Ya. Aku tahu, tajuk memang tak boleh blah. Saje je aku buat tajuk gila sikit pada hari Sabtu ni. Ya, aku join Monavie setelah sekian lama aku tak jual produk macam ni. Bukan sebab aku nak buat duit sampai juta-juta, tetapi ada beberapa sebab aku join Monavie dan jual botol-botol Monavie yang ada jus buah Acai ini.

428726 369956536363547 100000476123832 1612364 262477692 n Lelaki kacak patut minum jus Monavie.
Abah aku ni ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Mak aku pun lebih kurang aje penyakitnya. Entah macam mana, aku balik dari kursus dulu, aku nampak 2 botol jus Monavie ni ada kat rumah. Aku tanyalah abah aku. Dia cerita sekian-sekian dan sekian. Abah aku beli 2 botol. 1 botol katanya RM145 untuk Monavie Pulse. Tapi sebab abah aku rembat 2 botol, penjual tu bagi RM270 untuk 2 botol. Kiranya diskaun RM10 aje. Jadi, bila aku kaji sikit bab-bab Monavie dan botol-botol Monavie ni, aku dapat tahu harga dia lagi murah. Kalau jadi member, aku boleh dapat harga yang lebih murah. Jadi, dah alang-alang abah aku dah boleh tersuka Jus Monavie ni, dia cadangkan aku jadi member sebab dia tahu aku suka benda-benda jual barang ni. Jadi, aku minta abah aku bagi tempoh bertenang 2-3 hari.

Dan..

Aku setuju setelah aku buat edisi siasat dan sedikit kajian tentang jus Monavie ni. Ada banyak testimoni hidup yang berjaya mengurangkan beban yang selama ini mereka tanggung dan ada juga penyakit yang sembuh. Aku tak berani kata dengan minum jus Monavie ni penyakit seseorang tu boleh sembuh secara total. Tapi tak salah mencuba. Lagipun, belum ada kes lagi orang mati sebab minum jus buah acai ni. Kalau ada, takut gak aku nak bagi mak abah aku minum. Jadi, aku pun daftar Monavie ni dan pergilah ambil botol-botol ni. Ini sebab pertama aku join Monavie.

Ya. Aku juga mahu jual jus Monavie ni. Nak bantu orang yang berpenyakit. Nenek aku pun dah macam nak kena penyakit lupa-lupa. Kekadang, dia boleh tersilap antara aku dengan adik bongsu aku. Kekadang, salah cam orang. Kekadang, aku tanya lain, dia jawab lain. Jadi, macam tak best pula, kan? Aku pun pernah ada penyakit teruk dulu. Pernah kena Asma. Cukup teruk. Lari sikit, semput. Lari sikit, mengah. Alhamdulillah, sekarang aku dah pulih 100%. Kalau lari 10-20km tanpa henti, jantung aku masih kacak lagi berdegup. Aku yakin malam pertama pun tak ada masalah punya. Mesti bakal-bakal bini aku suka punya. Yelah, tak best kalau semput pada malam pertama kan? Ok. Ini sebab kedua.

407971 369952753030592 1426704581 n Lelaki kacak patut minum jus Monavie.
Dan aku pun ada masalah teruk dengan mata aku dulu. Nyaris buta kedua-dua belah mata. Alhamdulillah, nyawa dan mata aku masih panjang umurnya. Walaupun bukan jus Monavie ni yang bagi sembuh mata aku ni. Tapi aku sedar yang kita ni bukanlah sekebal mana. Kena satu masa, Allah akan bagi ujian pada kita. Ujian tu pula datang dalam bentuk penyakit. Kalau korang ada penyakit kronik, mesti sengsara bukan? Kena kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi dan macam-macam lagi. Lagi sakit jiwa, bukan? Jangan ingat penyakit yang selalunya datang kat orang-orang tua, takkan kena kat lelaki kacak dan muda macam aku? Jadi, sebelum kena apa-apa. Baik kita mencegah. Oleh kerana aku jenis tak suka makan sayur dan tak suka ambil pil vitamin atau supplement, minum Jus Monavie inilah adalah sebagai salah satu makanan kesihatan untuk badan aku yang tidak kebal ini. Sekurangnya, aku berusaha jaga badan kacak aku. Kang ada parut sana-sini akibat kesan pembedahan, tak best pula kan?

