Sebenarnya, aku malas nak buat part-part macam ni. TApi rasa macam seronok pula. Jadi, terhasillah artikel ini walaupun aku rasa mungkin akan menambahkan kejengkelan dan kemuakan dikalangan para pembaca setia blog ini. Sila baca Part 1 dulu ye. Baru korang faham terutamanya bagi gadis-gadis comel yang baru kali pertama masuk ke blog lelaki kacak ini.
Okla. Sebab ada orang yang suruh aku cerita tentang satu program affiliate ni. Aku cerita juga. Ya, semalam adalah hari terakhir untuk satu program affiliate. Aku cuma ada masa 8-9 hari sahaja untuk promosikan ebook untuk program tersebut. Dan akhirnya, terhasillah 22 sales setelah memasang umpan buat sekian lamanya. Program tersebut tak lain dan tak bukan adalah TipsPTD.com.

Untuk pengetahuan korang semua, aku sudah lama menyertai TipsPTD.com sebagai agen promoter mereka. Kiranya, setiap kali ada ujian yang berkaitan dengan PTD dan kerajaan, aku akan promosikan ebook TipsPTD. INi kerana isi dan soalan dan juga banyak info yang berkaitan dengan ujian yang dijalankan boleh menggunakan ebook TipsPTD sebagai sumber rujukan. Kalau korang perasan, dan tahu beberapa blog aku yang bernichekan pendidikan, korang akan tahu mengapa tetiba ada banyak artikel berkaitan PTD ataupun kerja-kerajaan. Jadi, aku ambil kesempatan untuk promosikan ebook TipsPTD memandangkan blog aku tu juga salah satu blog yang cukup kuat pengaruhnya dalam niche pendidikan. Bagi yang dah tahu pasal blog-blog aku tu, dok diam-diam kat rumah tu. Jangan bagitau orang lain mahupun kekasih gelap korang. Kang, aku jentik bulu ketiak korang. Huh..itupun, owner TipsPTD yang tertiba kantoikan aku. Cis. Cis..
Dan bagaimana aku dapat sales?
Tak lain dan tak bukan adalah penangan SEO yang aku lakukan terhadap blog bernichekan pendidikan tersebut. Aku memang dah ada berpuluh artikel berkaitan dengan PTD. Jadi, memang pekat jugaklah keyword berkaitan PTD kat blog aku tu. Even aku nak halang trafik dari masuk hasil kesan umpanan SEO aku tu pun, aku dah tak mampu lakukan. Itulah penangan SEO. Sekali korang dah set satu artikel yang penuh dengan umpan SEO, korang akan mampu hasilkan sales jika kena pada kriterianya.
Salah satu kriterianya adalah..
1. Blog korang kena kacak.
2. Blog korang memang kena pekat keyword tentang PTD atau kerja-kerja kerajaan.
3. Blog korang tu memang cerita pasal pendidikan.
4. Blog korang tu mampu mempengaruhi pembaca korang.
5. Blog korang tu memang mudah dimasuki dan tak ada anasir yang mampu membuatkan orang benci dengan blog korang.
6. Blog korang lain dari yang lain. Unik dan berbeza.
7. Blog korang ringan. Tak berat. Takde lagu Justin Bieber.
8. Blog korang tu mempunya theme dan susun atur yang kacak.
9. Owner blog tu kacak macam aku.
10. Korang suka makan cendol macam aku.
*Sila utamakan kriteria yang aku boldkan. Yang lain tu sidekick aje. Haha..
Itu sahaja yang diperlukan. Ada banyak lagi kriterianya. Tapi korang yang dah cukup pandai dan baligh ni mampu memahami apa yang aku cuba maksudkan. Syarat lain, buat sekurangnya 20-40 artikel tentang TipsPTD dalam blog korang tu. Biar sampai korang sendiri muntah-muntah hijau baca artikel kat blog korang tu. Semuanya pasal PTD. Dan bila korang dah sampai tahap muntah-muntah, tunggu masa aje bila Team TipsPTD announce yang jualan sedang dibuka. Pada saat itu, sila buat 2-5 artikel baru berkaitan TipsPTD atau ujian yang bakal dijalankan. Kalau masa tu korang tak dapat 1 sales pun selepas mengikut tips aku, sila datang banting dan aku akan belanja korang cendol tersedap di Banting.
