Hari ini hari Ahad.
Hari yang agak sesuai untuk lepak dan makan cendol.
Hari yang sesuai untuk kongsikan bayaran yang terbaru aku dapat dari program Innity. Walaupun ramai yang bersusah payah nak dapatkan akaun Innity, tapi masih ramai yang gagal berbanding yang berjaya. Tapi antara yang dah ada akaun Innity, masih juga tak ramai dapat earning dan income yang tinggi dari Innity. Aku dah cukup bersyukur apabila setiap bulan dapat lebih dari RM50 dari program ini. Nak lebih, kena usaha lebih. Nak kurang, buat ajelah sekadar apa yang patut. So far, aku bersyukur yang aku dah dapat bayaran terbaru ni. Walaupun tak banyak, tapi kira dah cukup bagus kalau boleh beli cendol kan? Barulah terasa lega tulang-tulang ketiak aku yang dah berusaha keras selama ini.

Ya. Tak banyak, tapi inipun dah cukup buat ramai orang geram dengan aku kan? Ya, aku tahu ramai antara korang cemburu dan geram mengapa setiap kali aku sertai program-program popular kat internet ni, aku selalu dapat habuannya. Korang? BIla cuba. Masih tak dapat. Jawapan aku cuma satu. Mungkin usaha kita berbeza. NIat kita berbeza. Pendekatan kita berbeza. Cara kita berusaha berbeza. Doa kita berbeza. Jadi, hasil yang kita dapat pasti berbeza. Betul tak? Jadi, sekuranganya, korang kena bagi ketiak korang kuat untuk dapat hasil yang sama dengan kekuatan ketiak aku. Faham? Haha..
Walaupun kita berbeza. Tapi aku yakin ramai blogger yang masih boleh senyum dengan pendapatan diblog masing-masing. DApat banyak atau sikit, itu bukan persoalannya. Yang penting, usaha ke arahnya. Sekurangnya korang bertindak dan ambil tindakan. Jangan hanya menuduh orang lain itu ini tapi kita sendiri tak nampak buat apa-apa. Orang macam ni, patut makan cendol setiap hari. Baru dia terasa betapa manisnya hidup selepas menghirup manisnya secawan cendol itu.
Koleksi Ayat-ayat kacak aku dah bertambah. Dari perkataan kacak, wujud lelaki kacak. Dari lelaki kacak, wujudnya bulu dan tulang ketiak. Dari ketiak, wujudnya pula cendol. Lepas ini, entah apa lagi perkataan-perkataan kacak yang akan aku wujudkan untuk kasi branding blog aku ni. Kalau korang ingat aku dengan perkataan-perkataan ini tak kiralah korang tengah dating dengan anak menteri ke atau tengah membaca majalah Kreko, itu membuktikan bahawa apa yang aku cuba buat ni, telah pun berjaya.

#Hidup kita ni singkat. Jadi,manfaatkanlah bersama-sama dengan mereka yang huduh. Jangan asyik berkepit degan mereka yang kacak aje. Orang yang huduh , ada juga nilai kekacakan yang kita tak nampak – Titan.
Ps: Huduh dan kacak. Cermin adalah salah satu perkataan ajaib yang berjaya dicipta untuk membuktikan kehuduhan dan kekacakan seseorang. Jadi, sila beli cermin sorang satu selepas ini.

amboihhh, ayat super kacak :p
cermin? benda first terfikir movie baru snow white and the huntsman..
kacak,tulang ketiak,cendol = titan
terbaik.lepas ni apa lg perkataan yg akn sinonim dgn titan ye
entahlah nape hari ni
terasa kecak pulak
cendol heee …syukur rezki tu bro.blh ajk kluga mkn2 ptg cuti2 gini.
ahmad faizal ni kelakar lah. hahaha
kali ini aku banyak sikit dari ko bro..hehe… rahsia2…
Semuanya bermula dari niat. Hebat !
manis sungguh ayat ko
kalo awek dengar mesti cair
mcm cendol
jeles aku blog ni.. asyik dapat duit jer….
hari ini hari ahad
kelantan cuti peristiwa
yeah!
Wah Innity bro kacaklah.
kalo bab komisen mmg ko kacak..hehe
lepas cendol ape pulak.. hehe
Cendol lagiiii~~ Hehehe
haha..tahniah bro.banyak gak tu.hehe
ko wat la character baru ke utk branding blog ko ni..mcm Johan kan guna Mak jemah.heheheh
zizan mail lambong.hehe
hang apelak?selain KACAK la.hehe
tahniah. masih berjaya lagi dapat duit dari innity.
tak perasan pula innity dah buat bayaran.. belum sempat check lagi
innity kacak..puteri lom apply lagi..hukk
tanpa huduh tidak akan adanya perkataan kacak
innity….hmm sikit lagi..ho ho
xlepas2 den apply innity..blog xberapa kacak mcm blog2 titan..
msh x lps syarat lgi
Hidup ni singkat…teruskan maju bersama titan..haha
Wah, mantop ni.
aku pasrah ngan innity.. :p
makin lama makin payah nak apply innity ni…
…Innity? Apakah itu? Dah try pakai, tapi yang tidak bestnya iklan amatlah jarang keluar. Last-last kami berubah ke Google Adsense dan ada perubahan selepas itu.
tahniah… nak cendol jugak :p
tukar lain menu ar bro..def.. ker hii
lepas ni huduh pulak la.. tapi nak ke titan? hehe. innity ke 17, tahniah..
innity yg ke 18 bagi aku lak la nak makan cendol gak! huih..haha
tahniah ler bro…:)
RM70 something.. Not bad tuh..
masih x lulus daftar innity
huhuhu
terbaik!!!
aku x lepas2 lagi nak apply benda ni…grrrr
bila nak dapat x taw laaaa
Innity masih tak berapa masyuk ngan aku.. takpe usaha masih terus.
Kira ok ko dapat RM70 lebih tu.. aku susah benau nak cecah RM50 tu
uik. makin susah gak ek nak buat duit guna innity ni..
so far, sama income dari nuffnang..hihihi…bulan ni nuffnang bermurah hati…banyak iklan ooo..
innity..innity…
Tahniah Titan. Terbaik
innity memang aku lepas tangan..tak mampu nak kejar..huh
Best la baca entry kat blog ko nie…. tiap2x or minggu mesti dapat komisen punya…. REZEKI REZEKI….
innity dah makin kurang dapat tapi bulan ni duit innity masuk 5XX.
tapi korang mesti tak kisah pun kan.. wakaka
tepat sekali, aku tengah jeles sekarang ni. awal2 dengan Innity dulu selalu dapat RM50 ke atas. sekarang ni nak cecah RM30 pun tak lepas dalam sebulan huhu
br pg dpt surat reject dr innity entah ke berapa..huk3..xpe2 ciktom dh buat blog lain..matlamat superblog..hoho…