Sekali lagi, aku berjaya dapat jualan dari program affiliate Pakarcoklat.com. Walaupun cuma satu sales, tapi nilainya sangat tinggi. Satu sales bersamaan dengan RM50. Siapa yang tak nakkan? Kalau dapat 10 sales? Dah boleh dapat RM500. Siapa yang tak gelap mata kan?

Apa yang perlu buat?
Kalau korang betul serius nak buat duit dengan program affiliate ni. Korang ikut tips yang aku kongsikan dibawah ini.
1. Buat satu blog khas untuk program ini. Semua artikel mesti berkaitan dengan coklat, kek coklat, coklat cair, coklat ini dan itu. Pendek kata, niche dan sub-niche blog itu adalah coklat. Link affiliate tu, pepandailah korang selit pada setiap artikel dalam blog tu.
2. Pastikan juga ayat-ayat dalam artikel korang tu TIDAK menyuruh korang PAKSA pembaca korang BELI ebook Pakar Coklat. Cuma korang letak ayat SUGGEST, CADANGKAN, SYORKAN.. Kalau boleh, selangkan setiap artikel tu dengan artikel informasi pasal coklat. Lepas tu, artikel yang seterusnya baru letak artikel promosi. Pendek kata, jangan tunjuk ketara sangat yang korang desperate nak jual atau promosi ebook PakarCoklat tu. Faham? Biar nampak natural dan unik. Biar nampak memang korang nak kongsi maklumat walaupun korang sebenarnya tengah pasang umpan. Faham?
3. Letak banner kat tepi sidebar blog tu. Tak perlu penuhkan blog tu dengan iklan nuffnang, innity dan lelain. Fokus pada satu program ni aje. Kalau betul menjadi, RM500 dalam tangan tak ada hal punya. Sebab orang Malaysia ni kaya-raya. Suka bazir duit beli menda-menda macam ni. Pada hal, boleh aje belajar buat kek coklat dengan mak sendiri. Tapi masa kecik-kecik dulu malas, dok asyik kira bulu ketiak sendiri, tu pasal sekarang baru terkial-kial belajar nak buat coklat atau kek coklat atau biskut coklat.
4. Blog tu, tak kisahlah blogspot ke, blog percuma ke atau berbayar. Ada duit lebih main kutu tu, laburlah sikit dalam RM30 untuk beli domain. Sekarang, pakej dari NETKL pun tawarkan dalam RM60-70 untuk domain dan hosting untuk setahun. Murah apa.
5. Suka makan cendol.
Itu sahaja tips dari aku untuk hari Sabtu ini. Kita jumpa untuk tips-tips SEO pada masa yang akan datang. Aku nak mandi. Malam ni ada Majlis Makan Malam yang aku sebut tempoh hari. Harap-harap berjalan tanpa sebarang kehilangan bulu ketiak bagi setiap AJK yang bertugas pada malam ini.
Ps: Huh..


Aku paling suka tips no 3.. Hahaahaa.. Siot gler ayat ko.. Tapi memang betul pun..
Ramai orang malas untuk belajar sendiri, nak harap ebook je.. Tapi keuntungan untuk orang yang jual ebook tu pulak..
manis laa coklat
bkn sng nk wat kek coklat bro..buat leh la..sedap lom tentu ag..hehe
alaaaaa…
kena wat blog plk
kalo mkn cendok je trs dpt 500
kan sng
Ayat ko memang sempoi plus pedas. Tapi berjaya buat aku gelak sorang2
Orang Malaysia ni kaya sekejap saja
Hari tu Benjy ada kira bulu ketiak benjy tetapi dah lupa pula dahhh … hehehe
Pasal coklat ni
Aku suka makan je
Tu pun sikit
main kutu salah disisi undang2 bro..nnti kena tangkap..tp tang makan cendol tu setuju banget…
boleh juga try kt forum
aku dah cukur bulu ketiak, mcm mana nak kira ni..? :p
tips yang baik ni. ala2 soft selling jugak. ayat pun sempoi eheh
Tips yang cukup berguna. Sebab tu saya suka masuk sini. Info buat duit bagus =)
aku simpan semua tip buat duit dari ko..tunggu masa jer nak pulun habis-habisan.
wah,tahniah..kalau kena caranya memang berbaloi..saya selalu juga dpt komisen dpt ebook hartanah abangensem
P/s : Minta bantuan undi saya di hari terakhir , undi di http://bit.ly/I5h6Rw
satu affiliate satu blog ke? patut banyak blog nih..
1 sale dpt 50? byk gak tu..nak wat gak la.mn tau ada rezeki kan
bukan senang tuh… but everything is possible..
antar kat rumah aku satu coklat..
Hang punya income sebulan berapa weh ;p
aku jarang sangat makan coklat.. jadi tak banyak aku tahu pasal coklat ni
Tq bro sebab sudi kongsi tips ni. ;p
Info buat duit tuuuu..
nice,,,lubang untuk kesenangan tu,,,
hmm..untunglah org tue komisyen sales dh dpt..
Baru nk try….
X penah lagi buat bende cm nie… baru nk belajar…
itu dia pakar cklt penasihat sudh beri tips yg ampuh
No 2 tu memang betul sangat. Mostly customer akan lari kalau terdengar/terbaca ayat seakan memaksa. Based on true story sebagai customer tu sendiri. Haha.
wahh..tips dari titan..memang kacak lar..
bagus jugak tips nih, aku tak buat lg pasal coklat
besar komisennya ni, peluang baik untuk cuba, jangan tak cuba.
wahahaha… power tol abg titan kita…
aku dah terjebak dlm gejala ni.. hihi..
tq sifoo
Untung dapat suami macam abang kacak ni..haha
memang pakar jugak dalam affiliate ye ko ni bro
tips terakhir tu barulah sy paham kenapa somebody kata bro suke mkn cendol.. haha
still mood menungguuu..