• Contact
  • Contest & Kuiz
  • Link
  • Misi 2008
  • Pengiklanan dan Sponsor
  • SiteMap
  • Subsribe
  • Survey
  • VCC
Earncent.com Lelaki kacak, Cendol Banting dan Ain Maisarah.

Post Moterm – Himpunan Jutaan Belia 2012

May 30, 2012 4:44 pm / 28 Comments / admin

Ok. Hari ini takde cerita pasal Ain Maisarah. Korang lupakah gadis comel tu kejap ye. Jangan marah tau. Kalau nak marah gak, lantaklah. Bukan aku kesah pun. Aku cuma nak cerita pasal penglibatan aku semasa Hari Belia Negara 2012 atau Himpunan Jutaan Belia.

1. Aku pergi hari Khamis walaupun sepatutnya group kami sampai pada hari Jumaat pagi. Oleh sebab aku yang lead budak-budak pengakap dari tempat aku ni, jadi boss aku suruh aku bawa dalam 15 orang dari 41 orang yang terlibat. Sayangnya, dalam 11 orang aje yang dapat hadir termasuklah aku. 2 lelaki dan 9 orang perempuan. Tapi bila aku sampai kat Menara KBS tu, Boss aku bagitau..ada budak lain yang bukan terlibat antara 41 sukarelawan tu akan datang cover bahagian geng-geng aku yang tak dapat hadir. Kiranya, untuk ganti orang. Sejujurnya, cuma 30 orang aje leader dan aku kiranya akan handle 30 orang leader tu. Tapi tak cukup dan ada lagi 15 orang akan hadir dari Lumut untuk cover 30 orang tu. So far, hari kejadian pada jam 8 malam tu..lebih dari 30 orang hadir. Yang sakit hatinya, malam tu takde taklimat. Penat aje kita orang datang dan taklimat cuma akan diberitahu keesokkan harinya. Jadi, kita orang balik dengan tangan kosonglah. Tugas apa pun tak tahu, nak buat apa pun tak tahu. Tapi aku dah dapat briefing dari pihak tertinggi yang handle bahagian sukarelawan untuk part pengakap. So, tahulah juga sikit-sikit..

2. Hari Jumaat. Aku dapat call dari boss, dia tak dapat hadir sebab dia tengah jammed. Dia dari Perak. Jadi, dia akan terus ke Putrajaya dan aku kena bawa budak-budak pengakap dari Cheras naik 3 buah bas. Jadi, tunggu punya tunggu. Bas tak sampai. Boss call aku tanya pasal bas. Bila aku cakap bas takde, dia bengang. Dia call kawan dia suruh handle bab Bas. Last-last kawan dia kata, bas tak dapat datang. Tak kacau jiwa masa tu? Masa tu dah dekat kul 9 lebih. Jadi, nak tak nak aku dan budak-budak aku terpaksa pergi sendiri naik kereta. Budak-budak muda..majoriti naik motor. Jadi, aku pun henjutlah kereta ke Putrajaya secepat mungkin sebab acara dah mula kat Putrajaya waktu ni dan aku cuma sempat mesej member aku yang dari Lumut tu agar diorang tolong handle apa yang patut dan bagitau kita orang tiba lewat.

himpunanjutaanbelia

3. Sampai sana, oleh kerana berlaku miss-communication. Boss aku mengamuk sebab kita orang tiba lewat. 30 leader yang dijanjikan sepatutnya ada dalam kul 8 pagi, tak ada. Jadi budak-budak pengakap seramai 1000 lebih sukarelawan menunggu kehadiran kita orang. Kesian diorang, berpanas. Last-last, kul 11 lebih barulah kita orang dapat briefing..

4. Lepas solat Jumaat, 1000 orang tu kami pecahkan kepada 2 kumpulan besar. Satu bahagian team aku jaga, dan satu lagi bahagian orang lain jaga. Satu bawa pergi ke Y-Avenue dan aku pula bawa ke bahagian Al-Kuliyyah. Kalau korang tengok Al-Kuliyyah petang Jumaat tu, mungkin korang akan nampak aku. Hoho..

