Ya. Hari ini gua rasa gua agak ok sikit berbanding dua tiga hari lepas. Gua rasa hari ini gua gembira sikit sebab ada ramai blogger kacak yang sebut nama gua dalam blog mereka. Gua tahu, ramai yang rindu dengan gua punya bebelan. Ya. Gua tahu, lu orang semua rindu gua punya virus kacak, bukan? Ya. Gua tahu, semua itu ada dalam poket gua. Terima kasih gua ucapkan sebab lu orang semua banyak rindu sama gua sampai ada yang tersebut nama gua dalam mimpi korang. Cuma gua harap mimpi tu bukan mimpi basah sudah la. Wa tak mau bertanggungjawab aa. Melainkan lu orang gadis muda yang cantik-cantik dan muda belaka. Haha..

Ya. Gua tahu, Malaysia sudah layak ke peringkat suku akhir untuk saingan Piala Thomas selepas mengalahkan Hong Kong. Biasalah, Hong Kong bukan saingan kita walaupun gua tahu macam mahu kalah tipis aje. Hafiz Hashim kalah pula. Gua harap Hafiz Hashim boleh bagi kemenangan. Darren Liew ni susah sikit gua nak percaya. Selagi dia tak boleh kalahkan Hafiz dan Chong Wei, gua rasa susah dia gantikan itu dua orang bekas champion All England. Gua harap, Koo dan Tan boleh terus bagi 1 mata untuk skuad Piala Thomas kali ini. Hari ini lawan Korea Selatan. Gua tak tahu kat tv ada live atau tidak.
Ya. Gua agak gembira sebab semalam gua punya team kegemaran iaitu Selangor berjaya meleburkan rekod tanpa kalah itu Kelantan. (Yang ni, memang kena BOLD. HAHA!) Kepada peminat kipas susah mati Kelantan, bukan gua mahu kata apa. Semalam malam Selangor. Jadi, terima kekalahan dengan hati terbuka. Selangor kalah dengan PKNS tempoh hari tu pun, sebab mahu bagi galakan pada PKNS agar lebih banyak meraih kemenangan dalam Liga Super tahun ini. Tapi kalau dengan Kelantan, Selangor mesti mahu menang punya. Hehe..
Ya. Gua tahu ada orang berani umpat gua dalam blog. Gua tahu siapa orang-orangnya. Tapi gua malas bikin kecoh. Gua anggap lu orang semua blogger kacak. Sebab berani umpat dan sound gua walaupun gua bukan fofular macam itu Fatin Liyana ataupun itu brader Denaihati. Gua blogger kacak saje. Gua cuma kenal apa itu duit, apa itu kacak, apa itu Jus Monavie dan apa itu blog. Lain-lain gua susah sikit mahu ambil port. Tapi sekerek-kerek gua pun, gua pernah score gol kemenangan bagi rumah sukan gua dan berjaya membuatkan team rumah Merah jadi Johan dalam pertandingan bola sepak peringkat Sekolah. Lu orang ingat senang ka??

Ya. Gua tahu, ada orang mahu gua jadi BFF dia. Baik lelaki atau perempuan. Kalau lelaki, gua takut nanti ada orang salah faham dan ingat kami orang gay walaupun hati kami memang cintakan gadis-gadis. Kalau BFFnya perempuan, lu orang ingat gua penggoda gadis nombor 1 di Banting walaupun gua cuma pegang ranking tu tak sampai 10 tahun. Tapi kalau lu orang mahu gua pilih siapa Top Malaysian Blogger BFF gua. Gua pilih 3 orang. Itu pakcik Denaihati, Itu adik Ariff Shah dan juga itu brader Rohaizad. Gua pilih sebab gua rasa satu hari nanti gua mungkin ada berkesempatan jumpa mereka. Gua haraplah. Kalau tak sempat, tak apa. Gua tak untung, depa pun tak rugi. Ini perenggan, gua kasi kredit baik untuk pertandingan Top Malaysian Blogger BFF MamaMurai. Tanda gua support dia punya segmen. Nanti dia kutuk gua plak kata gua tak join segmen dia. Haiya..gua demam maa..
Ya. Gua tahu, gua agak malas untuk balas komen dan pertanyaan korang tak kiralah di blog ini, blog gua yang lain dan juga di email. Maafkan gua sebab memang gua memang belum kacak lagi untuk berbuat demikian. Kalau sempat, gua balas. Kalau tak, faham-faham ajelah. Tapi kalau mahu cepat, contact gua terus melalui ruang contact gua. Gua check gmail gua hari-hari. Tapi gua tak sempat nak check semua blog dan reply komen lu orang semua. Tapi gua ada komen blog lu orang semua, itu tanda gua tengah tensen dengan hingus gua.
Ya. Gua tahu..
Dah la. Berapa banyak dah gua tahu. Walaupun gua tahu gua ada banyak kasi hati lu orang susah sebab asyik ingin tahu siapa yang bakal jadi juara dalam pertandingan TUT tu tapi gua buat bodo dulu sebab otak gua belum betul lagi. Masih ada lagi sisa-sisa virus selsema yang membuatkan gua jadi tak berapa kacak dalam 2-3 hari ini. Jadi, gua minta maaf sebab lewat. Kalau lu orang mahu marah. Marahlah. Gua tak da kisah punya. Sebab gua tau gua memang ada buat salah sama lu orang. Malah, ada pertandingan yang gua terlupa mahu sertai disebabkan kekurangan gua dalam 2-3 hari ini. GUa harap lu orang jangan kecil hati. Gua tahu lu orang semua besar hati. Jadi, sila maafkan gua. Ini mandatori dan muktamad. Sila maafkan gua dengan setulus hati. Kalau tak ikhlas pun, pura-pura aje ikhlas. Boleh bukan? Gua tahu, lu orang cukup pandai bab-bab berpura-pura ni, kan?
