Semalam, aku ada borak dengan kawan aku. Pendekkkan cerita, kita orang ada cerita macam-macam benda. Kisah duit, kisah perempuan dan kisah kuasa. Senang cerita, kalau orang lelaki cerita, 3 benda ni memang akan jadi perkara utama selain cerita MU kalah dengan MC ataupun, Kelantan menang lawan Singa Dua belas. Dan, bila tetiba kawan aku sebut nama lelaki kacak ni, barulah aku terperasan, mamat kacak ni ada buat satu lagi buah hati sempena isu politik yang sangat panas sejak akhir-akhir ini.
Jadi, layankan karenah beliau. Ada mesej. Ada perli. Ada macam terasa. Tapi sebelum korang fikir bukan-bukan, layan, fikir sejenak dan buat ujikaji dulu sebelum korang kata Mat Luthfi ni huduh. Aku ada sebab untuk mengatakan Mat Luthfi seorang lelaki kacak. Aku ada buat ujikaji tau.
Bab kecelaruan maklumat ni. Sama macam, bila aku kata aku kacak. Tapi korang tak percaya. Tapi pernah tak korang jumpa aku dan tengok sama ada aku betul-betul lelaki kacak atau tidak? Percayalah, kalau korang jumpa aku dan bercakap dengan aku dalam 5-10 minit, korang akan mengaku yang aku adalah lelaki kacak. Aku berani jamin korang takkan kata aku lelaki huduh. Even aku baru bangun tidur pun, mak aku tetap kata aku anak lelaki dia yang paling kacak. Sampai adik bongsu aku pun jeles tau. Haha
Kesimpulannya, jangan mudah percaya. Jangan terlalu percaya. Lakukan ujikaji atau edisi siasat seperti yang aku selalu lakukan. Ada banyak kesan,salah faham, risiko dan perkara-perkara yang luar dugaan mungkin berlaku apabila kita terlalu mudah percaya. Dan kepada semua gadis comel dan bini-bini yang hot, jangan percaya kat semua lelaki kecuali lelaki kacak seperti aku dan Mat Luthfi. Sekurang-kurangnya, kami berdua masih bujang empat dan kacak bergaya.
Ok. I rest my case.
Ps: Aku kat Banting. Siapa mahu aku belanja cendol Banting. Sila cabut 28 helai bulu ketiak korang. Kiri dan kanan. Ada berani?



bulu ketiak aku ade 15 je x cukup
boleh belanja ke?
aku x percaya semua ini
semalam baru shave bulu ketiak..hahaha..
apa pun, betul gak apa yang mat luthfi tu cakapkan..
Bulu ketiak tak boleh bayar cendol Banting kata owner kedai tu urus niaga semua guna cash la kawan.. kah kah kah.
erk..nak mintak belaje kene cabut bulu ketiak..tak sanggup aku..hehehe..
haha memang lelaki kacakla
oh bro, gua dah xde bulu ketiak sume dah cukur habis bila join maritim xD
boleh ke bayar cendol dengan bulu ketiak
Bulu ketiak. Ish mengarut ! hahahaha
lambat sangat cakap,,,baru shave bulu ketiak semalam…
selalu kat facebook la..masing2 berlumba2 nak jadi yang pertama tahu pasal satu2 berita..nak berlagak up to date la kononnya..bila nie terjadi, tue yang sampai tak selidik dulu kesahihan berita tue..main sebar jak..nak first! la katakan
Ooo masih bujang empat
Kiranya aku ni bujang tiga la
Haha
Lama aku tak layan video dia… Aku tengok sebab kawan aku download. Nak harap aku download tak terdownloadlah alamatnya…
Video yang dia buat selalunya ada mesej. Bukan video kosong. Dia juga ada pendirian sendiri. Tak ikut orang.
aku tgk muka org dulu klau nak percaya maklumat
Apa pun ambil sedikit masa untuk buat research ringkas sebelum mempercayai sesuatu info.
aku pon kacak gak kalau ko nak tau
Lelaki kacak tidak mudah percayakan sesuatu tanpa menyiasa sumbernya terlebih dahulu.
Macam muka poyo jeh. hehe. tapi bila dengar, kacak lah pula.
nk belanja cendol pon kene cabut bulu ketiak ker..hehe
sebarkan dahulu,kesahihannya kemudian2…
last2 jadi fitnah.
nak jadi 1st punya pasal…hehe
macam jugak kes kad pengenalan Mat Haron Mat Aziz ritu…punyalah belambak2 org post psl kad pengenalan y kononnya aaron aziz real punya tu.haha
aku pun tak sangka juga benda ni sampai boleh jadi isu.hayya…
Kita suka share tapi tak suka tulis/ selidik sendiri. Perkara-perkara macam ni teringat pula zaman-zaman Friendster dulu. Suka spam inbox mesej orang dengan mesej berantai.
kesimpulan yg menarik di penghujungnya… hmmmm
xde benda lain selain bulu ketiak ke??huk2
Lawak lah matluffi ni. tapi dia memang kreatif dalam menyampaikan info.
awat semua pakat dok ckp pasal cabut bulu ketiak ni…haish….haha
sempoi.. ada point
aku tengah blur, sama ada nak percaya atau tak tang pujian emak ko tu hehe
Haha bulu ketiak jadi taruhan..Adusssss…
apa kes cerita pasal bulu ketiak nih..
he3..aku ada selai bulu ketiak emas,nak gadai kat mana?kihkihkih
memang best video mat luthfi ni. tak bosan tengok. hehe
Camne nak pecaya lelaki kacak nih….aku yg dok dekat2 ni pun x penah jumpa lagi…hehehe
yg pasti aku tak kacak
mak pun puji anak plg hensem..mmg terbaik..hehe
muke mcm org korea
AKu terpaksa tarik diri sebab takde bulu ketiak waka waka
hadoi….yg psti…aku tak kate titan huduh
tp, aku rase tarik diri jugaklah macam shraqs…hahahha
first time aku tgk video dia ni.
tapi memang betullah apa yg dia kata. kita tak perlu nak terburu2 dalam byk perkara. kalu salah target..kita gak yang susah.
hehe..orang malaysia kan suka nak jadi reporter tak bertauliah….haishh..
rasanya video ni best.. klakar + de sesuatu yg ingin disampaikan.. mat lufti mmg best.. ahhaa