Bila aku baca blog dan isu mansuh PTPTN yang makin panas beberapa hari ini. Aku pelik satu perkara. Perlukah kita buat demo dan pasang khemah untuk mansuhkan PTPTN? Benda tak mudah. Aku tahu ianya tak mustahil untuk mansuh PTPTN. Tapi buat masa sekarang, agak mustahil bagi pandangan mata kasar aku. Jika benar kerajaan sekarang dapat ditumbangkan dalam pilihan raya akan datang, maka waktu itulah aku mahu tengok berjaya atau tidak PTPTN dimansuhkan. Sekarang, cerita banyak pun tak guna. Sebab apa?

Hutang MESTI mahu bayar. Dah pinjam, dah GUNA. Dah buat beli makanan..dah jadi darah daging. Mesti mahu bayar. Bab riba? Kalau tak nak berkait dengan riba, jangan memandai buat pinjaman PTPTN. Buat pinjaman mana-mana pun, akan ada riba melainkan kita dah deal awal-awal tak ada riba. Itu lain situasinya. Aku tahu, ramai akan melenting bab ni sebab mungkin diorang anggap aku tak ambil berat bab riba ni. Tapi FIKIR. Dah pinjam, korang nak senang-senang minta hutang dihapuskan? Jika PTPTN dimansuhkan. Korang dah tak perlu bayar hutang? Bagaimana pula dengan orang yang dah bertahun-tahun berusaha bayar PTPTN? Mahukah duit PTPTN itu dipulangkan semula? Senangkah cara dan prosedurnya?? Jika benar pada pembangkang nanti PTPTN dimansuhkan, aku MAHU semua yang dah habis bayar PTPTN tu dipulangkan semula duit mereka. Apapun, kita tunggu dah lihat sahaja.
Tapi aku setuju, siapa yang dapat first class masa belajar kat kolej ke apa ke..diberi peluang untuk tak perlu bayar PTPTN atau dikurangkan sehingga 50-90% dari jumlah pinjaman diorang. Itupun kalau pihak PTPTN bersetuju. Dulu aku dengar, memang ada yang kurang kena bayar dan ada yang tak perlu bayar apa-apa kalau dapat first class. Sekarang, aku tak tahu. Prosedurnya pula mesti rumit juga kan? So far, kalau ada sesiapa yang ada pengalaman tak perlu bayar PTPTN selepas dapat first class dan tahu macam mana prosedurnya, bolehlah cerita kat ruang komen ye?
Dan tak perlulah nak demo sana-sini. Nak komen, nak berkhutbah, nak berhujah. Dipersilakan. Aku tak ada masalah korang nak pasang khemas bertahun-tahun. Tapi mampu ke? Kita tengok, khemas biru tu tahan seminggu atau tidak. Berbulan sampai pilihan raya atau tidak? TAPI, apapun hutang tetap mahu kena bayar. Tak kisahlah hutang ptptn ke, hutang loan MARA ke..hutang adik-beradik ke..hutang dengan bank ke. Dah namanya hutang, MESTI bayar balik.
Aku tak kesah kalau korang memang guna duit PTPTN tu untuk sara hidup, beli makanan dan apa-apa yang sepatutnya. Tapi yang joli, guna duit tu untuk tengok wayang, guna duit tu untuk belanja awek, beli mekap mahal-mahal, dating dengan pakwe ke apa..toksahlah dok berkobar-kobar menyokong nak mansuhkan PTPTN. Orang macam ni, campak aje kat laut. Biar ikan jaws main kejar-kejar dengan korang.
Bab pinjam dan tak mahu bayar ni, memang aku geram. Benda dah berlaku banyak kali. Depan mata. Kat keluarga aku, kat adik-beradik aku, kawan-kawan aku, orang-orang terdekat. Cukup liat nak membayar. Dah ada hutang, pi bayarlah. Dok gebang sana-sini tu apa hal? Mahu kena terajang ka?
Nak baca komen yang bernas-bernas pasal PTPTN ni, leh baca kat entri aku satu lagi tu. Banyak komen yang bagus untuk dibaca. Kalau aku yang PEMALAS ni BOLEH habiskan hutang PTPTN dalam 4 tahun setengah. Mengapa korang yang rajin dan kacak ni tak boleh? Nak jadi kacak, mesti boleh habiskan hutang. Faham?
Ps: Geram. Bila benda remeh dah jadi temeh.


