Aku tahu, korang sedang sabar menanti keputusan ini. Jadi, kepada yang sabar menunggu, aku ucapakan tahniah atas nilai kesabaran korang tu. Aku sendiri ada banyak kekurangan dan kekhilafan. Dan banyak sebab mengapa aku lewat umumkan pemenang untuk Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah yang menjadi salah satu contest yang menjadi kebanggaan aku sepanjang aku menganjurkan pertandingan dalam blog ini.

Pemenang Cabaran SEO – Yas
Pemenang Review Pengalaman kena denda di Sekolah
1. Amirez
2. Fitrihadi
3. Hafizmd
4. Amirnawawi
5. Ciktom
6. Tehr dan yas
7. Sukacuka
8. Anak Ulu Cheka
9. zulkabo dan Chi
10. Farahaznil dan AdamFaiz
Pemenang artikel paling banyak KOMEN – Akubiomed (110 komen dalam 1 artikel)
Rujukan bagi hadiah:
1. RM70 + 3 buku Mitch Albom + Buku Nota Contengconteng.com
2. RM50 + buku Outlier, Malcolm Gladwell + Buku Nota Contengconteng.com
3. RM30 + buku Battle Hymm of Tiger Mother + Buku Nota Contengconteng.com
4. RM20
5. RM10
6. RM10
7. RM10
8. RM10
9. RM10
10. RM10
Pemenang artikel paling banyak KOMEN – RM15
Pemenang Cabaran SEO – RM50
Ok. Tak ada semakan semula. Keputusan adalah muktamad. Aku habiskan masa dekat 1 bulan lebih untuk membaca dan memilih pemenang untuk pertandingan ini. Sila hormati keputusan aku sebab memang aku sengsara gila nak baca satu demi satu perkataan dalam artikel yang korang semua hantar. Dan siapa yang aku pilih pemenang tu ada sebab-sebab tersendiri yang membuatkan aku suka. Ada sebab artikel menarik. Gaya bahasa yang sempoi. Ada keunikan dan nostalgia tersendiri. Ada aku pilih sebab gambar yang menarik. Ada aku pilih sebab cara dia menulis dan ada yang aku pilih atas kegigihan mereka cuba untuk memenangi pertandingan ini.
Bagi yang kurang berjaya, cuba lagi dalam pertandingan yang akan datang. Kepada yang menang, sila CLAIM hadiah korang melalui ruang contact aku dengan kadar yang segera. Aku akan cuba selesaikan bab hadiah ini dalam minggu ini. Nak kena hantar email lagi kat para penaja untuk hantar hadiah korang dan sebagainya dan mungkin ini akan ambil masa. Harap korang dapat sabar menunggu hadiah-hadiah tersebut. Bagi yang menang hadiah buku sila hantar dengan alamat rumah korang. Yang lain, bagi nama dan akaun bank korang. Aku terima CIMB, Paypal dan Maybank sahaja.
Untuk pertandingan akan datang, siapa nak sponsor. Boleh hubungi aku dengan segara. Aku tak paksa. Ikut selera korang. Nak atau tak nak, fikir dulu sedalam-dalamnya. Tapi kalau korang nak sponsor, memang korang kacak belaka.
Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma, Contengconteng.com, LelakiAcai.com, Ohbuku, Abrablog.com dan PanduanTNX.com
Ps: Fuhh..dekat 3 jam aku ambil untuk buat last pemilihan. Demi korang. Demi korang yang bersusah payah untuk jadi kacak macam aku. Haha..




Tahniah buat pemenang!
Tanniah kepada YAS kerana menang SEO. Saya akur kesilapan didalam menulis SEO description. Tanniah kepada semua
Lepas ni harap bro boleh buat kontest yang menggunakan perkataan “kacak” dengan lebih kreatif..mana tau org paling kacak ada harapan nak menang.. haha
PKE <– Org paling kacak
anif. Ya..tahniah bagi mereka yang berjaya membuatkan aku begitu penat sekali membaca semua artikel. haha..
akubiomed. Susah nak cantas yas. Dari awal lagi dia dah ready nak menang. Hehe..
Pejuang Kesenian Extreme. Insya-Allah. Soon.
tahniah kepada semua pemenang.
dahsyat la Yas…terer bab SEO ni rupanya
kimmie. Dia dah ready dari awal nak menang. Kiranya terbuktilah cara dia lebih berjaya mengungguli keyword pengalaman kena denda di sekolah. Gi search kat google, memang artikel dia yang first sekarang.
terkejut sebenarnya. macam mana blog aku boleh tersenarai hehe. apa2 pun thanks
tahniah kepada Yas menang cabaran SEO. susah nak cantas dia.
tahniah juga kepada AkuBioMed. blog dia memang selalu dapat komen yang banyak
Amirez. Haha..ada sebab aku pilih artikel ko. Cuma ko ada kelebihan yang orang lain takde. Sebab tu ko menang. Kalau tak, yang no.2 hingga no.5 tu dah leh cantas.
