Ya. Berita sedih untuk aku dan juga untuk korang semua. Mengapa? Sedih sebab aku tak boleh update blog seperti biasa dan tak leh buat kerja dalam tempoh 24 jam ni. Aku jangka esok baru siap. Itupun kalau penyakit laptop Fujitsu yang dah berusia 4 tahun lebih tidak melarat. Maklumlah, laptop kalau dah lebih 3 tahun, dah kira tua dah. Ayam pencenlah katakan. Kalau masuk 5 tahun, toksah cakaplah..leh sedia baca talkin dan ajak orang surau. Ya. Lelaki kacak tengah sedih ni..jarang laptop tu kena serangan jantung macam ni..

Apa berita sedih untuk korang pula?
Yelah. Patutnya aku announce pemenang Pertandingan baru hari ini. Tapi aku tunda sebab tak best kalau aku tak tulis artikel tu menggunakan laptop yang banyak berjasa dalam hidup aku. Jadi, silalah tunggu. Untuk pemenang cabaran SEO dan pemenang Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah, sila bagi aku masa untuk sakit jiwa selama 7 hari paling lewat sebelum aku beritahu siapakah pemenang yang kacak itu. Itu lom lagi cuti sakit disebabkan laptop masuk wad. Kena tahan sehari kata doktor cina tu..
Apapun..aku agak sibuk 2-3 hari ni. Ada kerja lain kena buat. Nak promosi Jus Monavie secara total pun tak menyempat. Nak tulis ebook 7 ringgit aku pun dah tergendala dari perancangan awal. Jadi, aku kena susun balik jadual baru sebab mungkin aku ada kursus lagi dalam masa terdekat ni. Kena ambil balik Celcom broadband aku yang adik laki aku pinjam tu. Kang, tak dapat nak komen kat blog lelaki kacak yang lain.
#Harap penyakit jantung laptop aku tak seteruk dari apa yang aku jangka. Doa-doakanlah ye. Masalah laptop aku ni, tak boleh panas-panas. Bila panas aje, kena serangan jantung. Terus off sendiri. Buka balik, tak sampai 15 minit, kena balik serangan jantung peringkat kedua. Begitulah seterusnya. Kalau nak dikira, dah berpuluh kali dah kena serangan jantung dari semalam hingga ke tengah hari tadi..
Ps: Jom join pertandingan dari Petronas plak. Hadiah macam kacak aje..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Skim SARA 1Malaysia vs Swisscash | Safee kekal, Kelantan dibelasah.. »














weh jgn ckp 5 thn dah boleh baca talkin..aku sayang lap top aku..lap top aku pun dah msk 3 thn…huhu
mudah-mudahan en fujitsu selamat cepat pulih dari sakitnya….amin
laptop zaman ni kira x sikit selama 3 tahun kira mujurlah
takpun lepas beli dulu dan 2 3 kali je buka tu boleh kekal lama hehehe
Apa-apa pun aku doakan laptop ko pulih seperti sedia kala… Aku tau memang banyak jasanya + sentimental value tuu
ha ha..lawak la Titan..
apapun moga anda ceria
laptop beli baru je lah
anyways, sorrylah aku tak sempat nak join contest sekolah tuh.. bebz ler sesangat.. hik3… get well soon lap top kacak….
alahai Titanium Hijau nie pun…beli je baru…however, laptop saya pun da umur 4 tahun gak…sayang nk beli lain
lupa, titan byk guna laptop die, tu yg kena serangan tu.. moga cepat sembuh laptop titan yg kacak.. laptop ye, bukan titan.. hahaa
aduhaii..nak kena tambah satu lagi tu..