Lelaki kacak baru jumpa cek nuffnang yang dah lama hilang tanpa jejak dibiliknya. Haha..
Ya. Aku baru jumpa cek tu. Dah lama gak cari. Tapi bila aku cari memang takkan jumpa. Biasanya aku akan jumpa benda yang hilang ni bila aku tak cari. Dengan sendirinya barang yang hilang tu akan memunculkan dirinya. Entahlah, dah banyak kali aku cari kat kawasan tu dulu. Tapi tak jumpa. Mungkin ada hijab dan mungkin belum masanya aku jumpa cek nuffnang ni lagi. Hoho..
Walaupun tak banyak dan belum lagi tahap sampai nak riak sebab dapat cek nuffnang ni, aku tetap bersyukur sebab bukan senang nak buat duit dengan nuffnang yang terkenal dengan cemburunya, popular dengan masalah, tidak disukai oleh ramai blogger dan macam-macam lagi. Bagi aku, aku tak ada masalah dengan nuffnang. Memang aku mata duitan, tapi kalau aku dah usaha, tapi tak dapat. Aku takde masalah.

Yang aku pelik, ramai blogger suka buat anggapan sendiri. Mereka fikir, jika mereka boleh dapat puluhan ribu unik visitor setiap hari, mereka PASTI akan dapat klik. Mereka tidak percaya tidak ada earning langsung dari Nuffnang walaupun ramai orang datang ke blog mereka. Kalau blog korang tu blog isu semasa, blog copy paste, blog yang bosan walaupun korang terer main SEO sekalipun, belum lagi menjamin seorang manusia kat muka bumi ni nak klik iklan Nuffnang tu.
Belum tentu. Biar 1 juta orang masuk ke blog orang, peratus untuk diorang klik iklan korang masih 50-50. Jika tak ada, kira nasib koranglah yang memang tak bernasib baik atau masih kurang skill dan pengalaman lagi. Jadi, tak PERLU nak salahkan nuffnang kalau korang tak dapat klik langsung. Tak perlu nak kata Nuffnang ni PENIPU. Tak perlu kata Nuffnang ni cuma pilih BULU kaki blogger yang paling lawa aje. Tak perlu.
Aku kata, bukan sebab aku nak AMPU syarikat Nuffnang ni. Aku punya status pun dah tukar ke Ordinary member. Ntah apa silap aku sampai bertukar status. Tapi aku biar aje. Malas nak cari pasal. Mesti Nuffnang ada sebab wat macam tu. Nanti ada masa, aku nak tanya balik kenapa jadi macam tu. Jadi, nasihat aku kepada blogger yang bajet mereka power sebab ada beratus dan berjuta unik visitor dan impression diblog masing-masing tu, tak payahlah nak buat topik kat facebook dan cerita macam-macam bagai nak rak. Menyalahkan sana-sini, menuduh syarikat itu jahat dan penipu dan sebagainya. Kalau BETUL, korang boleh saman syarikat itu. TAPI mesti ada BUKTI maa. Ada bukti, bukan setakat seratus dua ratus korang boleh dapat. Beribu dan berpuluh ribu boleh dapat kalau menang kes. Tapi korang ada BUKTI kukuh ke? Setakat cakap besar aje, belum cukup modal tu derr..
Ps: Aku malas nak layan topik bangang macam ni. Kekadang, aku rasa macam nak sepak orang aje. Tapi masalahnya, time aku bengang tulah tak ada orang disekeliling aku. Tuhan tu memang maha mengetahui apa yang baik untuk hamba-hambanyaNya.






betul tu titan. buat apa nak marah2 nuffnang sedangkan diorang buat keje secara profesional. ada sebabnya sendiri. tak suka, boleh cari company lain, tak perlu kutuk2 bagai.
p/s: kemarau BE aku sekarang ni huhu
pendrive aku yang hilang dulu tak jumpa lagi. merajuk la tu..tah bila dia nak muncul..
ramai ke tak suke nuffnang…aku rasa majoriti blogger mesti letak ads dari nuffnang
Amirez. Masalahnya, dari tahun-tahun lepas sampailah tahun ni, dok cakap benda sama. Menyampah aku dibuatnya..
sukacuka. Haha..ko marah lama sangat. Tu yang dia merajuk lama tuu..
