Aku masih pening dan demam. Tapi macam dah nak baiklah. Selsema pun dah hilang. Tapi sakit kat bahagian hamstring aku masih berbisa lagi. Tak sakit macam awal-awal dulu, tapi dah boleh dah kalau nak lari laju kalau aku mahu. Tapi sebab aku malas nak kasi beban pada peha dan kawasan hamstring tu, jadi aku tak jogging dalam seminggu ni. Aku cuma jalan-jalan aje. Tidakpun, aku buat lari anak-anak kat atas tredmill tu aje.Sekurangnya, boleh juga keluar peluh.

Ok. Ini bayaran terkini dari Innity. Ada orang kata macam lambat benar diorang bayar untuk bulan Februari 2012 ni kan? Siap heboh sana-sini. Orang kita ni, kalau bab gaji masuk lambat, elaun masuk lambat, bayaran masuk lambat, mencanang-canang kat blog. Bercerita bagai nak rak kat facebook. Menuduh macam-macam kat sana-sini. Cuba bawa bersabar sikit. Kalau syarikat bagus, kalau selama ini bayar tak pernah miss, sesekali ada masalah macam ni, takkanlah nak keluar berita kurang manis plak. Agak-agaklah kan?

406502 394355590590308 100000476123832 1682285 637245589 n Komisen ke 14 dari Innity


Mengapa aku dapat detect bayaran ini adalah dari Innity? Bila aku check kat bahagian history, memang ada bayaran yang dah dibuat. Sama dengan jumlah yang aku dapat di akaun Maybank aku. So, tekaan aku mengatakan ini adalah bayaran dari program Innity. Jadi, yang korang tengok ini, adalah bayaran dari program Innity. Ya, patutnya dapat masa pertengahan bulan Februari ni, tapi sekarang dah nak penghujung. Bagi aku, tak ada masalah. Sekurangnya diorang bayar dan beri sebab.

Korang dapatkan email dari Innity yang bagitau mengapa mereka bayar lambat pada bulan ini? Kalau tak dapat, jangan dok bercerita bagai nak rak. Gi kaji balik kenapa korang tak dapat email atau mengapa korang terlepas pandang email dari Innity tu. Akaun email tu berapa tahun tak buka?? Jangan asyik login akaun bank aje. Sesekali, bukak juga email korang tu. Aku tahu, ada yang dah berzaman tak buka email masing-masing kan? Bukak pun bila ada keperluan aje. Jadi, tak perlu nak salahkan orang lain atau buat spekulasi pelik-pelik bila kita tak dapat seperti yang kita nak. Belajarlah bersabar sikit. Kalau leh sabar dan berusaha untuk lepas Innity dulu, takkanlah tak boleh sabar sekarang kan?

Ok. Aku nak sambung buat kerja. Nanti korang marah pula. Dah lambat sangat kan ni? Hari ini baru ada masa sikit dan demam aku dah kebah sikit. Peha pun dah kacak balik. Dah leh buat kerja dengan kacaknya. Huhu..

Ps: Fokus. Fokusss..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 39 comments. Apa plak komen korang?
azmanisma - 25 Feb 12 at 17:53:00
untung ler dapat dari innity he3…
anif - 25 Feb 12 at 18:02:50
Janji dapat.. Lambat bersebab tak pe la.. :D
auc dot com - 25 Feb 12 at 18:28:09
terima lah
baru teringat aku ada emel rupanya
jap nak buka :)
Haru - 25 Feb 12 at 18:42:29
ehem2..bang bile nak belanje sy mcbook pro nie~ :D
titan - 25 Feb 12 at 18:46:28
azmanisma. Hehe..memang untunglah..sape tak nak untung maa..

anif. Hehe, betul tu..

auc dot com. Haa..gi buka cepat.

Haru. Ehhhhhhhhhhhhhhhhhhh..
Juan - 25 Feb 12 at 18:53:33
giler ah ko titan, kalau mcm ni memang ko boleh bayar habis ptptn ko, memang respek
azura - 25 Feb 12 at 20:06:56
bab buat duit memang respect kan titan, teori praktikal semualah…innity pun sayang awak yer
sukacuka - 25 Feb 12 at 22:02:19
memang kacak habis..apa lagi..open table meh..hahaha
bardboo - 25 Feb 12 at 22:57:33
lamabt sikit, tapi tetap masuk…kira ok la tu…
Izzat Aziz - 25 Feb 12 at 23:31:36
semua dapat, innity nuffnang, memang berjayalah..haha
kakeru - 25 Feb 12 at 23:45:04
Marveles!! ^_____^
Mus - 26 Feb 12 at 00:03:24
lambat tak per.. jangan langsung tak bayar..
kebetulan hari tu dapat gaji jugak.. best!
Pejuang Kesenian Extreme - 26 Feb 12 at 01:28:36
Untunglah kan…saya ni pakai advertlets je..tu pun tak reti2 nak bayar..hehe
Kak Long Mawar Merah - 26 Feb 12 at 01:34:58
Orang sabar memang kacak. Lambat sikit tak apa, asalkan selamat landing dalam akaun.
arrizz - 26 Feb 12 at 02:04:29
lamanye demam bro tak baik2 g..bro, belanje..hahaha
nurmisnan - 26 Feb 12 at 03:43:24
iyerlah.. dah untung dapat join innity.. tak perlu canang lambat payment.. sabor itu atitude kita..
ada masa kena pakai perangai sabo ni agar orang tidak menyampah dgn kita..