buat masa sekarang hutang tetap hutang kena bayar
mungkin perjuangan ni kita andaikan utk generasi lepas ini
memang mustahil PTPTN dapat dihapuskan…kalau pembangkang menang, kita tgk sejauh mana mereka blh buat dgn pemansuhan ni
Ada orang berhutang sudah pinjam perlu bayar. Full stop.
time dpt duit PTPTN dulu beli phone mahal xde plak dieorng terpikir…hehe
Kadang-kadang tak faham dengan kehendak mereka. Hutang tetap hutang dan Wajib dibayar. Ini macam cerita hutang dengan ahlong, lepas tu pegi bunuh itu ahlong sebab takmau bayar hutang. Ada jugak orang macam nih. Fuhhh.. Kalau nak hapuskan, silalah hapuskan caj yang 1%tu. Lepas tu barulah cerita pasal nak bagi pendidikan percuma untuk generasi akan datang.
bagi saye nak mansuhkan ptptn tuh..tak perlu tapi buang riba itu patut..
macam aku.. aku terpaksa pinjam..haha
hutang wajib dibayar
tapi kalau ada orang mahu tolong bayarkan?
kena terima juga la dengan ucapan terima kasih
hehe
bab demo tu aku tak sokong
mungkin boleh cari cara lain
Kalau Benjy ketua pembangkang Benjy nak kempen hutang pinjaman perumahan pula di mansuhkan ….. hahahaha
1. Setakat yg aku bace, cadangan nak mansuh ni akan disusuli dgn satu cara nak tmpungnye sekali…pjg pulak nak ulas….tp aku rase idea tu tak praktikal…
2. demo.aku rase depa ni dah serasi ngn demo, tak dpt, demo, nak itu, demo…aku tak setuju ngn care ni…
3. hutang tetap hutang…wajib bayor…
4. kalau diripun liat nak bayor hutang, aku rase bagi pendemo terlibat, baik takyahlah…
depa banding napa kita x leh bg pendidikan percuma mcm sri lanka dan mauritius..
mauritius penduduk skit mmg la bleh..sri lanka pula terima sedikit shja pelajarnya..
Yg duk sibuk demo ni, bdak2 yg malas nak bayar jer.. yg tlupa tanggungjawab, dan yg tak pernah faham konsep ubah… kesian sungguh.. aku rasa waktu sign aku janji bagai nak matikan setem hasil suma dah ada hitam putih, kalau rasa tbeban, dr mula tak yah gatal tangan, gatal badan nak ambil.. org ambil sbb org faham tanggungjawab bila berhutang, bkn bhutang sbb nak dpt benda free jer kemudian hari, cthnyer dengan wat demo bagai.. otak tarak ka..? lucu ada ler der.. muehehe…
Haha. Ada ke orang peduli tentang demo tu? Ish2..
Betul tu…hytang tetap hutang…wajib bayar…suka2 sumer nak free, mcm ni bengkok la pembayar cukai….jgn jadi anak2 yang manja dan pemalas!!!
pandai pula tu buat khemah. ada tempat berteduh, hehehe… pi balik belajar lagi bagus. kalau pembangkang kata nak hapuskan, tunggu je lah pembangkang naik dan hapuskan, tak perlu nak berdemo sekarang. bukan kerajaan sekarang pun yang nak hapuskan.
pelik la tuntutan diorang ni. makin pelik. kalau tak bayar hutang belajar elok elok la bagi dpat 1st class, keluar free je. sibuk berdemo abaikan pelajaran macm mana nak dapat result elok2.
sian aku tengok diaorg ni siap buat khemah kat tepi jalan. org dah bagi kemudahan asrama nak tido tepi jalan. bagi duit suruh belajar, sibuk buat benda lain. pastu sibuk tak nak bayar hutang.
Beginikah generasi cerdik pandai hasil pendidikan negara? Kalau beginilah seterusnya, bakal2 pemimpin akan datang mungkin penuh dengan emosi. Bila belajar tinggi2, akal dan otak kena seimbang dengan tindakan..
Kalau FREE nanti ramai yg tak appreciate ilmu yg diperolehi.
aku pun xfaham gak ngan golongan yg x mahu bayar ptptn ni, bagi aku ianya logik utk dilakukan tetapi tidak realistik pada ekonomi malaysia,
terharu bila baca komen komen ,mengutuk orang itu,kutuk orang ini,tapi realiti ? sapa tahu
fyi,aku budak mara.pinjaman boleh ubah dengan Mara.
tapi selambe je aku sokong suruh mansuhkan PTPTN.
bila dieowg berdemo,bukan dieowg nak lari dari bayar hutang,sebab bukan sume yang pergi tu budak PTPTIPU pon,mcm aku
we have another mission dalam misi memansuhkan PTPTN,free education untuk semua
bila free,mesti ada inisiatif lain ,kalau budak2 xde duit nak makan bulan2..kite boleh kasi biasiswa
kata malaysia negara maju ? kalau tak korup duit serius shit banyak..haha
btw aku malas nak gaduh gaduh isu ptptipu,anuwar ke ape,cume come on peace,tak perlu nak bersangka buruk sangat
lagipun isu sekarang bila mansuh ptptn,hutang wang rakyat,kerajaan PR yang akan tanggung * kalau menang*
aku bukan nak jadi lembu anwar al juburi sangat *famous nickname*
cume we have to change our country lah,tak kan nak hidup forver dalam korupsi bawah bn ?
