Ok. Aku dah bongkar cerita pasal Adly, pasal Khai, pasal Wootmedia dan ramai orang lain lagi. Hari ini, meh kita bongkar seorang lagi blogger kacak tanah air yang tiba-tiba muncul tanpa kita sedari dan kini kalau sehari tak pergi ke blog tersebut, memang rasa macam kurang sesuatu. Ya, tak lain dan tak bukan adalah pakcik Denaihati kita. Hehe..
Nama sebenar beliau adalah Amir Hassan. Dah macam nama kawan aku aje. Tapi aku tahu dia bukan kawan aku yang itu. Kawan aku tu tinggi lampai. Tapi brader kita ni takdelah tinggi sangat. Sedang-sedang aje. Kalau tinggi-tinggi, susah aku nak borak. Asyik mendongak langit aje. Haha..
Dari mula aku kenal blog Denaihati ni, aku tertanya-tanya gak. Camana rupa beliau. Kacak ke. Hensem ke. Hitam ke, putih ke. Muka penuh jerawat ke, muka licin ke..muka alien ke. Semua jenis muka yang aku pernah nampak, semuaya terlintas. Jenuh software-software dalam otak aku untuk membentuk wajah brader kita ni. Tapi hari ini, kepada mereka yang tak pernah nampak atau tahu siapa tuan punya Denaihati.com itu, aku kongsikan pada korang video yang mengkantoikan siapa disebalik kekacakan blog Denaihati tersebut.
AWAS. Kalau korang terkejut sampai terkeluar balik buah tembikai yang korang makan tadi, aku tidak akan bertanggungjawab. Mentang-mentang brader Denaihati ni kacak, sampai macam tu korang kagum ye.
Dan akhirnya, terjawab sudah macam mana dia dapat Ultrabook dari Toshiba tu. Aku sendiri pun tak tahu. La ni baru tahu. Banyak betul rahsia dia yang aku tahu. Rahsia aku pun, dah banyak korang tahu kan? Tapi bagi aku, saudara Amir Hamzah ni masih ada banyak rahsia dan misteri yang kita tak tahu. Aku siasat sana-sini pun berapa inci aje yang aku tahu. Tapi sekurangnya, kita sudah tidak diselubungi oleh misteri lagi. Betul tak? Haha..
Kalau korang terlupa, brader Denaihati masih buat insentif RM0.02 untuk setiap trafik ke blog beliau. Siapa yang masih belum cuba, bolehlah cuba. Tak perlu register apa-apa. Yang penting, bawa trafik ke blog Denaihati setiap hari dan tunggu hujung bulan untuk lihat siapa 10 yang bertuah dapat habuan dari beliau.
Dan baru aje 2 hari lepas beliau buat contest ringkas untuk bagi 20 orang RM100 yang hantar entri 5 entri terbaik Denaihati di Google Search Malaysia. Dah macam ada bau-bau bacang aje dengan contest yang aku buat dulu, 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com. Korang ingat lagi tak? Apapun, kalau korang rasa nak cuba, bolehlah cuba. Aku tak tahu sama ada aku berjaya atau tidak dengan penyertaan dibawah ini. Rasanya dah beratus blogger cuba. Hoho..
1. Entri Cara tingkatkan alexa rank (636,000)

2. Entri webhosting blog terbaik (6,160,000)

3. Entri cara tingkatkan trafik blog (732,000)

4. Entri bagaimana mengguna tags (5,060,000)

5. Entri Hidup berani untuk gagal (7,720,000)

#Dekat 5 minit gak aku main taip-taip keyword tadi. Nasib jumpa 5 keyword kat atas tu untuk sertai contest 5 entri terbaik Denaihati di Google Search Malaysia. Ada banyak lagi. Tapi cariannya tak berapa banyak dari yang aku jumpa tadi. Jadi, inilah yang terbaik aku dapat pilih. Harap bro Denaihati bagi pengecualian untuk aku menang terus tanpa melalui temuduga dan peperiksaan bertulis. Haha..
“Akademi Denaihati akan menganjurkan Seminar Blog WordPress Pertama pada 14-15/4/2012 cepat daftar sebelum terlambat“.
Ps: Ok. Aku nak gi makan. Tergendala agenda ke 44 aku tadi. Huh..



