Haa..hari ini aku ada masa sikit. Jadi, aku curi masa ni untuk kongsikan cara ‘BARU’ untuk membantu para blogger untuk menggunakan iklan dari Innity diblog masing-masing. Haa..kiranya ini juga merupakan cara paling mudah untuk meletakkan iklan Innity diblog masing-masing.
Cara ni mungkin agak kelakar dan ada ciri-ciri blackhat. Tapi anggap ajelah aku bagitau korang cara jahat tetapi mungkin memuaskan hati korang. Ok. Cukup. Bagaimanakah caranya untuk lihat iklan Innity menari-nari dalam blog korang? Selalunya, bila korang apply. Hampir 90% blogger akan gagal. Mana tidaknya, hantar permohonan, tapi blog tak cukup syarat. Syarat paling minimum pun tak lepas. Apa barang mahu marah-marah sama itu Innity bila mereka tak kasi lulus blog korang? Walhal, blog korang awal-awal tak cukup syarat?

Haaaa..
Cara ini tak memerlukan korang kena ada blog 40 ribu unik visitor sebulan dan 200 ribu impression sebulan. Trafik ciput pun tak apa. Tapi iklan Innity masih boleh keluar kat blog korang. Haa? Macam mana?
Caranya senang aje. Daftar program Advertlets!
Jika korang perasan, Advertles juga macam dah memaparkan kebanyakkan iklan dari Innity. Mungkin Advertlets ni jadi 3rd party punya program yang akan run iklan Innity. Mungkin ada komisen yang kita tak tahu disebalik apa yang terjadi. Dan aku rasa ada win-win situation antara Advertlets dan Innity. Ini cuma agakan aku sahaja sebab aku perasan dekat beberapa blog aku, iklan Innity memang akan keluar kat blog aku dekat tempat yang sama aku letakan iklan dari Advertlets. Kenapa aku kata macam tu? Sebab aku rasa aku macam pernah nampak. Bukan sekali. Tapi banyak kali gak. Dah lama pula tu. Tak tahulah kalau korang tak pernah nampak atau mata aku ni tersilap pandang. Kalau korang pernah ternampak, maksudnya apa yang aku bagitau ini, kira betullah. Kalau tak, mungkin aku ni yang tersilap pandang barangkali. Jika aku tersilap, sila abaikan semua ayat dalam artikel ini. Faham?
Okey. Itu cara pertama. Ini cara kedua. Kerja keras. Dapatkan 40 ribu unik visitor dan 200 ribu impression untuk 3 bulan berturut-turut dan apply Innity selepas itu. Insya-Allah, kebarangkalian cukup besar untuk lulus secara mandatori.
Ps: Aku sibuk. Betul-betul sibuk. Dan Tertekan.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen ke 34 dari Paid-to-Promote.net | Komisen Pertama dari BicaraHartanah.com »
















aku mmg tak perasan sgt, tp kalau mata ko dah tgk camtuh…aku rase peratusannya tinggi adalah benar sama sekali…hehehe
p/s-harap ko tak terlebih tensen, kang tensen2…takde update blog pulak..hehe
p.s-eh…ko dah umum result kontest hari tu ke?
azri johan: nape plak tak ley caye?
katanya “blog anda x layak lagi huhuhu”
sampai bila pon x kan lepas iniity… sedihnyaaa
mmg byk UV kena dapat tu..
nak apply tak layak, tengok je la kat blog kengkawan…
awat tertekan brother.. aweks lari ka?
tp mmg perhatikan kan jgk .. mrk ni cam ade kaitan.
sob sob…
Hope pasneh leh try la one by one….
P.S : jgn tensi2 tuan, relek…kasi tarik napassss…lepas….. (Jgn xlepas kang pensan xbernapasss)
tertekan huh bahya nie…
cara ke 2 tetap terbaik.. hehe