Petang semalam, tengah aku dok minum petang sambil makan goreng pisang panas. Ada abang posmen datang. Siap hon aku lagi walaupun dia dah nampak aku dok melepak dengan ditemani aroma kopi yang enak dan pahit. Jadi, aku pun pergilah juga layan posmen tu. Rupa-rupanya, dia nak minta tanda tangan aku. Biasalah, orang kacak. Mesti ramai yang nak minta tanda tangan kan? Mana tahu, abang posmen ni nak framekan tanda tangan aku tu. Yelah, bukan senang nak dapat tau. Haha..

contengconteng Lelaki kacak suka Conteng conteng buku.


Rupa-rupanya, Buku Conteng-conteng edisi pertama sudah sampai. Ciss. Aku ingatkan apa tadi. Jadi, sudah lengkap. Aku sudah ada Buku Conteng-conteng edisi pertama dan edisi kedua. Dah lama aku nak benda ni. Tapi tak kesampaian. Jadi, dengan rakusnya aku membelek-belek buku tersebut dari satu muka surat ke satu muka surat. Overall, aku bagi 8/10 untuk kedua-dua edisi tersebut. Kalau ada edisi baru nanti, harap leh buat sampai 100 muka surat. Tak puas aku baca dua edisi sahaja.

Walaupun cuma 50 muka surat sahaja, tidak aku nafikan yang buku conteng-conteng itu memang bagus. Aku suka karekter dan gaya yang dibawa oleh Fadhli Hamdan. Dengan menggunakan diri sendiri sebagai watak utama dan kucingnya sebagai watak antagonis, aku rasa Fad berjaya bawa lukisannya ke tahap yang membanggakan dan disukai ramai.  Lakarannya yang telus, jalan cerita yang jujur dan perkataan yang mudah difahami membuatkan aku dan peminat komik yang lain jatuh cinta dengan karya beliau. Dan yang lebih kacak lagi, buku Conteng-conteng sudah terjual lebih 1000 buah. Ini sudah hebat bukan? Kali dengan RM30, ini bermakna sudah lebih RM30 ribu beliau berjaya dapat hanya dengan menjual 2 buah buku yang dilakukan secara underground.

tawarantulisbukucontengconteng Lelaki kacak suka Conteng conteng buku.


Dan yang lebih membanggakan lagi dan membuatkan buat aku kagum dengan pemilik Contengconteng.com ni, beliau juga mendapat tawaran untuk menulis buku dari PTS. Aku tak tahu tawaran itu menulis novel ke..menulis buku ke..melukis ke apa ke. Tapi yang pasti, orang PTS tawarkan dia peluang untuk menulis buku. Bukan senang tu. Hanya orang-orang kacak aje yang selalu mendapat tawaran seperti itu dan ini membuktikan bahawa saudara Fad juga adalah seorang lelaki yang kacak. Ya, seperti aku juga. Haha..

Kalau korang mahu aku cerita tentang apa yang ada dalam buku Conteng-conteng tu, aku takkan cerita. Korang nak tahu, korang kena dapatkannya sendiri. Kalau kita mahu benda bagus, kita kena dapatkannya walaupun kita terpaksa membelinya. Walaupun mahal. Walaupun jauh dari negara kita. DAn ini memberitahu aku, kalau kita kacak, kalau hasil kita kacak, kalau apa yang kita buat tu kacak, nescaya ramai orang akan suka pada kita walaupun hakikatnya kita tak berapa kacak. Takk, takk. Aku tak kata si Fad ni tak kacak. Aku yakin dia juga kacak. Lagipun, aku tak pernah lagi jumpa dan makan nasi goreng USA bersama dengan beliau. Tapi kalau ada peluang nanti, apa salahnya. Bukan senang dua orang lelaki kacak berjumpa dan makan bersama-sama, bukan? Lebih-lebih lagi bila seorang tu pandai menulis manakala seorang lagi tu pandai melukis. Kalau bergabung, mesti meletop.

