• Contact
  • Contest & Kuiz
  • Link
  • Misi 2008
  • Pengiklanan dan Sponsor
  • SiteMap
  • Subsribe
  • Survey
  • VCC
Earncent.com Lifestlye seorang Lelaki kacak, Cendol Banting dan Ain Maisarah.

Bukan aku tak suka kena kiss..

April 13, 2012 12:47 pm / 33 Comments / admin

Haa..betul. Aku suka kena kiss. Tapi bukan kiss yang macam aku alami tengah hari tadi. Ini cerita memang fresh dari ladang. Aku rasa korang boleh agak kiss macam mana yang aku terima tadi.

Sebenarnya, yang kena kiss tadi, bukan aku. Tapi kereta Black Saga aku yang kena kiss dari belakang. Secara logiknya, memang bukan salah aku. Tapi bila mamat motor tu kata aku masuk mengejut dan dia tak sempat nak slowkan belalang tempur dia tu, jadi berlakulah rempuhan yang cukup kuat dan padu. Secara ikhlas dan jujur, aku ingatkan aku langgar divider tengah jalan tu..tapi bila aku tengok side mirror kanan aku, aku ternampak seorang budak dah tergolek macam nangka busuk. Jadi, secara gentlemannya, aku slowkan kereta, berhentikan kereta dan keluar. Bagi lampu kecemasan, keluar kereta sehingga terlupa ambil kunci kereta. Selamba aje aku tinggalkan Black Saga aku macam tu kat lane kanan tu. Kalau ada pencuri, mesti dah kena kebas Black Saga aku tu. Tapi mengenangkan sebab ada orang langgar kereta aku dan tercampak..aku bergegas gak turun dan tengok keadaan mamat tu. Hidup kah..selamatkah, cederakah..kalau mati, maksudnya aku dah bunuh orang secara tak sengaja..

Alhamdulillah, aku tak jadi pembunuh. Mamat tu selamat. Cuma dia punca siku luka bila cuba selamatkan diri dia selepas langgar kereta aku. Luka tu takdelah parah. Tapi merah menyala gak aku tengok siku dia tu. Jadi, aku tanya..

“Ko, ok ke tak ni. Leh lompat-lompat tak??”

Dia jawab..

“Saya ok Bang. Tapi motor saya tu bang..”

Dalam fikiran aku. Dah hilang dah bab-bab selamat dan tak fikir dah bab cedera. Sebab otak aku ni dah nak 90% asyik fikir pasal duit, jadi..aku terfikir, berapalah duit aku akan terbang disebabkan kecuaian aku sendiri ni…

Dipendekkan cerita, aku dan mamat tu tolak motor ke bawah pokok. Dan kunci apa yang patut. Aku bawa mamat tu pergi ke bengkel motor. Masa ni dah pukul 12 tengah hari dah. Aku dah risau sempat ke tidak aku kejar Jumaat tadi. Aku doa ajelah agar aku sempat. Aku rempit ke kedai-kedai yang aku rasa mungkin ada bengkel kereta.

Jumpa.

Cerita dengan apek motor tu. Dia kata, Jap lagi dia sampai. Dipendekkan cerita, apek tu call plak. Dia akan sampai dalam jam 2.30 petang. Jadi, aku dan mamat tu gi cari masjid plak.

Jumpa.

Jam dah pukul 1.17 petang. Nasib baik sempat. Dengar khutbah pula cerita pasal berhati-hati dijalan raya. Memang terkena batang hidung aku sendiri. Sempatlah doa apa yang patut. Habis solat, aku terus bawa budak tu gi tunggu kat motor yang langgar kereta aku. Tunggu punya tunggu..budak tu dah bosan. Dia call kawan dia. Kawan dia datang dalam 20 minit. So, dia cadang dia nak tolak kereta tu ke bengkel kawan dia. Jadi, kawan dia dengan dia pun buatlah aksi tolak menolak dan aku lindung diorang dari belakang dengan kereta aku agar takde kereta lain pula langgar diorang. Tengok, baik kan aku? Haha..

