Gua dan Ain sampai dalam jam 8 pagi. Perjalanan dari UMS ke Terminal 2 takdelah jauh sangat.Dalam setengah jam lebih aje. Tapi kalau gua langgar semua lampu merah tadi, memang boleh sampai dalam 20 minit. Jalam pun takdelah jem strawberry sangat. Mana tidaknya, masa semua kereta berhenti, kereta kebal gua berjalan dengan megahnya. Nasib baik takde kereta atau motor polis yang mengejar. Kalau tidak, terpaksalah gua tembak semua kereta polis tu kerana menganggu perjalanan gua menghantar Ain ke airport.
“Ok. Kita dah sampai. Lu boleh pergi naik kapal terbang sekarang.”
Ain turun dan memandang gua. Tepat ke anak mata gua yang tak cukup tidur akibat menonton cerita Meteor Garden malam tadi tanpa henti.
“Awak..”
“APA?” jawab aku sambil membuka mata selepas cuba tidur dalam 5-6 saat.
“Buka bonet kereta..”
“Hemmm…” dengus gua panjang.
Gua cari satu benda, gua tekan agar bonet itu terbuka.
………………
1 minit kemudian..
Gua dah terlelap sebenarnya. Maklumlah, gua ada beritahu lu orang semua kalau gua tertidur memang macam Nobita. Sekali gua baring walaupun badan penat atau tidak, memang gua boleh tertidur. Siap dapat pakej berdengkur lagi. Sedang gua sedap mimpikan awek Meteor Garden malam tadi, gua rasa macam kepala gua ada orang terajang. Jadi, gua mesti bangun untuk tahu siapa yang terajang gua.
“Awak, tolong angkat beg satu lagi ni. Boleh?”
Gua rasa macam nak terajang awek Zack ni. Bukan tak boleh tanya elok-elok. Ini siap tolak-tolak kepala kacak gua. Dia ingat kepala gua ni apa? Anak patung ka? Tapi memandangkan gua malas nak cari pasal dengan Awek Zack Ciciwangsa ni dan tak mahu putus sahabat dengan Zack, gua akur. Lagipun, kalau gua putus sahabat dengan Zack, gua akan putus bekalan cendol jagung kegemaran gua setiap hari sabtu dan ahad. Itu gua tak boleh tahan. Nak tak nak, gua kena tolong juga walaupun maruah gua mungkin tercalar.
“Lu isi apa dalam beg kecil ni?” tanya gua bila gua cuba angkat. Mahu-mahu ada dekat 10 kilogram juga. Gua tahu sebab hari-hari gua angkat dumble 10kg setiap hari. 3 set setiap pagi, petang dan malam. 1 set bersamaan dengan 8 kali ulangan.
“Isi baju dan barang orang perempuanlah. Takkan itu pun tak tahu?”

“Flight lu kul berapa, Ain?”
“Puku 9.15 pagi.” Muka Ain nampak macam risaukan sesuatu.
Gua tengok jam. Dah nak dekat 8.45 pagi. Sempat atau tidak budak Ain ni naik kapal terbang. Tak sempat, gua tak tahu. Aku dah habis pecut dah dengan kereta kebal gua tu.
“Lu pergi lari dulu. Kang tak sempat, terlepas. Gua juga yang susah.”
Ain Maisarah berlari pantas. Muka tetiba dah cuak. Bukan apa, gua pernah tertinggal kapal terbang masa balik kampung dulu. Jadi gua tahu apa akibatnya kalau tertinggal flight. Sengsara kena tunggu berjam-jam untuk flight seterusnya. Kalau bernasib baik, ada flight dalam setiap jam ke KL. Tapi kalau takde atau hari itu cuma ada satu flight aje, kena beli tiket untuk esok pula. Kan dah menyusahkan tu namanya.
………………
Gua sampai ke kaunter Terminal 2 dari tempat parking. Dalam 5 minit aje. Tak perlu nak lari. Lagipun, bukan gua yang nak naik kapal terbang. Jadi, bila gua sampai kat sana. Gua cari kelibat itu Ain Maisarah. Gua paling kiri, gua nampak ada orang putih tengah tidur berdengkur. Gua paling kanan, gua nampak ada budak melayu tengah berpelukan. Celaka.