Oleh sebab lukisan, gaya dan teknik penceritaan beliau sangat kacak dan mampu mencairkan hati mana-mana gadis.  Jadi,  aku mencadangkan korang dapatkan kedua-dua edisi Buku Contengconteng dari beliau. Dan ada satu lagi produk baru dari ContengConteng.com. Beliau ada buat buku tulis. Korang pernah gi sekolah kan? Buku tulis yang korang selalu koyak dekat bahagian tengah tu dan buat roket atau sampan dalam kelas tu. Haa..buku macam tu. Dia ada jual buku tulis tu versi yang berbeza. Kalau gegirls tengok, mesti suruh boboi belikan. Tak percaya?  Gambarnya macam kat bawah ni.

bukutuliscontengconteng Lelaki kacak suka Conteng conteng buku.


Siap ada bonus. Dapat pensil dan pemadam tu. Pakej lengkap lagi tu. Mana tahu, korang pun ada bakat terpendam yang cukup kacak untuk diketengahkan. Jadi, mungkin dengan beli buku tulis ni akan merangsang korang untuk melukis dan menulis dengan lebih baik. Hehe..

Untuk pengetahuan korang semua. Contengconteng.com merupakan salah seorang penaja untuk Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah. Jadi, sila update bahagian penaja di blog masing-masing. Ini arahan. SIapa tak buat, tak menang. Hehe..

Ps: Bila lelaki kacak jumpa lelaki kacak yang lain. Mereka akan bersetuju pada satu perkara. Menjadi seorang lelaki yang kacak, adalah suatu perkara yang akan mengagumkan dan mencairkan hati orang perempuan. Aku yakin, Fad akan setuju dengan hakikat ini. Dengan izin.


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 38 comments. Apa plak komen korang?
hatiputera.com - 21 Jan 12 at 18:59:43
biar tak kacak dimata tapi di hati kacak,,,
titan - 21 Jan 12 at 19:09:30
hatiputera.com. Hehe..tau takpe. :)
Ibu Mifzal Arsyad - 21 Jan 12 at 20:11:34
oo…patut la anak sy suka conteng2 buku, meja n dinding rumah..mgkin besar nnt tergolong dlm golongan lelaki kacak gak kot…hehe
titan - 21 Jan 12 at 20:28:55
Ibu Mifzal Arsyad. Bagus tu. Bagus..mana tahu, leh jadi lelaki kacak juga nanti. hehe
akazuma - 21 Jan 12 at 20:51:25
wehh..tdo la. kul bape dah nih..
ada aje lelaki kacak dalam blog ko ye..
Fazreen - 21 Jan 12 at 21:50:05
smart der buku conteng-conteng ni. + kreatif
titan - 21 Jan 12 at 21:59:30
akazuma. jap lagi aku tdo la wehh. Hari ini kan hari ahad. Haha..

Fazreen. Memang smart. Tu yang aku beli gak. Bagi aku pelaburan yang berbaloi-baloi. Haha..
achie - 22 Jan 12 at 00:13:55
rugi orang yang tak ensem mcm gua ni…bakat apa pun tkde..
Ijan - 22 Jan 12 at 00:31:34
Macam ibu Mifzal, anak saya pun tergolong dalam kategori kacak gak kot pasal suka conteng2 dinding rumah. hihihi
titan - 22 Jan 12 at 00:51:26
achie. Bakat tu boleh dibentuk. Sebelum datangnya bakat, kena ada usaha. Baru bakat tu boleh digilap dengan baik. Betul tak? Hehe..orang tak ensem, tak semestinya tak kacak beb..hehe

Ijan. Yela. Yela..nak juga anak dia. Ye. Ye. Mikael pun kacak gak budaknya..
muhammad fakhruddin - 22 Jan 12 at 02:12:53
Sekarang cuma rajin conteng atas lecture note ;)
farahaznil - 22 Jan 12 at 02:59:34
haha…mcm best je buku conteng2 nh…mst lawak..
zulkbo - 22 Jan 12 at 03:36:46
salam..
tak berapa suka conteng buka
jadi tak di kategori kacak la
saya nih..apa nak buat kan..?
he he..layan :)
Kazen - 22 Jan 12 at 03:40:53
hebatlah lukisan….dulu suka jgak conteng2 mase skolah dah masuk U nie mcm2 benda len ag yg buat so dah stop lame dah conteng2 …. conteng blog je lah :P

