Ya. Bulan lepas aku ada join satu pertandingan komen kat blog Cyza Sector. Macam biasa, aku memang takkan menang kalau ada budak farah ni. Oleh sebab aku malas bersungguh bertanding dengan dia, aku pun tak dapatlah tempat pertama dalam pertandingan tu walaupun aku yakin aku boleh lakukannya dengan separa kacak. Jadi, farahaznil telah menjadi johan dan aku hanya berjaya ditempat kedua. Kira oklah tu kan? Jadi, hadiah aku dah dapat. Leh tengok kat bawah:

contestcyzasector Lelaki kacak suka subjek kimia.


So, kalau korang pun berminat nak menang pertandingan komen diblog yang sama tetapi terpaksa bertandingan dengan aku dan farah, aku alu-alukan korang semua sertai pertandingan tersebut. Sekurang-kurangnya, aku mahu korang kalahkan si farah tu. Asyik dia aje menang pertandingan komen ni. Mana aje pertandingan aku masuk, mesti budak perempuan ni ikut. Aku join pertandingan ni, dia ada. Aku gi sana. Dia ada. Aku gi sini. Ada aje. Memanjang ikut aku. Aku jual jus monavie pun, dia pun mengada nak jual gak. Aku bagi kang siku potong. Baru tahu. Huhu..

Ok. Pertandingan komen di blog Cyza Sector ni dijalankan selama sebulan. Hadiah yang ditawarkan walaupun tidaklah selumayan mana ataupun bagi gadget pilihan yang korang nak mahupun percutian ke Hawaii. Tapi bolehlah beli keropok lekor tiap-tiap petang selama 1 minggu. Lumayan gak tu. Jadi, kalau korang kacak, korang kena buktikan dengan menyertai pertandingan ini.

Siapa Cyza Sector ni? Aku yakin ramai yang tak kenal beliau. Mehlah aku kenalkan dia. Umur dia aku rasa muda lagi. Sama umur dengan Ally Iskandar kot. Kiranya geng-geng lelaki kacak area 30an. Tapi aku yakin dia tetap kacak walaupun aku lebih kacak dari beliau. Mamat ni lelaki. Bukan perempuan. Kalau nak mengorat dia, boleh. Tapi kena minta izin bini dia dululah. Tapi aku tahu, dia tak berani nak isi 3 kuota yang masih kosong tu sebab aku tahu dia sayang bini. Lelaki mana tak sayang bini, kan? Bini dia lagilah sayang giler kat dia. Lagi-lagi kalau dapat lelaki kacak macam beliau. So far, dia juga macam aku. Salah seorang pemain TNX dan TLA berani mati di Malaysia. Income dia boleh tahan lumayan gak. Untuk satu segi, dia punya income memang kacak setiap bulan. Ada program yang aku join, aku dapat sikit. Tapi dia dapat lagi kacak dari aku. Ada yang aku join, income dia lagi rendah dari aku. Biasalah tu kan? Rezeki masing-masing. Siapa lagi kacak, dia dapat lebihlah, kan? Hehe..tapi gaji dia dari pekerjaan dia sekarang. Memang mantaplah. Maklumlah, dia study bab kimia. Siap ambil PHD lagi sekarang. Tensen aku kalau dia cerita pasal ikatan kimia dalam blog dia. Mahu naik sawan aku. Haha..

So, siapa mahu join. Gi sini. Komen sepuas hati: Top Commentator Contest - February 2012

Ps: Ok, encik Zaki. Saya sudah promosi. Saya mahu aiskrim padepop. Boleh? Haha..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 35 comments. Apa plak komen korang?
Cyza - 03 Feb 12 at 04:53:36
Haha…thanks a lot lah lelaki Kacak…walaupun aku tak minta, ko telah membuktikan kekacakan ko yang sebenarnya….hehe…

Harap ko dpt lah kalahkan si Farah tu…hehe….

Farah mesti tercabar ni!!!
Cyza - 03 Feb 12 at 05:01:24
Ops..lupa pulak…ok…pasal ice cream paddlepop tu…nanti aku masuk dlm buku…sekali harung aku bagi kat ko bila ko menang kontest lagi…haha
adele - 03 Feb 12 at 06:02:53
kena komen byk2 ke? tu yg malas tu..huhu..

