Bukan empat segi. Macam-macam boleh berlaku. Kalau bola tu berbentuk empat segi, aku berani jamin Germany yang menang. Haha..sayangnya bola itu bulat.

…………..

“Ain..lu agak pasukan mana boleh jadi juara EURO tahun ini?”

“Ntahh..tak tahu. Bukan suke tengok bola pun.” jawab Ain Maisarah endah tak endah sambil menjahit seluar gua yang koyak dibahagian lutut.

“La..takkan takde pasukan feveret kot..” tanya gua lagi.

“EMm..”

“Ada. Jap fikir..” sambung Ain lagi.

“Haa..Ain sokong Brazil!”

Gua dah garu kepala gua..sejak bila Brazil masuk EURO ni?

** Inilah masalahnya bila borak dengan perempuan pasal bola.

Ps: Hadiah wang tunai mungkin dapat hari Ahad paling cepat. Hadiah lain akan menyusul dalam masa 1 bulan. Beri masa pada aku dan penaja untuk uruskan hadiah korang. Cepat korang claim, cepatlah kitarang uruskan hadiah-hadiah korang tu semua.

Related Posts

  • Portugal kalah la pulakk..Portugal kalah la pulakk..
  • Peluang Greece hampir tertutup?Peluang Greece hampir tertutup?
  • Germany layak ke separuh akhir EURO 2012Germany layak ke separuh akhir EURO 2012
  • EURO 2012 – Lelaki Germany lebih kacak.EURO 2012 – Lelaki Germany lebih kacak.
  • Tahniah Italy! Babai Germany..Tahniah Italy! Babai Germany..
  • Chong Wei dikecewakan lagi..Chong Wei dikecewakan lagi..
Posted in: Sukan Malaysia / Tagged: Czech Republic Euro 2012, euro 2012, greece euro 2012, greece layak ke suku akhir, greece menang ke atas russia, greece vs russia, greece vs russia – (1-0), Greece vs Russia – All Goals – Greece Wins 1-0 – Highlights – Euro 2012 – 16/06/2011 – Group A, greece won, highlight goal video greece vs russia, highlight greece vs russia, karagonis, kemenangan greece vs russia, Keputusan Kumpulan A EURO 2012, keputusan penuh greece vs russia, Keputusan Poland VS Czech Republic Euro 2012, Keputusan Russia VS Greece Euro 2012, keputusan terkini euro 2012, keputusan terkini euro 2012 – greece vs russia, live streaming greece vs russia, poland euro 2012, Russia Euro 2012, senarai pemain greece vs russia, video jaringan gol greece vs russia, video jaringan gol karagounis – greece vs russia, video jaringan karagounis, video winnig goal karagonis - greece vs russia, winning gol karagounis

27 Thoughts on “Greece mara ke suku akhir EURO 2012.”

  1. rina on June 16, 2012 at 11:24 pm said:

    eeee..memang biasanya tak ramai orang perempuan tengok bola laa…

    Reply↓
  2. gamep01nt on June 17, 2012 at 12:23 am said:

    pompuan ni kalau x fakta kelaut, diorg tengok christiano ronaldo aje. selamaty gua tak main bola untuk euro kali ni. kalau tak habis la email gua penuh surat peminat

    Reply↓
  3. Shahrul on June 17, 2012 at 12:44 am said:

    ganah sungguh pasukan Greece…

    Reply↓
  4. sukacuka on June 17, 2012 at 12:59 am said:

    kau terangkan sikit sistem kepala ke kepala ni. patutnya Rusia yang layak sebab perbezaan gol. tapi sebab sistem nilah negara yang hutang kau cendol ni layak.

    Reply↓
  5. titan on June 17, 2012 at 1:47 am said:

    rina. tau takpe. haha!

    shahrul. Takdelah ganas. Kira nasib gak diorang layak ni sebenarnya.

    sukacuka. kalau ikutkan, russia lebih layak sebab jaringan gol dia lebih berbanding greece.

    TAPI..

    dalam game akhir tu..greece menang ke atas russia. Jadi, sistem head to head ni digunapakai..advantage pada team yang menang apabila bertemu kes sama mata walaupun jaringan gol dia lagi banyak.

    Dan aku baca ntah blog mana ntah, sistem head to head ni, EURO biasa pakai. Tu pasal diorang stick dengan rule ni..

    dan aku sendiri setuju dengan sistem ni. :)

    Reply↓
  6. zool on June 17, 2012 at 2:12 am said:

    Memang kejutan yang terkejut…
    Rusia tumbang pula…
    adakah greece mampu mencapai kejayaan seperti 2004?? Saksikan..

