Lupakan kejap tentang isu mansuh PTPTN ataupun macam mana nak buat duit dengan Admax Network tu. Hari ini aku cerita pula satu lagi program yang agak berbeza berbanding dengan program-program yang pernah aku cerita dalam blog ini. Tapi mungkin di superblog aku yang lain, aku ada mention pasal Adstract ni. Itupun kalau korang pernah baca superblog-superblog aku tu. Aku ni memang jenis malas beritahu blog-blog aku yang lain. Dan walaupun korang teka betul sekalipun, aku akan ignore aje komen korang tu kat blog ini. Jadi, kalau aku tak balas komen tu, faham-faham ajelah ye. Itu bermaksud, aku belum bersedia lagi..
Ok. Apa kebendanya Adstract ni??
Adstract ni bayar kita melalui impression. Mereka juga bayar melalui klik. Lagi banyak klik yang korang dapat, lagi banyaklah habuan yang korang akan terima. Jadi, pendek cerita kasi banyak trafik ke blog korang. Lagi banyak unique visitor, lagi banyaklah juga impression. Setiap negara ada ratenya sendiri. Masa aku join dulu, rate untuk IP Malaysia ni kira tinggi gak. Tapi lama-lama, jadi rendah semacam aje. Sedih gak aku dibuatnya. Dulu ada gak dapat $0.50 dollar untuk 1k punya impression. Sekarang, dah jatuh ke $0.1 ~ $0.03. Kekadang, naik ke $0.11 – $0.15. Itupun, kalau nasib baik. Tapi untuk rate luar, memang lumayan gak aku dapat. Jadi, seandainya korang ada trafik luar yang seksi, bolehlah korang cuba Adstract.

Tapi..tadi, aku kata tak berapa sama kan program ni dengan program tempatan yang lain, kan? Ya, jumlah impression atau klik tu dibayar apabila iklan itu keluar di video-video yang ada dalam blog korang. Kalau blog korang ada korang tepek video, di video itulah akan keluar iklan. Pengunjung atau pelawat terpaksa klik pangkah untuk tonton video tersebut. Jadi, korang dapat impression kat situ. Kalau 1 entri tu ada 10 video, tak pasal-pasal korang dapat 10 impression/view kan? Kalau ada berpuluh artikel yang lain? Beribu? Lom masuk bahagian category dan tag lagi? Haa..
Get ready for the birth of the most affordable VW ever – #VWPoloSedan this 19th April!
Dan minimum payout dia agak tinggi. Mesti 100 dollar. Kalau tak sampai angka tu, memang sakitlah. Setiap bulan, ada invois yang diorang keluarkan. Kita cuma perlu klik butang accept aje. Dah cukup, pihak Adstract sendiri akan hantar duit tu melalui akaun paypal kita. HOho..
Berminat? Gi daftar kat sini: Adstract
Bukti bayaran yang pernah aku dapat, korang leh tengok yang aku kongsi ni. Tak banyak kan? Tapi bolehlah nak beli apa-apa yang aku tak pernah ada sebelum ini. Hehe..
Ps: Brader Denaihati kita ni buat contest lagi la pulakk..



wow……..banyak ko dapat..jeles nih
jenuh mengira duit…..
Boleh la buat makan steambot 4 hari 3 malam kan
maju bole buat mkn burger tu
macam menarik je.. nak ushar la jap lagi.. uih, duit tu nak buat apa tu..?
tapi aku dengar bnyk iklan seksi btul ke??or boleh pilih iklan??
Wahhh ! kena bayar dengan USD tu yang cantekkk tu
mmg kacak..cayala..
Bilalah en titan nak tunjukkan superblog beliau. Teringin jugak nak tiru..hehehe
Banyak gak tu.. 107 jadi duit malaysia dah 300 lebih tu
jom singgah blog koman aku ni jap
Aku pun dapat, bro
Dapat jeles je
Hahahahaha
huh hari2 kira duit nih
pak cik kayoooo
banyak tul ads network ni kan..x terikut sy..sy suka kalu iklan yg dibayar dgn impression..tp sgt susah nak dpt yg byr lumayan..setakat ni ada memcuba yg lain…tp masih setia dengan adsense n nuffnang..
dari 50 sen, jth ke ke 1 – 3 sen. Kalo kekal 50 sen,mesti lg byk dpt kn. Tp tu kalo cnvert ke duit cni pun,da byk gak kan. Hehe
aku yang menunggu adsense cecah $100 pun lepak juga ni huhu.
mungkin nak join juga program ni … tengah merancang strategi ni
Tahniah. Bab duit laju je ekk…Haha
wah banyaknya. tak nak reveal ke blog mana yang ko pasang adstract ni hehe
Menarik boleh cuba. Nie kalau pasang kek blog yang ada iklan Nuffnang ada problem tak.?
Terima kasih,saya akan cuba nanti
Tak pandai lagi aku bab2 nih…:)
Video embed dari YouTube pun boleh?
best tue bro…buat duit
Kalau kita buat strategi spam boleh ke ?
yang nih maybe bleh try kot
bnyknyeeeee!
Da apply tadi,memang cepat approve,tapi yang tak bestnya company ne dari israel,aku da check da tadi ..based di israel
alamak aih..btul ka??
baru beberapa hari try.. earnings ok gak la.. tp masalahnya skang ni dah kluar iklan seksi2 lak.. kena buang la nampak gayanya.. haish..
lumayan juga pendapatannya. terbaik titan.
bro, kasi tutor sikit bro mana nak letak ads dia.. hehe mcmana nak kasi ads tu keluar dkt video? aku try buat x dpt pun.. huhu