• Contact
  • Contest & Kuiz
  • Link
  • Misi 2008
  • Pengiklanan dan Sponsor
  • SiteMap
  • Subsribe
  • Survey
  • VCC
Earncent.com Lelaki kacak, Cendol Banting dan Ain Maisarah.

Siapa Aya dalam hidup aku?

March 20, 2012 2:06 pm / 29 Comments / admin

Aku tahu, dari pertengahan malam semalam sehinggalah ke pukul 9 tadi mesti ramai yang bengkak dengan aku sebab tak dapat nak komen kat semua artikel kacak dalam blog ini. Bukan apa, semalam aku tersilap buat percaturan dan membuatkan fail comments dot php tu hilang. Bila aku check sana-sini, tanya pulak orang Netkl, akhirnya aku jumpa juga jalan penyelesaiannya. Aku buang apa yang patut dan setelah space aku dah banyak, aku transfer file tu melalui FTP. Tup. Setel masalah. Korang dah boleh komen macam biasa. Peringatan untuk lelaki kacak macam aku, jangan habiskan ruang disk space dalam blog sendiri. Bahaya. Nanti ramai gadis comel kecewa.

Ok. Hari ini aku cerita tentang seorang gadis comel yang aku kenal. TAk rapat. Tapi mesra-mesra aja. Aku tak tahu dia kerja sebegai apa. Nak kata doktor. Mungkin juga. Nak kata nurse, pun mungkin juga. Tapi yang aku rasa, macam ada bau-bau bacang dengan keluarga ubat. Elok sangatlah tu. Leh tolong aku ubatkan penyakit batuk yang tak berhenti sejak aku berumur 5 tahun lagi ni. Hoho..

Ya. Gadis tersebut bernama Aya.

Tak. Tak. Dia bukan skandal aku. Bukan aku tak nak, tapi kalau aku nak pun, belum tentu dia nak lelaki kacak macam aku. Maklumlah, ramai gadis comel sukakan aku. Mesti dia tersipu-sipu dalam diam kalau nak berkenalan dengan lebih mesra kan? kan? Betul tak? Lagipun, aku tak nak Aya gaduh-gaduh dengan orang perempuan atau skandal-skandal aku yang lain. Aku tak nak Aya gaduh dengan Farah sebab kekacakan aku. Aku tak nak Aya main tarik-tarik rambut dengan Adilah. Aku tak mahu Puan Bee baling selipar dengan Aya. Aku tak nak juga Eiela tarik muka masam dengan aku pasal Aya. Aku benci Aya dan Syaisya bermasam muka 2 tahun tak bersapa. Sungguh, aku tak mahu..aku tak mahu semua itu terjadi..

Tapi oleh sebab Aya ni juga merupakan salah seorang blogger wanita di Malaysia dan aku rasa aku patut bagi sokongan padu maut untuk beliau. Ini kerana beliau telah mengadakan satu insentif atau ganjaran wang tunai sebanyak lima ribu ringgit untuk 100 orang blogger terpilih sahaja. Dan aku yakin aku salah seorang daripanya. Kan Aya, kan? kan? Hehe..

aya

Macam mana cara nak terpilih diantara 100 orang blogger kacak tu? KOrang kena gi baca kat blog Aya. Aku tak nak cerita kat sini aje. Korang mesti melawat blog Aya dulu. Korang tak lawat, aku report kat Aya jangan bagi dia pilih blog korang untuk jadi calon-calon 100 orang blogger tu.

#Err..untuk blogger gadis yang aku sebut-sebut tu. Jangan marah aa..chii pun tak marah kan? Mama Murai tak mengamok lagi kan dengan lelaki kacak? Hehe..

Ps: Ya, Aya juga salah seorang penaja terbesar dalam Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012. Jangan ingat lelaki kacak aje poket tebal. Ada juga gadis comel yang poketnya lagi tebal dari poket lelaki.

Related Posts

  • Gua menang lagi dan lagi..Gua menang lagi dan lagi..
  • Sahabat baik yang kacak.Sahabat baik yang kacak.
  • Duit Raya dari Mama MuraiDuit Raya dari Mama Murai
  • Intensif tunai dari Mamamurai.comIntensif tunai dari Mamamurai.com
  • 4 Cara untuk jadi seorang Blogger yang Jahat4 Cara untuk jadi seorang Blogger yang Jahat
  • Top Link Referral MamaMurai.com Top Link Referral MamaMurai.com
Posted in: Buat Duit / Tagged: aya, aya blogger wanita, blogger perempuan, blogger wanita, bloggerwanita, ganjaran wang tunai 5 ribu, insentif wang tunai 5 ribu dari bloggerwanita, siapa aya, who is aya

29 Thoughts on “Siapa Aya dalam hidup aku?”

  1. Sya Isya on March 20, 2012 at 2:17 pm said:

    heh, xdenyer aku nak marah. blogger comel mana marah2. cool je. gelak lagi ada lah. sebelum ni aku tgk org len kena, tup2 kali ni aku lak yg kena. kah3.. :D

    Reply↓
  2. chii on March 20, 2012 at 2:29 pm said:

    ehem..bila gadis comel bertemu jejaka kacak..mcm menarik je combination ni :D

    Reply↓
  3. puanbee on March 20, 2012 at 2:41 pm said:

    patut le td pun tk boleh masuk sini .. ko buat apa lah titan oiii

    Reply↓
  4. Myvitrd on March 20, 2012 at 2:55 pm said:

    wah ramai juga yg dah start promote ni.. aku baru je terjah tadi.. melalui link rakan blogger yang dah buat promosi.. insyaallah esok ada masa aku cuba buat entry juga.. :-)

    Reply↓
  5. rina on March 20, 2012 at 3:07 pm said:

    amboi-amboi. ramainya skandal baru sekarang ye..