Patutnya dinaikkan lagi bunga tuh.bru la boleh bli cincin harga 100000000000000000000000000.
hutang tetap hutang, tetap kena bayar. tak bleh lari.
Ni la yang dikatakan golongan yang tak sedar di untung. Tau ikut hati jer buat, tak pikir dulu. Rezeki yang datang bukan dari kerajaan BN tapi dari Allah. Dah bagi pinjam, buat piket sana sini. Menyampah aku dengan isu nih
kita kena kaji kenapa orang tak suka PTPTN.
dah kaji belum yang duk komen2 ni?
dan ye betul hutang wajib dibayar. even bini aku punya hutang PTPTN pun disettlekan habis..
tapi kita masih perlu fikirkan mekanisme yang sesuai untuk isu PTPTN. yang ambil kira mereka yang dah bayar PTPTN. hapuskan elemen riba. jadikan biasiswa jika perlu.
sebenarnya semuanya leh dicari penyelesaiannya.. yg penting ikut cara islam.. dan
lu pikirla sendiri..
mungkin ada sesuatu boleh dibuat dgn ptptn ni.. rasanya org liat nak bayar balik sbb ujrahnya sedikit tinggi..
mungkin leh buat kuragkan nilai ujrah atau pun caj perkhidmatan tu.. setahun amek seratus je ke.. ok lah jugak kan.. huhu
tak perlu mansuh pun ok..cuma riba tu, kurangkan..hehe..
daripada nak habiskan duit kerajaan utk bagi pada mediocre student, baik simpan je bagi dekat excellent student yang berlambak kat negara ni yang underpaid. sedih tengok mereka ni penat2 belajar jadi engineer,gaji average ja jika dibanding dengan negara maju lain. workload berlambak. then,mulalah student excellent ni lari kerja dekat luar negara. then tinggal lah student2 yang mediocre ni bekerja untuk negara.bila nak maju.
nak belajar free semua free budak2 zaman sekarang.cuba la analyse dulu sebelum nak berdemo ni.analyse economy negara.analyse dulu duit ptptn dtg dari mana?analyse jugak penyumbang terbesar ekonomi negara and apa kah akibat nya kalau semua bagi free? mmg la boleh maybe in the future. mungkin kalau kita ada lebih banyak graduan yang akan membangkitkan ekonomi negara. ini yang drop out bersepah.rugi la kalau government bagi pembiayaan kat drop outs ni jugak kan…but well mana la government nak tau yang ada sesetengah budak yg tak kan complete studies. malu je, dah dewasa perangai mcm budak budak yg tak de fikir consequences. entah entah.lepas ni mintak pembiayaan belajar di luar negara pulak semua nak free.and then maybe mintak dapat markah free dalam exam. how daft can some idiots be.
Asyik nak free je sume benda… Tu nak free, ni nak free, pastu cakap, “hak mahasiswa”… orang kat negara lain tunggang terbalik cari rezeki nak pegi sekolah pun, kita sekolah dah la free… Masuk uni pun nak free?
Ok, maybe interest tu boleh kurangkan kot, but then kita ni terror gak kan, boleh afford interest pinjaman keta, rumah, credit card, personal loan, dan macam2 lagi?
Walaupun kita ni belum habis bayar, tapi diri sendiri sedar la jugak, hutang tetap hutang. kalau otak bergeliga nak kecoh takpe gak. Ini BELOW AVERAGE student pun nak kecoh?? Malu la sikit bai… bayar je sebulan RM50, jadilah, sekurang2nya kita bayar. Astro lagi mahal nak bayar bulan2… Boleh je hidup…
kalau dapat hapuskan interest tu kira dah bagus kot.
dah baca & sain surat agreement ptptn, kenalah bayar balik. kalau xnak bayar, jangan sain. nak free, belajar rajin2 supaya dapat pointer tinggi.
dah baca & sain surat agreement ptptn, kenalah bayar balik. kalau xnak bayar, jangan sain. nak free, kena belajar rajin2 supaya dapat pointer tinggi.
bayar, bayar tetap bayar.