Ya. Entri kali ini berkaitan juga dengan artikel semalam. Ala, artikel bekas awek-awek masa aku belajar kat UMS dulu. Ya, ada orang yang teka betul mereka berasal dari kumpulan mana. Ya, mereka merupakan salah sebuah kumpulan penyanyi yang berasal dari Jepun. Nama kumpulan tersebut adalah Morning Musume. Video yang aku tunjuk dibawah ni adalah generasi terawal yang berjaya meletup pada tahun 2003-2004. Masa nilah aku masih belajar di UMS dan pada waktu itulah aku kenal Morning Musume. Untuk group ni, mereka generasi Sakuragumi Hatsukouen.
Tak, tak. Perkara sebenarnya adalah aku tahu tentang mereka melalui geng-geng Kolej Kediaman E di UMS. Masa tu aku masih duduk dalam. Tapi bilik paling gila masa tu adalah Blok B2 bilik 1.1.3. Sampai aku sendiri selalu terlajak masuk bilik sendiri. Kadang-kadang, aku terlajak satu tingkat. Kekadang, aku terlajak 2 tingkat. Nak masuk bilik sendiri pun sesat. Dan bilik aku masa tu memang bising gila. 3 ketiga-tiga katil dalam bilik aku pecah sebab selalu dikerumuni oleh budak-budak gila dalam floor tu. Selalu lepak bilik aku sebab waktu awal-awal dulu, cuma beberapa orang sahaja yang ada komputer kat bilik. Jadi, bilik aku jadi mangsa untuk tengok filem dan animasi termasuklah animasi One Piece dan Naruto yang sedang popular ketika itu. Filem Full House juga menjadi tonton warga kolej kerana bosan bila belajar tengah malam. Jangan terkejutlah kalau ada suara tak berapa sedap yang melalak tengah malam sampai budak bawah bilik aku terpaksa naik untuk marah kita orang. Haha..yang paling teruk, akulah yang agak skema sikit. Nak study pun susah. Nak tidur pun susah. Bila tiga-tiga katil dah ramai orang, macam mana aku nak tidur? Kadang-kadang, aku terpaksa rembat katil member lain untuk tidur. Hampeh tol..
Sakura Mankai dan Renai Revolution 21
Dua video ini antara favourite. Tengok banyak kali pun tak apa. Ya, aku tahu korang mesti tak suka. Mentang-mentang gadis-gadis comel dalam Morning Musume ni comel belaka, mesti ada yang fikir bukan-bukan. Tapi aku nak beritahu kat korang, Morning Musume nilah yang paling famous dikalangan warga kolej ketika itu. Tapi tak semualah. Budak baik-baik dan skema, tak layan benda ni semua. Semua layan cerita Full House aje. Sampai ada yang riak sebab dah tonton filem Full House berpuluh kali. Itupun mahu berlagak ke? Haha..
Jadi, kepada korang yang juga peminat Morning Musume. Aku rasa korang kenal siapa Niigaki Risa dan Takahashi Ai bukan? Ya, semua anggota lama Morning Musume dah graduate. Yang belum dan yang tinggal cumalah Niigaki Risa. Yang jadi awek aku tu. Haa..untuk generasi ke 10 Morning Musume, Niigaki Risa saja yang masih tinggal. Rata-rata ahli baru, baru aje direkrut pada tahun 2010 dan 2011. So, kiranya Niigaki Risa inilah yang kiranya macam ketua walaupun dia tidaklah setinggi mana. Pukul rata, hampir kesemua tinggi ahli kumpulan Morning Musume ni rendah belaka. Dari 150-165cm sahaja. Kalau aku menari bersama diorang, kiranya aku agak tinggi sikitlah. Haha..
Aku tak leh bayang kalau aku menari bersama mereka untuk lagu Renai Revolution atau Sakura Mankai ni. Tapi 2 lagu inilah yang paling aku suka berbanding lagu-lagu yang lain. Lagu Sexy Boy pun ok gak. Tapi lagu ni, orang perempuan mesti tak suka. Lagi-lagi kalau farah dengan Adele. Cik Liza pun mungkin tak suka juga agaknya. Haha..tapi aku tahu, ramai lelaki kacak suka tengok dan layan Morning Musume ni kan? Haa, jangan tak mengaku plakk ye..
Bagi aku Morning Musume lebih hebat dari mana-mana group K-pop. Dan bila Morning Musume ni muncul, barulah nampak group baru dari Korea plak muncul macam cendawan. Budak-budak k-Pop mesti berbulu dengan statement aku ni. Haha..
Ps: Ok, aku dah beli kacang. Malam ni nak bersorak untuk Harimau Malaya yang akan menentang Bahrain buat kali kedua dalam kelayakan ke Piala Dunia. Kena menang malam ni. Pukul 11 lebih pun tak apa. Janji aku sokong. Â Lagipun, esok cuti kan? Apa barang tidur awal..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Lelaki kacak suka perempuan gigit.. | Kekalahan kedua yang tak kacak.. »
















Hahaha
Kira bilik ko ni bilik untuk lepak,mesti hapening nyer hehehhe..
*aku selalu terklik banner mama murai tu.asalnyer nak klik submit,pandai ko letak situ hehehe yer
hahaha….
jepun satu pun tarak ada
Fav aku dulu masa zaman2 student.
Semuanya comel2 belaka. Geram!
la ni baru tgk citer2 jepun ngn korea..