Aku ingat nak tunjuk cek Nuffnang yang baru aku dapat beberapa hari lepas. Tapi entah mana aku letak cek nuffnang tu. Tak ingat pula tempatnya. Jadi, aku ada masa tak sampai 2 bulan setengah untuk cari cek tu sebelum expired. Kang, tak pasal-pasal kena contact Nuffnang untuk suruh buatkan cek baru. Malas aku nak menyusahkan mereka yang dah bersusah payah buat beribu cek setiap bulan untuk blogger yang berjaya capai minima RM50 setiap bulan.

Jadi, aku sharekan 2 bayaran yang aku terima dari program-program affiliate tempatan. Walaupun tidak banyak tetapi aku rasa apa yang aku dapat ni dah boleh bagi korang cemburu dengan kejayaan kecil aku. Betul tak? Hehe..

432206 392845960741271 100000476123832 1677619 1189571589 n Jujur itu lebih kacak

398513 392846090741258 100000476123832 1677620 1298137964 n Jujur itu lebih kacak


Ya. Aku pernah juga dapat komen yang agak ganas dan kejam. Mamat tu kata, setakat tunjuk duit sen-sen atau berpuluh ringgit kat blog, baik tak payah tunjuk. Lainlah dapat ribu-ribu ringgit. Itu kalau tunjuk, kagum juga. Setakat dapat singgit, sepuluh ringgit..seratus ringgit, baik tak payah.

Ok. Fine.

Itu hak dia. Dia nak komen macam tu, itu hak dia. Tapi ada aku kesah? Ini blog aku. Aku punya pasal la nak tunjuk atau kongsi aku dapat seposen ke, satu ribu ke satu juta ke. Sekali lagi, ini blog aku. Aku tak minta korang datang ke blog aku. Tapi aku berjaya cipta keunikan dan berjaya mengumpan korang untuk kekal kacak dan datang kembali ke blog aku setiap hari. Salah aku ke tu? Korang yang datang ke sini adalah kerana kerelaan korang. Bukan aku paksa pun. Aku tak paksa pun korang LIKE facebook aku ataupun beli semua produk yang aku cadangkan. Semua keputusan, tetap dihati korang. Bukan aku. Kerja aku cuma mengumpan aje. Korang termakan umpan aku. Jadi, itu salah aku ke? Cuba fikir sikit.

421888 392857024073498 100000476123832 1677639 1235047284 n Jujur itu lebih kacak
Dan aku sangat menghargai dan kagum dengan mana-mana blogger yang berjaya dapat cek atau duit dari hasil menulis blog diblog mereka. Tak kiralah blog jenis apa. Dan tak kiralah apa pekerjaan sebenar korang. TAPI bukan senang nak dapat 1 ringgit pertama dari blog masing-masing. SUSAH. PERIT dan MENYUSAHKAN. Tapi bila korang dapat 1 ringgit pertama, 1 ratus ringgit pertama dan 1 ribu ringgit yang pertama. Aku yakin, korang akan bangga, korang akan senyum dan korang akan puas dengan apa yang korang dah lakukan selama ini. Ingat, berjuta orang tak pernah berjaya duit dari blog-blog mereka. Tapi korang dapat. Tak cemburu gila ke bebudak seramai 1 juta tu kalau diorang tahu kekacakan korang? Mesti cemburu punya macam korang cemburu dengan kekacakan blog-blog aku. Betul tak?

Hidup ni biar jujur. Kerana..

Jujur itu lebih kacak.

Ps: Lelaki kacak akan naik level kekacakan mereka bila mereka jujur. Dan lelaki jujur biasanya digilai oleh ramai gadis-gadis dara dan isteri-isteri korang. Tak caya? Suruh bini korang baca blog aku. Haha..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 47 comments. Apa plak komen korang?
anif - 23 Feb 12 at 17:14:41
Kalau boleh dapat juta-juta dari berblog, confirm Saya takkan publish kat blog! :D

Cerita mengenai kejayaan kecil tentunya lebih realistik dan jujur :D

Saya suka. :D
azmanisma - 23 Feb 12 at 17:20:54
hehehe…siut ah mamat tu kan..mesti tak kacak kan he3..
sukacuka - 23 Feb 12 at 17:22:18
dia dengki tu bro..sebab dia tak dapat langsung..haha.

macam aku, nuffnang baru 1.50..hehe
izzat - 23 Feb 12 at 17:26:20
sikit2 lama2 jdi bukit. aku rasa titan dan smpi puncak bukit :P
arrizz - 23 Feb 12 at 17:33:24
aku yakin mamat tue tak kacak..fuhh nasib baik aku takde bini g..haha..tahniah bro..
titan - 23 Feb 12 at 17:38:52
anif. Hehe..betul. Kang ada orang mengada-ngada nak cari mintak pinjam duit. haha..

