Haa, ada yang dok tanya aku apa kebendanya buah Acai ni. Apa itu Acai Berry? Apa kaitannya dengan Jus Monavie? Dan memacam lagi. Aku sebenarnya malas nak terangkan sebab benda ni mudah. Kalau korang search kat Google, berjela-jela artikel dan blog ada cerita tentang buah acai ni. Tapi untuk tidak mengecewakan korang terutamanya kepada lelaki kacak yang mahu jaga badan tak kebal mereka tu, aku cerita gaklah ye..
Buah acai ni sebenarnya berwarna ungu gelap dan setelah dibedah siasat ianya mengandungi kandungan antioksida yang tinggi. Malah lebih tinggi dari manggis,anggur, bluberry, blackberry atau buah delima. Boleh dikatakan kandungan antioksida di dalam buah Acai berry adalah antara yang tertinggi di Bumi. Tapi kalau ada buah acai kat Planet Nameck, aku tak tahu antara buah acai Planet Bumi dan Planet Nameck, yang mana satu lagi banyak kandungan antioksidanya. Nanti aku tanya pakcik Pikor ye. Dah lama tak jumpa dia sejak dia merajuk bila aku kata dia tak kacak sebab berkulit hijau. Dahlah takde rambut kerinting macam Hafiz AF7. Tua-tua nak merajuk. Grr..

Ok, apa bagusnya Antioksida ni? Antioksida nilah yang jadi power rangers dalam badan kita untuk membuang raksasa Toksin di dalam badan yang menyebabkan banyak penyakit. Jadi, kalau tak nak ada banyak penyakit, beli jus Monavie dengan aku. Lepas tu, minum hari-hari. Insya-Allah, takde penyakit yang mengatal nak hinggap kat badan korang tu.
Itu aje? Ehh, ada lagi. Bah ini juga mengandungi kandungan serat dan lemak baik yang bagus untuk kesihatan jantung dan usus. Ia mengandungi kandungan Omega-3, Omega-6 dan Omega-9 yang baik untuk menurunkan paras kolesterol yang jahat dan meningkatkan paras kolesterol baik di dalam darah. Yang ni sesuai benar dengan lelaki-lelaki gemuk dan lelaki buncit ke depan termasuklah si gadis macam FarahAznil dan Adele. Siapa yang terasa makan cili, sila order Jus Monavie dengan aku. Ambil satu kotak. Satu kotak ada 4 botol. Boleh tahan dekat 2 bulan kalau minum secara berjimat cermat. Tapi kalau minum cara aku, 1 kotak tu..celah gigi 1 bulan aje. Aku memang suka minum benda-benda sedap macam Jus Monavie ni. Haha..
Selain itu, ia juga mengandungi kandungan garam dan mineral yang bersesuaian untuk kesihatan badan. Rasa buah ini dikatakan seperti coklat tetapi ia mengandungi kandungan gula yang rendah, jadi ia tidak merbahayakan pesakit kencing manis. Betul, bila aku minum hari-hari ada rasa macam coklat sikit. Kiranya kalau korang minum coklat yang dicampur dengan manggis dan juga buah-buahan yang lain. Lagipun, Jus Monavie ni adalah campuran buah-buah yang tinggi kandungan antioksidanya. Serius. Aku jatuh cinta dengan rasa jus Monavie ni. Letak 1-2 ketul ais, fuhh. Leh lalok gak jadinya. Ok, ini tipu.

Haa, itulah sedikit sebanyak tentang buah Acai yang aku tahu. Hasil pembacaan sana-sini dan dari apa yang aku faham. Kalau apa yang aku tahu dan yang aku baca ni salah secara total. Maksudnya, korang terima ilmu sesatlah dari aku. Tapi, aku yakin kewujudan buah Acai ni takde niat nak menjahanamkan umat manusia. Bahkan, ianya mungkin bertujuan meramaikan umat manusia yang beriman. Insya-Allah. Setakat yang aku tahu, tak ada lagi sesiapa yang minum Jus Monavie ni yang jadi gila atau mati serta-merta. Biasanya semua jadi gembira dan sihat. Malah, ramai peminum jus ni lebih menjaga kesihatan mereka berbanding diri mereka yang dulunya sangat jahil bab-bab kesihatan.
Ok. Cukup kelas tentang Acai Bery hari ini. Aku malas cerita panjang-panjang. Lain kali, aku sambung lagi. Siapa berminat nak join Monavie tak kiralah nak buat duit atau nak beli Jus Monavie untuk kekacakan dalaman atau luaran korang, boleh hubungi aku melalui ruang contact. Nanti aku bagi nombor handset rahsia aku. Boleh sms atau cakap sampai puas kalau mahu. Tanya apa yang patut. Jangan tanya aku tips bagaimana nak jadi lelaki kacak atau tanya tips macam mana nak dapat BE dari Nuffnang. Itu aku tak mau jawab.
Sumber: Curik dari LelakiAcai.com
Ps: Wokehh..nak gi pejabat pos jap. Hantar barang..


Acai berry mmg bagus sebab aku pernah minum monavie..harga jer lah nak beli selalu tak larat hahaha..
Lah ingatkan acar buah Berry.
haa..bak satu botol.
aku nak cuba wehh.
hmm klu taks silap aku, umi aku ada minum air ni.. ada nampak botol ni kat atas meja.. huhu
kacak klu mkn skit migren..asma..resdung blh di ubat..mana tahu mujarab
mula ingat telepon blackbarry kuar jenama baru tadi
begitu byk khasiat buat acai ini.
dia yg buncit nak kaitkan org lain plak eh..
laa, kalo acai berry tu kenal sgt dah..jiran je tu..
cuma boleh beli dari agen je ke? kat kedai2 biasa tak ada jual e
Bro…aku ada domain yang sesuai, incase kalau ko nak take over dari aku…
aku dah tak nak buat benda ni sebab tak sempat…cuma aku beli dan pakai sendiri je…
check out:
jusmonavie(dot)net
kalau campur dengan madu tak bahaya ke?
cyza – tak mau derma kat aku kaaaa??haha……
titan – woi…mana ada buncit..ko yg buncit..haha…weh nak tanya..ko cas brp RM buat pos laju??rm 5 ke??hi hi
hehe..
acai..nama kawan saya tu..
rasanya masam and kelat sikit je.
sebutannye “a-sa-i” kan ? bukannye mcm apek “ah chai” tu .. hihi.. peace ~
bunyinya jus asaii..walaupun guna huruf c. hehe..
elok dah ni.. bolehlah tahu sedikit sebanyak pasal buah acai berry tu
aku ade air tu. org kasi. xpi xminum2. mahal kn?
sape upline bro? hehehe
Ko ada monavie hijau?