Dua tiga bulan lepas, aku menggatal sikit nak cuba bila aku tengok salah satu superblog aku masih boleh maintain 1000k unique visitor dan 2-4k impression dalam SEHARI. Jadi, aku test daftar dua buah program yang lebih kurang macam Innity. Dua program tersebut adalah program Adsfactor dan Admax Network.
Berita tak baik. Superblog aku fail dengan Adsfactor. Dan aku lihat mana-mana blog yang lepas dengan Adsfactor, iklannya jarang betul aku keluar. Aku dah pernah spy beberapa blog yang ada iklan Adsfactor ni, iklannya jarang keluar. Kalau keluar pun, berapa kali aje. Aku tak tahu nilai 1 klik tu berapa yang tuan punya blog tu dapat kalau ada klik. Itu belum kira bab impression lagi. Jadi, bagi aku memang tak berbaloi walaupun aku ada trafik sebanyak tu. Tapi sebab aku ni ni ada penyakit 3G (Gatal, Gila dan Genius). Jadi, aku try juga program Adsfactor. Hasilnya, permohonan aku ditolak. Demm.

Berita baik. Permohonan aku dengan program Admax Network. Berjaya. Tahniah buat diri aku walaupun aku tahu ramai blogger yang baru 2-3 bulan menulis blog dah mampu lepas dengan Admax. Trafik diorang mesti macam air terjun. Sepanjang aku letak iklan Admax ni, mula-mula memang tak nampak iklan. Sekali dapat, 1-2 iklan aje. Untuk pengetahuan, setiap kali iklan sesebuah syarikat tu akan keluar kat blog kita, pihak Admax akan beritahu awal BILA iklan tu akan keluar. Dari berapa hari bulan sehingga berapa hari bulan. Begitu terperinci kan? Berbeza betul dengan Nuffnang, Innity dan Advertlets. Dari satu segi, aku lihat Admax ni begitu teratur.
Dan bila aku capai minimum payout, aku disuruh buat invois pula. Adeh, aku ni dah la fail bab-bab buat invois. Nak buat invois minta duit guna akaun paypal pun masih mengigil. Jadi, ada tak antara korang yang dah berjaya capai minimum payout dan boleh ajar aku macam mana nak buat invois minta duit kat Admax Network ni. Maaflah. Aku budak kacak. Tapi bebal sikit bab-bab invois ni. Jadi, sila ajar aku. Boleh?
Sesiapa berminat, boleh cuba Admax >> Admax Network
Iklan: Blog about sports & fitness? Want to be a part of London 2012 Olympic Games as a blogger? #SamsungGlobalBlogger
Sori. Aku tak dapat apa-apa komisen pun bila promosi benda ni. Jadi, sila klik dan lawat website rasmi Admax Network. Mana tahu, korang adalah blogger yang akan lebih kacak dan berjaya dengan Admax berbanding ketika bercinta dengan Advertlets, Nuffnang dan Innity?
Ps: Siapa nak beli rokok Dunhill dengan lebih murah? Bila aku baca ada perempuan yang kedua-dua biji mata diorang dikorek. Hati aku sedih. Mengapa ada lelaki tak kacak buat macam ni??? Mengapa???


aku dah apply dan dah approve pun cuma aku tak balas lagi maklumat seperti yang diorang nak.. haha
ala ingat nak cakap boleh billion2 dari admax..aku tgah tunggu depa reply emel..lambat sikit tang2 balas emel haha
aku pun tengah kaji admax ni. dengar cerita daripada blogger lain letup-letup. kita tengok macam mana.
Saya masih setia dengan Adsfactor. Buat masa ini semuanya masih ok. Cuma belum pernah cash out lagi..
nak tolong bro aku lagi fail bab buat invois hehehe
nk try join jg lak…
aku dah banyak kali hantar tapi tak dpt ape2..huhu
er..menggangu glitterati nuffnang ke kalo join ni
saya dah apply tapi tiada respon kecewa…haha
aku apply dah, tapi senyap jer, lama ker nak tunggu
Aku baru je semalam hantar form membership kat admax….:)
Menarik jer. Tapi blog pictb masih mentah lagi dan memang comfirm sukar untuk menyertai admax ni. Haha. Follow cerita dari blog earncent je la dulu.
Belum cuba lagi 2 benda ni. Innity pun aku tak lepas..haha.. Ok, kalau nak buat invoice dari paypal tu, klik tab Request Money >> Create Invoice dan ikut je apa yang dia suruh isi. Boleh tengok http://www.bluedianthus.com/2012/01/1-link-blogroll-bernilai-rm120.html, tengok terus step ke-5 sampai 7. Yang lain2 abaikan..
admax nie boleh la utk org yg mcm aku yg x layak pasang innity kot…
aku pernah mohon admax ni.. sejak 2010 sampai sekarang xda jawapan.. maknanya memang tak layak
Aku dah sah tak layak
Tumpang seronok je la
Huhu
kebykkan mcm ssh nk dpt jer..huuhuh
wow. peluang baik ni pada bloggers2 yang ingin menjana wang =)
saya dah banyak kali applu admax ni..pelik la x de respond pun..just dapat email bagitau permohonan akan diproses je..if gagal pun sepatutnya bagitau lah kan..huhu
bos..aku dh letak link bos..skng gliran bos pulak…http://bloggerbies.blogspot.com/
kena buat invois plak ye.
dah dekat sebulan kot pakai admax….. kempen nya bukan main byk …. tp earning tak nampak lagi walaupun kerap nampak iklan admax ni menari2 kat blog…. ada yg cakap dlm masa 90 hari baru nampak earning nya… sekali nampak boleh tahan jugak la…betul ke budak kacak???
utk adsfactor, hari ni baru dapat email agreement… tak sign pun lagi… x tau la nak teruskan ke tak sbb rasa mcm dah semak la blog tu dgn iklan…
berapa min nak cashout ek? hr tu ade google cara cashout admax.. ade org ajar buat invois..
kena sabar nak register dgn admax ni.. aku tunggu sebulan dua baru admax reply emel..
aku suka lagi dashboard innity.. lagi senang nak manage iklan untuk accept atau reject..
boleh share apakah superblog itew??
masuk list KIV lagilah nk join admax..
salam bro.. nak cash out try folo up tuto budak ni- http://leypark.com/tutorial-cash-out-earning-dari-admax-network/
dah try, masih x mendapat jawapan =(