Aku bukan nak tulis pasal lelaki kacak pandai menjahit langsir atau memasak ayam masak kicap. Sebab memang aku pandai memasak dan menjahit. Tapi hari ini aku nak bercerita pasal kekalahan kedua Malaysia kepada Bahrain malam tadi. Berbeza sekali berbanding pada perlawanan pertama mereka. Mungkin faktor bermain di tempat lawan, kita terlalu menghormati Bahrain sehingga sukar untuk mencari gol. Sampai terpaksa masukkkan Hazwan untuk dapat gol pertama Malaysia. Mungkin patut Hazwan dimasukkkan sejak awal lagi sebab aku rasa beliau ada kaki yang mampu menjaringkan gol. Tapi cakap apa pun tak guna sekarang sebab kita dah kalah 4 perlawanan. So, memang mustahil untuk layak ke playoff..

429031 378026945556506 100000476123832 1634521 438524224 n Kekalahan kedua yang tak kacak..


Syria pula ternyata membuka peluang besar untuk menjuarai kumpulan selepas mengalahkan Jepun malam tadi. Dengan angka jaringan yang sama ketika Bahrain mengalahkan Malaysia. Walaupun begitu, aku harap pada perlawanan menentang Jepun dan Syria, para pemain boleh berbuat sesuatu. Kalah tak apa. Tapi sekurangnya mencari 1 kemenangan berharga sebagai pengalaman yang tidak boleh dibeli. Bukan senang nak lawan pasukan luar. Jadi, gunakan dua perlawanan terakhir ini untuk test power apa-apa yang boleh. Kita masih ada peluang untuk berjaya pada masa yang akan datang untuk menjadi pasukan yang disegani dalam peringkat zon Asia.

Apapun, terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sanggup bersengkang mata dari pukul 11 suku sehinggalah kul 1 lebih untuk menyokong pasukan Malaysia dan seterusnya sanggup menonton lagi perlawanan antara Manchester United menentang Chelsea yang berkesudahan Chealsea putih mata apabila United mampu menjaringkan 3 gol untuk menyamakan kedudukan 3-3 sehingga tamat perlawanan. Peminat Chelsea mesti hantuk kepala kat dinding bila mereka gagal menewaskan pasukan kacak macam Manchester United. Hehe..

#Aku tak sangka ramai gila response pasal entri Lelaki kacak suka perempuan gigit. Korang memang suka entri-entri macam ni rupanya. Haha..

Ps: Oklah. Aku nak gi shopping jap. Siapa mahu ikut??


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 54 comments. Apa plak komen korang?
adele - 06 Feb 12 at 02:41:12
eeehh,aku pun baru nak g shopping ni..haha

mcmlah dia pemain bola malaysia, nak ucap terima kasih plak..kuikui
adele - 06 Feb 12 at 02:41:50
rasanya lelaki je yg ramai respon entri tu..pempuan ckit takde heran pun.haha
titan - 06 Feb 12 at 02:52:45
adele..eleh..sibuk aje. orang nak gi shopping, dia pun nak juga..

elehh..jeles la tu..
adele - 06 Feb 12 at 03:01:34
org dr smlm mmg dah nak shopping..tak kuasa nak jeles :o
titan - 06 Feb 12 at 03:14:30
orang dah start shopping dari minggu lepas lagi..
Shahrul - 06 Feb 12 at 03:15:53
harap mereka boleh kalahkan Jepun nanti :D
titan - 06 Feb 12 at 03:19:23
shahrul. Betul, dapat kalahkan jepun dah cukup bagus. menang dengan syria lagi..haa..lagi bagus..
samdaddycool - 06 Feb 12 at 03:36:56
Paukan Malaysia belum cukup kacak
benjy - 06 Feb 12 at 04:06:47
Tu yang benjy betul2 menyampah tu … bilalah pemain malaysia ni pandai main bola ni yer …. :(
benjy - 06 Feb 12 at 04:08:05
Dah setahun main bola gi Rep. Chech lah gi australia lah … main gaya tu juga … macam mana nak maju … jangan sampai orang kata menghabiskan beras jeee …
titan - 06 Feb 12 at 04:12:33
samdaddycool.Ya, masih belum cukup kacak.Kacak sikit-sikit aje..

