• Contact
  • Contest & Kuiz
  • Link
  • Misi 2008
  • Pengiklanan dan Sponsor
  • SiteMap
  • Subsribe
  • Survey
  • VCC
Earncent.com Lelaki kacak, Cendol Banting dan Ain Maisarah.

Himpunan Jutaan Belia – Mei 2012

May 21, 2012 4:53 pm / 40 Comments / admin

Ya. Aku akan terlibat dengan Hari Belia Negara atau Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan berlangsung pada 22 hingga 27 Mei 2012 ini. Maksudnya, esok dah mula start. Tapi takdeah aku handle semua bab. Kalau takde aral, mungkin akan jadi penyelaras untuk 10 ribu – 15 ribu orang budak-budak pengakap seluruh Malaysia baik yang datang dari Banting, Sabah, Sarawak dan seluruh negeri. Dengar cerita, setiap zon akan diminta hantar 250 orang pengakap. Betul atau tidak, aku tak tahu. Tapi macam, satu negeri mungkin akan dihantar lebih dari 1000 orang pengakap. Dan macam Sabah dan Sarawak, mungkin dalam 50 lebih orang sahaja. Ini semua hanya jangkaan pihak pengurusan, pihak atasan dan kami. Jadi, angka sebenar masih belum tahu lagi. Kalau macam kes tahun lepas, dekat 10 ribu lebih yang hadir. Tahun 2012 ni, mereka jangka lebih dari 12 ribu. Mungkin akan cecah 15 ribu orang pengakap yang akan bertaburan di Putrajaya pada 25-27 Mei ini. Aku tak tahu, sama ada aku boleh jalankan tanggungjawab sebagai penyelaras tak rasmi ini. Dan aku dan bos aku kena pilih pemimpin-pemimpin yang akan handle wakil-wakil pengakap setiap negeri. Serius, memang sakit kepala dan aku tak tahu boleh atau tidak aku lakukannya.

himpunanjutaanbelia

Ya. Aku salah seorang ahli pengakap. Aku rasa ramai yang tak tahu. Kalau yang tahu pun, boleh dikira dengan bulu ketiak aku. Dan ini kali pertama aku terlibat dengan perhimpunan yang agak besar. Dan mungkin juga aku akan terlibat dengan satu larian yang akan masuk Malaysian Book of records. Aku lupa nama larian tu. Tapi aku dah bagi nama. Kena pilih 5 orang dan kami kena lari 5km. 5 kumpulan yang pertama sampai, akan dapat trophy dan sijil. 100 kumpulan yang sampai dulu akan dapat medal dan trophy. Dan yang lain-lain akan dapat sijil beserta goodies. Aku tak terlibat dalam bab-bab bagi hadiah ni. Pepandailah budak-budak sukarelawan yang uruskan benda ni. Geng kita orang cuma terlibat dengan budak pengakap aje.

Jadi, kalau korang rajin dan mahu JUMPA aku. Bolehlah jumpa aku kalau tak malu. Tapi kena bawa pengkerasnya. Bawa cendol semangkuk atau sebungkus. Boleh? Dan jangan lupa, sebutkan perkataan rahsia aku iaitu Lelaki Kacak. Kalau tidak, aku takkan layan melainkan korang gadis-gadis comel lagi ayu dan bijaksana tanpa muka penuh jerawat dan jeragat.

charkewtiaw

Aku baru balik dari taklimat ringkas dan juga meeting kejap dengan bos. Habis taklimat, buat discussion sikit kat kedai sambil pekena char kew tiaw. Harga RM4. Ok, sedap. Bos aku makan bubur nasi. Tak sedap. Pedas katanya. Bos aku ni tak leh makan benda pedas-pedas. Tapi aku respek dia, dalam 2-3 minggu ni kerja dia atas kereta aje. Kejap ke sana, kejap ke sini. Tadi pagi, kita orang gi Putrajaya tengok tapak perkhemahan pengakap. Malam plak, pergi IKTBN. Esok, dia nak gi Setiawan pula. Pehh, memang penat. Fuhh, aku ingatkan aku ni dah jadi orang paling sibuk kat dunia. Rupa-rupanya masih ada yang lagi sibuk dari aku. Hoho!

Apapun, doakan aku berjaya handle benda ni dengan baik. Walaupun belum confirm, tapi kalau confirm aku jadi penyelaras, aku akan cuba buat yang terbaik. Insya-Allah.

Ps: Ada sesiapa mahu dating dengan lelaki kacak masa hari itu? SIla setkan tarikh dari 25-27hb Mei sahaja. Hari lain. Aku sibukkk. Sibuk..