5. Hari kedua..aku dan 2 orang dari pengakap negeri akan handle budak-budak pengakap yang akan dipecahkan ke beberapa tempat di Putrajaya ni. Kiranya, kita orang akan duduk kat base dan agihkan budak seawal 7 pagi. Tapi macam biasalah, janji jam 7 pagi..pukul 8 lebih baru ramai yang datang. Jadi, mana yang ada, kita orang lepaskan dulu. Setiap tempat, ada leader dan pembantu masing-masing. Setiap tempat, ada venue masing-masing. Dalam jam 10 pagi, semua budak pengakap dah habis diagihkan. Jadi, kita orang lepak kat base dalam setengah jam dan janji dalam lepas Zohor, baru kumpul balik untuk lead budak-budak yang akan gerak ke tempat venue untuk program pukul 3-6 petang. Sebaik sahaja diorang gerak, kita orang pecah. Aku dan budak aku, lepak kat masjid sebab dah tak larat nak jalan. Kaki dah lebam-lebam sana-sini. Tulang ketiak aku pun dah berpeluh sakan. Baju pengakap aku lencun dengan peluh lelaki kacak.

6. Aku cuma sempat mandi sekali aje sehari sebab terlalu sibuk dengan macam-macam benda. Mandi pun, sebab terbangun awal untuk solat subuh. Kalau aku lajak, memang tak sempat mandilah gamaknya. Majoriti, budak-budak lelaki tidur kat masjid besi atau tidur kat dalam kereta. Aku tidur dalam kereta. Tapi dalam jam 3 pagi tu, aku dah tak tahan kepanasan dalam kereta, aku lari masuk masjid. Pergi tingkat paling atas sekali, aku ambil jaket aku dan tidur. Pukul 5 pagi bangun, mandi seawal mungkin. Kalau bangun dalam jam 6 dan masa tu baru nak mandi, memang full house semua tandas dan bilik air kat masjid besi tu.

7. Korang ingatkan kejadian kereta yang terbabas tu kan? Yang siap masuk tv dan surat khabar. Masa kejadian tu, aku dah balik ke Cheras. Menghantar budak-budak perempuan balik ke rumah diorang. Aku dan budak-budak aku dah tak larat. Semua dah lebam-lebam kaki. Ikut kudrat aku, memang aku boleh bertahan dalam 2-3 hari lagi. Tapi kalau budak-budak aku dah tak larat, takkan aku nak biarkan aje. Lepas minta izin dari Boss, aku pun rempit ke Cheras. Lepas hantar budak-budak balik, aku rempit ke Banting. Sampai Banting, borak dengan mak aku dalam sejam lebih..terus aku tertidur sambil tv melihat aku..

8. Apa yang aku dapat dari event ni? Aku dapat pengalaman handle dekat seribu lebih orang untuk even NASIONAL yang jarang sekali aku lakukan. Ya, pengalaman tu susah nak dapat dan aku hargai pengalaman ini.

9. Goodies atau barang cenderamata yang aku dapat adalah 2 helai t-shirt sukarelawan, satu tuala kecik dan juga topi. Sijil penyertaan juga dapat. Tapi sijil kat boss. Sijil tu pula sijil peringkat NASIONAL. BUkan senang nak dapat tu. Korang ado? Takde kan? Dan aku masih memegang berpuluh t-shirt, tuala dan topi dalam bonet kereta aku. Aku tak bawa masuk dalam rumah lagi. Semuanya dalam bonet kereta. Tak larat aku nak punggah semua. Kalau diorang tak punggut lepas ni, aku gi kat mana-mana pasar malam, aku jual RM5 satu. Hoho..

10. Kesimpulan, jangan masuk pengakap. Penat. Terlalu banyak sangat aktivti. Tapi kalau korang nak jadi lelaki kacak macam aku, itu dah masuk cerita lain. Sampai habis bateri handset aku menjawab call dan sms sepanjang 2 hari punya aktiviti ni..

11. Hari tu sape kata nak jumpa aku bawa cendol? Haram. Sorang pun takde. Huh!

12. Yang kpop ke jpop punya event ke atau acara yang menyanyi-lalak tu, aku tak sempat pergi. Aku lebih rela berehat dan minum kopi panas yang emak aku buat berbanding bersesak kat sana.

