Aku saje nak promosi satu pertandingan komen yang diadakan setiap bulan di blog Cyza.us. JIka korang pernah masuk blog kepunyaan seorang lelaki kimia yang kacak ni, korang mungkin akan teringat blog lama beliau iaiti zakiyamani.com. Itupun kalau korang ingatlah. Aku masih ingat sebab aku dah lama lepak kat blog-blog beliau. Jadi, kalau korang nak menang sedikit duit sampingan hanya melalui komen-komen korang yang bernas tu, bolehlah sertai Top Commentator Contest - March 2012.

Blog lelaki kimia ni ditulis dalam bahasa inggeris. Jadi, korang kena bacalah dalam english. Lagipun, bukanlah english yang susah-susah. Walaupun aku ni agak bebal dalam bahasa english ni, tapi aku masih boleh faham dan tangkap apa yang beliau tulis dalam artikel-artikel beliau. Sekurangnya, bolehlah tambah grammar apa yang patut memandangkan aku ni memang fail sikit bab english ni. Sebab tu kalau korang perasan, kebanyakkan blog english aku ni banyak perkataan dan ayat yang broken sikit. Lantaklah, kita takkan jadi pandai dan kacak selagi kita tak mencuba. Jadi, rajin-rajinlah mencuba. Baru leh jadi kacak macam brader kimia kita ni.

64817 401192156573318 100000476123832 1700133 1266508941 n Kurangkan aktiviti liar tu sikit..


Aku dah 2 kali menang contest beliau pada bulan Januari dan Februari yang lepas. Bulan Januari, aku menang tempat kedua. Bulan Februari, aku menang tempat ketiga. Bulan Mac ni, aku tak tahu aku masih ada tempat atau tidak memandangkan aku rasa ramai yang akan kacau daun nanti. Jadi, aku cabar korang untuk mengalahkan aku bersama Farah dan Samdaddycool. Itupun kalau korang rasa tercabarlah.

Cuma bulan ini peraturannya agak ketat sikit. Nak tahu lebih lanjut, gi masuk blog lelaki kimia ini dan baca apa yang patut. Aku cerita semua kat sini, tak ada gunanya. Aku nak korang masuk blog beliau dan baca. Barulah korang faham apa yang aku cuba sampaikan. Takdelah baca kat sini aje. Sesekali, gi baca something yang berbeza yang ada disana berbanding korang dok senyum sorang-sorang baca artikel aku yang kacak yang mampu mencairkan gadis-gadis di Malaysia ini.

Ps: Artikel ni aku buat selepas aku terbangun awal pagi ini. Aku masih demam dan batuk. Tapi macam dah ok sikit. Kena pantang sikit makan dan kurangkan aktiviti liar aku seperti makan tanpa kawalan, mengorat tanpa batasan dan kurangkan minum minuman yang banyak semut. Huh..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 29 comments. Apa plak komen korang?
Sobri Mansor - 06 Mar 12 at 00:22:51
Aku memang bebal bila nak bercakap atau menulis dalam BI nih….huhuhu
anif - 06 Mar 12 at 00:41:58
Tak baik-baik lagi? Aiks..
rahman - 06 Mar 12 at 00:45:11
mengaku tak pandai adalah lebih baik dari berlagak pandai :)
hafidz - 06 Mar 12 at 01:09:47
sekarang ni memang musim demam la bro. cuaca asyik tak menentu ni. macam aku ni badan asyik cepat letih jer. bosan jugak kalo tak sihat ni. mungkin kena banyakkan buat senaman ringan la. fuh~
shraqs - 06 Mar 12 at 01:25:10
Nanti aku cuba jengok2, kalu berkenan, aku masuk :)
eiela - 06 Mar 12 at 01:38:10
pertandingan komen plak. ngeh2
Affan Ruslan - 06 Mar 12 at 04:20:55
Pandai guna ayat nak tarik orang klik link blog tu :lol:

Btw baca blog dalam english ni bagus, blh improve english ;)
b3njy - 06 Mar 12 at 05:01:52
Benjy dah macam serender je dengan engkau titan … sekarang kerja ada banyak sikit sukar nak komen banyak2 sekarang ni …
W.HabibuRahman - 06 Mar 12 at 10:04:49
hrap2 Titan boleh 1st nnti,aku tak bleh join pasal brokband kena selam air sikit.Ceh..hoho
akazuma - 06 Mar 12 at 10:51:01
hoho..dah makin liar dah sekarang rupanya !
BudakSerius - 06 Mar 12 at 10:58:55
Tajuk ganas tu.haha
Jebeng Otai - 06 Mar 12 at 11:48:30
x sihat ag ker bro.. ??..pi amik MC..try check doc..cpat2 sembuh
sukacuka - 06 Mar 12 at 12:33:10
titan, demam lagi ke? semoga cepat sembuh.. Jangan lupa makan ubat ye bro..
Samdaddycool - 06 Mar 12 at 12:40:56
Aku cuba bertahan dan guna beberapa strategi untuk menang kat situ.. pertandingan komen ni pon kena ada taktik nak menang.

tapi kalau bertempur dengan pengomen tahap hardcore, aku akan surrender awal-awal.

Almaklumlah part time blogger belum tentu mampu bersaing dengan full time blogger / student blogger..
zool - 06 Mar 12 at 12:46:25
masuk contest pun boleh menang. memang best
bardboo - 06 Mar 12 at 12:49:56
jap lagi terjah..tapi tak mampu kot nak lawan bro titan ni..
auc dot com - 06 Mar 12 at 13:52:36
adehhh omputeh
ni aku kantoi :)
tehr - 06 Mar 12 at 14:28:04
pertama kali aku jumpa ayat ‘mengorat tanpa batasan’

best juga ayat ni, kan?
hehe
Din - 06 Mar 12 at 14:39:17
can u speak english?
KiD - 06 Mar 12 at 14:52:41
wow!! english eh
farahaznil - 06 Mar 12 at 14:57:34
gilo sam……………benci hang….aku akan aturkan beberapa stratergi juga lepas ni..hi hi hi
Samdaddycool - 06 Mar 12 at 15:07:10
Jangan benci aku Farah..
lazaac - 06 Mar 12 at 16:29:38
bertambah jelous aku ngan kau bro… haha, btw, td aku ada msj dpt tak..?
Cyza - 06 Mar 12 at 17:40:05
Cayalah Titan…kacak sungguh entri ini… :)
yas - 07 Mar 12 at 02:15:25
Lama dah aku tak masuk blog dia…last masa blogger award tu
Ummi Hanie - 07 Mar 12 at 02:34:04
bab nk komen2 terbanyak ni…xdapek le utk masa skrg ni yob… xpelah bg ruang yob titan mng ;)
akubiomed - 07 Mar 12 at 06:30:29
Perlu ayat power untuk tinggal komen diblog tersebut? :-)
sabree hussin - 07 Mar 12 at 12:48:18
ha.. kalau dah asyik sakit je titan.. kurang2kan lah mana-mana yang patut
adele - 09 Mar 12 at 11:34:47
weh zaki yamani tu classmate aku.hahaha. sama pulak namanya



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011