Related Posts

  • Post Moterm – Himpunan Jutaan Belia 2012Post Moterm – Himpunan Jutaan Belia 2012
  • Titan, Tunang dan KahwinTitan, Tunang dan Kahwin
  • Ulu Lubai. Ulu Lubai.
  • Komisen ke 4 dan terakhir dari GDIKomisen ke 4 dan terakhir dari GDI
  • Komisen ke 12 dari Jobdirumah.comKomisen ke 12 dari Jobdirumah.com
  • 5 Cerita dalam bulan Ramadan5 Cerita dalam bulan Ramadan
Posted in: recommend, review / Tagged: aktiviti himpunan jutaan belia, bila himpunan jutaan belia putrajaya, cerita himpunan jutaan belia, hari belia negara, hari belia negara 2012, himpunan jutaan belia, himpunan jutaan belia 2012, himpunan jutaan belia 22-27 mei 2012, himpunan jutaan belia mei 2012, himpunan jutaan belia putrajaya, jom heboh, jom heboh di himpunan jutaan belia putrajaya 2012, jom heboh himpunan jutaan belia, kisah himpunan jutaan belia, peserta himpunan jutaan belia, peta himpunan jutaan belia putrajaya, peta jalan ke himpunan jutaan belia putrajaya, post moterm himpunan jutaan belia, sukarelawan himpunan jutaan belia, tarikh himpunan jutaan belia putrajaya

40 Thoughts on “Himpunan Jutaan Belia – Mei 2012”

  1. chii on May 21, 2012 at 5:26 pm said:

    cendol n keyword lelaki kacak eh. Noted. Tade aral melintang, hr ahad nak g sana.

    Reply↓
  2. auc dot com on May 21, 2012 at 11:58 pm said:

    moga akan tercapai jutaan itu :)

    Reply↓
  3. Cikgu Hairul on May 22, 2012 at 12:14 am said:

    Wah seorang kelana jugak kah? Kalau sempat aku cari bro kat putrajaya nanti…

    Reply↓
  4. Izzuddin Fauzi on May 22, 2012 at 12:18 am said:

    Ada jembori kan dekat sana…

    Nant may b sy akan terlibat d sana,… Eh, penah join x Jamboree On The Air (JOTA)?

    Jika berminat:
    Lokasi Stesen IPK PPM: Precinct 2, Putrajaya
    Tarikh 25-27 Mei, 2012
    Sempena Jambori 1 Malaysia Ke-3 dan Himpunan Jutaan Belia Malaysia

    Reply↓
  5. iza on May 22, 2012 at 1:26 am said:

    Assalam..
    Pasukan beruniform ke ni? Moga berjaya dikalangan 100 orang tu…

    Reply↓
  6. Jebeng Otai™ on May 22, 2012 at 2:47 am said:

    alamak kene bwk pengeras ke nak jumpa..hehe

    Reply↓
  7. cik tom on May 22, 2012 at 4:19 am said:

    alamak muka xbpe nak comel..xdpt la nak jumpa titan..hahaha…

    Reply↓
  8. shraqs on May 22, 2012 at 4:25 am said:

    Ini mesti dah dpt manik kayu yer :)

    Reply↓
  9. azman on May 22, 2012 at 4:55 am said:

    Pengakap rupanya…titan nih,bukan senang nak handle budak2 banyak tu..ken ada kecekalan dan kesabaran he3..

    *sayang ceramah ustaz UAI pon telah dibatalkan sebab memberi laluan kepada himpunan sejuta belia.

    Reply↓
  10. titan on May 22, 2012 at 6:10 am said:

    cik tom. ok. anda dikecualikan. jadi, wajib hadir. haha..

    jebeng otai. orang lelaki kena bawak cendol. wajib aa..

    shraqs. apa itu manik kayu? haha..

    azman..kalau ada ceramah..memang aku gi sana la jawabnya. haha..

    iza. insya-Allahh..

    Izzudin. JOTA tu menda? haha..

    chii. ok. kita date kat sana ye. hehe..

    auc. entahlah. tak tahu capai ke tidak.

    cikgu hairul. jangan lupa, cendol aa..jagung letak lebih. haha..

    Reply↓
  11. Ronaldmohoni on May 22, 2012 at 6:16 am said:

    sibuk juga ko nih titan. tapi takpe, tak lama lagi naik pangkat leh tu. :)

    Reply↓
  12. onlajer on May 22, 2012 at 6:30 am said:

    aku dah lama tak sebut perkataan pengakap yang kacak minta cedol.hahaha

    Reply↓
  13. suri on May 22, 2012 at 6:55 am said:

    oh makanan lagi..perut dh kenyang bro titan hee..apa lagi pi tdo =)

    Reply↓
  14. Denaihati on May 22, 2012 at 7:50 am said:

    moga bro succes handle macam tu punya ramai sampai 15k pengakap.

    Reply↓
  15. hafizmd on May 22, 2012 at 8:26 am said:

    cendol?hari ahad ni semua pakcik cendol tutup, sebab pergi putrajaya..hahahaa

    Reply↓
  16. gnesop on May 22, 2012 at 9:29 am said:

    waw.. acara menarik tuh..

