Ya. Gua pernah kasih dan cinta akan seorang gadis comel.
Ya. Gua akui, saat itu manis. Juga pahit.
Tapi gua harus akui, cinta ada 2 jenis muka. Muka kegembiraan. Dan juga muka kesuraman. Cinta hadir dalam banyak bentuk yang berbeza. Bentuk yang gua dapat, agak berbeza. Ketika gua mencintai dia, gua rasa macam Bumi adalah jajahan taklukan gua. Setakat Pikor dan Fliza tu, gua jentik aje dua kali. Terus hilang bulu ketiak diorang. Sebab tu kawan-kawan gua nasihatkan gua, jangan mencintai kekasih kawan gua tu. Diorang tak nak Bumi berada dalam jajahan gua. Nanti semua orang bumi tak ada bulu ketiak. Itu satu kesalahan besar bagi umat Bumi dan akan memecah dan mengacaubilaukan kehidupan setiap nyawa di Bumi. Jadi, gua akur. Gua berundur dengan cara yang paling ‘baik’.
Kisah Mencintai Ain Maisarah bermula begini..
Gua ada kawan. Gua gelarkan dia Zack Ciciwangsa. Dan Zack, ada kekasih. Memang cun. Cantik. Gadis pemalu. Bukan Gadis Youtube. Bukan awek tepi jalan. Tapi memang awek yang gua rasa boleh buat gua tak nak kahwin empat. Gua mahu kahwin satu aje kalau dapat dia jadi suri hidup dan melahirkan anak-anak gua.
Dan nak dijadikan satu cerita. Zack minta gua tolong. Tolong hantar dia punya awek ke airport. Dia tak dapat pergi sebab pagi itu dia ada exam. Exam apa? Gua tak nak bagitau. Sebab nanti lu orang boleh teka siapa kawan gua. Dan dalam masa yang sama, mungkin lu orang boleh teka siapa awek Zack. Jadi, gua dengan takde perasaannya, setuju.
Untuk pengetahuan lu orang, sebelum gua jadi lelaki kacak, gua terkenal dengan macam-macam nickname yang baik-baik. Lelaki pendiam. Lelaki menyendiri. Lelaki suka cakap dengan kucing. Lelaki suka berlagak. Lelaki suka makan cendol. Lelaki suka berlari sambil main sms. Lelaki yang tak suka bercakap dengan perempuan. Pendek kata, gua agak anti dengan untuk bercakap dengan perempuan. Bersandarkan dengan nickname gua yang pelik-pelik tu, gua takde hal hantar awek Zack. Zack dah bagi duit awal-awal untuk sewa kereta kancil. Memandangkan antara gua dengan Zack, gua ada lesen besar untuk bawa kereta, sebab itulah zack suka gunakan lesen gua untuk pinjam kereta sewa. Tapi kali ini, gua kena tolong dia sebab Zack selalu belanja gua cendol jagung. Jadi, kerana terhutang budi..gua turutkan juga misi membawa Awek Zack ke airport..
Oh ya. Nama awek Zack. Ain. Ain Maisarah binti Helmy Sulaiman. Gua tanya sama Ain pagi itu selepas Zack berambus ke dewan peperiksaan. Gua dah habis exam masa tu. Zack aje belum habis satu paper.
“Ain, dalam banyak-banyak lelaki kat UMS ni. Apa pasal Zack suruh gua hantar lu?”
Ain senyap. Dia tengok jam.
“Awak. Kita dah lambat ni..”
Demm. Awek ni tak menjawab soalan gua.
“Ok. Jom jalan. Lu tunggu sini. Gua ambil kereta kebal gua.”
Gua nampak dia tergelak. Kali pertama gua buat lawak, ada awek gelak. Selama ni lawak-lawak gua macam tunggul ka sampai takde awek nak gelak? Gua terasa macam gua dipermainkan dan dihina selama ini.
Dalam kereta, gua senyap. Ain pun senyap. Tiba-tiba..
“Awak..”
Gua toleh tengok Ain. Tetiba angin kuat menerpa. Terbau gua wangian yang Ain pakai. Demm, gua tak boleh bab-bab bau ni. Hidung gua lebih sensitif berbanding hidung anjing. Bagi gua, agak kuat wangian tersebut. Awek ni pakai minyak wangi berapa gelen??
“APA?” Tanyaku agak kasar.
