Lupakan kejap tentang Ain Maisarah. Aku mahu korang lupakan kejap. Boleh?
Ok. Malam ni atau pagi ni aku nak kongsikan satu lagi bayaran yang aku dapat dari program affiliate Panduan DPLI. Ya, aku ada cerita pasal program ni kan dulu? Itupun kalau korang masih ingat. Kalau tak ingat, boleh cari balik artikel aku yang lama-lama dulu.
Program ni bernichekan pendidikan. Jadi, setiap kali ada ambilan DPLI ataupun peperiksaan berkaitan DPLI atau mereka yang memerlukan informasi tentang DPLI, aku akan tulis satu atau dua artikel berkaitan dengan DPLI. Dan biasanya, akan dapat sales. Paling teruk pun, mungkin dapat 1 sales. Maklumlah, bukannya semua umpan yang aku pasang tu berjaya menarik ramai untuk mendapatkan produk yang aku promosikan. Kadang-kala, satu sales pun tak merasa. Jadi, terima seadanya. Tak perlu nak kecewa sangat. Tak semestinya kita gagal kali ini, kita akan gagal pada hari yang lain. Betul tak? Yang penting, kita dah cuba dan kita akan terus pasang umpan setiap masa.

Dan, kepada mereka yang ada blog..tak kiralah apa niche, selitlah sikit cerita pasal pendidikan negara kita ni. Dan dari situ, korang boleh pasang umpan untuk letak link affiliate untuk program affiliate yang bernichekan pendidikan. Insya-Allah, pasti ada hasilnya. Janji, korang buat artikel tentang isu pendidikan. Kalau korang tak pernah buat, macam mana orang lain nak termakan umpan, kan?
Ok. Dah cukup. Aku masuk balik cerita tentang Ain Maisarah. Cerita ni adalah kisah benar sepanjang aku berada di UMS. Korang akan tahu serba-sedikit tentang kehidupan aku dan juga tentang gadis-gadis comel yang pernah mengisi ruang dalam hidup aku. Kalau aku kata aku syok sendiri, korang tak percaya. Ya, ramai gadis yang mendampingi aku. Maklumlah, lelaki kacak, kan? Haha..
Ya. Sudah tentu ada yang aku tokok tambah agar cerita itu menjadi lebih menarik. Jadi, jangan marah kalau jalan cerita aku tu ada yang SAMA dengan kisah hidup korang atau nama yang aku gunakan ada hubung-kait dengan kisah lampau korang. Yang aku tokok-tambah tu adalah rekaan semata-mata. Yang cerita benar tu, pepandailah korang teka yang mana satu ye..

Rancangan aku, mungkin 10 siri sahaja. Tapi kalau kurang atau lebih, bergantung pada idea dan jalan cerita. Kalau aku rasa, aku patut habiskan awal. Aku habiskan awal. Tapi kalau sampai part ke 50, aku harap korang akan terus sokong aku untuk terus membacanya. Boleh?
Ps: Tengah layan episode akhir The Equator Man. Episode ke 20.





wah..eh ada intake dpli ke skang?
wohaa.. sampai eps 50. leh buat filem dah ni. tak pun drama bersiri.
mmg kalah cerita korea camni..hehe
untunglah tu..janji $$$ masuk..hehe
wah makin lebat ni cam hujan kt ipoh.nak cuba juga..tpi sorew cendol utk kamu gak ader hee..
Teruskan sampai siri ke 10… feel
Ko tulislah sampai patbelas siri sekalipun…aku sedia membacanya walaupun kadang2 aku terlambat…hehe
Itu saje yg aku boleh beri selain belanja cendol pak mat…hehehe
o kena cari umpan dulu ya
50 part? wahh..banyak gila..
50 part ? Hang nak buat novel ke hape. Hahaha
kalau 50siri, boleh buat filem, kurang2 pun 3part.
ada lagi ehhh.. Kalau kawe turun sana, belanja yer…
berapa siri pun gua akan tetap sokong..hehe
tips buat duit dengan blog ni..cantik..!!!
tulis banyak2 un boleh..tak kisah..blog ko an.haha
Hahaha…. Kan best hang buat GA Cendol berdasarkan cerpen hang nie
Terbaek la
fuhh..ko buat n tulis je banyak2.aku suke meah..pastu wat ebook lgi bagus kot.hehe
Ooo. DPLI pun ada affiliate ek? pandai ko cari
kena rajin teroka sumber kat tenet ni baru masyuk..
10 siri je? hurm..semakin menarik chii baca..
NEXTT plizz
Titan…payment dari chitika dah dpt ke??
kalau dah dpt cite ah sikit…
tak pernah jumpa pun panduan nih
wah cukup dah tu utk pinang ain maisarah
aku ni batch pertama DPLI..asalnya DPLI ni adalah oneoff program yang bertujuan untuk memenuhi keperluan guru di sabah dan serawak…tapi taktau pulak sampai sekarang pun ada DPLI lagi
hahaha..aku pun nak try..target plak thn depan
eh, wujud lagi ke DPLI skang ni?
Hehe..duit dan awek serta cendol..terbaik la titan ni…
kwn cik tom ckp dpli dihentikan sementara waktu.. ye ke cikgu??