Jadi, untuk mengelakkan badan aku kena bedah atau penuh dengan jarum suntikan, baik aku berjaga-jaga dan minum jus buah acai ini dengan sepenuh hati.  Aku tak suka bila dah sakit nanti, barulah jenuh mencari ubat sana-sini, jumpa doktor-doktor yang tak berapa kacak, cari pula tabib cina atau bomoh semata-mata nak kasi sembuh penyakit tu. Duit pula, confirm berpuluh ratus ribu terbang. Aku tak cari duit untuk bayar kat doktor atau bomoh. Baik aku belikan mak aku tudung atau baju kurung. Lagi banyak faedahnya sekaligus menjadi anak lelaki yang soleh dimata mak aku.

Kalau korang nak buat duit dengan Monavie ni. Boleh juga. Memang best plan marketing dia dan memang boleh buat duit kalau pandai promosi dan bijak menyusun strategi. Apa-apa benda pun, mesti kena promosi. Baru dapat hasil. Dan nak berjaya dengan Monavie ni, tak ada jalan ringkas. Semuanya tetap kena usaha. Aku cuba setahun untuk Monavie ni. Kalau ada hasil, alhamdulillah. Kalau tak ada hasil, aku tak salahkan siapa-siapa. Siapa-siapa berminat, leh contact aku. Kita bentuk Team Lelaki kacak. Haha!

Dan sebab terakhir adalah untuk kakal sentiasa menjadi lelaki yang lebih kacak. Jadi, aku harus minum Jus Monavie mengikut hipotesis dan kajian tidak berilmiah aku. Sebab aku juga dengar jus ni sesuai untuk lelaki yang agak bermasalah dalam bab tidur.  Mudah sikit untuk tidur kalau minum jus ni. Kalau dengan minum benda ni boleh selesaikan masalah sleep disorder aku ni, aku rasa takde masalah kalau aku nak nikah lebih dari satu. Haha..

429877 369954219697112 100000476123832 1612362 347314194 n Lelaki kacak patut minum jus Monavie.
Ps: Ok. Mari beli jus Monavie dengan aku. Beli satu, dapat satu. Beli dua. Dapat 18 botol. Ok. Ini tipu.

 


Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 44 comments. Apa plak komen korang?
farahaznil - 28 Jan 12 at 00:47:42
haha..promote laaaagiiiiiiiii..pasnih lagi berbotol2 la ko jual yek..blanje aku sebotol…..aku nak rasa air keramat ni..haha
alamonline - 28 Jan 12 at 00:57:25
makin ramai blogger dan IM join monavie ni..mesti penangan bro richie ni..
b3njy - 28 Jan 12 at 01:22:02
Wow dah jadi tauke rupanya Titan ni :D … kacak-kacak :D
Fakhruddin - 28 Jan 12 at 02:20:06
macam arak jer..aku rasa bagi jer kat bapak aku terus dia lempang sebab aku pegang botol arak..hah
Afiffuddin - 28 Jan 12 at 03:04:25
Wohooo.. bro dah join. Aku xjoin lagi. Ramai otai IM join. Team AMG la, Warrior la. (ker sama dua2 team tu). Nak join ker tak nie? Bro join team mana? Ker buat team sendiri. Hehe
Abg Kacak - 28 Jan 12 at 05:17:14
Aku pernah beli utk mak aku….tekanan daran dia normal.Harga tu lah yg tak larat nak beli selalu. :)
sukacuka - 28 Jan 12 at 06:17:51
titan, lau nak kahwin nanti email la ye..InsyAllah sampai aku kat banting tu..30 minit je..
farahaznil - 28 Jan 12 at 06:45:46
hoi…bila nak jawab soalan aku ni?????
tuan tanah - 28 Jan 12 at 06:59:56
huh…aku pun ada minum mmg baguis maa…:)
cuma belum lagi nk buat bisnes..ermmmmm….kalau bro ajak join boleh jugak kot…;) mana tau lagi kacak dari bro…
titan - 28 Jan 12 at 08:10:32
farahaznil. Beli sendiri la. Bukan mahal pun. Ko kan banyak duit. haha..

fakhruddin. Itu semua khayalan ko saja. hehe..

alamonline. Haa? Bila masa la pula. Aku join ni takde kene mengena dengan diorang. Diorang tak pernah datang promosi kat aku. Haha

b3njy. Bila masa plak aku jadi tauke ni..

