Pehh, bila aku tengok perkembangan Upin dan Ipin sekarang, macam-macam dah berlaku. Penjenamaan Upin dan Ipin berkembang pesat dalam 1-2 tahun ni. Bermula dengan rancangan tv Upin dan Ipin, kemudiannya filem Upin dan Ipin, barang-barang Upin dan Ipin seperti baju, pensel box dan segala bagai lagi menjadikan Upin dan Ipin menjadi satu ikon baru untuk kanak-kanak di Malaysia.
Malah, Majalah IM juga ada mengupas sedikit cerita dan pengalaman pemilik Upin dan Ipin dalam majalah tersebut. Siapa pemiliknya? Ya, beliau adalah Hj. Burhanuddin bin Md Radzi, Pengarah Urusan syarikat Les Copaque Production Sdn Bhd.Siapa belum download dan baca, sila buat dengan secepat mungkin. Benda panas macam ni, kalau tak dibagitahu, memang korang tak tahu kan?
OK. Sejujurnya, dah lama aku tunggu animasi Malaysia macam ni. Lama sangat. Sejak zaman Dash Yongkura, Gaban, Power Rangers, Kickers, Sailormoon dan lain-lain lagi. Sekarang, kita dah nama Upin dan Ipin. Dah ada pula Boboiboy. Dan macam-macam lagi animasi Malaysia yang lain sejak bermulanya perubahan kartun Silat Lagenda. Nampaknya, perubahan demi perubahan berlaku. Aku harap Upin dan Ipin akan lebih berkembang lagi pada masa hadapan.
Mungkin Les Copaque juga boleh buat satu lagi animasi baru yang menggunakan tema bola sepak untuk menaikkan lagi semangat bola sepak di negara kita ni. Boleh tiru gak style Digimoon dan Pokemon. Tapi kalau untuk bola sepak, leh tiru Captain Tsubasa punya style. Popular sampai ke hari ini. Kalau pemilik Upin dan Ipin ni boleh buat, sepakan yang keluar gambar harimau Malaya, tandukan yang keluar gambar badak sumbu..ataupun aksi gol keeper yang menangkap bola siap keluar gambar gorilla tangkap bola. Mesti best gila kan?
Apapun, sila layan animasi terbaru. Episode 1 – Mainan Baru. Untuk season terbaru Upin dan Ipin. Aku suka episode kali ini. Memang layan. Dah lama tak main kereta kontrol macam ni. Hehe..
Ps: Siapa yang masih layan Upin dan Ipin macam aku??




semenjak ada boboiboy, aku layan boboiboy pulak, tengah tunggu season 2..tapi aku pun harap ada banyak lagi animasi kat malaysia
bola dah ada, bola kampung..tapi kurang syok.. ==’
setakat ni…upin ipin masih menjadi pilihan walaupun boboiboy da ujud…
Bagus juga tuu…anak2 aku suka layan upin dan ipin nih…
Bila anak-anak tengok.. Saya pun tumpang layan sama
hehe..
anak aku sejak ada Boboiboy itu lah citer paling best bagi dia
Haha..Terbaik!!!
http://pictb.wordpress.com/2012/04/10/i-cemburu-tau/
anak2 aku suka tgk,dorang da jarang tgk katun omputeh,aku sokong dari belakang jek he3..
inilah yg ditunggu2 oleh anak2ku… selain
boboiboy
Anak-anak saya suka dengan watak Upin Ipin ini. Tak jadi kerja kalau sudah mula menonton.
anak suri mmg minat cerita ini. ,maknya pula pengumpul brg2 u& i terutama buku2..majalah2 u& i heeee
cerita yang mengetengahkan adat dan permainan melayu lama
mcm boboiboy ag best la..
Sampaikan aku pun terjebak la jugak pegi tengok upin ipin ni dekat wayang dulu. Punya la kuat penangan upin ipin ni.
terhibur hati bila tgk keletah Upin & Ipin + The Gang nie…
skrg Upin & Ipin ada buat pementasan di Istana Budaya…sesapa yg ddk KL blh lah tgk…
sy still layan lagi.. menghiburkan hati.. ilang stres…
anak-anak aku memang gila la dengan upin ipin ni walaupun baru 3 tahun..bro..satu lagi hang tak sebut..sekarang ni dah ada tilam upin-ipin..baru beli minggu lepas
kalau upin ipin @ boboiboy main kat tv – time ni anak aku conquer tv
layan upin ipin setiap masa .. ngee
Hu..hu..aku suka dengar suara kedua-dua geng ni…anak remaja aku juga suka melihat gelagat dorang si U I ni…..
betul betul betul…
Sesekali ada gak aku layan kat youtube
Hehe
Nak ke panggung memang tak la
Mana ada panggung
Benjy setuju gak bila buat animasi baru pasal main bola ni …
upin ipin.. animasi kebanggaan negara huhu.. dahulu time aku kecik2 punya la syok dok tengok animasi toy story.. tak sangka lepas sedekad lebih malaysia pun mampu buat huhu
hahha..memang layan la upin ipin kali neyh..hahaha
makin kukuh penguasaan les copaque..tahniah..
animasi Malaysia dah maju sampai peringkat antarabangsa
anak aku mesti layan upin ipin dulu sebelum tido. episod mainan baru ni dia tak minat sangat. dia suka episod Cerita Kami yang buat pementasan kisah pengembala biri2 dan serigala
dah lame aku tinggalkan upin ipin ni…heheh
upin dan ipin rasanya semua peringkat umur, sampai atuk nenek pun suka tonton.
serius aku banga dengan animasi malaysia
setuju n masih layan
Masih seronok dgn keletah upin ipin dari mula hingga sekarang. Anak-anak pun membesar dgn upin ipin. Siap masuk club upin ipin tau. Hehe. Mak dan paknye pun layan. Kerana mereka animasi Msia, kt patut sokong mereka!
upin ipin ni comel…budak kampung yang comel
memang kegemaran anak aku dan aku sekali ni bro..
Aku dah download.. lepas ni bolehlah tayang dekat anak2
diharapkan siri upin ipin ni tak hilang, teruskan sampai bila2 mcm cerita doremon tu, sampai puluh2 tahun msih ada lagi
mmg tgk lagi sbb anak2 suka tgk..
tapi org yg lukis2 upin ipin dah kuar les copaque kan..
skg dah byk, pada zaman dahulu pun ada.. best juga.. kt al hijrah..
Aku masih layan Upin Ipin. Animasi Malaysia, SeeFood tu pun best dan grafik memang sangat cantik..
anak aku suka tu tgk upin ipin ni…aku memang dah lama suka kartun upin ipin ni har har har….
memang comel upin dan ipin nih. geram tengok diorang. hehe
Betul..betul..betul… Bangga sangat dgn pcapaian mereka ni. Harap diorg buat satu lagi animasi yg boleh menepati citarasa rakyat malaysia.
huhu tq bro, sebab sudi share video ni, luq tak tau po berkembangan baru pasal upin dan ipin ni sebab asyik duk siar episode sama je..haha