Kalau korang mahu jadi lelaki kacak. Sila dengar radio. Mana tahu, dengan mendengar radio, korang boleh jadi pemain bola sepak negara bertaraf jutawan macam Safee Sali. Dalam tempoh 2 tahun, Safee Sali bakal jadi pemain bola sepak bertaraf jutawan untuk edisi Malaysia. Korang ada? Jual ebook pun lom tentu dapat 2 juta tau.

431350 375081599184374 100000476123832 1626476 1200429536 n Lelaki kacak suka sepak bola. Safee Sali masa jadi budak sekolah.


Aku harap sekolah-sekolah akan lebih serius dalam menjaga hal sukan disekolah masing-masing. Sediakan bola sepak yang secukupnya dalam stor sukan sekolah. Macam mana pemain bola sepak yang unggul hendak dilahirkan jika disekolah cuma ada 3-4 biji bola sahaja? Kita kena train mereka betul-betul ketika diperingkat sekolah. Ada yang berbakat, latih mereka dan masukkan mereka ke akademi bola sepak atau kelab amatur yang ada sekarang ini. Barulah pemain seperti Safee Sali dan NorShahrul Idlan Talhah boleh dihasilkan. Tak ada pemain bola yang berbakat di Malaysia. Yang ada, pemain bola sepak yang berusaha keras sahaja. Messi dan Safee tidak akan berjaya jika dia cuma ada bakat sahaja.

Ps: Aku yakin, akan ada lebih ramai pemain bola sepak bertaraf jutawan pada masa hadapan.


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 39 comments. Apa plak komen korang?
shraqs - 03 Feb 12 at 00:23:44
Di Msia ni ramai yg ada bakat tapi setkat tunjuk tempat sendiri jelah…
auc dot com - 03 Feb 12 at 00:27:04
bakat dan kemahuan pasti mencetuskan kejayaan :)
adele - 03 Feb 12 at 00:32:26
minat gak sukan..tapi paling tak suka bola sepak..paling suka pingpong..ho yeah
titan - 03 Feb 12 at 01:04:35
shraqs. Itulah masalahnya. Orang kita suka simpan bakat. Hehe..

auc dot com. Yap. Betul. Yang penting, kena kerja keras. Baru leh jadi jutawan.

adele. Meh lawan ping pong kalau berani. huhu..
akubiomed - 03 Feb 12 at 01:30:20
Manalah bro bongkar mengenai Safee Sali dah macam Paparazzi dah. :-)
titan - 03 Feb 12 at 01:41:10
akubiomed. Haha..aku kan banyak pasang spy. Ada je spy aku merata-rata. haha
E.K - 03 Feb 12 at 02:05:35
hahaha..aku kacak tp x minat bola cmne lak bro :P
titan - 03 Feb 12 at 02:08:50
E.K. Tu masalah dunia aje. Abaikan. Cukup kalau ko rasa diri ko kacak. Aku takde hal punya. haha
Shahrul - 03 Feb 12 at 02:11:30
betul2…mula dari sekolah dan teruskan serius dalam bidang tu. Tapi biasanya masa sekolah je dok gila bola, dah masuk U dah takde masa katanya…sibuk dengan awek :D
titan - 03 Feb 12 at 02:13:37
Shahrul. Haha..sibuk dengan awek tu normal.

Tapi lelaki kacak mesti suka bola punya..
Sya Isya - 03 Feb 12 at 03:05:04
bakat dan usaha perlu seiring barulah kacak :D
madammondoq - 03 Feb 12 at 03:06:16
that’s mean.. my laling pun kacak lah ye? ahakss..
nuriz - 03 Feb 12 at 03:32:17
sukan memang boleh jadi kerjaya yang bagus memang tak boleh diletak tepi la
titan - 03 Feb 12 at 03:52:08
syaisya. haa..tau takpe..

madammondoq. yelah..laling dia pun kacak gak la..