Afiffudin. Aku kiranya geng-geng Team AMG la. Warrior tu, under AMG juga. So, kalau ko ikut aku. Ko termasuklah dalam Team Lelaki Kacak aku tu. Haha..So, team AMG ni..ada sub-team. Antaranya Warrior..team aku. Team Lelaki kacak. Haha..meh join under team aku.

Abd Kacak. Aku tak larat nak beli sikit-sikit. Mahal. Aku beli pakej. Dapat harga murah sikit. Kalau beli sebotol-sebotol..harga mahal giler. Sebab tu aku beli banyak-banyak. Dapat murah sikit. Haha..

farahaznil. Aku dah jawablah wehh..

tuan tanah. Haa..meh join Team Lelaki Kacak aku nih. Mesti leh jadi kacak juga. Hehe..
Mekar - 28 Jan 12 at 09:15:33
uih… belum kawin lagi dah ada plan kawin lebih dr satu..hehe

Monavie ni pernah baca iklan kat majalah rasanya. Memang byk sungguh produk kesihatan dipasaran skrg smpai tak tau nak pilih yg mana. Kita kena pilih yg mana betul2 manfaat utk kesihatan kita ;-)
mancai - 28 Jan 12 at 10:14:47
dah lama tau kewujudan jus ni tapi belum terbeli-beli lagi…
arrizz - 28 Jan 12 at 12:32:34
haha..betul gak tue bro..janganlah dah sakit nanti, baru sibuk nak cari ubat sini sana..sebelum sakitlah kita kena ambil langkah berjaga2..bukan nak cakap benda nie yamg sembuhkan penyakit..ia sekadar asbab..Allah yang sembuhkan penyakit..tapi kalau tak ada asbab, macam mana Allah nak tolong sembuhkan?at least biar nampak usaha nak sembuh/cegah penyakit tue..

nak try la bro..kat tempat aku agak2 kalau jual mesti laku..tempat aku ramai orang sakit..haha..kalau bagi hadiah untuk mak ayah pun stail gak nie..hehe
Fazreen - 28 Jan 12 at 12:57:15
nampaknya kita berdua memang kacak.
sitokei - 28 Jan 12 at 13:16:42
Wah patut la kacak memanjang…:)
merahkatak - 28 Jan 12 at 14:42:13
inilah rahsia ko kekal kacak ye. bak satu botol. hehe
adele - 28 Jan 12 at 15:01:15
hang ni ayat mmg melampau lah..rasa nak pelempang je pun ada.. cocok mata tu kang dgn garpu biar jd kasim selamat..

citer pjg dah..boleh A- je karangan ni sbb kandungan Monavie tu tak citer pun?
Mr.Sepet - 28 Jan 12 at 15:41:35
harap titan belanja . boleh kew . .
Redarmy - 28 Jan 12 at 16:12:16
kalau nak beli jus nie dari titan guna harga ahli boleh tak?? hehe
farahaznil - 28 Jan 12 at 16:18:42
haha..weh cpt la trangkan lebih sikit…tak sabar nak dgr cerita jus keramat ni..haha
kulanz - 28 Jan 12 at 16:19:44
Ini kali pertama aku baca pasal jus Monavie (sambil mata bkelip-kelip tak berhenti)
Mama Murai - 28 Jan 12 at 16:30:34
cantiknya botol jus ni, confirm harganya pun secantik kotak dan botolnya. Tapi buah acai tu amenda titan?
Sobri Mansor - 28 Jan 12 at 16:30:43
Jus Monavie ni memang bagus. Ada jugak member lama masa sekolah ajak buat bisnes ni. Tapi memandangkan masa dan ilmu berniaga yang masih belum penuh didada, tak join pun
tehr - 28 Jan 12 at 16:38:47
Makin tambah kacak lepas ni nanti
Aku tahu acai dalam cerita ujang je
Buah acai ni tak pernah jumpa
Ummi Hanie - 28 Jan 12 at 17:00:51
pernah beli sebotol dgn mak sedara … sedap gak .. tp harganya mmg kacak :p
sabree hussin - 28 Jan 12 at 17:16:23
apa rasa air ni? misteri betul.. sebab tak pernah jumpa lagi barang ni dekat tempat yang aku pernah berada
Tuan Tanah - 29 Jan 12 at 00:45:32
cantik juga offer bro…mana nak mula
yas - 29 Jan 12 at 01:24:32
Kalau dah beli tu mmg elok la jadi ahli…lagi banyak faedah yg akan dapat…
lunaticg - 29 Jan 12 at 03:42:11
Kalau saya nak beli botol kosong dia jer…, cantik boleh simpan buat koleksi botol. Hihihihi….
Sya Isya - 29 Jan 12 at 05:37:21
aku memang dah join dan dah on the way 3 botol. baru last month juga lah aku start minum. target aku nak kurangkan power spec. tengok boleh kurang ke tak.
iza - 29 Jan 12 at 09:30:16
Assalam..
Ramai betul orang jual jus ni kan sekarang.
akubiomed - 29 Jan 12 at 10:10:54
Apa pun selepas ambil makanan tambahan jangan lupa berhenti jumpa doktor untuk memantau kesihatan berkala.

