Hari ini aku nak cerita sikit bab-bab pasang iklan kat blog. Ada banyak pandangan samada kita nak letak iklan banyak-banyak dalam blog atau nak letak iklan sikit sahaja dalam blog. Aku tak ada masalah dengan siapa-siapa yang hendak letak iklan dalam blog. Nak letak banyak ke, nak letak sikit ke, nak bagi penuh blog atau website tu dengan iklan ke, aku tak kisah. Dah tu blog korang. Letak ajelah. Dah korang yang bayar duit domain dan hosting. Letak ajelah. Bagi aku, sekali lagi. Tak ada masalah.
Tapi aku nak cerita sikit situasi kalau aku jumpa beberapa blog yang ada iklan ni. Mari baca dengan hati yang tenang. Kacakkan diri anda. Tengok cermin kejap. Ok, jom baca.
1. Kalau blog tu, ada 1-2 iklan sahaja. 1 kat atas, 1 kat tepi sidebar. Nak scroll pun takde rasa berat semacam. Nak tunggu loading pun tak lama. Pejam mata. Buka mata, dah nampak semua. Haa, blog macam ni, aku suka baca. Lagi-lagi kalau apa yang blogger tu tulis menarik untuk dibaca. TAPI, kalau blog cantik, tetapi artikel macam hampeh, penuh dengan gambar seksi sana-sini..dan penuh umpat sana, umpat sini. Gosip artis tu, gosip menteri ni. Ok, aku datang sekali ni je. Lepas ni, memang tak masuk dah blog tu. Bukan apa, blog macam ni, terlalu menyeksakan.

2. Kalau blog tu, penuh dengan artikel yang menarik. Iklan ada 1-2 sahaja atau tak ada langsung. Nampak tenang aje bila masuk blog tu. Tak ada lagu yang memekakkan telinga. Tak pasang radio online. Tak ada peperangan. Ok. Selalunya blog macam ni, aku akan lepak dan baca walaupun apa yang dia tulis tentang kucing dia baru pergi mengoret kucing jiran sebelah. Tak perlu nak gosip pasal artis penyanyi menteri sana-sini. Cerita pasal kucing pun, leh dapat lebih dari 30 ribu tau? Tak caya? Aku ada cerita seorang blogger kacak yang buat duit dengan menconteng sahaja. Ingat tak?
3. Kalau blog tu, isi biasa aje. Kekadang, copy blog sana-sini. Kekadang cedok dari Bernama. Kredit pun kekadang lupa bagi. Theme pula pilih yang menyakitkan jiwa. Banner iklan, tu dia..1,2,3.20 iklan!..fuhh. Berterbangan banner. Yang float ada, yang lemas ada. Yang bersidai pun ada. Ya, ini blog untuk cari duit. Sekali lagi. Aku pangkah.
4. Kalau blog tu blog niche. Blog yang ada tujuannya tersendiri. Cerita pasal satu benda khusus sahaja. Artikel pun bukannya update setiap hari. Trafik jangan ceritalah. Memang takdelah sebanyak blog hiburan. Tapi jangan tak percaya, kalau kita bandingkan dengan blog biasa-biasa, blog niche ni dari nak buat duit, lebih kacak berbanding blog hiburan. Kena masanya, dapat cari orang yang nak beli blog, 5-10 ribu untuk 1 blog niche? Itu normal. Biasanya blog niche ni, kalau letak iklan, mesti letak Adsense. Blog niche yang ada iklan Adsense atau Amazon, kalau dijual. Memang untung gila-gila.
5. Blog yang ada iklan sikit. Tapi tak ada hasil langsung. Serupa macam tak payah letak iklan langsung. Dan tak payah nak beritahu orang, saya tulis blog bukannya nak cari duit. Dah tu, yang ko pi letak iklan tu buat apa? Sekali korang letak iklan kat blog, itu maknanya korang nak duit. Tak yah temberanglah memacam dengan alasan poyo tu. Aku jumpa ramai orang bagi alasan macam ni. Salah ke terus terang yang korang nak cari duit dengan blog korang? Nak duit, buat cara nak duit.
6. Blog yang banyak iklan. Tapi disusun dengan baik. Tak menyusahkan orang. Laju aje bila nak skroll, nak komen pun tak ada masalah. Admin pun kacak macam aku. Tiap-tiap bulan pun asyik dapat duit dari Innity. Banyak kali pula dapat sales dari program affiliate. Tulisannya pun baik. Bukan copy paste dari Bernama atau surat khabar. Percayalah..blog ni akan menggembirakan hati pembacanya dan membuatkan para pembaca terasa diri mereka kacak walaupun dalam blog tu memang banyak iklan dalam blognya. Lagi-lagi kalau tak ada gambar seksi dalam blog macam ni. Aman aje rasa.