azmanisma. Agaknya la kot.

sukacuka. Dengki tu aku tak tahu. Tapi lantak dia la.

izzat. puncak bukit mana ye agakanya..

arizz. Hehe..tapi ko ada awek kan? kan??
farahaznil - 23 Feb 12 at 18:00:01
poyo…benci aku..hahahaha
sjiehan - 23 Feb 12 at 18:12:32
xaci!!

derek dapat duit jeee!!!


grrr… geram tol!
shaharil - 23 Feb 12 at 18:28:41
@titan, Bukan setakat nak pinjam duit. LHDN pun kejar jugak. Nak minta suruh bayar cukai. hahaha..
mancai - 23 Feb 12 at 19:31:37
sejak aku kenal blog ni antara penambah semangat mencari pendapatan sambil2 secara online… walaupun tak banyak mana yang aku dapat, dalam erti kata lain adalah salah satu sumber aspirasi…
Afiffuddin - 23 Feb 12 at 19:32:58
Yg banyak komen bukan2 n komplen sebab pemikiran masih belum kacak. Masuk blog orang tetiba komen bukan2 (ah! xkacak!). Suh baca dari mula artikel dlm blog nie baru dapat tau jalan cerita blog. Tengok domain la: earn cent, bukan earn million. Hehe..
Afiffuddin - 23 Feb 12 at 19:34:17
Cis, aku tersilap tekan link MamaMurai.com di bawah tu plk utk publish komen. Termakan umpan Titan kali nie.
azura - 23 Feb 12 at 20:55:21
tahun lepas dapatlah merasa sekali cek nuffnang, rasa macam tak percaya je…
kakeru - 23 Feb 12 at 23:25:49
Salam Titan. Jujur itu memang..TERLALU KACAK. Btw, CONGRATS!! ^____^

*Alah, biasalah manusia..mana ade tak jeles tengok tuan punya blog asyik dok tunjuk cek hari-hari..hoho
bardboo - 23 Feb 12 at 23:25:57
nak share pun jdai masalah kat dia..tak paham betul manusia ni..
auc dot com - 23 Feb 12 at 23:43:37
adeh x senang aku dgn blog ni :)
ade je cara dia buat duit
dah tu dia berkongsi, apa yg dia dpt
tu yang kacaknya, walaupun sikit
lama2 byk jugak, sape nak bagikan

kejujuran itulah kekacakan sejati

walllahhhhh :)
kimmie - 24 Feb 12 at 00:28:41
biasalah memang akan ada yg tak puas hati dengan kejayaan org lain.

contohnya macam aku, jeles sgt ni, walaupun ko dpt hanya puluh puluh ringgit, aku nak sampai seringgit pun susah ni.

ko pakai umpan apa pun aku tak tau. hahaha.
Shahrul - 24 Feb 12 at 00:43:51
kacaknya apabila jujur…
Long - 24 Feb 12 at 09:36:31
Siapa mamat atau minah tue? Apa-apa pun tt tetap kacak walaupun Lisa Surihani dah selamat nikah!
Mama Murai - 24 Feb 12 at 09:51:36
RM1 pun duit bhai, siapa yang nak bagi macam tu je. Ingat senang ke cari duit online, nak dapat RM5 pun kena memang cabutan bertuah oleh Random.org tau :) … ekeke… sabaq noh lelaki kacak. Tak lama lagi awak berpeluang tambah hasil blogging tu…
Kazen - 24 Feb 12 at 10:24:54
haha sy dpt income beribu2 tak ckp kat org pun…hak peribadi laa kan…no wori kite mmg kene jujur n ikhlas :)

Entri Terkini | 2 Hari !! Ada pada Google Search Engine !
samdaddycool - 24 Feb 12 at 12:25:39
Nanti aku suruh bini aku baca blog ni dan nilai kekacakan Titan..
W.H.R - 24 Feb 12 at 12:47:17
Adoi!!Mcm2.


*Titan!! kalau mamat tu kasi email mcm ‘milo kopi’ tu lagi kasi tau je Wan trus.Wan akan antar segerombolan tentera gajah kasi langsai itu punya mamat.Believe me..
Jebeng Otai - 24 Feb 12 at 12:58:49
humangaih..mmg kacak.. :)
eiela - 24 Feb 12 at 14:14:43
jangan marah2 nanti tak kacak. suka hati la kan, pelik je org macam tu.
Mus - 24 Feb 12 at 14:54:33
aku dah makin suka main affiliates ni.. nak jadi blogger kacak mcm bro titan jugak
faiz - 24 Feb 12 at 23:08:36
mmg susah nak dpt earning dlm blog…tp bile dpt skit pun kita jd puas hati..
Azwan - 25 Feb 12 at 03:56:37
Sikit pun duit jugak.