    Reply↓
  7. cik tom on June 17, 2012 at 3:30 am said:

    ciktom xtgk pun smua plawanan bola ni…

    Reply↓
  8. shraqs on June 17, 2012 at 4:28 am said:

    Perancangan awal menjadi yer. :)

    Reply↓
  9. auc dot com on June 17, 2012 at 4:56 am said:

    mara ke suku akhir bagi greece dah cukup hebat. tapi tak mustahil kalau greece juara euro 2012 :)

    Reply↓
  10. Aaron on June 17, 2012 at 4:56 am said:

    sayang gler..team faverit aku dah hancur.belanda=(

    Reply↓
  11. Jebeng Otai™ on June 17, 2012 at 5:53 am said:

    tp sy sokong argentina..sbb ade messi..nk tgk leh fight x ngn c.ronaldo..hehe

    Reply↓
  12. rahman on June 17, 2012 at 7:01 am said:

    rusia dah biasa tumbang.. huhu :)

    Reply↓
  13. azydy on June 17, 2012 at 2:46 pm said:

    greece tu pasukan biskut ..sekejap ada sekejap tak de gol.. hehe.. aku tetap katakan spain akan menang.. piraah ngan jerman hehehe

    Reply↓
  14. hatiputera on June 17, 2012 at 4:35 pm said:

    hahaha,,ain sokong brazil…brazil eropah ialah portugal..

    Reply↓
  15. beckhr00y on June 17, 2012 at 4:55 pm said:

    lepas ni bertemu dengan germany kalau germany top, habis la greece heh

    Reply↓
  16. tehr on June 17, 2012 at 8:09 pm said:

    bro
    cuba tanya ain
    christiano ronaldo asal dan main untuk negara mana

    Reply↓
  17. samdaddycool on June 17, 2012 at 8:17 pm said:

    Aku serius, tahu results bola tru blog earncent .. jujur aku bukan peminat bola.. ahaks.

    Reply↓
  18. shaharil salman on June 17, 2012 at 9:26 pm said:

    Terbaik. Tekaan Bro menjadi.

    Reply↓
  19. mak lagenda on June 18, 2012 at 12:01 am said:

    Lawan la pasukan apa pun..mak dok tido dpn hall smbil tmnkan cik abam tgk bola je. Hahaha..

    Reply↓
  20. Juan on June 18, 2012 at 2:32 am said:

    Ain kenal wan dari wanwidget x,
    Kenal la
    Saper dia tu
    errrrrrrr

    Reply↓
  21. suri on June 18, 2012 at 4:05 am said:

    mana2 le en titan asal kmu bhgia hee..mals nak gaduh ni heeee

    Reply↓
  22. suri on June 18, 2012 at 4:07 am said:

    cian ain dia tdk bersalah dah tu d tanya dia main jawab jer ler heee mujur dia tka ckp pasukan cendol yang joint =)

    Reply↓
  23. hafizmd on June 18, 2012 at 5:24 am said:

    Nampaknya greece dah mula sedor. Juara 2004 tu.

    Reply↓
  24. fiezaradzi on June 18, 2012 at 5:56 am said:

    nasib je tu.. kalau tak.. hehe.. mood tak puas hati

    Reply↓
  25. daddydee on June 18, 2012 at 9:50 am said:

    Biasalah org perempuan… Hahaha

    Tahniah wat jerman dan greece.

    Reply↓
  26. Dulu Lain Sekarang Lain on June 18, 2012 at 11:31 pm said:

    Tiada satu team pon dalam group mrk yg impressive dan consistent (with due respect). So, kemaraan Greek tak lah menghairankan. Namun, bertemu Jerman… hmmmm… 80% Jerman akan menang :D

    Reply↓
  27. chii on June 19, 2012 at 3:32 pm said:

    ahaha..chii suka sgt dgn jawapan ain…dia malas nak layan sgt la tu :p

    Reply↓

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badgeShow more posts

Post Navigation

← Previous Post
Next Post →

Recent Posts

  • Esok.
  • Ulu Lubai.
  • Tanya gua 3 soalan.
  • 8 sebab korang kena pergi Seminar Buat duit dengan blog
  • 78 Komen.

Recent Comments

  • eiela on Esok.
  • eiela on Ulu Lubai.
  • Hafizul on Esok.
  • hafizrahim on Esok.
  • titan on Esok.
© Copyright 2013 - Lelaki Kacak & Ahmad Faizal | Jobdirumah Review
Infinity Theme by DesignCoral / WordPress