“Apsal awak tak berhenti tadi?”
Gua tertanya-tanya..apa motif soalan tu.
“Kenapa gua kena berhenti plak”
“Tadi tu bukan lampu merah ke??” balas Ain. Pelik.
Celaka. Gua lupa tentang peraturan Bumi.
“Laa..tadi kata dah lambat. Tu yang gua hentam aje.” Ligat otak gua berfikir.
…..
Gua dan Ain diam lagi seketika. TIBA-TIBA..
“AWAKKKK!!!!”
Apa hal awek ni jerit-jerit plak. Gua paling dan tatap muka awek Zack.
“APSAL AWAK LANGGAR LAGI LAMPU MERAH TU!” Menjerit geram menjeling tajam.

Celaka. Gua sambung cerita esok. Gua dah tensen dengan awek Zack ni. Gua cium bibir mungil tu kang, baru tahu! Sikit-sikit lampu merah. Sikit-sikit lampu merah. Tadi kata nak cepat.




nak cepat pun tetap kena ikut peraturan..hihi…
aiseh…bersambung pulak dah. baru nak syok baca
merah tu kan berhenti heee
comei btui nama member lu zack ciciwangsa.. hjahaha
peh… tak sabar nak tunggu part2 huhuhu
Potong stim betol. Sedap-sedap baca terus nak sambung. Ni antara sebab aku tak suka baca entri part-part.
Oleh kerana Ain Maisarah binti Helmy Sulaiman. Gua nantikan
Bro kurang kacak ker sehingga Ain tidak mahu bersuara?
adehhh hok main cite sambaung2 ni malas yg nak baca nih
best2 gak cerita ni..pandai btul cikgu titan..hee
pernah dgr buku adik cik tom biasa beli nama “ain maisarah”..dpt ilham dr situ ke??hehee…
haha..demm LOL..aku berdekak doe bace entri ko ni..haahahaha
“Gua nampak dia tergelak. Kali pertama gua buat lawak, ada awek gelak. Selama ni lawak-lawak gua macam tunggul ka sampai takde awek nak gelak? Gua terasa macam gua dipermainkan dan dihina selama ini.”
ni mmg xleh blahh…hahahahaha
ha ..nape tak benti
dah macam2 bermain dalam kepala aku baca entri bro ni… haha.. otak kuning sgt… :p
hai awek kawan baik tak kan nak sapu kot hehehe..suspen cerita ni
Menunggu kehadiran Part 2 dengan cendol semangkuk dan secawan cendol
mmg x sabar tunggu part 2..
bleh dah buat buku cerita nih, submit kat ALAF 21, huhu mesti ramai beli.
laaa
kena tunggu part 2 pulak
nasib juga tak ada kereta lain tu, bro
mcm2 skandal bro..
Lu memang jenis gelojoh bro. Lampu merah redah je.. Hahaha
mesti kena tunggu part 2 ni.
lawak la cerita ko ni
Ni citer cinta tiga segi ke?
sengal. habis kan je lah. padahal selalu entri pjg berjela.
exam PTD ke???
sedap nama awek tu..mesti tuannya pun sedap mata memandang..hehe..cinta itu buta…
langgar lampu merah tu sampai rosak hehe
Ni cerita betul ke cerpen pilihan minggu ini?
potonh stim tul la..bersambong lak..haha..
nanti keluar novel penuh nanti bagitau ye..nak beli yang siap ada autograf
mmg bz bebenor ni..xsmbg lg part 2…
bro ada respon tu bro…bro yang tak paham perasaan ain ni kot…gua nnt kan cerita bro ni….
ini cerita betul ka tipu brooo???
hahahha…aku mmg tak leh tahan ngn penutup citer ni..
main sambung2 pulak dah…
zack cicakwangsa? lawak2….hahahah
ok, aku sambung part 2
perjalanan dari UMS sampai airport banyak tu traffic light.. berapa banyak lampu merah bro dah langgar? hahaha
wah bibir mungil? kasi gambar dia kat gua he3..
zack tu cama da iras nama pencinpat muka buku dah..
baru berpeluang nak baca…oki2..nak baca next sambungan plak
tergelak gua baca. LOLOLOL cepat buat sambungan!
tah nye.. lampu merah tu.. ain takut ler, kang lagi lambat sampai..
lawak la…