Aku, kalau dah cecah berjuta, senyap-senyap aje, nanti ramai la mengaku kawan baik, nak pinjam duit.

kalau sikit-sikit ni ok lagi, sebab boleh bagi alasan, sikit aje income dari blogging ni

:)
tuan tanah - 25 Feb 12 at 04:08:30
hehehhe..sebab dia tak dapat tu bro….;) kalau dia dapat mau dia tunjuk juga dlam blog dia….
nuriz - 25 Feb 12 at 04:31:43
hehe asam garam dlm berblog, ada org suka ada yang tak, tapi betul la jujur itu kacak hehe, buat pa nak menipu dpt dosa free je
zool - 25 Feb 12 at 04:46:51
ala bolayan ngan org camtu.. dapat sen2 pun kira pendapatan gak tu.. lebih baik jujur dari tipu org letak pendapatan ribu2
Fazreen - 25 Feb 12 at 06:35:59
Yeah aku kagum dengan ang. Memang terbaik. aku lebih suka orang tunjuk earning sikit-sikit ni daripada nak gebang bukan2
b3njy - 25 Feb 12 at 09:11:46
Siapakah gerangan orang tu yang merendah-rendah kan engkau titan ? … nampak sangat tak kacak orang tu …
b3njy - 25 Feb 12 at 09:13:32
Betul kata kau titan … ini blog engkau suka hatilah apa mau cerita … kalau rasa blog titan tak kacak bla jelah …. bukan titan paksa pun diaorang baca kan … hehehehe (aku peguam bela titan)
b3njy - 25 Feb 12 at 09:14:00
Mungkin kah orang tu sengaja bergurau kasar … ?
merahkatak - 25 Feb 12 at 11:23:03
memang lelaki jujur disukai oleh ramai orang. lagi-lagi kat orang perempuan. haha
Mr.Sepet - 25 Feb 12 at 11:35:47
kacak untung byk tu ..
Izzat Aziz - 25 Feb 12 at 11:39:17
Dapat buat 20 ringgit sehari pun aku dah rasa bangga. Takpelah mula-mula ni tunjuk yang sikit-sikit, lama-lama boleh lah banyak-banyak.

Jadikan yang sikit-sikit sebagai pembakar semangat, tak kan nak kata ‘eleh sikit je dapat’, memang tak kan berjaya lah.

Btw kagum bro, dapat buat duit :)
Denaihati - 25 Feb 12 at 13:00:19
kalau mamat yg cakap tu cukup kekacakannya, dia x cakap mcm tu lah. jujur tu memang sangat penting.
sabree hussin - 25 Feb 12 at 13:48:13
aku kalau dapat income juta-juta aku akan duduk diam-diam je. Lagi ramai orang tak tau, itu lagi bagus.

tapi kalau dapat dalam puluh-puluh atau ratus itu aku akan share, supaya orang lain pun boleh tahu macam mana nak buat.

bab orang nak sound-sound ni… eii bikin panas je, dah la masuk blog orang lepas tu nak buat kotor pulak.. biarlah hati dia je yang kotor, nak kotorkan blog orang lain jgak ape hal dia tu.. eii aku pulak yang nak ter’emo’ sekali
zik - 25 Feb 12 at 14:49:05
budak itu pembakar semangat sebenarnya… bagi aku lah….
rahman - 26 Feb 12 at 09:28:53
blogger poyo usah di layan sangat… anggap saja sebagai pembakar semangat
GodamOtak - 26 Feb 12 at 15:35:29
hahaha very kacak la geng. lantak la orang nak cakap ape. rezeki masing masing kan
nizam - 27 Feb 12 at 03:58:30
ok ape…daripada 1sen jadi 2 sen…
aku sokong kata ko tu…walaupun hanya seringgit rasa bangga kot sebab hasil dari kita kan.
Mekar - 27 Feb 12 at 06:13:07
Mybe org tu nak tengok blog earncent.com melatah atau tak pasal hal ni.

pst: semoga anda makin kacak
GodamOtak - 27 Feb 12 at 18:48:43
bila la pulak bleh dapat camni.. earncent memang memberi inspirasi..
kak ijan - 28 Feb 12 at 15:17:00
Tak apa lah, sikit sikit lama lama jadi bukit tk gitu? hehe :)



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011