“Mana budak ni..” getus gua dalam hati. Geram.
Tiba-tiba, gua dapat 1 sms.
“Bro, lu sudah hantar Ain ka belum? Dah sampai Airport?”
SMS dari Zack. Gua pelik. Bukan dia dalam dewan peperiksaan ka? Kang kantoi dengan pegawai peperiksaan tu bagaimana? Gua juga yang susah. Gua dah cukup penat terlibat dengan hubungan Zack Ciciwangsa dan Ain Maisarah ni. Tapi oleh sebab persahabatan antara lelaki kacak dengan lelaki kacak, gua reply satu SMS untuk menenangkan hati Zack.
“Gua dah kat airport. Tinggal nak naik kapal terbang aje kot.” Balas gua. Pendek.
“Thanks, Bro. Petang nanti gua belanja lu cendol jagung!” reply Zack sepantas kilat.
Gua tersenyum. Gua bakal dapat habuan gua petang nanti. Yehh!
………………
Gua pelik. Jam sudah menunjukkan 9.10 pagi. Patutnya, Ain dah muncul untuk ambil beg seberat 10 kg ni. Tapi bayang pun tak nampak. Gua dah masuk tandas lelaki. Tapi gua tak nampak pun seorang perempuan kat tandas tu. Gua cuba masuk tandas perempuan, tapi kena halang dengan makcik huduh mana ntah tadi. Tapi oleh kerana gua memang kacak, makcik tu bersetuju tolong check samada Ain Maisarah ada atau tidak dalam tandas kecil tu. Ikut hati, gua mahu terjah aje. Gua kacak atau tidak. Gua tak kesah. Janji, gua jumpa Ain dan mahu setelkan misi gua yang Zack berikan. Ini misi penting. Misi untuk meneruskan kesinambungan mendapat cendol jagung setiap sabtu dan ahad. Gua tak boleh GAGAL dalam misi cendol jagung 3.0 ini.
Gua nak sms Ain. Gua takde nombor dia. Gua nak call, lagilah tak boleh. Gua dah pusing habis satu Terminal 2 ni. Gua siap lari-lari anak ke kereta kebal yang gua sewa tadi, tak juga nampak kelibat Ain. Gua dah tak tahu nak buat apa. Gua buntu. Gua keliru. Apa niat Ain Maisarah menduga gua sebegini rupa. Apa salah gua pada Ain? Takkan sebab gua langgar semua lampu merah sepanjang jalan tadi dia mahu merajuk dan protes sebegini rupa pada gua? Gua bukan pakwe dia. Gua cuma kawan Zack aje.
Tiba-tiba..
“Awakk..”
Ya. Suara seksi itu yang gua mahu dengar. Walaupun baru beberapa minit tidak berjumpa, gua rindu sangat pada suara yang membuatkan gua merana dalam beberapa minit ini.
“LU PERGI MANA TADI?? GUA CARI LU SELURUH TEMPAT! Lu mahu main NYOROK-NYOROK ka dengan gua?” marah gua bila Ain muncul dari belakang gua.
“Mama dengan Papa saya..”
Gua lihat dia sudah nangis. Mata sudah merah. Bibir munggil tu memang semula jadi merah. Pakai gincu pun warna merah. Baju pun warna merah. Seluar aje warna hitam. Nasib rambut pun tak warna merah. Nasib juga air mata yang keluar pun bukan warna merah. Kalau tidak, mungkin gua sudah pengsan dan taboo dengan warna merah..
“Apahal dengan mama dan papa awak?” tanya gua kononnya gua prihatin.
“Mama dan Papa saya eksiden..”
“Hah! Bila??” tanya gua konon-kononnya gua terkejut.
“Tadii..masa on da way nak pergi airport..”