7. Ada blog tu, bila kita masuk je blog dia. Bukan iklan sahaja banyak. Tapi keluar pula iklan suruh PAKSA Like. Kalau tak nak like, kena tunggu 10-30 saat. Bila dah like, sekali artikel copy paste memanjang. Ishh, kalau bagus artikelnya, berbaloi juga like sana-sini. Yang paling celaka, masuk aje satu blog ni, keluar iklan suruh like facebook dia. Apa yang celakanya? Tak ada pilihan untuk tunggu 10-30 saat dan tak ada pilihan untuk pangkah features tu. Kalau boleh pangkah, takpe lagi. Kita datang ni nak bagi trafik. Mana tahu, ada iklan berkenan, boleh tolong klik. Nak tak nak, kena like facebook dia, baru leh baca artikel-artikel dalam blog tu. Dan ada yang paling best lagi. Ada satu artikel ni, dia letak satu video. Nak tengok video tu, KENA LIKE juga??? Ko nak kena penyepak? Blog macam ni, sori nak cakap. Aku pangkah aje dan kalau masuk bertanding dalam World Blogger and Media Social Awards 2012, memang aku takkan vote punya. Menyusahkan pembaca dan pelawat dalam banyak perkara.
Dan macam-macam lagi. Ini hanya sebahagian sahaja yang aku nampak dalam perihal iklan-iklan di kebanyakkan blogger di Malaysia. Ada yang letak 1 je iklan. Ada yang letak berbelas iklan. Ada yang letak main timbul-timbul. Ada yang muncul tiba-tiba. Ada yang siap main paksa-paka LIKE lagi. Â Memang blogger Malaysia ni ada macam-macam ragamnya.
Ps: Kalau ada yang terasa, buatlah apa yang patut diubah. Tapi kalau korang jenis tak makan saman macam aku, tak payah layan apa yang aku tulis ni. Bukan masuk dalam peperiksaan SPM pun. Nak tulis blog, tak perlu ambil MUET pun.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Soalan nombor 6.. | Lelaki kacak patut minum jus Monavie. »














ehem .. ada projek tak nak buat ebook ke ape ke ?
ermm..betul jugak tu..
saya setuju..blog saya sendiri
ada 6 iklan sahaja dari 3 syarikat
pengiklan..ingat nak buang salah
satu..ada duit masuk la pulak
takkan nak buang duit kan..
setakat ni iklan dari Advertlates agak
berat loadingnya jadi saya letak
di bawah sekali..walau iklan tu belum
loading habis,anda sudah boleh nampak
99% blog saya.
semua org patut tau ni..
blog sy menenangkan tak agknya?haha
Tengah mengacakkan diri ni..haha…
Mana ada orang tolak rezeki..
Blog saya kategori mana ya?
Kalau boleh nak jadikan blog saya blog ringkas seringkas-ringkasnya…
P/s : Kacak ea kalu blog mcm aku ? haha
titan.. aku letak iklan sebab nak bagi blog aku nampak cantik ..
cute tak alasan aku? haha
bab design2 ni memang aku fail, bila ada iklan ni.. wah.. nampak macam ada variasi sikit :p
aku memang letak iklan sedikit, bukan sebab tak nak duit, tapi sebab tak nak blog jadi berat.. (memang aku nak dapat duit pun, lepas lah juga bayar domain dan hosting nanti)..
rasanya akupun tak berapa suka blog yang paksa like, lepas tu kena tunggu lama.. kalau keluar iklan like FB lepas tu kita bebas nak hilangkn tanpa tunggu lama kira okey juga.. tapi kalau kena tunggu 30 saat baru boleh hilang iklan tu mmg seksa.. bukan sekali, cuba refresh atau pegi page lain, iklan tu keluar semula.. tak kah buang masa namanya tu..
laaa.. akupun dah komen panjang, siapa suruh ko tulis panjang, hahaha…
aku memang suka bukak blog yang cepat loading….
Harap blog2 yg dimaksudkan diatas berubahlahh…ariff shah pun da sound samalam pasal ni.sekarang budak kacak pulak sound.Kalau tak paham jugak entahlah…
p/s- sila like kalau setuju
Lagi kacak kalau Titan ajar Kak Long macam mana nak jadi macam blog nombor 6 tu, hehehe..