tak sampai beratus pun sebab semua igt lepas 20 entri tu, dorang dah kalah..hahaha
tak kisahlah. SAje je nak support contest kawan-kawan. Haha..
ada sesiapa ker nak membongkar misteri di sebalik kekacakkan titan pulak.. nanti jangan ada yang tertelan terus buah tembikai… hahaha
terbongkar sudah siapa denaihati…memang sempoi n kacak.haha. tp dia mmg layak utk dilabel blogger pemurah…
aku sokong kata rahman…hahaha
rahman. haa..nak gak aku tahu apa yang korang tahu pasal aku. Haha..
Mr Bukit Besi. Yap. Memang super pemurah. Sebab tu sentiasa murah rezeki dan sentiasa kacak. Hehe..
he3….oh tu rupa nya denaihati he3..
azmanisma. Mesti ko fikir lain kan? kan? hehe..
ingatkan tak nak join
sampai lagi tu boh
blogger misteri akhirnya terbongkar… memang low profile DH nih… tinggal blogger titan jer …. hehe
Selamat berjaya kepada bro.
barulah tau siapa denaihati,,,kalau boleh tahu siapa sebenar lelaki kacak titan nie lagi best kan,,,,
akhirnya ku kenal juga wajah denaihati..memang lah lelaki kacak
lelaki kacak di sebalik denaihati dah diketahui. bagaimana pula rupa empunya nama ahmad faizal abi setama
dah kenal Dh…titan bila pulak
blogger2 yang misteri ni selalunya hebat n berjaya
terima kasih atas penyertaannya dan sokongan padu tu bro.
Kali ni bro DH dah tak leh nak cover2 lagi dah…hehehe
lepas ni titan lak enter frame..
habis semua dah kenal bro DH yg amat berpengaruh tu…hehe
mmg blog DH antara sumber inspirasi (selain blog ni…hehe)…
hahaha…
baru ku kenal..
tq brooO!
Oh, sgt best mencari2 lappy di sebalik ruang2 di bilik yg ada. Bestlah pakcik Denaihati, 160pts n dapat 1st place, sgt kagumlah! ^_____^
Terbongkar sudah personaliti hebat yang berselindung disebalik blog hebat!
Hahaha, join jugak..
Good luck bro
haha..last2 join juga dia.. siapa la dapat bongkarkan di sebalik kekacakan titan ya. manatau tinggi lampai kan. hehe
tengah menggodek cari gambar sebenar siapa lelaka kacak titan ni…
Bro Dh sempoi..:)
wahh ini ke wajah denaihati..
tiada lagi rahsia da tentang DH…ehehe..pasni kita nantikan segmen terjah utk titan plak…ekeke
Sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi join contest. InsyaAllah keputusan akan diumumkan pada entri khas dalam masa terdekat. Teruskan bersama denaihati dr masa kesemasa untuk mengetahui keputusan.
Perghhhh Kantoi sudah kekacakawan wajah bro denaihati. Hahahha
Dalam sehari dua ni
Aku dah terlepas banyak agenda
Huhu
halamak… aku sudah kalah laaa… melepasi 20 pencabar terhad penyertaan…
Rajin menyelongkar tu..
Aku dah pernah tengok gambar denaihati sebelum ni.. tak sangka pula dapat tengok video sekali..
sempat plak kau dok fikir cane muka bro denaihati ni.hahaha!!! aku mmg dah lama jadi peminat bro ni.kikikiki. aku semangat berblog pun sebab dia.
cuma belum ade rezeki nk jumpa je lagi. huhuhu. satu2 blogger yang pada aku jenis “tak makan sorang” ada ilmu, dia share. ada duit dia bagi2.nak jadi cam bro ni 1 ari nanti. cuma duit aku tak penuh je lagi.HAHAHAHAHAHAHAHAHA
terbongkar sudah…hahaha…
mmc kacak ehh bro Denaihati
ooo..ini la brader Denaihati.com ya..baru la nmpak muka..sblm ni..duk baca tuliasan beliau je..
byk tul keyword topp dlm blog denaihati..
ps : bila sydpt jd blogger hebat cam dia ya?
banyaknya agenda dia.. sampai 44.. haha
ni lah bro denaihati ye? sbb kat blog die tak de muka, mmg tertanya2 juga…
all d best dlm kontest tu..
bila kekacakan titan nak terbongkar ni.
first2 time aku knl dgn blog Denaihati ni aku ingatkan owner blog DH ni pompuan,rupa2nye x….
dah nama blog pun denaihati,mestilah aku beranggapan terpesong sikit kan..haha..
mengapakah kau suka cari identiti tuan blog? mesti tertanya2 siapa aku lagi ke? gambar banyak dah kat blog aku.hehe..
founder denaihati seorang yang berstrategi dan gunakan peluang. masa dia cari ultrabook dia connect 2 laptop ke HDMI utk dapatkan point lebih. nampak dah karakter orangnya camane..
Baru ku tahu wajah sebenar denai hati
antara amir hassan dan denaihati, orang lagi ingat denaihati..bukti branding beliau berjaya..hehe..
first time tengok bro denai, ingatkan bouncer mana entah..haha..anyway tahniah kepada beliau..
branding yang power dari denaihati. much respect!
memang pakar berblogging.
Denaihati aka Amir Hassan. Sebelum ini mungkin tak ramai tahu siapa di sebalik Denaihati.com. Nama Amir Hassan bukan satu nama baru, tetapi satu nama besar dalam online marketing Malaysia.
Nama dia pernah jadi bualan terhangat di media maya dan juga di dada akhbar satu ketika dahulu – sekitar 2006-2007.
Malah, Amir Hassan mempunyai banyak blog .. melebihi 20 blog dengan nama alias berlainan.
Hidup untuk Memberi adalah tagline terhasil dari pengalaman lampau yang telah Amir Hassan kutip dengan penuh tawa, perit dan tangis.