Shahrul. Letak iklan nuffnang tak semestinya diorang suka nuffnang. Haha..
aku letak iklan nuffnang jer…huhuhu
brsyukur dgn apa yg ada..
Ye. betul tu cakap Titan.. mungkin ada sebab earning tak naik walau traffik mencanak…
Tahniah dapat cek dari nuffnang..betul tu, kadang2 benda kita cari tu jumpa masa kita tak cari. Ordinary member tu amcam ya?
Setakat ini be Nuff masih malu-malu dengan saya.
aku punya trafik tak ada pun sampai ribu2 ,.. alhamdulilah masih ada orang sudi nak klik
diorang buat kerja diorang
betul strategi ade rezeki kita x kemana
x payah salahkan mana2 pihak
susah2 letak iklan lain habis cerita kan?
Salam tuan..saye dh ltakkan link tuan ke blog saya
http://blog.radhio.com/banner-exchange
tak dapat, wat cara tak dapat la. ni menyalak pulak.
Sebenarnya Benjy tak kisah pun tak dapat duit dari blog sebab itu bukan matlamat utama blogging … walaupun tak dapat duit dari blog Benjy tetap kacak macam titan … hahahahaha
Salam. Income churpchurp aku lebih laju daripada nuffnang… Buffering earning Susah nak dapat, pelik la juga…
Rezeki gak kan ….. cam bro kan ada sepuluh income…. steady je la kan…
dah kali ke 14 dah ye. aku kali pulak bila la nak merasa kali pertama
rezeki dari blog
tak penah rasa lagi BE dari nuffnang.
betul tu.. trafik banyak tak menjamin earning pun banyak.. semua tu bergantung pada rezeki masing-masing..
p/s: Bro, aku quote beberapa ayat dari blog ni.. harap tak marah
Aku pun tgh tgu cek kedua dr nuff nih…mmg nk dpt earning dr nuff susah gak…tp aku masih setia dgn derang…sayang woo bini no 1 nih….he3x!!
Aku buat bodoh jer. Dapat ke tak dapat klik, itu belakang kira. Janji aku setia dengan Nuffnang walapun tak pernah dapat lagi cek.
yang penting setia… peduli orang kata… nuffnang ada jatuh bangun dia…. kena banyak sabar… huhu
chill bro..haha..situasi nie aku tengok memang kelakar la..dia tak tahu how this thing works yet nak marah2..nuffnang dah clearly state kot yang iklan2 diorang nie based pada klik..ada orang klik, adala duit..takde klik, takde la..nie nak marah2..memang kelakar la..haha
betul tu rezeki masing2 bukan senang nak dapat klik kalau tak ada rezeki tu takleh la nak marah2 kat pihak nuff hehehe
sebenarnya kena rajin dan rajin untuk usahakan dalam jana pendapatan dengan blogging nih. susah kalo nak harapkan income dari “klik”. banyak jalan lain sebenarnya. nak atau tak nak memang kena cari gali maklumat yang berguna dalam menjana pendapatan berblogging.
contoh: aku sendiri menyemak dan mendalami tips2 yang titan kongsikan sebagai rujukan untuk aku janakan income dalam blogging ni.
memang pada mulanya agak “sakit”. tapi kena anggap itu satu dugaan untuk kita. kalau dah semuanya nak “jalan senang” cepat dapat income memang confirm takde pengalaman & cabaran best dalam menjadi seorang blogger… fuh~
dear brader titanium, please teach me the most efficient ways to earn like u. gua jeles banyak..
setakat ni, nuffnang memang ensem dengan aku.