Ok. Hari ini aku nak update ringkas saja dan memang saje je nak bagi korang jeles memandangkan hingus aku dah kurang sikit hari ini. Penat gak asyik jaga hidung sepanjang masa. Nak bersin pun, kena cari port. Kang kena orang lain, tak pasal-pasal aku dapat title penyebar virus selsema paling kacak di Banting. Huh.
Dalam bulan lepas, aku ada promosi satu ebook iaitu Ebook TipsPTD sempena peperiksaan Penguasa Kastam yang telah diadakan pada 4 Februari 2012 tempoh hari. Jadi, dalam masa dekat 11-12 hari itu aku telah promosi. Mula-mula, guna 1 artikel dulu. Pastu, tambah satu artikel. Bila aku rasa macam target dah tercapai, aku saje tambah satu lagi artikel untuk kasi search engine gila sikit. Jadi, sekurangnya ada 3 artikel aku berkaitan dengan peperiksaan Penguasa Kastam yang bakal menjadi carian oleh ribuan orang yang bakal menduduki peperiksaan tersebut. Tapi aku telah cipta beratus-ratus pintu untuk ke 3 artikel aku tersebut dan bila mereka dapat masuk ke artikel aku, mereka ada peluang 50-50 untuk klik iklan yang aku umpan. Dan bila mereka masuk website TipsPTD tu, aku masih ada peluang 50-50 untuk berharap mereka beli ebook tersebut.

Terima kasih kepada 52 pembeli ebook TipsPTD yang berjaya termakan umpan aku dan aku harap semua 52 orang tu akan lepas dalam ujian bertulis itu dan layak ke peringkat temuduga dan peringkat yang seterusnya sekaligus berjaya menjadi Pegawai Kastam yang kacak belaka.
Tips untuk berjaya dalam affiliate. Senang aje. PASTIKAN, blog korang mesra search engine dan kuasai beberapa keyword yang menjadi carian ribuan dan jutaan rakyat Malaysia setiap tahun. Isu semasa, kartun, sukan, politik dan macam-macam isu lagi merupakan beberapa trik untuk menjadikan blog korang menjadi satu brand yang akan diingati oleh ramai orang. Toksah tengok lain. Mengapa nama Titan dan Earncent menjadi satu memori terindah dalam hidup korang sampai korang susah nak lupa setiap hari? Haa, macam itulah penangannya. Betul tak? Macam mana aku mencipta brand untuk blog ini, macam itulah juga aku cipta brand untuk blog-blog super aku yang lain dan memastikan trafik sentiasa masuk setiap hari. Jadi, kalau aku boleh. Korang pun boleh. Ambil masa, buat ujikaji, rajin berusaha dan tak mudah putus asa. Itu aje resipi kejayaan aku sehingga hari ini.
Dah, cukup. Jangan kata aku tak pernah kongsi rahsia kejayaan aku menjadi blogger kacak dalam blog ni nanti ye. Walaupun komisen yang aku dapat dari TipsPTD ni tidaklah sebanyak gaji bulanan korang, tapi cukuplah aku bantai roti telur dan teh tarik setiap hari selama sebulan. Itupun dah cukup mengagumkan, bukan?
Ps: Ok. Insya-Allah, dalam minggu ini aku akan udpate siapa yang menang.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
















kasik up hadiah pertandingan kena denda tu
kata ustaz aku dulu
kalau kita berkongsi rezeki yg kita dpt tu makin byk kita akan dapat
Apa mcm ?? x nak kasi up ka itu punya hadiah..??Muahaha..
Hahaha
aku kurang percaya la ngn mende ni…
Congrats bro
tpi ko mmg terbaik bab2 kasi umpan ni…ko mmg pndai buat umpan yer…. =)
p/s-thanks jugak sbb kongsi cara nak buat umpan tuh…
rezeki yerk… bagus3..
Sorrylah tak dapat join contest
denda sekolah tuh.. segan plak
nak kongsi aku kena denda dgn
korang.. hik3.. lain kalilah aku join
Aku ada 3 jualan je..
terbaik!!
klo ade benda macam ni lagi, ajak …
nak merasa jugak ribu riban.. heheeh