Hari ini aku takde menda nak cerita dengan korang. Agak sibuk dalam minggu ini sebab aku dan kengkawan kena uruskan pula Majlis Makan Malam. Dah lama aku tak terlibat dengan aktiviti macam ni. Kali terakhir masa aku kat UMS dulu. Dulu pun, aku cuma pegang AJK peralatan aje. Kali ni, naik taraf sikit ke AJk Teknikal yang aku rasa memang ketat bab-bab protokolnya. Nyesal pula masa dulu tak buat betul-betul. Memang kena kaw-kaw tadi masa buat full rehearsel yang tak macam full rehearsel. Biasalah tu, dah kerja last-last minit. Aku harap program ni tak hancur dan harap ianya akan berjaya seperti program-program yang aku sertai.
Setakat ini, memang tak nampak masalah. Tapi bila hari kejadian, macam-macam masalah akan timbul. Dari masalah kecil hingga ke masalah besar. Masa tu, barulah tahu bulu ketiak tu sangat penting dalam kehidupan manusia. Masa itulah korang akan tahu betapa wanginya bau petai. Masa itulah kita akan tahu bahawa oksigen itu sangat berharga. Huh..

Tak ada bukti bayaran yang mahu aku kongsikan dengan korang pada malam ini. Bukan tak ada. Cuma aku malas nak show off malam ni. Aku cuma nak cerita apa yang aku tengah buat aje. Minggu depan pula, geng-geng aku akan terlibat dengan perhimpunan 1.5 juta belia kat Putrajaya tu. Kali ini, jadi fasilator pula. Aduhh, ini lagi perit kerjanya. Dan kali ini, kami diberi kepercayaan untuk handle beribu orang. Dah lama aku tak bua kerja macam ni. Aku sendiri tak sangka aku boleh terjebak balik dengan aktiviti-aktiviti amal macam ni. Serius, aku tak berapa suka. Tapi bab-bab benda yang boleh menambahkan ilmu dan pengalaman, memang aku takkan tolak. Kena pula, kita orang boleh makan percuma kat mana-mana gerai yang kita orang nak makan. Harap-haraplah masa tu ada makanan yang tak pernah aku rasa. Bolehlah tapau bawa balik bagi mak aku. Putrajaya dengan Banting bukannya jauh sangat pun.
Apapun, dalam melakukan apa-apa kerja. Baik kita minat atau tidak, kita kena usahakan juga. Usaha bersungguh-sungguh. Begitu juga dalam permainan SEO. Kalau aku tak tahu betapa pentingnya SEO dan untungnya bermain SEO ini, aku takdelah segila hari ini bermain SEO setiap hari semata-mata untuk mendapatkan sales bagi setiap program affiliate yang aku sertai. Tak. Aku bukan gila SEO. Tapi bab gila duit tu, aku sangat akui. Sebab banyak benda yang aku nak masa kecil dulu, aku tak dapat. Jadi, inilah masanya aku usaha untuk dapatkan apa-apa yang aku mahu. Kita diajar untuk berusaha untuk dapatkan apa yang kita mahu. Jadi, usahalah seadanya. Kalau tak dapat, jangan putus asa. Jangan mudah mengaku kalah. Jangan kecewa. Jangan terlalu sedih dan jangan mudah benci orang lain. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Mungkin ini adalah aras atau peringkat yang perlu kita lalui sebelum kita dapat yang kita mahukan. Mungkin Allah ada rancangan yang lebih baik untuk kita. Jadi, berusahalah.
Ps: Ini akaun facebook aku. Sila klik dan ADD. Jangan dok tanya aku lagi apa akaun facebook aku. Penat dah aku promote dulu. Yang korang tak ADD cepat-cepat apa pasal? Grr..ada orang suruh aku buat fanpage untuk bulu ketiak lelaki kacak. Patut ke aku buat wehh??



wat jer bro..peduli apa org kata..hehe
fanpage bulu ketiak? erk…
hahaha…lelaki kacak suka tarik-tarik bulu ketiak…
hahaha..request : nak bukti bayaran!!…kah kah kah…titan memang terbaik ah!..
Aku sokong 100% buat fanpage bulu ketiak.
lepas ni boleh lah pegang jawatan ajk surau pulak
fanpage bl ketiak lelaki kacak??haha…
rsnye dah add titan..tp ntah la dh lm xbk fb..huhu
wah nak join lah….
aku dah add dah
fanpage bulu ketiak lelaki kacak
HAHAHA! terbaik2. buat buat jeeeee.
teringat den 2 tahun lepas jadi ketua projek utk dinner persatuan.. xmenang tgn dibueknya sbb byk prob last minute.. :p
Ye betul tu.. mari berusaha.. geng bulu ketiak..
memang cari duit tuh penting untuk diri dan keluarga.. lagi2 bila masa kecik2 nak satu benda tuh susah nak dapat.. aku sanggup jual nasi lemak sblm pergi sekolah utk dapatkan duit tambahan.. seronok walaupun penat…
gd luck to u.. insyaAllah ada usaha ada kejayaan..
minggu depan hari bila??
Added da
Hehehe… Gila SEO… Aku jua tidak bergitu… Aku cuma mau wang… Hahahaha~~~
haha ada pakai deadorant tak ketiak tuh
Good luck dgn perhimpunan belia.
Plus, let me know kalu daah betul2 ada Fan Page bulu ketiak tu
Harap2 nanti orang yang tak ada bulu ketiak juga boleh join
Hehe
Aku suka ayat ni “semata-mata untuk mendapatkan sales” Nice words. Sangat berinspirasi
Selamat berjaya kepada bro dan kawan-kawan bro.
terlibat sama utk perhimpunan belia? leh la terserempak nnt :p
bulu ketiak.. erkk.. .. tapi kat fb nih… macam2 ada fan page… korek hidung pun ada..hehe
bulu ketiak lelaki kacak ? buat ! pastikan 100k like. hahahaha
hahaha..memang patu buat pun fanpage bulu ketiak..hahaha..tapi bestnye dapat makan free kat mana2 kdi..
hahaha baru tau bro menetap kat jerantut ke bro?
kita sekampung la kalu gitu heheheh
gua tengok kat Fanpage bro tu
leh pekena cendol la nanti
fanpage untuk artis2 je bro~
hehehe
tak salah gila duit, bukannye curik duit orang pon… rasa puas bila duit dari titik peluh ketiak sndiri kan… keh3x
hahahahhahaha dan hahahhaha lagi…
fan page bulu ketiak? aku rasa, ramai yg malu nak join, sbb mesti ko mintak postkan gambar bulu ketiak masing2….hahahaha
ada sajelah!
titan, thanks utk entri motivasi ni…
bro, aku selamba jer buat page bau ketiak..hehe