“Jadi, lu mahu gua buat apa? Gua bukan boleh halang eksiden tu dari sini. KK dengan KL jauh tau. Gua bukan boleh berenang ke sana untuk halang eksiden tu berlaku”

Gua tahu gua tengah merepek bukan-bukan. Sejujurnya, gua pun terkejut. Tapi mungkin gua masih mentah dalam bab-bab menghandle situasi sebegini, jadi gua cakap bukan-bukan depan Ain. Gua tahu, Ain tengah sedih. Tengah terkejut. Tengah tak tahu apa nak buat. Tengah mencari jalan penyelesaian dan gua tahu, dalam hal ini, gua kena tolong buat keputusan untuk Ain Maisarah.
Gua lihat, Ain masih menangis tak berhenti. Gua dah tak tahan. Gua tarik tangan Ain, cari tempat yang boleh duduk.
Ain Maisarah mengikut lemah. Aku pegang bahu dia, aku tekan badan dia supaya dia duduk. Dia keras menghalang.
“DUDUK!” Keras aku memaksa.
“Jadi, macam mana sekarang. Lu sudah miss flight, kan?” tanya gua bertalu-talu.
“Emmm..” Lemah Ain menangguk.
“Sebelum check-in, dapat call dari orang yang kat tempat eksiden. Dia kata, Mama dan Papa eksiden kat Cheras. Diorang hantar ke HUKM..”
………………
Dalam 2-3 jam kemudian..
Gua pandang tingkap. Gua nampak kapal terbang AirAsia banyak berbaris dibawah. Mungkin dalam 10-15 minit lagi gua akan landing bersama penumpang lain. Gua tengok jam, dah nak pukul 12 lebih. Dekat 2 jam lebih juga penerbangan dari KK ke KL.
Gua tak tahu. Apa yang akan terjadi. Gua pandang sebelah gua. Ain masih tidur. Matanya masih basah. Gua nampak air mata jatuh laju. Dalam pemikiran logik gua, gua tak tahu yang kita boleh menangis dalam tidur. Hari ini baru gua jumpa buktinya. Gua kesat air mata Ain. Gua tak suka tengok mana-mana perempuan menangis. Baik perempuan huduh ataupun perempuan cantik. Bagi gua, semua perempuan ada nilai kehuduhan dan kecantikan masing-masing. Sebab nenek gua pernah pesan, jangan bagi perempuan nangis. Walaupun gua bukan penyebab Ain menangis. Tapi dari kecil lagi, gua memang pantang tengok perempuan menangis.
Gua tolak lembut kepala Ain yang dari 2 jam lepas dok parking “baik punya” kat bahu kacak gua. Nasib baik tulang-tulang ketiak gua berjaya menampung keberatan sebuah kepala kecil itu. Berkat angkat dumble setiap hari. Jadi, kalau lu orang mahu ada bahu yang kuat, sila angkat dumble setiap hari.
“Ain..bangun. Dahh nak sampai dah ni..”
Ain terbangun. Nasib baik takde tahi mata. Maklumlah, dari tadi basah aje mata tu. Nak jadi tahi pun tak sempat. Ain mengeliat dan membetulkan rambut hitamnya yang ikal tu. Dan dia terkejut bila dia tertidur dibahu sambil mengenggam tangan aku.
TAAKKKK. Bukan gua mahu ambil kesempatan. Setiap kali gua membuat percubaan-percubaan untuk tarik tangan gua, semakin kuat gemgaman tangan Ain Maisarah. Akhirnya, gua reda. Lu orang tak percaya, gua tak kesah. Gua tetap kacak walaupun lu orang buat tuduhan tak berasas terhadap gua.
“Awak..sori ye. Sakit tak bahu awak?”
Lu gila ka atau tak waras cik Ain?? Mestilah sakit. 2 jam. Itu bukan satu tempoh yang sekejap. Gua boleh siapkan 3 tugasan yang pensyarah gua bagi. Gua siap boleh tolong nenek gua belah kayu untuk bekalan kayu api selama seminggu dalam masa 2 jam tu. Tapi memandangkan gua kacak dan gua tak mahu lu orang semua fikir gua lelaki lemah..