nyampassss aku titan asik masyukkkk jer.. bak sikit.. hik3 ^__^
zool - 26 Feb 12 at 05:43:45
Akaun innity aku tak berapa nak banyak .. memang berbulan2 baru tengok. huhuhu
merahkatak - 26 Feb 12 at 06:30:17
hehe..mmeang kacak la.4 ratus lebih tu. leh makan cendol berapa kali daa..
nuriz - 26 Feb 12 at 07:45:30
aik demam lagi, hari tu mcm baru je demam
Mr.Sepet - 26 Feb 12 at 08:10:33
wahh .. kacak2 .. boleh blnja lepas ni ..
samdaddycool - 26 Feb 12 at 13:43:04
Aku kena usaha lebih untuk dapat peluang bermesra dengan innity ni
GodamOtak - 26 Feb 12 at 15:28:41
wahhh banyak tu. bile la dapat rapat2 dgn innity ni.. isk iskk
mel - 26 Feb 12 at 18:00:44
pihak innity sebelum ni ada bagitau yang bulan februari ini agak lambat…:-)..hehe
faiz - 26 Feb 12 at 23:13:16
sebulannye ke bro…mmg best dan kacak..
shraqs - 27 Feb 12 at 03:32:27
Biasala tu bulan Feb ni banyak cuti umum, pastu 29 hari je,… lambat proses tu kot :) Yang penting duit tetap masuk
nizam - 27 Feb 12 at 03:55:04
memang Innity hantar email sebab bayar lambat…tapi mereka2 bising2 kata Innity bayar lambat…apela…
akubiomed - 27 Feb 12 at 07:24:28
Tanniahlah bro. Boleh tahan banyak tuh. Sudah berapa lama peram?
Ummi Hanie - 27 Feb 12 at 08:25:05
hush lamenye flu yek… sesekala begitulah…

hmm..sebut pasal innity ni mcm nk sedey jer… jenuh nk kejar syarat terbaru ni
Long - 27 Feb 12 at 10:58:46
Pasal innity nie, nampak gaya kena berusaha lagi.
Mama Murai - 27 Feb 12 at 13:50:12
erk… macam mana tau dah lama tak buka email ni? :P kantoi sudah…. tapi bulan februari ni saya memang tak dapat bayaran daripada iklanlah, sebab tak cukup limit RM4k, boleh gitu titan :)
sjiehan - 27 Feb 12 at 15:13:42
depa g raya cina tu kot…. hahaha…
Norizwan - 28 Feb 12 at 02:11:26
saya rasa masalah maybank kot…maybank kan byk sekat transfer dari bank ke bank…lagipun polisi maybank memang ketat
Sobri Mansor - 28 Feb 12 at 02:32:24
tahniah bro… Nanji ajar aku macam mana nak apply innity ni boleh… hehehe
hafidz - 28 Feb 12 at 08:50:50
apa? komisen yang ke 14 dari Innity?! bro memang kacak lah. syukur~ :D
hazman aka species1980 - 28 Feb 12 at 11:31:50
Perghhh…. BUKAN LEVEL aku nie layan Innity…. blog kita sempoi je pun…hahahaha
Jebeng Otai - 28 Feb 12 at 16:35:10
dah apply..tp xdan..hehe
esempoi - 29 Feb 12 at 12:13:41
sebenarnya innity lambat bagi email kepada semua publisher.. lepas dah ramai tanya kat support baru diorang email kot.

rupanya lambat tu sebab cuti tahun baru cina. ramai staff diorang orang cina kan.

dan innity bulan februari ini adalah untuk bulan disember 2011. bulan tu memang ramai dapat tinggi. cam aku dapat gaklah hampir seribu. hehe.

jadi lambat la nak proses tu.
chii - 01 Mar 12 at 08:13:40
nak pinjam 2 inggit bleh..ehehe..
byk tu..400++ tu
Dasiruto Dragneel - 12 Mar 12 at 05:30:30
Wah..bestnya dapat komisen~



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011