benjy. Diorang dah banyak kemajuan. Cuma belum cukup cemerlang sahaja..
zulkbo - 06 Feb 12 at 04:16:42
salam..
realiti orang kacak kena tahan
tekanan bila main bola..ermm..
from hero to zero :(
zool - 06 Feb 12 at 04:23:48
memang sedih bila kalah lagi.. Tapi kalah kali ni memang nampak kelemahan di bahagian tengah. cuma yang agak baik bila nampak penyerang kali ini lebih baik dari penyerang sebelum ini..
Hazwan mampu menjaringkan gol, Shakir mampu membolosi pertahanan lawan cuma masih gugup di pentas antarabangsa.
titan - 06 Feb 12 at 04:36:48
zulkbo. nak buat macam mana..nazmi pun masuk lambat.Hazwan baru masuk, dah leh sumbat gol.Aku rasa kena pakai Hazwan dari awal lagi nih..

zool. Itulah, patut hazwan dan nazmi masuk dari awal lagi. Pemain tengah tak berapa hidup malam tadi..
Mohd Isa - 06 Feb 12 at 04:39:58
wah, kacak gila. apa-apa pun, harimau muda memang kacak. kalah takpa, janji pengalaman tu digunakan sebaik mungkin. pasti berjaya. wah, man utd lovers juga rupanya. kita serupa. ewah!
Mohd Isa - 06 Feb 12 at 04:40:48
uiks, ko tak pakai thread comment ke? cam mana nak follow up nanti? ruginya :P
sabree hussin - 06 Feb 12 at 04:55:11
adeh Malaysia masih mengekalkan rekod kekalahan dengan Bahrain :-p
titan - 06 Feb 12 at 04:57:34
Mohd Isa. Haha..aku takdelah minat sangat MU ni. Tapi sebab kawan aku suruh pilih satu team gak, aku pilih la MU. Haha..

harimau muda masih muda. So, ada masa lagi nak jadi kacak. Theme aku kurang sesuai guna thread comment. Hancur team ni nanti. Aku dah cari plugin yang sesuai. Tapi memang takde yang sesuai. So, terimalah seadanya. Haha..