“Takpe, lu lebih memerlukan bahu gua ketika itu..”
Ain senyum dan tergelak dengan ayat-ayat gua. Gua terasa gua tidak dipermainkan dan dihina lagi seperti dulu. Lawak gua sudah boleh diterima oleh gadis-gadis comel. Terutamanya Ain Maisarah. Satu pencapaian yang mengagumkan bagi gua untuk hari bersejarah ini.
………………
Gua dan Ain turun dari kapal terbang. Terus menuju ke kaunter dan terus cari teksi atau prebet sapu untuk terus ke KL. Tak ada orang yang akan ambil Ain Maisarah di KLIA. Kami akan terus ke HUKM dari KLIA. Tak tahulah akan ambil masa berapa lama.
Dapat aje teksi..
“Pakcik, HUKM ye. Cheras”
“OK!”
Sebaik aje teksi berjalan. Handset Nokia gua. 3310 berbunyi. Tanda SMS masuk.
“Bro, lu kat mana sekarang”
“Zack!”
Suara gua sedikit kuat. Gua rasa, Ain Maisarah perasan dan tahu yang SMS itu dari Zack.
Gua dan Ain saling berpandangan. Antara satu sama lain.



Ceh bro Titan buat-buat alim kucing. Gua tahu lah lu suka makan cendul.
Boleh putus kawan makan cendul macam ini punya cerita.
haha..apsal ikut ain plak gi KL??
ain dah jadi rezeki dan jodoh lu…apa boleh buat,,,angkat saja….
woooo panjangnya
3 kali tambah cendol x habis baca lagi hehehe
eh ckp miss flight..tup2 naik flight plk dgn ain..hehe…
terbaik punyer citer.. boleh ngarah drama bro ni.. keep it bro..(puji sikit.. hehehe)
mmg x leh blah tgk meteor garden..hehe
kelakar citer ko ni, aku tunggu sambungannya
Woi cepat la abiskan cerita, pantang gua baca cerita tergantung nihhh… Warhhh….
ALahai..tergantung la plak kisah nih. Hisyyy!!
menarik cerita ni..gaya penulisan lain dari yg lain..saya suka..
alahai lom habis lg..sambung cpt
best citer muh ni..huhu..tunggu part 3 lak
dari atas smpi bawah aku baca..mmg siot r ko ni..hahah
wat aku tergelak sorg jer..huhuhu
lu jgn main2 sama Ain yek…he3… wa bubuh racun kang dalam cendol jagung lu baru tahu! – esok sambung!
Aik, Ain tu asal dari Jepun ker? lawa ehhh…
seronok la bro, dpt pegang pompuan… yeeha~ :p comel plak tu…
hahah yang tak tahan tu, tulang ketiak cukup tampung bahu untuk awek tu haha…steady la…
hasil berkat dumble 10kg ,humangaih berat juga kepala awek tu hehe…
part nih tak berapa paham sikit, kacau bilau je.
Ni memang cinta tiga segi ni….
siap sampai KL naik kapalterbang tu
angau lak kat Ain. Eh?
“LU PERGI MANA TADI?? GUA CARI LU SELURUH TEMPAT! Lu mahu main NYOROK-NYOROK ka dengan gua?”
Tu dia. Sampai HUKM ko hantar. Mmg kacak 200%.
Zack pun terkedu agaknya. Aku sambung dulu part 3….hehehe
Lu mmg kacak bro!
Bapak panjang entri dan aku berjaya habis baca :O
Ain tu jelita ka weh ?
dalam diam ko suke ain rupenya eh..
Mak aihhh…panjang gila entri ko kali ni bro…lepas geram kaaa…he3x!!
wahh….dok teman ain blk kl utk lawat parents ain tuh..terbaik arh
aku dah komen sini aritu.. tapi tetiba internet connection terputus!
Menarik nya jalan cerita nih..hehe..boleh wak keluar novel pulak ni..
dah terlepas cendol jagung hari tu ye…
‘Dalam pemikiran logik gua, gua tak tahu yang kita boleh menangis dalam tidur’
ini paling lawak!!