Saya cukup sedih ada pesakit yang kembali ke hospital sudah didalam keadaan teruk selepas berhenti berjumpa doktor kerana mempercayai keberkesanan produk kesihatan. Kes ini pernah berlaku kepada seorang pesakit terlalu percaya rawatan perubatann elektronik yang banyak diiklankan didalam surat khabar tempatan sudah boleh menyembuh penyakit buah pinggang.

Ini ada antara sebab kerajaan meluluskan Akta Peranti Perubatan 2011 untuk melindungi kepentingan awam oleh pihak yang menjual produk tanpa tauliah,

Saya tidak kata salah mengambil rawatan alternatif dan makanan khasiat tambahan tetapi tolong lah jangan abaikan pemeriksaan kesihatan berkala.
ariff - 29 Jan 12 at 11:07:18
all the best! aku bab jual barang dan marketing ni fail sikit.
Cikgu Hairul - 29 Jan 12 at 11:12:51
Hahahahah… Titan ngan Fazreen dah join monavie. Teruskan perjuangan bro. Bagus juga beli jus ni cara berjemaah. Dapat kurangkan kos dan dapat juga tambahkan duit.
Jebeng Otai - 29 Jan 12 at 11:16:54
Kalo bg 18 botol..mmg sgt kacak..hehe
amirulfaiz - 29 Jan 12 at 13:21:30
Moga ayah saudara sembuh dari sakit kencing manis itu.
mak dara - 29 Jan 12 at 13:49:05
Nice entry indeed..

btw i just voted for you for Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012.. All the best ya… =)

Plsssss vote me back for THE WORST BLOG OF THE YEAR @http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=33 “click vote di link http://www.bicaramakdara.com ye Thank youuuu =)
Mus - 29 Jan 12 at 15:28:40
dah minum jus.. kena rajin juga bersenam
nizam - 29 Jan 12 at 23:12:30
bertambah kacak la kan nanti minum jus ni… btw, rasa macam mana eak? tengok macam jus anggur… ;)
Kak Long Mawar Merah - 30 Jan 12 at 11:15:19
Baguslah ada kesedaran tentang kesihatan dari muda.
Memang wajar semua orang ada makanan @ minuman tambahan untuk gaya hidup sihat.
Cyza - 30 Jan 12 at 13:20:31
Aku pun memang membeli dan minum monavie merah…Untuk menjaga kesihatan.
eiela - 31 Jan 12 at 04:39:55
saya pun minum jugak monavie ungu nih.
farahaznil - 03 Feb 12 at 10:51:01
huh..ramai juga minum ye….
mohd - 14 Feb 12 at 17:19:23
Kami mencari pengedar MONAVIE di seluruh pelusuk daerah!
Tanpa perlu membuat pinjaman bank.. Dengan modal serendah RM468/RM505..

Anda mampu menjana pendapatan tambahan sehingga 4, 5 ANGKA SEBULAN!
Seminggu 4 angka mcm saya pun boleh!

Malah melancong ke luar negara 2 ticket n fully sponsored k!!

Tanpa perlu bersusah-payah untuk menjual!
Tak percaya?

Hubungi saya

0136615160 (ZANI)

Cuba Sebotol Hari ini!



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011