Ok. Oleh sebab ramai yang dah gelarkan aku dengan macam-macam gelaran seperti abang kacak, titan kacak, abang cendol, lelaki bulu ketiak, pakwe Ain Maisarah, pakwe Fatin Yayana, lelaki kacak dan macam-macam lagi. Tapi aku tak puas hati. Ada satu aje gelaran yang JARANG melekat kat aku. Ya..abang ensem. Tak pernah melekat. Ya, aku tak ensem. Aku akui hakikat tu. Tapi kalau ada orang yang tidak mengakui yang aku kacak, itu aku marah. Bagi aku 1001 sebab mengapa aku tidak kacak? Sedangkan aku boleh bagi 2002 sebab mengapa aku adalah lelaki yang kacak.

Tapi bila aku borak dengan Toyol tadi..
“Lu nak tau mengapa orang lain tak panggil lu ensem?”
“Tak nak tau..” jawab aku sepantas kilat. Ni mesti kes nak menjatuhkan aku.
“Sebab ada lelaki lain yang lebih ensem dari lu..”
“Tak nak taulahh..” balas aku sambil menghirup kemanisan cendol.
“Elehh, jeleslah tu ada orang lagi ensem dari lu..” tambah Toyol menambahkan kesengsaraan didalam taman-taman dalam hati aku. Dia tak tahu ke hati aku tengah bergelora masa tu.
“Kan gua dah kata, gua tak nak ambil tauu. Lu tak faham bahasa kerr??”
“Lu nak tahu siapa lelaki ensem tu?”
“Hmm..” Takde jawapan dari aku. Aku malas dah nak layan Toyol. Menyiksa jiwa raga aje. Baik layan kegedikan Fatin Yayana. Lagi bagus.
“Lu kenal Abang ensem tak?”
“Hah??”
“Lu pergi itu google kat internet. Lu baca itu abang ensem punya blog..”
“Brader tu hensem sangat ker?” tanya aku. Terpaksa.
“Dia tak hensem. Tapi..”
“Dah tu. Tadi lu kata dia hensem. Sekarang lu tak kata dia tak hensem. Lu mahu kena terajang dengan gua ker??” balas aku bila aku rasa macam Toyol mempermainkan perasaan aku.
“Tapi itu ilmu dia CUKUP ENSEM!”
“Ohhh.Begitu..”
“Sebab tu gua kata, itu brader lagi ENSEM dari lu! HAHA!”
………………….
Aku tak begitu mengenali Abang Ensem secara terperinci sebab dia bukan abang aku ataupun adik aku. Nak kata bakal adik ipar pun agak mustahil sebab dia pun tak kenal adik perempuan aku. Tapi aku ada baca blog dia. Aku ada kaji ilmu-ilmu yang dia cuba sampaikan di dalam blog dia. Cukuplah kalau aku beritahu, bila aku baca blog dia. Aku dapat ilmu yang susah aku nak dapat dari blog lain. Ilmu yang biasanya korang takkan jumpa dekat blog hiburan atau blog-blog gadis gedik yang memanjang tayang badan dan muka yang tak berapa kacak tu. Kalau korang baca semua artikel dalam blog dia, aku jamin 100% korang akan teringin nak pergi seminar yang dia anjurkan tu. Aku berani beri jaminan. 100%. Cuma korang aje nanti bagi 1001 macam alasan tak nak pergi seminar tu. Busylah. Nak jaga anaklah. Nak jogginglah. Nak beli tudung barulah. Nak gi datinglah. Nak gi belajar sesuatu yang bermanfaat? Korang tak nak. Apa barang?
Dan salah satu sebab aku rasa dia cukup ENSEM di Mata aku adalah dia juga merupakan salah seorang penaja besar yang sudi menaja Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 yang baru berakhir semalam. Aku bukan nak bodek dia ataupun nak menang sangat pertandingan yang beliau anjurkan tu. Tapi aku nak korang tahu satu benda. Belajar Ilmu adalah perkara biasa. Tapi berapa ramai dikalangan kita yang mahu mencari ilmu dan memanfaatkan ilmu tersebut? Sekurangnya Abang Ensem kita ni memanfaatkan ilmu yang dia belajar dan mengajar serta berkongsi ilmu tersebut. Bagaimana pula dengan kita?

** Ada gadis cantik ni kata, Abang Ensem punya misal, COMEL. Fatin Yayana pun kata abang Ensem ni KIUT SANGAT. Aku tanya Ain Maisarah apa pendapat dia tentang Abang Ensem?
“Abang Ensem?”
“Aah. Apa lu rasa pasal dia?”
“Emm. Dia ENSEM!” balas Ain Maisarah sambil tersenyum simpul. Tak dipaksa-paksa.
“Hmmm. Grr..” geram aku dengan jawapan Ain Maisarah. Pantang nampak lelaki ada misai. Semuanya dikatakan handsome. Memang semua perempuan sama aje..
“TAPI..”
“Tapi apa lagi? Dia kacak? Dia kiut? Dia comel..” balas aku lagi kegeraman.
“Tapi awak yang saya suka. Bukan dia..”
Ps: Haha..bukan selalu aku troll orang ni. Sekali-sekala, best jugakk..
aku kenal sgt bro ensem ni, tapi dia haram x kenal aku hehehe
bro
ain ni memang pandai betul susun ayat
hehe
Ain Maisarah berjaya buat gua geram der..
wahh..sukalah tu..ain maisarah suka kat dia..
abg ensem!! woow
abang ensem oh abang ensem. Pandai ain bg jwpn
good luck!!
mmg ensem..
thanks abang ensemm…hehehe
Thanks Bro for joining.
hehe..suka org yg ade misai ek..
aku pun nak simpan misai laaa….
kacak dan ensem – tak sama ker?he3..
Lelaki makan cendol terselah hensem.
huhu,memang betul-betul ensem ni,good luck bro
gud luck utk contest ni. tapi still tak leh jadi encem la kan..
kacak dgn hensem sama le tu hehe
ain x suka yg hensem..dia suka yg kacak..agaga..
all the best abg cendol :p