Bab Yas tu..susah sikit. Cara dia main seo tu agak bijak sikit. Aku sendiri guna cara tu dulu kalau nak menang SEO kat blog international. Memang menjadi kalau kena caranya.
wah dah keluar esult hehee, tahniah kepada pemenang, ekekee.. tahniah kepada penganjur jugak,
Eden menang jugak ker? Thanks sebab pilih eden yo..
padin. Sorilah lambat. Aku sibuk, penat, demam, sakit..dan segala macam alasan lagi. Hehe..
amirnawawi. Aku pilih sebab kekreatifan gambar yang ko buat dalam artikel ko. Dari segi content artikel..ramai lagi baik. Tapi kalau dari segi lain..artikel ko ada kelebihan. Sebab tu aku pilih. Hehe..
tahniah kepada para pemenang. Memang kacak belaka semuanya.
Thanks banyak-banyak bro. Ingatkan takde harapan dah. Aku join sebab saja nak test SEO skill. Nampaknya tak berapa best lagi. Kena banyak belajar lagi.
Tapi terkejut gak bila dapat tempat ke dua. Tak sangka boleh terpilih.. bersyukur sangat.
lepas ni buat ar lagi contest camni. Boleh join lagi
Dah email, harap terima..
Terima kasih sebab pilih.
akazuma. Yap, semuanya memang kacak-kacak belaka. Pening aku nak pilih yang paling kacak sekali.
Fitrihadi. Sebab ko sorang aje ada gambar yang berbeza berbanding orang lain. Seba tu aku pilih ko. Bab SEO tu, masih kena banyak lagi usahalah gamaknya. Insya-Allah, soon. Akan ada contest lagi.
sukacuka. Nanti aku check. Tahniah sebab menang.
x memang x pe
dpt termasuk dalam senarai lelaki terkacak di Malaysia pun jadi lah
tq titan
menarik…
tahniah pada yg menang…
Alhamdulillah dan terima kasih bebanyak bro titan…susah gak nak main SEO…bro zulkbo dan AUC sentiasa bersedia je menunggu di belakang….apapun tahniah buat semua pemenang.
tahniah kepada mereka semua yg kacak..:)
Tahnih uolls! ;D
tahniah Aku biomed!murah rezeki ko yer?
baru keluar rupanya resultnya. tahniah kat diorang. memang kacak lah.
tahniah yg mng semuanya…
takpelah tak kacak pun.. huhu~
ceritala sikit cara Yas mng SEO tu?
yas seperti biasa power gila seo kot.. hehe
tunggu yas wat share ilmu2 seo nya.. hehe
Tahniah kepada semua pemenang dan semua yang menyahut cabaran
Terima kasih kerana pilih aku masuk senarai kacak se malaysia ni
hidung dah kembang
haha
memang terbaiklah korang semua
Nampaknya Benjy belum cukup kacak lagi ni … isk..isk..isk…
Tahniah!
Tak pernah masuk contest sbb tak kreatif..hehe
salam..
wahh..dapat RM 10 ye..
ermm..terima kasih..
sedekahlah bahagian saya
kat mana-mana masjid Bro
hadiah buku nota contengconteng.com tue sangat menarik…simple..hehehe
tahniah pada yang menang. mesti seronok bila dapat hadiahbest-best kan?
Tahniah to semua…
tahniah buat pemenang hehehe…huh nak membaca setaip artikel mmg berputar2 mata hehehe
tahniah buat semua pemenang….
….speechless….. T____T :p
Benjy tak putus asa kalau ada lagi pertanding yang kacak2 dari titan benjy akan join lagi
tahniah kepada yg menang….
uwahhh…x apa,kalau x boleh menang kali ni mungkin kita boleh menang di hari-hari yang mendatang
tahniah semua… masa aku terhad sekrang…. nak join memang tak sempat…
huh,,,…. keciwa
Tahniah untuk semua.. boleh belanja roti banjir satu.. hik3
Yas champ bab SEO.. aku nak belajar dgn dia.. hik3
Wah..Tahniah2x~
biar betik, boleh dapt no 3 ni..hehe
bab seo tu, mmg yas power ngn alat2 dia dr awal lagi…payah nak kejor, =)
ape2pun, ko mmg kacak titan dan bertuah sbb ada kami yg mmg kacak sokmo
p/s-hidung bertambah kembang weh….hahahahaha
tahniah bro ab mmg kacak dah tu heeee
syukur pd yang menang mmg semua blh tahan kecekapan berseo
tahniah kepada yang menang. Entri yang aku buat hilang dari serp sama sekali…
tq!dh email.
tahniah pd pemenang yg ln n juga yas!!tahniah bro!
Tahniah kepada semua pemenang. next contest aku nak masuk