    Reply↓
  6. kimmie on March 20, 2012 at 3:07 pm said:

    oh..aya ni memang comel. Tp blog ko memang hilang kacak tgh hari tadi, hilang mood nak tgk kura-kura kacak.

    Reply↓
  7. rahman on March 20, 2012 at 3:37 pm said:

    nak gi terjah jap

    Reply↓
  8. Jomtonton on March 20, 2012 at 4:29 pm said:

    Hahaha, terlalu kacak sampai terpadam fail comment :)

    Reply↓
  9. Aya on March 20, 2012 at 4:32 pm said:

    Terima kasih Titan ,( my new skandal.. hehe ) sebab join Cabaran Rm5000, Lelaki kacak mesti boleh jadi top 10 ni.. :)

    Reply↓
  10. Fazreen on March 20, 2012 at 4:47 pm said:

    patut la semalam buka macam broken je theme kau.

    Reply↓
  11. bluedianthus on March 20, 2012 at 5:08 pm said:

    Alamak, aku dah terjoin..ni semua titan punya pasal..haha

    Reply↓
  12. azmanisma on March 20, 2012 at 5:09 pm said:

    owh aya nama nya hai aya<— mula dah!

    Reply↓
  13. akubiomed on March 20, 2012 at 5:31 pm said:

    Wah bukan main ayat lagi bro nih. :-)

    Reply↓
  14. zool on March 21, 2012 at 12:04 am said:

    hadiah paling gempak ni

    Reply↓
  15. chii on March 21, 2012 at 12:32 am said:

    owh ye. gadis2 comel mmg x boleh marah2. nant hilang kecomelan, abh lari jejaka2 kacak

    Reply↓
  16. Sobri Mansor on March 21, 2012 at 12:36 am said:

    perghhhh…. ayat mengalahkan romeo…. tak boleh blah la bro…. hehehe

    Reply↓
  17. Norizwan on March 21, 2012 at 12:55 am said:

    steady la bro…:-)

    Reply↓
  18. eiela on March 21, 2012 at 3:15 am said:

    aku pun kena, nak terjah jugak lah.

    Reply↓
  19. auc dot com on March 21, 2012 at 3:18 am said:

    aya mana nih
    huhuhu aya ko curang bila bertemu lelaki kacak lain yek :)

    Reply↓
  20. Ummi Hanie on March 21, 2012 at 3:36 am said:

    cmne ye nk lengangkan balik disk space tu? ajar sket…

    kihkihh… entri lawak

    Reply↓
  21. Jebeng Otai™ on March 21, 2012 at 4:28 am said:

    mak aih..byk nyer gadis2..hehe

    p/s: best la kene sponsor ngn gadis..sy pon nk..hehe

    Reply↓
  22. adamfaiz on March 21, 2012 at 4:48 am said:

    patut la x leh komen.. puas aku klik sana sini…

    aku rasa poket aku lagi tebal… tapi bukan sebab banyak duit la… bil-bil!!! :)

    Reply↓
  23. gadis kampung on March 21, 2012 at 5:38 am said:

    salam jemput ke belog saya…saya tak dak RM5000 nak nbagi just ada ilmu dan coretan menarik di belog saya…boleh jadi teman blogger saya…salam perkenalan..

    Reply↓
  24. Cikgu Hairul on March 21, 2012 at 6:59 am said:

    Sudah kembali pulih blog jejaka ini. Bila pulih, mulalah meroyan.. Cayalah bro.

    Reply↓
  25. tehr on March 21, 2012 at 8:32 am said:

    yang last tu aku setuju sangat
    poket wanita lebh tebal dari poket lelaki

    kalau bandingkan beg duit, lagi la kalah
    hehe

    Reply↓
  26. kulanz on March 21, 2012 at 3:07 pm said:

    nasib baik masa tu aku tak hantar komen pakai email, hahaha

    RM5000 kalau bagi 100 orang banyak juga tu sorang dapat.. tu pun kalau bagi sama rata lah.. :)

    Reply↓
  27. yas on March 21, 2012 at 3:27 pm said:

    patut la blog ko bergelap je hr selasa tuu

    Reply↓
  28. Kak Long Mawar Merah on March 24, 2012 at 12:34 am said:

    Paling best! Senyum memanjang baca entri ni.
    Memang bertuah gadis-gadis comel yang dapat memikat lelaki kacak macam ko ni dan bertuah juga bila ko dapat memikat gadis-gadis comel yang tebal poketnya. Entri kacak ni confirm dapat memikat hati aya.

    Reply↓
  29. Naziman on March 24, 2012 at 10:52 am said:

    hahaha..di ayat habis ya..lawak baca post ni..haha

    Reply↓

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badgeShow more posts

Post Navigation

← Previous Post
Next Post →

Recent Posts

  • Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
  • Awek Petronas Baju terbalik.
  • Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • Gua di #SBDdB13
  • Esok.

Recent Comments

  • kakiblog on Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
  • sensasi2020 on Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
  • sensasi2020 on Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
  • Izzuddin Fauzi on Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
  • Norfanil on Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
© Copyright 2013 - Lelaki Kacak & Ahmad Faizal | Jobdirumah Review
Infinity Theme by DesignCoral / WordPress