Ps: Aku masih tak berapa ok. Dua-dua kaki aku lebam. Masih belum surut lagi gamaknya..

Related Posts

  • Himpunan Jutaan Belia – Mei 2012Himpunan Jutaan Belia – Mei 2012
  • Pelaburan ASB dan Pelaburan TNXPelaburan ASB dan Pelaburan TNX
  • Komisen ke 3 dari BidtrafficKomisen ke 3 dari Bidtraffic
  • Abang Ensem di Mata AkuAbang Ensem di Mata Aku
  • Hadiah kain batik dari PuanBee.comHadiah kain batik dari PuanBee.com
  • Pakcik Alexa dah benci aku. Pakcik Alexa dah benci aku.
Posted in: recommend, review / Tagged: aktiviti himpunan jutaan belia, bila himpunan jutaan belia putrajaya, cerita himpunan jutaan belia, hari belia negara, hari belia negara 2012, himpunan jutaan belia, himpunan jutaan belia 2012, himpunan jutaan belia 22-27 mei 2012, himpunan jutaan belia mei 2012, himpunan jutaan belia putrajaya, jom heboh, jom heboh di himpunan jutaan belia putrajaya 2012, jom heboh himpunan jutaan belia, kisah himpunan jutaan belia, peserta himpunan jutaan belia, peta himpunan jutaan belia putrajaya, peta jalan ke himpunan jutaan belia putrajaya, Post Moterm - Himpunan Jutaan Belia 2012, post moterm himpunan jutaan belia, sukarelawan himpunan jutaan belia, tarikh himpunan jutaan belia putrajaya

28 Thoughts on “Post Moterm – Himpunan Jutaan Belia 2012”

  1. azman on May 30, 2012 at 5:20 pm said:

    Memang susah kalau tak diberi tugasan..lebih2 lagi event yg besar macam ni…sepatutnya ada perangcangan yg rapi.

    Reply↓
  2. rahman on May 30, 2012 at 5:35 pm said:

    bro belia contoh.. berkhidmat untuk negara… :)

    Reply↓
  3. beckhr00y on May 30, 2012 at 7:05 pm said:

    aku tak suka kawat sbb tu tak masuk pengakap ;)

    Reply↓
  4. Lazaac on May 30, 2012 at 10:32 pm said:

    mmg byk dugaan dan cabaran kalau kena handle aktiviti bro.. haha, kena lg budak2 kecik, sabor jer la… btw, rasanya lg best masuk PBSM kowt, lg ramai amoi comel… muehehe… pengakap ada..? :p

    Reply↓
  5. sukacuka on May 31, 2012 at 12:38 am said:

    dah kat sana..mencari awek cendol tudung pink. tak nak jumpa kau.hahhaha

    Reply↓
  6. chii on May 31, 2012 at 2:03 am said:

    mmg pengalaman yg menark dpt dpt handle 1000 org. Hehe. Mcm2 ragam dan karenah kan.

    Aisey, ahad lepas,last minit ada hal pentng yg terpaksa d dahulukan. X dpt nk blanje cendol. Adoi

    Reply↓
  7. Shahrul on May 31, 2012 at 3:38 am said:

    baca cerita je dah dapat rasa kepenatan beliau

    Reply↓
  8. eiela on May 31, 2012 at 4:48 am said:

    huhu pengalaman tu, sampai lebam. nasib last masuk pengakap time skolah rendah je.

    Reply↓
  9. shraqs on May 31, 2012 at 6:17 am said:

    Pengalaman yang tak dpt ditukar ganti tu bro. Sijil lebih takde ke bro :)

    Reply↓
  10. nuriz on May 31, 2012 at 6:24 am said:

    pengalaman tu yang mahal mana dapat di sekolah ke u ke..nak jaga orang seribu lagi .memang tabik lah :)

    Reply↓
  11. Zida on May 31, 2012 at 8:40 am said:

    #laritopik eh rumah zida kat cheras. hehe

    best ke hari belia tu? btw, memang penat kalau buat kerja handle2 budak ni. dulu penah gak, tapi kat skola jela, fuh penat memang penat tapi best. tapi kalau lebam2 camni. err errr haha taktau nak komen dah.