Aku pendekkan lagi cerita ni, motor dah setel. Dah leh angkat jam 8 tadi. Semua duit motor. Aku support. Sekali kena overhoul plak. Side mirror motor tu terus hilang dua-dua. Lampu depan pun pecah. Nombor plat motor pun terpatah tiga. Tayar pecah. Handle lari. Pendek kata, teruk gak. Tapi yang pelik, kereta aku cuma calar sikit aje. Jadi, aku nak promosi, belilah kereta Proton Saga BLM. Nescaya cuma calar sahaja bila kena langgar dengan motor EF5 atau belalang tempur warna merah.

Cincai, dekat RM500 terbang. Aku reda. Aku pasrah. Mungkin ini denda buat aku yang lalai dengan suruhanNya atau aku ada buat silap kat mana-mana. Allah nak tunjuk yang aku ni jahat sangat. Jadi, sila insaf wahai encik titan.

Ok. Dah habis cerita aku kena kiss. Aku tak kisah kena kiss mulut ke mulut dengan orang perempuan. Tapi bab dengan kereta ni..memang aku tak gemar. Setakat aku bawa kereta ni, aku tak pernah lagi langgar kereta atau motor orang. Selalu, orang yang langgar aku. Tapi kes kali ni, mungkin memang silap aku. Jadi, atas sebab tu, aku support semua. Dan budak tu pun student lagi. Baru belasan tahun. Duit dalam bank pun takde RM100. Bukan aku nak menunjuk. Tapi kalau kes langgar-langgar ni memang puncanya dari aku, memang aku bayar semua. Tapi kalau puncanya orang lain, memang aku takkan bayar 1 sen pun.

Itu sahaja untuk cerita benar dari aku hari ini. Semoga terhibur.

Ps: Tak ada gambar. Aku terlupa betul kamera aku kat mana tadi.

Related Posts

  • Titan, Projek TNX dan Black SagaTitan, Projek TNX dan Black Saga
  • Review: Ebook Panduan Rahsia Malam PertamaReview: Ebook Panduan Rahsia Malam Pertama
  • Hari Kedua Bersahur di BantingHari Kedua Bersahur di Banting
  • Tarikh Wafat Nabi Muhammad s.a.w?Tarikh Wafat Nabi Muhammad s.a.w?
  • Ramadan 2011 – Evolusi Duit RayaRamadan 2011 – Evolusi Duit Raya
  • Bila kerja dah tak berapa ikhlas..Bila kerja dah tak berapa ikhlas..
Posted in: kacak, lelaki kacak / Tagged: apa itu comolot, black saga, cara nak berciumc, cara nak cium bibir, cium bibir orang perempuan, cium mulut, cium orang perempuan, comolot, french kiss, kena langgar, kes langgar lari, kisah langgar lari, kissing, passionate kiss, pengalaman cium orang perempuan, pengalaman kena kiss dengan perempuan, perasaan kena cium, titan accident, titan comolot, titan kena cium, titan kena kiss

33 Thoughts on “Bukan aku tak suka kena kiss..”

  1. ProfHariz on April 13, 2012 at 1:08 pm said:

    Itulah hang lenkali nak main kiss-kiss jangan main kat jalan kan dah kena padah. Lenkali bawak leklok kereta tuh,

    ish >.<

    Reply↓
  2. rahman on April 13, 2012 at 1:31 pm said:

    Lelaki kacak memang berhati mulia.. mengaku kealpaan diri sendiri.. yg penting dua2 selamat bro 🙂

    Reply↓
  3. auc dot com on April 13, 2012 at 1:49 pm said:

    ni betul2 lelaki kacak

    wahai wanita2 sekalian sape2 nak suami, nilah calon terbaik untuk anda

    larikkkkkk

    Reply↓
  4. rina on April 13, 2012 at 1:51 pm said:

    wahh..bahaya betul encik titan sekarang ye..

