Aku cuma nak update ringkas sahaja sebelum aku pergi berurut. Peha aku terhentak tadi. Terjatuh sebab lantai licin sangat. Akibatnya, aku terasa macam lebam. Nak kata terseliuh pun boleh juga kot. Istilah doktor-doktor ni aku tak tahu. Mungkin korang yang kerjanya kat farmasi atau hospital kerajaan boleh beritahu. Sekarang ni, aku cuma sapu ubat aje. Kasi lega sikit. Nak solat pun terasa gak sakitnya..

Ok. Hari ini aku nak share bayaran terkini yang aku dapat dari program Triond. Mesti ramai yang dah lupa kan? Aku sendiri pun dah lupa sebab aku dah lama tak buat siri-siri promosi baru untuk Triond ni. Pendek kata untuk tahun 2012 ni, langsung tak setat enjine. Maklumlah, aku sibuk dan demam segala bagai. Masuk tahun 2012, memang penuh cabaran dan dugaan. Tapi aku yakin, Allah takkan bagi aku dugaan kacak-kacak macam ni kalau aku tak mampu menghadapinya. Jadi, aku terima dengan seadanya. Dahlah demam, peha plak macam lebam, hingus selsema plak macam bertambah plak. Aishhhh..

komisendaritriond Komisen ke 8 dari Triond


Nak promosi atau buat duit dengan Triond ni senang aje. Lebih kurang sama aje Insentif yang Denaihati dan MamaMurai tu buat. Cuma Triond ni bayar kita guna USD la. Dan minimum bayarannya juga sangat rendah. Cuma perlu capai $0.50 USD sahaja, dan puff. Setiap bulan, diorang akan hantar bayaran ke akaun paypal kita. Oleh sebab aku sangat malas, jadi itu sahajalah yang aku dapat. Berbeza sangat dengan bayaran yang aku terima dari TipsPTD, bukan? Tapi, sikit mana atau banyak mana yang aku dapat, aku bersyukur. Aku tak perlu bunuh orang atau merompak sambil naik moto untuk mencari sesuap nasi atau membeli 1 kotak Jus Monavie.

Berminat dengan Triond? Gi daftar sini: Triond

Ps: Ok, siapa mahu ikut melancong ke Tasmania dengan aku? Tapi korang kena buat passport dululah. Dan yang lebih penting, korang kena kacak. Baru leh ikut. Haha..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 22 comments. Apa plak komen korang?
anif - 17 Feb 12 at 12:51:59
Kalau rajin boleh dapat banyak lagi tu..
b3njy - 17 Feb 12 at 15:10:20
Wow !! … Benjy dah start bersemangat dah ni … nanti weekend ni Benjy try salah satu program yang engkau syorkan … semoga benjy ter klon tuah engkau .. :D engkau ni memang kacak Oooo :D
sukacuka - 17 Feb 12 at 22:33:27
tak yah membahayakan diri sendiri untuk melakukan jenayah..
lazaac - 18 Feb 12 at 01:03:54
erk… byk nyer prog bro masuk… aku dah xterurus da nak masuk suma… :p
yas - 18 Feb 12 at 01:17:27
bak kata org tua2…sikit2 lama2 jadi bukit…ok la tu.
merahkatak - 18 Feb 12 at 01:39:30
biarlah sikit. Tapi bermakna.
apapun, aku nak ko belanja aku wehh..gua lapar ni.
Juan - 18 Feb 12 at 03:52:28
terbaiklah titan, eh titan aku nak approve paypal camner, leh tolong?
chii - 18 Feb 12 at 04:28:42
slalu sgt update ringkas..tp xde la ringkas sgt pn..



jatuh lantai..sakit tu terhentak..nnt da lama baru terasa sakitnya…

../// chii ada pasport daa..nak ikutttt
azmanisma - 18 Feb 12 at 04:45:21
Kena urut tu,kalau tak bengkak…
LawrenceVision - 18 Feb 12 at 07:32:55
Macam menarik juga cuma perlukan komitmen yang lebih untuk dapatkah hasil yang lebih kan hehe
zuls - 18 Feb 12 at 08:20:10
triond macam best.. sesuai ke aku pasang kat blog adfly aku?
tehrtehr - 18 Feb 12 at 08:33:49
Tak ada cara ke nak klon kemahiran ni?
hehe
W.HabibuRahman - 18 Feb 12 at 09:36:16
lepas habis sakit mesti boleh buat banyak lagi duit tu…
Cyza - 18 Feb 12 at 13:50:21
Walaupun sikit, syukurlah masyuk juga…ye tak?
kimmie - 18 Feb 12 at 14:38:21
ada juga dari tak dapat langsung kan.
esempoi - 18 Feb 12 at 14:44:35
letak minyak dan urut sikit2

eh titan, duit innity dah masuk ke?
aku nya lambat lak bulan ni..

ni 18hb
KiD - 18 Feb 12 at 15:15:39
tak pernah dengar triond nih…
sjiehan - 18 Feb 12 at 15:29:12
kene letak banner ke tulis entri?

cam menarik je
cik tom - 19 Feb 12 at 13:53:50
jelessssss!
rahman - 19 Feb 12 at 17:34:07
mengurut.. di mana tu
samdaddycool - 19 Feb 12 at 17:58:14
KEsi9an ko.. kalau dah kawen, bole manja2 (+ngada2) minta urut (macam cerita madu 3)
shraqs - 20 Feb 12 at 05:21:47
Triond pun ko ada masuk bro. Dulu aku aktif jugak d Triond,.. sekarang dah berkubur,.. malas nak buat post :)



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011