Ps: Hari ini gua jumpa ramai orang. Macam-macam bangsa dan rupa. Jadi, gua tak ber”aku” hari ini. Gua, gua, lu, lu, gua, lu, lu..dan gua dan gua. Susah mahu adjust balik. Lu orang ada jampi mahu kasi gua betul sikit gua punya percakapankah??
hahaha….lu mmg kacak dont worry
Entry yang cukup panjang… Letih membacanya!
haha.. kali pertama aku rasa ko guna perkataan gua dan lu dengan kacak.
apapun, makan ubat tu. Cepat sembuh. nanti tak payah ramai orang sebut nama ko dalam blog diorang.
ubatnya satu je.. komisen masuk. wakaka
saya titan kalau pergi pasar raya sekarang beli stok air asam jawa, lantaklah terkulat2 minum tapi akan tetap minum supaya tak demam dan tak hilang suara…
cepat tukar bahasa cepat. pening aku gua lu ni. kalau ko tak tukar cepat, ko yang akan bertukar jadi beruang kacak. haha..
gol safiq rahim mmg terbaik!
skrg kecoh pasal penonton bergaduh…
isk3…
pelik bebenorrr!
huhu, nak ajak orang kelantan gadoh nampak? haha.. gurau jer.. lama tak singgah sini weyh.. huhu
Uish!! ko ni kena sampok ke apa ?? sebelum-sebelum ni tak pepenah pon ko guna kata ganti diri ‘gua’ ni.Adeh…
Malaysia menang dengan Korea, bro. 3-2
Huh! Harap-harap cepat sembuh.
gua lasa gua makin kacak lepas baca entli lu ini hali… telima kasih lo… :p muehehe..
gua bagi satu lancangan buat duit punya kasi tambah kacak, lagi itu hingus hilang… mau kah
hehe… titan, macam mana ko tahu saya umpat ko sebab tak join sekali segmen tak seberapa tu? Kacak titan… ko memang kacak sangat sebab pulun semua entri saya dengan komen yang kacak…
Pst.. bilalah nak sembuh demam tu.
gua doa lu cepat sembuh..habis dah berjangkit lak..haha
hehe..aku suka entri ko kali ini. bergua-gua sekarang ye..
lain kali kelantan menang dengan selangor
aku boldkan font besar punya
haha
Gua ingatkan lu nak rock tadi…tetiba all in one lak….:)
adeehhh
deman la pulak baca enri ni
panjang berpino biji mato
moga lu cepat kebah bro ;0
haha . . terbaik la .. btw mmg kacak pun .
hahaha..lu gi kursus kerja ka…lu pergi kursus jadi along ?/haha
pandai dia combine semua fakta sekaligus dlm satu entry santai .. moga cepat baik demam yek
gua harap lu cepat sembuh…
Lu memang steady bro hehe…lu banyak ilham income online ni, sebab tu gua suka lu hehe…:-)Gua banyak belajar drp lu hehe…:-)
pakcik denaihati…hu hu…
aku pun berharap sangat Piala Thomas kali
berjaya
rileks bro. lu memang kacak. gua pun tahu juga. apapun tahniah team favourite lu menang dengan kelantan. chayok bro!~
huhuhu.. gua tau lu kacak… gua harap lu sentiasa sihat.. kalau selalu tak sihat boleh hilang kacak
Ayo masih demam lagi yo kang? Wes mangan obat urong?
gua pening baca sbb terlalu banyak gua la. hehe. entri sekali harung ni.
jgn duudk kt gua sudahlah..
pening tak cuma rasa lain bila tukar pada ayat2 cina..gua jadinya
Assalam..
Duduk diam2 kat rumah, jangan keluar ke mana2, nanti berjangkit kan susah…
bagus cara hang ni titan,membuat kan orang2 disekeliling semuanya rasa susah hati..hehe
Wah best friend dia semua kacak-kacak belaka. Saya antara melukut di tepi gantang. Ha..haa….
berbelit lidah aku nak nak habis baca entri ni…
bila dah sakit hampeh tak kacak lagi pun.. har3
kacak luar, kacak dalam, kacak sana sini.. lu kacak la bro…
berapa banyak gua tahu daaaa…..
gua lasa fening lalat sekali baccaaa ini kali enteli sehingga ke penghujung palagelaf… hahhahaha
ya gua pon tahu ramai mahu jadi BFF lu
lu mmg kacak ooo….
Btw, Malaysia dah qualified pusingan akhir Piala Thomas. Gua maleh nak tulis sbb gua tahu ramai dah tulis juge…
gua rasa gua nk gi masuk gua kelam skrgni gak la..hihi…
wei..korea da kalah..so macam mana padangan? boleh down kan china tak titan?
Orang gila tahap gaban je yang rindu dengan kekacakan tuan punya blog kat sini…. hahahaha
orang dh kacak mesti byk yg rindu hehe
Glamer lagi lah si kacak ni lepas ni. hehe
ko sentiasa kacak dlm dunia blog..
pnjg giler!dh tgk cam teks terima award je..hehehee…
Bila cakap ini macam, gua ada teringat lu nyer entri pasal… “lu kena respek sama gua”
hahaha. entri buat aku senyum sorg petang ni..hahaha. Cayalah…