    Reply↓
  5. chii on April 13, 2012 at 3:21 pm said:

    em..xpe la..nasib baik tiada yg cedera…kalau x..nnt jadi kes polis plak kan..
    insya Allah..akan ada rezeki lain muncul lg nnt 🙂

    Reply↓
  6. tehr on April 13, 2012 at 3:42 pm said:

    baguslah semuanya dah selamat
    mujur juga budak tu tak patah riuk

    Reply↓
  7. Fahmi Raazali on April 13, 2012 at 4:24 pm said:

    Kira okeylah sebab kau bertanggungjawap dengan kecuaian kau sendiri. Kena macam adik aku, orang buat salah langgar kereta adik aku, tapi dia cakap adik aku yang salah.

    Satu sen pun tak bayar. Harap bawa kereta besar saja lebih… Tapi tak bertanggungjawap…

    Reply↓
  8. faiz on April 13, 2012 at 4:27 pm said:

    Ade rezeki lain tu titan…redha je la…

    Reply↓
  9. b3njy on April 13, 2012 at 4:38 pm said:

    Laaa …. apa kau tak kiss pula kereta dia dari bontot … hehehehe 😀

    Reply↓
  10. azmanisma on April 13, 2012 at 4:52 pm said:

    motor aku pun kena langgar gak tadi dari belakang..mamat tu kelam kabut nak gi masjid,tapi dia blah macam tu jer…plate jer bengkok.

    Reply↓
  11. yas on April 13, 2012 at 5:31 pm said:

    Cerita yg menarik kali ni dr bro titan….he3x!!! redho je la bro….

    Reply↓
  12. Fazreen on April 13, 2012 at 5:42 pm said:

    baik dan kacak abang titan ni

    Reply↓
  13. puanbee on April 13, 2012 at 5:58 pm said:

    Silapnya … nak kiss mulut ke mulut dengan ponpuan tu .. dah tahu tk kawin lagi heheh..

    titannn ..haippp

    Reply↓
  14. lazaac on April 13, 2012 at 7:21 pm said:

    cerita yg cukup ringkas tp padat.. :p belalang tempur yg aku paling nyampah, ex5, sbb majoriti mat2 rempit pakai ex5… bkn semua, tp majoriti… jd secara tak langsung citer ni dah menambahkan lg rasa xsuka aku pada mat2 rempit ex5.. maaf kalau ada yg terasa, aku xmksdkan semua pengguna ex5, tapi lebih kpd mat2 yg bawa motor tp leka dan lalai.. wallahualam.. 🙂

    Reply↓
  15. Juan on April 13, 2012 at 8:49 pm said:

    yg kiss bebetul xda ker titan

    Reply↓
  16. azura on April 14, 2012 at 12:39 am said:

    pernah juga terlanggar kereta iswara waktu nak bayar tol dalam hujan renyai…kesnya duit jatuh dekat kaki nak ambil tertekan minyak tapi tak ada apa…keluar kakak yang tengah pregnant pula 2 dengan kawan dia perempuan…minta maaf dan tak ada apa2 …kakak 2 kata takpe sebab cuma terlanggar slow je…jadi iktibar dekat diri sendiri juga

    Reply↓
  17. akubiomed on April 14, 2012 at 2:21 am said:

    Tindakan bro betul adalah membantu mangsa mengenai soal kena kencing soal ke 2.

    Saya dahulu pernah bawa motor cium bontot kereta bukan salah saya pun kerana hari hujan kalau brek sekali pun akan melorot. Absorber depan motor saya bengkok dan saya mengalami bengkak celah kelangkang. Part yang tidak best kereta yang saya langgar bukan hendak tolong kena pau lagi katanya absorber Nissan Sunnynya sudah tidak cantik. Sudahlah semua orang tahu bumper Nissan Sunny ini keras macam badan kereta kebal.

    Tanpa rela terpaksa bayar ganti rugi calar langgar bumper kereta. Kos absorber hadapan motor depan dan sakit saya kena tanggung sendiri.

    Reply↓
  18. sukacuka on April 14, 2012 at 2:41 am said:

    Ujian bro..ada hikmahnya tu..banyakan lagi sedekah bro..

