Selalunya korang akan selalu jumpa gambar kanak-kanak dengan baju sekolah mereka melintasi jambatan yang macam akan runtuh pada bila-bila masa sahaja kan? Tapi aku rasa yang ini lagi kacak dari segi kengeriannya. Dan yang lebih kacak, budak-budak ni selamba aje melintas tanpa was-was.

Ya. Aku tahu ada yang dok gelak-gelak sebab kata aku bengong. Sungai cetek aje. Apa kes nak kesian dengan budak-budak ni kan? Kalau jatuh, bangun. Gi sambung naik jambatan dan gi sekolah. Basah pun basahlah. Nak pergi belajar tak boleh merungut kan? Yelah. Apa-apalah. Nak menang sangat. Ambik.
Apapun, aku tetap kagum dengan keberanian mereka untuk terus teguh dan cekal melintasi jambatan satu tali seperti ini. Aku sendiri tak pernah jumpa jambatan macam ini kat mana-mana melainkan ketika aku ikut kursus dan kena lintas jambatan satu tali nipis yang direka untuk menjatuhkan peserta kursus. Nasib aku tak jatuh. Tapi gadis-gadis comel ketika kursus, separuhnya jatuh. Indahnya panorama.
Ps: Ok..aku lapar. Nak masak sardin masak kicap.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Lelaki Bangladesh yang kacak | Top Link Referral MamaMurai.com »
















*pasrah
kesian budak2 tu
kalaulah aku nak titi tak lepas punya
nak berenang? adeeehhh tak pandai
jawabnya x bersekolah lah aku
auc dot com. Aku rasa budak-budak ni pandai berenang. hehe
bila bersusah2 nak cari ilmu
pasti berkat ilmu yang di pelajari
sardin msk smbl lg sodap :p
agak2nya kalo la perkara ni berlaku kat cni..mmg xde la gamaknya
aku harap,anak2 aku semangat camni nak gi sekolah…
p/s-ade yg kena jalan sikit, dah malas nk p sekolah… =)
tomboy ni..hha
tapi suka cara diorang…sanggup pegi skolah ngn cara tu..kalau aku ponteng jer kalau ikutkan…