Aku bukan nak tulis pasal lelaki kacak pandai menjahit langsir atau memasak ayam masak kicap. Sebab memang aku pandai memasak dan menjahit. Tapi hari ini aku nak bercerita pasal kekalahan kedua Malaysia kepada Bahrain malam tadi. Berbeza sekali berbanding pada perlawanan pertama mereka. Mungkin faktor bermain di tempat lawan, kita terlalu menghormati Bahrain sehingga sukar untuk mencari gol. Sampai terpaksa masukkkan Hazwan untuk dapat gol pertama Malaysia. Mungkin patut Hazwan dimasukkkan sejak awal lagi sebab aku rasa beliau ada kaki yang mampu menjaringkan gol. Tapi cakap apa pun tak guna sekarang sebab kita dah kalah 4 perlawanan. So, memang mustahil untuk layak ke playoff..

Syria pula ternyata membuka peluang besar untuk menjuarai kumpulan selepas mengalahkan Jepun malam tadi. Dengan angka jaringan yang sama ketika Bahrain mengalahkan Malaysia. Walaupun begitu, aku harap pada perlawanan menentang Jepun dan Syria, para pemain boleh berbuat sesuatu. Kalah tak apa. Tapi sekurangnya mencari 1 kemenangan berharga sebagai pengalaman yang tidak boleh dibeli. Bukan senang nak lawan pasukan luar. Jadi, gunakan dua perlawanan terakhir ini untuk test power apa-apa yang boleh. Kita masih ada peluang untuk berjaya pada masa yang akan datang untuk menjadi pasukan yang disegani dalam peringkat zon Asia.
Apapun, terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sanggup bersengkang mata dari pukul 11 suku sehinggalah kul 1 lebih untuk menyokong pasukan Malaysia dan seterusnya sanggup menonton lagi perlawanan antara Manchester United menentang Chelsea yang berkesudahan Chealsea putih mata apabila United mampu menjaringkan 3 gol untuk menyamakan kedudukan 3-3 sehingga tamat perlawanan. Peminat Chelsea mesti hantuk kepala kat dinding bila mereka gagal menewaskan pasukan kacak macam Manchester United. Hehe..
#Aku tak sangka ramai gila response pasal entri Lelaki kacak suka perempuan gigit. Korang memang suka entri-entri macam ni rupanya. Haha..
Ps: Oklah. Aku nak gi shopping jap. Siapa mahu ikut??
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Kenapa lelaki kacak suka Morning Musume? | Komisen ke 49 dan 50 dari Text Link Ads »
















mcmlah dia pemain bola malaysia, nak ucap terima kasih plak..kuikui
elehh..jeles la tu..
benjy. Diorang dah banyak kemajuan. Cuma belum cukup cemerlang sahaja..
realiti orang kacak kena tahan
tekanan bila main bola..ermm..
from hero to zero
Hazwan mampu menjaringkan gol, Shakir mampu membolosi pertahanan lawan cuma masih gugup di pentas antarabangsa.
zool. Itulah, patut hazwan dan nazmi masuk dari awal lagi. Pemain tengah tak berapa hidup malam tadi..
harimau muda masih muda. So, ada masa lagi nak jadi kacak. Theme aku kurang sesuai guna thread comment. Hancur team ni nanti. Aku dah cari plugin yang sesuai. Tapi memang takde yang sesuai. So, terimalah seadanya. Haha..
Sabree Hussin. nak buat macam mana. Hormat sangat. Kita kena cari pemain yang tinggi dan berbadan sasa. Langgar aje pemain lawan lepas ni. haha..
memangla sokong tapi kurang menyengatla permainan..
walaupun pahit huhuhuh
Aku tgk jap, bosan. Tukar channel. ahaha