Sabree Hussin. nak buat macam mana. Hormat sangat. Kita kena cari pemain yang tinggi dan berbadan sasa. Langgar aje pemain lawan lepas ni. haha..
yas - 06 Feb 12 at 05:10:22
Depa masuk sekali 3 ekoq…tu yg rimau terkejut tuuu….huhuhuhu
Long - 06 Feb 12 at 05:23:17
Pasukan Harimau Muda tetap kacak dan hensem walaupun dapat sumbat satu gol. Go Malaysia - Tanah Tumpah Air Ku
titan - 06 Feb 12 at 05:23:35
yas. haa..tau takpe. haha..
titan - 06 Feb 12 at 05:24:44
Long. Yap, sekurangnya ada gol. Jangan takde gol langsung. Hoho..
akubiomed - 06 Feb 12 at 06:29:47
Kita masih pasukan terbaik di Asia Tenggara.
azura - 06 Feb 12 at 07:05:58
kalaulah dari awal Harimau muda main dengan cerdas memang baik tapi ialah tengok cara kita dapat gol nampak sangat bersyukur muka Wan Zack bila Hazwan Bakri jaringkan gol…tapi semalam tak suka gaya rupa adik nazmi tu, rasa nak tolong botakkan
cikguden - 06 Feb 12 at 07:19:36
memang tak kacak bila macam ni
W.HabibuRahman - 06 Feb 12 at 09:51:34
Walau pewpon,aku ttp skong harimau Malaya.
Nizam - 06 Feb 12 at 11:07:24
aku hampa la tengok My main…huhuhu…
memangla sokong tapi kurang menyengatla permainan..
Cyza - 06 Feb 12 at 11:41:10
Aku nyaris2 tidur lepas dah kena 3-0, tapi aku cekal kan hati dan nasib baik 3-3.
Lawrence Vision - 06 Feb 12 at 12:15:07
Kena perbaiki kelemahan yang ada terutamanya dalam aspek hantaran dan menyerang
azman - 06 Feb 12 at 12:19:41
Aku langsung tak tgk.Malaslah sebab sibuk cat rumah semalam…
syaisya - 06 Feb 12 at 13:10:45
aku tgk sikit je, lps bahrain gol terus adik men ps2. Tngh holiday ni…hehehe
auc dot com - 06 Feb 12 at 13:13:10
terima seadanya
walaupun pahit huhuhuh
Pejuang Kesenian Extreme - 06 Feb 12 at 15:07:41
Permainan tak berapa cantik la..rasa sakit hati pulak bila tgk..
Kak Long Mawar Merah - 06 Feb 12 at 15:56:04
Kekalahan yang memang tak kacak
shraqs - 06 Feb 12 at 16:13:09
Aku kecewa betul ngan game nih… ingatkn blehla seri :(
nizamghazi - 06 Feb 12 at 16:19:47
Aku antara rakyat Malaysia yang sanggup bersekang mata. Apa2 pun tahniah buat M’sia even kita kalah. No worry. Malaysian tetap support ;)
Lizz - 06 Feb 12 at 17:36:48
aku mula2 sedih tengok stadium kosong tapi lupa plak maulidur kan..diorang respek. hahahaha
bardboo - 06 Feb 12 at 22:24:15
tak tengok pun game ni tadi…tapi apa2pun sedih gak malaysia kalah…
Norizwan - 06 Feb 12 at 23:26:20
Malam tadi kurang menyengat bila bermain….apa2 pun ia terbaik sebab ia pasukan terbaik di Asia Tenggara….
afendi - 07 Feb 12 at 03:17:32
kalah lagi..haduyai..attacking masih lemah la..passing pun agak xkemas..mungkin kena ada sorakan mega dari rakyat malaysia bru leh menang kot..tapi papepun mereka dah cuba..
nurmisnan - 07 Feb 12 at 03:50:06
pemain Msia kena banyak belajar lagi. Selalu fail corak pemain bila dah depan pintu gol.. banyak kesilapan berlaku..
Mohd Isa - 07 Feb 12 at 07:20:19
mmg payahlah nak follow up camni…klu aku tak baca balik…xtau la ko dah jawab ke idak komen aku tu…
rahman - 07 Feb 12 at 08:01:47
aku tengok 10 minit jer.. lepas tu tv nengok aku
Affan Ruslan - 07 Feb 12 at 13:24:03
Takziah buat Malaysia.
Aku tgk jap, bosan. Tukar channel. ahaha
tehr - 07 Feb 12 at 14:01:54
nampaknya belum masa kita nak kacak kat kampung orang
Dulu Lain Sekarang Lain - 07 Feb 12 at 14:02:46
Kawe sokong Malaysia abis-abisan.. tapi tengok MU main lwn Chelsea.. he he…
jomkongsi.info - 07 Feb 12 at 14:14:30
aku xamek port bola2 ni, tak minat lak haha
blackrosehunter - 07 Feb 12 at 16:22:43
kalah memang tak kacak..tapi tengok game tu macam lain sangat..nampak prestasi skuad harimau muda ni macam menurun..kalau tengok masa sukan sea hari tu mantap je main.
hafidz - 08 Feb 12 at 08:36:20
aku agak kecewa juga. tapi apa boleh buat. bukan rezeki kita untuk ke london. usaha perlu diteruskan dan jangan berputus asa harimau malaya!
fiezaradzi - 09 Feb 12 at 04:58:49
bukan rezeki pasukan kita kot.. huhu.. sedih terima kekalahan…
acapz - 09 Feb 12 at 06:36:23
xpe la. nk wt cmne. haha. mmng xkack pn tngok aritu. adoi la
Mekar - 10 Feb 12 at 03:53:08
Tahu-tahu Malaysia dah kalah. Apa2 pun boleh usaha lagi utk game akan dtg
sukacuka - 11 Feb 12 at 12:47:30
tak de rezeki..ley cuba lagi nanti..
sukacuka - 11 Feb 12 at 12:48:44
teruskan berlatih dalam pasukan yang sama untuk keserasian..pasti akan membuahkan hasil yang memberangsangkan.



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011