Cetusan Terkini | 6 Sikap Blogger Super !!
kulanz - 22 Jan 12 at 04:55:04
terima kasih kongsi info ni.. akupun terus jatuh cinta dengan buku conteng2 tu.. nak tempah juga
syaisya - 22 Jan 12 at 04:56:20
first time dengar pasal conteng2 ni.aku baru je beli komik kelas paling kelakar. :-) nak pi jenguk conteng2 nanti
kimmie - 22 Jan 12 at 05:24:00
aku pun dah beli buku contengconteng tu, moga dpt mencerna idea conteng yg bernas utk aku
tehr - 22 Jan 12 at 05:31:41
kalau dah kacak
conteng2 je pun jadi kacak
memang terbaik
akubiomed - 22 Jan 12 at 06:04:57
Masa kecil dahulu suka juga melakar gambar kartun. Biarlah berkarya dengan jujur macam Datuk Lat.
Cyza - 22 Jan 12 at 08:09:37
Bro…Conteng-conteng ni 2 buku RM30 atau satu buku RM30? Rasa macam nak jadi kacak juga.
yas - 22 Jan 12 at 11:49:03
Aku minat gak conteng2 ni masa kecik2 dulu…la ni dh lama x buat…banyak main “tarah2” plak…hehehe

#Uishhh…penaja terbaru?? Kena up date gak la nih….:)
wazy - 22 Jan 12 at 13:55:09
menarik juga buku conteng-conteng tu
Mama Murai - 22 Jan 12 at 14:54:54
Anak bongsu saya memang suka conteng-conteng dinding dan buku abangnya. Mungkin sesuai benar kalau buku conteng-conteng tu dihadiahkan kepadanya. Takpe besar nanti saya belikan domain dan webhosting untuk berblog. Blog Superkacak :)
eiela - 22 Jan 12 at 15:41:28
nampak best je buku tuh, banyak pengajarannya kot.
chii - 22 Jan 12 at 17:17:56
x rei melukih ..so xleh masuk geng kacak..menconteng2..sgt xpert =)
b3njy - 22 Jan 12 at 17:39:39
Wow ! sungguh berbakat betul abag Fad ni … sahlah dia memang kacak :D
b3njy - 22 Jan 12 at 17:40:36
Lelaki kacak bertemu lelaki kacak … harap2 ia bukan gay punya cerita, nanti tak kacaklah jadinya :D
b3njy - 22 Jan 12 at 17:42:28
Kalau kita menggunakan bakat pada jalan yang baik hasilnya memang memberangsangkan dan menggagumkan abang Fad kacaklah macam Titan juga sama-sama kacak. :D
b3njy - 22 Jan 12 at 17:43:09
Apa yang penting kena update senarai penaja baru nampak kacak :D
paihujey - 22 Jan 12 at 19:44:46
tapi kalau bila 3 orang kacak berjumpa macam mana?haha..

conteng2..menarik jugak tengok..tapi ongkosnya belum ada..zzzz..insya-Allah dapat beli karya beliau suatu hari nanti..
Fakhruddin - 23 Jan 12 at 09:44:40
buku ni kena tempah ke kalau nak…takde kat kedai ke?
faiz - 23 Jan 12 at 12:09:05
perangai kacak ko semakin menjadi2..hehe
cik tom - 24 Jan 12 at 09:13:16
ciktom suka buku conteng2 edisi ke 2 yg titan bg tuw..thanks ye…mmg sweet je lukisan n gaya penulisan fad..

tp ciktom xde yg edisi 1 lg..nmpk gayanya kena bli gak 1..br lengkap nak bc..
arrizz - 25 Jan 12 at 08:23:01
aku baru jer lepas order edisi 1 & 2..memang minat melukis so buku nie wajib beli..hehe
Ummi Hanie - 26 Jan 12 at 02:58:36
nmpk mcm best je buku tu

penah g website conteng2 lama dulu ..
samdaddycool - 27 Jan 12 at 20:25:00
aku cuma nak cakap.. salute!
sukacuka - 29 Jan 12 at 09:36:15
alamak, kena kumpul gak ni untuk dijadikan koleksi..lawak kampus da cukup..tinggal ni je la..
sukacuka - 29 Jan 12 at 09:37:18
baru aku perasan yang sponser dan ramai..jap agi aku update..



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011