Sementara aku ada masa sikit ni, aku nak cerita satu lagi program yang aku baru sertai. Nama program tersebut adalah Edomz.com. Benda ni ada bau-bau bacang sikit macam program Paid-to-Promote.net. Yang bagusnya, mereka terima trafik dari Malaysia. Walaupun tidaklah tinggi, tapi sekurangnya ada hasil jugaklah daripada takde langsung. Yela, kalau letak banner kat blog kita, tapi satu sen pun tak jalan dalam sehari, mahu sakit jiwa kan? Kalau lelaki kacak, mahu hilang kekacakan beliau. Jadi, aku telah cuba dalam 3-4 hari benda ni. Memang ada bergerak juga earning aku. Oleh sebab aku cuba kat salah satu blog yang tengah aku upgrade secara perlahan-lahan untuk jadi superblog, jadi earning pun agak perlahan. Tapi kira oklah tu. Aku tengah try add 2-3 blog lagi untuk tingkatkan earning blog aku. Hoho..
Apa yang aku tahu tentang Edomz ni:
1. Blog korang mesti trafik tinggi. Kalau trafik ciput, memang sakit jiwalah nak buat duit kat blog ini. Jadi, perbanyakkan trafik dalam blog korang. Blog yang ada trafik tinggi ni, mana-mana program akan suka.
2. Minimum bayaran adalah 5 dollar. Jadi, takdelah susah sangat nak capai jika bayaran dibayar berdasarkan impression dan popup. Ya, earning memang dibayar berdasarkan 2 benda ni. Kalau blog korang jenis tak boleh terima iklan popup. Jangan mengada cuba program ini.

4. Diorang bayar guna akaun paypal. Itu aku suka. Aku suka terima bayaran melalui Paypal, Alertpay, Cek dan transfer ke akaun bank. Jenis bayaran lain, aku tak suka. Menyusahkan aku. Kalau Google Adsense, nak tak nak aku kena terima guna Western Union. Nak tunggu cek, memang berjanggutlah nak rasa duit tu. 2 bulan maa. Lama tu kalau nak tunggu cek Adsense clear.
5. Dan aku tak paksa korang sertai Edomz ni kalau korang jenis tak suka mencuba macam aku. Program Edomz ni berbeza dengan Nuffnang, Innity, 701panduan atau Advertlets. Sebab income utamanya adalah iklan popup. Kalau korang jenis tak boleh terima iklan popup dan rasa iklan ni annoying sangat. Sila abaikan. Iklan yang keluar pun bukannya iklan suruh korang LIKE facebook orang lain atau korang kena undi perdana menteri negara mana yang paling kacak pun. Iklan biasa-biasa aje. Tapi kalau tetiba ada iklan yang korang tak suka, korang leh contact diorang dan suruh diorang buang iklan kategori mana yang korang tak suka. Setakat yang aku check dalam 3-4 hari ini, tak ada lagi iklan mengarut macam suruh kita LIKE facebook itu ini.
Dah, daftar kat sini: Edomz.com
#Contest dari Petronas ni masih jalan lagi rupanya. Ada sesiapa dah join? Aku nak cedok sikit idea dari korang. Mana tahu, leh menang. Haha..
Ps: Kalau sempat, malam ni aku update siapa yang menang. Kalau tak sempat, esok atau lusa. Kalau tak sempat, aku akan sempatkan juga. Sila ingatkan aku malam nanti ye. Hehe..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen ke 49 dan 50 dari Text Link Ads | Lelaki kacak sedang demam selsema. »
















*tak tidur mlm ni tunggu keputusan hehehe
Pe2pun, cepatlah sesape yg berminat utk mencuba sebelum terlambat!
tak layak ni
haha habes terasalah sape yang buat macam nie..haha
nice sharing bro..nanti boleh try usha
brape taun leh request payment nie…
hari tu hajat di hati nak join paid-to-promote.tapi nampak annoyinglah.eDomz ni ok sikit aku tengok.
kang x psal kena pangkah trus bru tahu…haha..