Tatkala aku sedang sengsara bertarung dengan virus-virus selsema dan demam yang merasuk diri lelaki kacak ini, aku mahu pohon kemaafkan sebab terlalu lambat publish siapa yang menang dalam contest tempoh hari hari. Bukan aku tak nak publish. Tapi keadaan aku memang tidak mengizinkan. Insya-Allah, kalau aku rasa badan dah kebah sikit, aku akan buat sesuatu untuk contest tersebut.
Jadi, aku tak dapat nak berbalas panjang, mengomen mesra atau nak cari gaduh dengan Adele atau Farah macam yang biasa aku lakukan. Atau tak dapat nak kupas isu-isu panas macam isu pekerja KFC yang dikatakan kurang ajar tu mahupun ulas tentang perlawanan bola sepak yang sedang berlaku pada malam ini. Dan macam-macam lagi.

Serius, aku tak berapa selesa sekarang ni. Hidung tersumbat, belakang mata terasa macam ada orang ketuk dengan tukul, kalau batuk, terasa kerongkong aku macam disapu dengan pasir kasar, bila tarik nafas, terasa plak macam tak cukup oksigen. Sudahlah aku tengah dalam kursus ni. Memang sengsara juga dibuatnya. Haha..
Ok. Itu aje berita pada malam ini setelah 2 hari bertarung nyawa dengan demam yang tak menentu. Betullah kata orang, demam atau sakit ni, memang tak kacak. Nak mengorat awek pun rasa macam tak best aje walaupun ramai awek yang bersimpati dengan lelaki kacak ni.
Ps: Oklah. Aku mengantuk. Baru aje telan ubat selsema. Memang bakal lalok selepas ini. Ada orang mahu temankan aku tidur pada malam ini?
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat – Buat duit dengan Edomz | Komisen kedua dari Metavertizer »
















abrar. haha..kalau berani la. haha..
kalau x baik jugak
telan semua ubat yg doktor bagi tu
pasti baik punya
aku rasa adele tulis situ Juon.. bukan Juan kan hak2
ok faham.. ang telan pil
Huhu
mmg xsabar nk tau result nih .. apepun moga cepat sihat ye. sy pun kena selsema gak baru2 ni tp alhmdllh cepat kebah
klu gaduh mmg tka kack.
get well soon
apa pun..get well soon
Moga cepat sembuh ya lelaki kacak.