    Reply↓
  12. auc dot com on May 31, 2012 at 10:39 am said:

    mau pecah kepala tu :)

    Reply↓
  13. arrizz on May 31, 2012 at 12:55 pm said:

    mase skola dulu aku masuk pengakap sebab nak kawad jer..hehe..

    haha sapela dok janji cendol kat ko tu bro..patut mention nama diorang dalam entri nie..hehe

    Reply↓
  14. Denaihati on May 31, 2012 at 1:26 pm said:

    berkhidmat untuk negara tu..he he
    kurang faham, apasal ramai tidur kat masjid yer…

    Reply↓
  15. Master Zuheir on May 31, 2012 at 1:35 pm said:

    ade la cendol.hang je tak perasan.huhu

    Reply↓
  16. Ikhtiar Shah on May 31, 2012 at 1:37 pm said:

    bagus la ko ade post mortem..hahaha
    pape un ko dah bantu jalankan event tersebut :)

    Reply↓
  17. daddydee on May 31, 2012 at 2:16 pm said:

    aku xsempat pun nak gi ke sana.

    Papepun, itu mmg satu pengalaman yang amat berharga.

    Reply↓
  18. tehr on May 31, 2012 at 2:28 pm said:

    haha
    sorang pun tak bawa cendol
    kesian2

    apa pun pengalaman tu yang penting
    tahniah

    aku pulak dah letih jadi pengakap
    hehe

    Reply↓
  19. sabree hussin on May 31, 2012 at 2:37 pm said:

    hari khamis tu aku ada urusan kat KPT, sebab hari belia ni aku tak le nak masuk sana ..

    Reply↓
  20. Jebeng Otai™ on May 31, 2012 at 3:09 pm said:

    xder org bwkkan cendol ker??

    Reply↓
  21. kakeru on May 31, 2012 at 3:30 pm said:

    Oh, mesti sangat sesak kat situ di masa kejadian..klu saya, lama dah lari..huhu…

    Reply↓
  22. cikgu naman on May 31, 2012 at 3:36 pm said:

    tahun lepas bawa budak pengakap dari sekolah..tahun ni disuruh bawa jugak tapi melihatkan kepada keadaan tahun lepas di mana pengakap² yang dikumpulkan sebahagian besarnya bebas melakukan aktiviti masing² (merayau-rayau), terus tak hantar tahun ni..malas ambil risiko ;)

    p/s : nak tshirt

    Reply↓
  23. zool on May 31, 2012 at 3:39 pm said:

    memang bukan senang nak handle event tahap nasional ni kan,.. den ari tu PM datang kejap pun terlingkup sana sini keje,

    Reply↓
  24. Izzuddin Fauzi on June 1, 2012 at 12:20 am said:

    Berada di JOTA :)

    Reply↓
  25. azriMy on June 1, 2012 at 3:08 am said:

    kesian ketiak hang ye,..

    Reply↓
  26. kulanz on June 1, 2012 at 2:26 pm said:

    jadi pengakap.. penat memang penat.. tapi pengalaman buat kerja macam tu memang berbaloi…

    Reply↓
  27. yas on June 3, 2012 at 7:59 am said:

    Wah bz betul geng kita nih….

    Reply↓
  28. cik tom on June 6, 2012 at 11:51 am said:

    owh kiranya titan xsmpt la nk tgk artis kpop???

    Reply↓

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badgeShow more posts

Post Navigation

← Previous Post
Next Post →

Recent Posts

  • Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • Gua di #SBDdB13
  • Esok.
  • Ulu Lubai.
  • Tanya gua 3 soalan.

Recent Comments

  • diana on Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • auc on Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • auc on Gua di #SBDdB13
  • auc on Esok.
  • Khairul Zamri on Lelaki kacak kena cukup tidur.
© Copyright 2013 - Lelaki Kacak & Ahmad Faizal | Jobdirumah Review
Infinity Theme by DesignCoral / WordPress