Okeh. Aku dah cerita sebahagian besar rahsia aku berjaya dapat sales dari TipsPTD. Walaupun takdelah dapat beribu-ribu setiap kali ada cabaran baru, tapi kalau dapat lebih dari 10 sales. Dah cukup kacak bagi aku. Untuk cabaran kali ini, aku berjaya melepasi sasaran aku. Aku target 10 sales. Dapat 22 sales. Dah cukup bagus apa tu kan?
Ps: Ok. Korang puas hati kan?


dem..blog aku ada lagu JB..susahlah kalau macam ni..
sukacuka. Jadi, sila buang lagu tu cepat-cepat. haha..
terbaik dan aku faham sangat2
terima kasih banyak
harap2 tahun depan aku berjaya buat
hehe
byknya sales..jeles2..ciktom pnye affiliate ada dpt ckit je xbest camni..yg affiliate tipsptd ni pun ciktom xjoin..
eh cne kalau ada admin affiliate xbayar komisyen ek??ada yg ciktom join ni sales dr bulan 1 aritu smpi skang xbyr..email, sms minta byr tp camtu jgk…
tp blog yg titan promote ptd tue mmg tip top mantap..br tau tue rupanya blog titan jgk..huhu..
tehr. ha…tahun depan, mesti leh dapat banyak sales. hhehe..
cik tom. kalau admin tak bayar, nak buat macam mana. reda dan pasrah ajelah..hehe..
cik tom. diam-diam aa pasal blog tu. kang, ada yang hilang bulu ketiak kang..haha..amaran keras nih..
Sah-sah kacak lah bro kalau dah dapat lebih dari 10 sales. Kira superb ah tu. Haha.
ko ade share ngan kedai cendol tu ke
asyik cendol je, abc xda?
10 kriteria yang ada rasanya 1 je kot ada kt blog aku~
titan, aku tau blog ko tuh, hehehe, eh titan aku pon nak buat jugak lah entry nih, jap aku pi buat skrg
1-2 dari senarai di atas ada juga pada blog aku.. tapi bab memujuk pelanggan tu yang aku fail..
owh..dh faham teknik kepekatan tu..hehe
satu je boleh pakai kat blog aku nih
tang cendol tu hehehe kena pulak cendol pulut
boleh dikatakan artikel-artikel kau conquer semua kat google search tu psl PTD. dah perasan lama benda ni
hang mmg pandai cari duit..buatlah ebook satu he3..
Emm terima kasih. Entri ni penuh bermakna. Nak tingkatkan lagi SEO dalam blog aku. hehe
Benjy macam dapat feel je apa yang titan maksudkan … cuma masa dan malas je menjadi penghalang ….
Benjy lastik juga kau pakai Angry birds ni kang ! …. Benjy dah tak larat terklik mamamurai punya link tu … adeehhhh !
Niche blogging – That the key of Affiliate marketing
Tiada perkataan lain selain ucapan tanniah.
bab seo yang buat aku tak layak nie,,
Kalau tak kacak macam saya tak bleh buat sales lah ye? hehehe…saje je…tengok dah berkacak-kacak blog ni =)
ko mmg segak bebeno kalau bab2 nih bro…hehehe
pergh.. nak buat 20-40 artikel tu.. satu artikel nak buat dah pening kepala.. .:D…
terus terang mmg berminat nak try affiliate ptd.. tapi dah busy dgn buat produk terbaru dan menguruskan produk sedia ada.. tangan ada dua je.. otak ada satu je…
lumayan tu 22 sales. aku 1 sale pun tak dapat. dah nampak mana silapnya. harap next aff boleh dapatkan sale walaupun 1
Perghh!!22 sales,best tuu,kali ne aku satu sales pun tak dpt macam bro amirez…hehe takpe next time babe..kita attack taktik baru pulak
perh power lar titan..nti aku cube..hehehe
yup, nak buat duit kena ada niche blog, kalau nak harap blog peribadi susah jugak. kang lari topik, terus tak dapat sales kan.
blog sapa la yang masuk lagu justin bieber nih huhu
bro memang kacak..
memang kacak