    Reply↓
  19. Mekar on April 14, 2012 at 3:45 am said:

    Kacak juga kamu ni ya…mengaku aje kalu benar kita yg silap.

    Kereta sya pernah dilanggar oleh seorg mamat. kami bbincang kat tepi jln dan bertukar no hp. lepas tu bila sya telefon dia tak mgaku pula yg dia dah langgar keta saya… aduh, sakitnya hati. akhirnya kos kerosakan ditanggung sendiri 🙁

    Reply↓
  20. papa mifz on April 14, 2012 at 10:26 am said:

    kalo let say kito langgar penunggang motor then mati penunggang tuh sure tak tidur malam kan…huhu

    * harap sudi exchange link…tq…:)

    Reply↓
  21. arrizz on April 14, 2012 at 10:34 am said:

    terbuktilah kekacakan bro..haha..memang sangat betol la bro bertanggungjawab..dah memang salah kita kan..kenalah jujur..

    anyway suka part khutbah tu..memang terkena batang hidung sendiri..haha

    Reply↓
  22. segalabenda on April 14, 2012 at 3:30 pm said:

    nasib baik tak mati..kalau tidak mau sasau ko bro

    Reply↓
  23. Hafizul on April 15, 2012 at 1:15 am said:

    Haha. Kena kiss ori @ spicy?

    Reply↓
  24. Jomtonton on April 15, 2012 at 7:05 am said:

    Kali ni memang bukti paling kacak 🙂
    Ada hikmah tu apa yang berlaku.. rezeki ada di mana-mana.

    Reply↓
  25. zik on April 15, 2012 at 10:41 am said:

    pernah juga kena langgar.. sbagai pembawa motor… tapi badan takda pape.. motor punya tempat pijak.. bengkok… lupa nak mintak ganti rugi… takpelah… yang penting badan takda pape.. huhu

    Reply↓
  26. budakserius on April 15, 2012 at 1:06 pm said:

    Alhamdulillah.semuanya selamat!

    Reply↓
  27. eiela on April 15, 2012 at 1:37 pm said:

    nasib selamat..

    Reply↓
  28. sjiehan on April 15, 2012 at 1:43 pm said:

    ada hikmahnya…

    pembetulan. bukan ef5.. EX5… hehehe

    Reply↓
  29. Amirez on April 15, 2012 at 4:42 pm said:

    mulia dan gentleman encik Titan. tapi..motor EF5 tu motor apa? EX5 lak tak macam belalang tempur hehe

    Reply↓
  30. mak lagenda on April 17, 2012 at 2:55 am said:

    Waaaaaaaa….udah la kacak, bak pula tuh yea. Wahahahaha..gitu lah ye si kacak yg mengaku kacak!

    Ekekeke..

    Reply↓
  31. tengkorak emas on April 21, 2012 at 3:15 am said:

    masih sempat tunaikan solat jumaat, bagus2, solat lima waktu pun mcm tu juga hendaknya 🙂

    bila mcm tu, maka terjadilah lelaki kacak dan soleh 🙂

    Reply↓
  32. bau ketiak on April 22, 2012 at 5:21 am said:

    banyak gak tu rm500, mungkin dia terlanggar divider lepas tu baru terlanggar black saga bro kot.

    Reply↓
  33. bau ketiak on April 22, 2012 at 5:24 am said:

    kiss yang macam ni yang tak bestnyer..

    Reply↓

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Post Navigation

← Previous Post
Next Post →

Recent Posts

  • Henry.
  • Ko kasi pecah TIGA biji ekon tu.
  • Genius Fighter
  • Masalah datang dan pergi.
  • Huruf A

Recent Comments

  • Ira on Ko kasi pecah TIGA biji ekon tu.
  • zool on Henry.
  • RAIHANAH AHMAD on Henry.
  • Ira on Henry.
  • Mus on Henry.
© Copyright 2007-2013 - Earncent.com sitemap.xml | Ahmad Faizal | Encik Titan | Kontes Review Klinik Cinta | Jom Aktifkan Mykad
Infinity Theme by DesignCoral / WordPress