nuriz. hehe..betul. betul. :)
paan - 03 Feb 12 at 03:57:35
aku kurang main bola sepak.. adakah itu bermakna aku kurang kacak ?
fakhruddin - 03 Feb 12 at 04:02:03
nampaknya bola sepak skarang ni bermotifkan nak kejar duit..

jadi angan2 la camni…

tapi aku ni minat gila bola daripada main…
titan - 03 Feb 12 at 04:25:05
paan. aah. kurang kacak. haha..

fakhruddin. bagi aku takde masalah kalau kes safee ni. Peluang dah depan mata, sambar ajelah..
Amirez - 03 Feb 12 at 04:31:24
harapnya makin ramai pemain bola sepak malaysia maju macam safee sali lepas ni
titan - 03 Feb 12 at 04:36:24
Amirez. Aku yakin akan ada pemain yang follow jejak safee. Kita tunggu dan lihat aje. hehe
hatiputera - 03 Feb 12 at 04:38:43
kalau tahu boleh dapat rm 2 juta,,,,putera kacak akan main bola jer dari kecik sampai besar….
Cyza - 03 Feb 12 at 04:55:13
Kagum-kagum-impressed!!!

Takleh nak cakap apa lagi dah!!!
Abg Kacak - 03 Feb 12 at 05:02:10
Harap2 begitulah…
akazuma - 03 Feb 12 at 07:02:19
safee sali memang kacaklah!
manalah ko dapat gambar tu haa..
tehr - 03 Feb 12 at 07:36:16
dekat sekolah aku, bola dah banyak
tapi padang bola, luas sikit je dari kangkang kera
sekali tendang dah masuk longkang
huhu
rina - 03 Feb 12 at 11:59:14
kalau orang perempuan suka main bola kira kacak juga ker? hihi
Nizam Ijam - 03 Feb 12 at 12:14:55
kecik2 dah nak jd player..hu2
samdaddycool - 03 Feb 12 at 13:05:59
Memang sejuk perut mak dia mengandungkan dia.. tak sia-sia perut membusung besar cam bola..
rahman - 03 Feb 12 at 16:38:33
ada 2 buah sekolah berkongsi 1 padang.. camna tu.. kesianlaa bebudak tu nak main
farahaznil - 04 Feb 12 at 01:17:41
hahaha..ko reti sepak bola ke??bukan kaki bangku??haha
W.HabibuRahman - 04 Feb 12 at 06:26:05
Kacak weh safee masa dok sekolah dulu-dulu.Kacak dari titan lagi….muhahaha..
farahaznil - 04 Feb 12 at 07:26:02
hah..tu dia..ada stalker..haha
yas - 04 Feb 12 at 07:44:03
Mamat paling hensem dalam malaya taun nih…hehehe
Ummi Hanie - 04 Feb 12 at 08:13:39
lorhh .. sebaya rupenye dgn si safee nih …
bukit gambang - 04 Feb 12 at 08:43:40
akhirnya terbukti hobi dengar radio pun boleh jadi jutawan..
kulanz - 04 Feb 12 at 17:51:18
banyak sekolah di Malaysia ni yang langsung tiada bola dalam stor.. kalau ada yang dibagi, 2-3 bulan dah koyak..
arrizz - 05 Feb 12 at 06:35:40
well talent saja tak cukup kalau tak ada usaha..at some point, yang berusaha tue boleh berjaya daripada yang ada setakat ada talent jer..anyway tahniah safee!
sukacuka - 07 Feb 12 at 00:52:07
samseng gila gaya dia masa kat sekolah tu..hahaha
sukacuka - 07 Feb 12 at 00:53:08
dulu sekolah aku byak bola..tapi bocor!!!! tension dibuatnya..last-last main ‘pukul berapa datuk harimau’!
Mekar - 10 Feb 12 at 04:02:18
Memang cita2 dia nak jadi pemain bola sepak profesional rupanya. Sungguh dia buktikan sampai jadi kenyataan



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011