Ini cerita selingan sebelum aku sambung novel “Mencintai Ain Maisarah.”
…………….
Ketika gua tengah sedap-sedap melayan game Diablo 2 di komputer yang dibeli oleh nenek gua, gua tersentap. Ada bunyi OST Meteor Garden kedengaran. Ohh, itu ringtone handset gua. Patutlah..
Setelah tercari-cari handset nokia 3100 gua yang dah bersoletape merah tu..
“Heloo..”
“Awakkk..”

Emm..gua tahu suara siapa ni. Ini tak lain dan tak bukan suara anak perempuan ketua kampunglah ni. Tapi memandangkan rasa kasih dan sayang gua terhadapnya, gua layankan juga karenah manja beliau.
“Siapa ni?”
“Heyyy! Takkan tak kenal suara kiterrr!” balas suara manja tu lagi.
Ish. Gedik! Itulah Fatin Yayana. Gua suka macam-macam pasal Fatin Yayana. Baik, sopan-santun, pijak semut tak mati, selalu bangun awal kejut gua untuk solat subuh, selalu libas gua dengan surat khabar, selalu terajang gua dari belakang kalau gua tak tolong dia siapkan kerja sekolah dan macam-macam lagilah. Yang gua tak suka adalah dia nampak macam manja dengan lelaki lain. Gua cemburu beb. Lelaki mana tak cemburu kalau perempuan yang mereka sayang bercakap atau berbual dengan begitu mesra dan manja dengan lelalki lain. Tapi kalau dengan gua, gua reda, guas pasrah. Gua akur dalam gembira. Lebih mesra lagi, cuma gua sorang aje yang dia akan layan kalau gua panggil dia Yaya. Kalau cikgu kat kelas panggil dia Yaya, cikgu-cikgu tu pun Yaya tak nak layan. Termasuklah pengetua. Sungguh, gua tak tipu. Lu orang boleh tanya Yaya sendiri.
“Haa..nak apa ni. Tengah sibukk ni..”
“Awak sibuk? Sibuk buat apa?” tanya Yaya.
“Sibuk makan. Nak?” kelengtong gua.
Gua tak boleh beritahu yang gua tengah main Diablo 2. Siap gua kalau dia tahu. Hari itu, gua sudah janji sama Yaya tak mahu main game ini selagi gua tak habis peperiksaan itu SPM. Tapi SPM lagi 2-3 bulan, gua dah sanggap sangat dah nak kalahkan ketua terakhir tu. Takkan gua nak tinggal macam itu aje kan?
“Awak makan ape? Sedappp tak? Nak cikittt..” suara bermanja-manja itu lagi.
“Nahh..buka mulut luass-luassss..“balas gua meneruskan lakonan. (Ya, gua tahu, ramai tengah gelak guling-guling kat depan laptop kan? Macamlah gua tak tahu lu orang semua pernah buat sinetron macam ni kan? Takyahlah tipulahh)
“Auummmmmm!!! Nyum-nyumm!!”
Galak pula budak Yaya ni berlakon. Eii..geli-geli pun. Gua terpaksa tahan mulut gua dari ketawa terguling-guling. Cukuplah gua terus pukul itu raksasa-raksasa jahat yang sedang menyerang Pendekar Kundur gua dalam game Diablo 2 ini. Ya, nama hero yang gua guna, gua bagi nama Pendekar Kundur.
“Nak lagi?” tanya gua lagi.
“Nakkk..sedapnya. Nasi apa ni??” tanya Yaya pula.
Bersungguh betul Yaya ni berlakon. Gua dah mati akal dah ni..
“Emm..sedap kan? kan?” jawab gua. Buntu.
“Yelah. Sedappp sangat. Nasi apa niii..Yaya tanya nii..”
“Nasi Ayam Madu Empat..” jawab gua. Pendek.
“Haaaaa!!!” jerit Yaya. Geram kot?

“Yee. Nasi Ayam Madu Empat. Sedap kan? Orang nak tambah lagi nasi ni. Boleh kan?”
“Eeiiiii..TAK BOLEH! TAK BOLEH!!. Dah, jangan makan lagi!! BENCII!!”
“Haha!!”
Gua dah tak tahan. Gua kena gelak jugak. Lantaklah. Apa nak jadi, jadilahh..
“Klik.”
Haa! Yaya letak telefon. Maknanya dia memutuskan panggilan. Gua tak kesah. Dia yang call. Kredit gua selamat. Haha..
“WARGHHHHHHH!!!” suara Pendekar Kundur gua menjerit kesakitan.
Ahh..tidak! Raksasa jahat dalam komputer telah berjaya membunuh gua punya Pendekar Kundur. Grr..ini semua, budak Fatin Yayana punya pasal. Tak pasal-pasal, gua kena main balik..

akak suka kalau part madu2 ni hehehe
sweetkurma. amboiii..suka betul ye..
Eh dekat mana bro beli nasi ayam madu 4?
akubiomed. ada kat banting. ada 4 cawangan aje. haha..
hahahaha….ayam madu 4?..madu 5 tak dak?..weee
hehe… penuh penghayatan cerita ni… siap boleh terbayang cik tom baca.. ;p
Sedang membayangkan keenakan Nasi Ayam Madu 4 ni
Pendekar kundur kau pakai apa bai? Keris ke kapak? Hahaah
Game diablo 2 penah wat aku tak tido malam dulu…
haha..sweetkurma sensetif kalau dgar ade “madu” huhuhu
ko ni pandai wat crite la.best3
bro kat mana jual nasi ayam madu 4 ni? nak try beli, suka ke tak org rumah aku makan nasi ni
gedik juga makwe ni. dia boleh berlakon macam makan nasik dalam tepon. geyam!
caittt, korea leteew
yaya suka kat ko sebab tu dia selalu bertindak kasar. sengal pny cter.haha
gua suka itu madu, nasi ayam, bini gua je suka
tak pernah pula cuba nasi ayam madu 4.. kalau madu 4 adalah.. har3
1. Pendekar Kundur
2. Fatin Yayana
Inilah ranking yang aku dapat lepas baca cerita ni..hahaha
mane ain maisarah……..kami mahu ain……..kami mahu ain……..kami mahu ain……..kami mahu ain……..kami mahu ain……..kami mahu ain……..kami mahu ain……..kami mahu ain……..kami mahu ain……..kami mahu ain bile nak sambung nie encik titan si penghisap cendol
Banting ada nasi ayam madu 4,kl ada jus poligami hehehe..
sekali baca fatin liyana, rupanya fatin yayana. gambar hiasan awek drama korea buat cerita semenarik drama korea.
boss yg last tu agak ssh kalo x kene caranya..hehe
ini termasuk dlm novel ke, kisah benar sekarang ni? hehee
madu 4? owner nye ada madu 4 ke…??
Superb blog! Do you have any tips and hints for aspiring writers?
I’m planning to start my own site soon but I’m a little lost on everything. Would you advise starting with a free platform like WordPress or go for a paid option? There are so many choices out there that I’m completely overwhelmed .. Any tips? Many thanks!
amboi..suka hati je wat cerita macm ni ye.
macam best jer nasi ayam madu empat nie..aku nak try nanti