    Reply↓
  17. MR.Z on May 22, 2012 at 10:16 am said:

    macam menarik acara tu tapi sayang tak dapat pergi..

    Reply↓
  18. mie on May 22, 2012 at 1:23 pm said:

    wow..
    teringin nak join..
    ehehehee

    Reply↓
  19. hatiputera on May 22, 2012 at 1:53 pm said:

    wow..titan nie pengakap rupanya,,,tahniah semoga berjaya menjadi penyelaras…

    Reply↓
  20. faiz on May 22, 2012 at 2:15 pm said:

    jom jumpe..ade bran..cendol 18 mangkuk pun aku bley bwk..hehe

    Reply↓
  21. tehr on May 22, 2012 at 3:26 pm said:

    Kat sini payah nak cari cendol
    Kalau bawa teh 0 je tak boleh ke?

    Reply↓
  22. akhiyy on May 22, 2012 at 3:36 pm said:

    wahh..layan betul gambar char kueh tiau tuh..semoga berjaya himpunan belia..

    Reply↓
  23. SukaShare on May 22, 2012 at 5:04 pm said:

    Kiranya sibuk lah lepas ni =)

    Reply↓
  24. cik tom on May 22, 2012 at 8:01 pm said:

    owh xterupdate la blog2 ye…xpe laksanakan mana yg wajib dl..

    Reply↓
  25. bardboo on May 22, 2012 at 10:26 pm said:

    cendol oh cendol..makan panas2 memang layans…

    Reply↓
  26. Dulu Lain Sekarang Lain on May 23, 2012 at 1:24 am said:

    Kalu kawe duduk kat KL, sure kawe pon pegi sama. Yalah, sementara kita ni msh bawah kategori BELIA. :D

    Reply↓
  27. syahrilhafiz on May 23, 2012 at 1:37 am said:

    cendol cendol
    wah wah, mesti syok kan, himpunan sejuta belia tu. amik gambar sikit please :)

    Reply↓
  28. Nurul on May 23, 2012 at 4:14 am said:

    Mesti meriah kan…

    Reply↓
  29. suri on May 23, 2012 at 4:39 am said:

    cik ada hal jadi tak perlu dtg hee..

    Reply↓
  30. Hafizul on May 23, 2012 at 5:17 am said:

    Hahaha…peluang ni bagi peminat untuk jumpa owner earncent.com..ingt kata laluan tu…

    Reply↓
  31. Hafizul on May 23, 2012 at 5:21 am said:

    Laa kenapa aku komen td tak masukk…haiya….tak aci nih…

    Reply↓
  32. hazman aka species1980 on May 23, 2012 at 11:11 am said:

    Okiesss….nanti aku belanja ko cendul pulut ektra jagung…. hehehehe

    Reply↓
  33. bukit gambang on May 23, 2012 at 1:24 pm said:

    nak g jugak lah camni kalau bro ada kat sana.

    Reply↓
  34. Ikhtiar Shah on May 23, 2012 at 2:23 pm said:

    kalau aku jmpe bekas cendol kt sana cnfirm r ko ade kt sana.haha

    Reply↓
  35. Norizwan on May 23, 2012 at 2:57 pm said:

    oh ahli pengangkap..patut lah dah biasa mendaki gunung kinabalu 5-6 kali…senang lah jumpa kat hari belia ni…

    Reply↓
  36. Amirez on May 23, 2012 at 3:52 pm said:

    kira jamboree besar-besaranlah ni. aku dulu pun pengakap, tapi tak pernah join jamboree :(

    Reply↓
  37. arrizz on May 24, 2012 at 1:09 am said:

    good luck bro!

    Reply↓
  38. wandisini on May 24, 2012 at 4:03 am said:

    aku akan menjadi sukarelawan..jumpa disana kalau ada masa. aku terjah kem pengakap nanti

    Reply↓
  39. akubiomed on May 25, 2012 at 9:26 am said:

    Selamat menjadi sukarelawan. Janganlah pula hendak pancing awek sahaja. Nanti cabut bulu ketiak bro. :-)

    Reply↓
  40. muhammad fakhruddin on May 25, 2012 at 4:16 pm said:

    Tak dapat la kita nak belanja cendol abang kacak pengakap kita seorang ni

    Reply↓

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badgeShow more posts

Post Navigation

← Previous Post
Next Post →

Recent Posts

  • Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
  • Awek Petronas Baju terbalik.
  • Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • Gua di #SBDdB13
  • Esok.

Recent Comments

  • yusri on Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
  • Juan on Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
  • blackrosehunter on Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
  • puteri kasih on Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
  • Syarih on Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
© Copyright 2013 - Lelaki Kacak & Ahmad Faizal | Jobdirumah Review
Infinity Theme by DesignCoral / WordPress