ckp pasal TNX, hari tu diorg dah approved blog sy..pastu sy tukar theme..code diorg takde..bila sy jenguk rupa2nya ada point yg tertinggal..bila dh hilang code..diorg tak detect..trus diorg tarik balik..skrg dah letak smula smpai skrg tak approve..sodih n pnyesalan tiada gunanya….
akubiomed - 03 Feb 12 at 06:52:21
Pernah masuh tapi tewas sebab tidak bagus didalam subjek Kimia. Ha..haa..
akazuma - 03 Feb 12 at 07:01:15
hehe..aku pun tak berapa pandai kimia ni. memang teruk masa belajar dulu. jadi..kurang kacak la jawabnya.
suri - 03 Feb 12 at 07:21:51
kimia huu bukan pula bidang sy
suri - 03 Feb 12 at 07:22:45
adele aka dila
sabar huhu.. smoga terus usaha tnpa jemu keY =)
W.HabibuRahman - 03 Feb 12 at 08:32:50
Titan selalu gaduh2 ngan farah eh ?? x kacak lah gitu kalau gaduh2 ngan pompuan…muhahaha…
eiela - 03 Feb 12 at 08:40:14
pertandingan komen plak. aku kurang suka kimia, suka bio je.
sukacuka - 03 Feb 12 at 10:23:10
tk de paypal la..ish
sukacuka - 03 Feb 12 at 10:23:42
tk yah gduh dengan pempuan titan..tak kacak nanti..haha
farahaznil - 03 Feb 12 at 10:34:50
cyza..hahah..takyah..suruh titan jual monavie aje sudah..haha
farahaznil - 03 Feb 12 at 10:36:44
sukasuka - hahahahahaha..i loike…lelaki kena bagi perempuan yg menang..lady 1st..heheh
rina - 03 Feb 12 at 10:57:30
farah tu dah suka sangat kat titan. tu semuanya ikut aje. haha
Cyza - 03 Feb 12 at 12:28:27
Pembetulan…aku buat Kejuruteraan Kimia la…bukan Kimia…
samdaddycool - 03 Feb 12 at 13:03:17
.. perghhh.. kalau bertanding pengomen terhandal dgn Farah tuu, hmmmm nampak gaya aku kena amik cuti 2 hari setiap minggu selama pertandingan berlansung.

baru ada chance nak menang.. hehhe

cyza? dia memang kacak!
fakhruddin - 03 Feb 12 at 13:07:52
pengomen terbanyak la pulak..xde modal la nak ngomen manyak2…
tehr - 03 Feb 12 at 15:43:51
ada pertandingan lagi rupanya
sempat ke tidak aku menjenguk
b3njy - 03 Feb 12 at 16:04:58
Wah titan Benjy macam tercabar dengan wanita bernama farah ni … malulah kalau lelaki kalah tak kacaklah namanya .. :D
b3njy - 03 Feb 12 at 16:05:48
Rasanya kali ni gayang lah komen kat cyza ni walay hanya lontarkan ‘Hi..’ … hahahahaha :D
b3njy - 03 Feb 12 at 16:07:15
Wow ! si Cyza tu pakar kimia ? … kalau macam tu dia boleh buat Jus Manovie ni … hahahaha silap hari bulan buka kilang sekali … kacak-kacak :D
farahaznil - 04 Feb 12 at 01:16:39
wooo wooo wooooooooo…..Lady 1st..kasi la si gadis comel menang..haha

# huuuu…wanita??gadis comel ok ! haha =p
nurmisnan - 04 Feb 12 at 01:52:39
kacak tuh.. kira aku pun kacaklah
sbb suka kimia.. har3…

di farah tuh memang suka kot kat
kau. itu pasal mana kau pegi dia
itut… ada ehemmm ehemmm kot..
har3
faiz - 04 Feb 12 at 02:25:04
camtu aku kacak la sbb kimia aku A time spm..heheh
puan kutu - 04 Feb 12 at 03:42:39
tahniah yer..tp sy tak cukupkacak utk bertanding dengan titan kacak n farah..makanya awal2 sy sudah surrander.haha..
farahaznil - 04 Feb 12 at 07:29:17
cisss……..gosip kalah dkt beautifulnara..hoho

puan kutu - ishh..mai lah…mana tahu adanasib…hehe
yas - 04 Feb 12 at 07:42:04
Baru tau nama sebenar dia…en zaki orrr…memula dulu aku ingat dia ni pompuan gak…hahahaha
Ummi Hanie - 04 Feb 12 at 08:03:18
xlarat arr nk komen2 ni.. blogwalking pun xmenyempat … keutamaan harus diberi pd pelawat2/pengomen2 tegar blog kita macam encik titan ni contohnye … ekekeke ~
bukit gambang - 04 Feb 12 at 08:39:54
memang hati baik betul tuan punya blog, orang komen pun dia bagi hadiah.
sabree hussin - 04 Feb 12 at 16:43:29
uik nama macam blog perempuan, blog laki2 rupenya
akazuma - 05 Feb 12 at 01:10:53
haha..lelaki kacak. lelaki kacak..
arrizz - 05 Feb 12 at 06:28:38
haha..lawak la..boleh try nie..
GodamOtak - 27 Feb 12 at 19:00:15
aduhh mesti dah jauh korang pegi.. terjelir lidah jugak nak komen banyak2..
GodamOtak - 27 Feb 12 at 19:01:56
kat sini pun gempak gempak komen berduyun duyun masuk
abdfatah - 31 Mar 12 at 16:37:12
menang lagi miss farah comel tu… asyik ngekor ko aje… takper laa asalkan boleh hasilkan pendapatan sambilan… tak gitu miss farah…



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011